Halaman

Followers

Selasa, 15 Mac 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 2

Bab 2

Haryani sedang menulis sesuatu pada buku catatannya.Suasana bilik pejabat yang berhawa dingin dan nyaman ini sedikit banyak memberi ketenangan pada penghuninya.Dia menyandarkan tubuh di kerusi empuk yang sentiasa menantinya.Dia menghembus nafas lega,terasa kurang sedikit beban kerja yang ditanggungnya.Matanya terpejam seketika,tanpa dia menyedari telefon bimbitnya terjatuh ditolak sikunya.Dia mengeluh.

“Asyik-asyik jatuh.”Rungutnya sendirian.

Ketika dia menunduk hendak mengambil telefon bimbitnya,matanya tertancap pada bingkai gambar yang terletak kemas di atas meja.Sudah lama dia tidak mengusik gambar itu,hingga berabuk.Tangannya mencapai sebuah bingkai gambar yang bersaiz sederhana.Dia senyum melihat gambar itu.Gambarnya bersama Azie,Iela dan Sara ketika mereka bercuti di Pulau Tioman.

Aku sayang korang.Tapi jangan lupa sayang aku pulak!

Tangannya mencapai sebuah bingkai gambar lagi.Kali ini dia senyum hingga sepet matanya,entah apa yang mengembirakannya melihat gambar itu.Gambar yang diambil dua tahun lalu.Kelihatan seorang lelaki sedang memeluk bahunya,nampak mesra.Mungkin lelaki itu kekasihnya.Dia memeluk erat gambar itu.

Saya sayang dan cintakan awak Iz.Saya bahagia sangat bila dekat dengan awak!Saya harap cinta kita akan sampai kejinjang pelamin.Hatinya sungguh gembira melihat gambar kaku itu.

“Hai yani,mengelamun nampak?Teringat dekat buah hati,pengarang jantung kau tu ke?”Tegur seseorang.

Teguran itu membuatkannya sedikit terperanjat.Tetapi cepat-cepat dia beristifar.Dia sudah tahu siapa yang menegurnya.Dia merengus geram.Geram bila kita asyik berangan,ada orang menganggu.

“Isy,kau ni Lia.Takdak salam,takdak helo,tahu terjah aje.Terperanjat aku.”Marah Haryani.Dia kembali meletakkan gambar tersebut ke tempat asalnya.

“Terjah macam Melodi tu ke?Okayla,aku mintak maaf.Aku cuma nak jenguk kau aje.”

“Hmm,ya la tu.Kau nak apa ni jumpa aku?”

“Takkanlah tak boleh jumpa kawan kut?Lagipun dah lama aku tak borak dengan kau.Sibuk ke?”

Haryani mengangkat kedua bahunya.Lama dia tidak menghiraukan rakannya itu.Kerja yang tertangguh harus dibereskan.Jari runcingnya mula memainkan peranan.Sebenarnya dia malas hendak melayan kerenah Lia yang mengada-ngada baginya.

Lia yang meneyadari kesibukkan Haryani terus mengankat punggung untuk meninggalkan bilik itu.Dia tidak mahu menganggu rakannya,dia sendiripun masih mempunyai kerja yang harus disiapkan.Sewaktu pintu sudah terbuka luas,tiba-tiba Haryani bersuara menyatakan sesuatu.

“Waktu lunch nanti kita jumpa dekat tempat biasa.Aku belanja.”Ujarnya,bagaikan sudah faham dengan sikap rakannya.

Lia atau nama sebenarnya Nur Haslia terus tersenyum mendengar kata-kata Haryani.Selepas itu,pintu ditutup rapat.

Seperti waktu yang dijanjikan,Haryani dan Lia kini sudah berada didalam restoran yang terletak berhadapan dengan tempat kerja mereka.Masing-masing sedang memilih makanan yang hendak dimakan.Haryani memesan Nasi Goreng Kampung dan minuman kegemarannya,Jus oren.Manakala Lia,dia memilih untuk makan makanan western,dan minuman yang sama dengan Haryani.

Kelihatan ramai orang berada direstoran terebut.Masing-masing ingin mengisi perut yang sudah mula berkeroncong.Matanya begitu tertarik melihat seseorang yang sedang memakan makananya begitu gelojoh.Orang itu tersedak,dia ketawa.Jahat betulla si Haryani.

“Woi,yang kau gelak sorang-sorang ni kenapa?Dah sewel ke?”Tegur Lia.Dia pelik melihat rakannya yang ketawa tanpa sebab.Takut juga dia hendak berhadapan dengan orang sewel.

Amboi,cantiknya mulut kata dekat aku sewel!Apa,dia ingat aku ni dah sewel betul-betul?Kang aku sumbat cili dalam mulut dia,baru tahu.Bisu setahun!

“Takdak apa la.Kau makanlah Chiken Chop kau tu,nanti sejuk pulak.”Wajahnya sedikit tegang,tapi tidak terlihat oleh Lia.Dia turut menjamu makananya.

Haryani memandang rakannya tanpa berkelip.Kawan aku ni tak makan setahun ke?Gelojoh sangat.Kang mati tercekik pulak nanti.

“Nak makan tu,janganlah gelojoh sangat.Nanti tercekik pulak.”Nasihat Haryani.Pingannya yang masih terisi makanan ditolak ke tepi.

Lia tersedak-sedak menelan makanan.Air yang dihulurkan Haryani disambarnya dan diminum rakus.Dia mengurut dadanya beberapa kali,bagi menghilangkan rasa sakit didadanya.Dia menarik nafas lega.Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang yang cukup dikenalinya.

“Eh,tu bukan Hariz ke?”Lia menghalakan tangannya ke arah belakang Haryani.

“Hariz?Mana?Tak nampakpun.”

Cepat-cepat Haryani memalingkan tubuhnya ke arah belakang ingin melihat orang yang dimaksudkan oleh Lia.Matanya melilau di seluruh ruang restoran tersebut mencari Hariz.Tapi hampa.

“Mana?Takdakpun.Kau bohong aku ek?”Wajahnya sudah masam mencuka.

“La,tu...dekat hujung sana tu.”Lia muncungkan mulutnya ke arah sana.

Sekali lagi Haryani terpaksa memalingkan tubuhnya.Matanya terus menangkap susuk tubuh milik Hariz.Bibir mungilnya mengukir senyuman gembira.Dia melihat Hariz sedang bersendirian di satu sudut restoran tersebut.

“Lia,nanti kau balik sendirilah ofis.Aku nak pergi jumpa dia kejap.”

Terkocoh-kocoh dia mengeluarkan duit lalu diletakkan diatas meja.Dia sudah berdiri untuk meninggalkan mejanya.Makanan yang masih tinggal separuh,ditinggalnya.Dia ingin cepat menemui Hariz.Sudah dua hari dia tidak bertemu muka dengannya,menyebabkan dia menanggung rindu.

“Thanks.”Ucap Lia kepada Haryani,kerana telah membelanjanya makan tengah hari.

Haryani sudah tidak mendengar ucapan rakannya.Dia terus melangkah ke meja yang sedang diduduki Hariz,kekasih hatinya.

Hariz menjamah makanannya tanpa selera.Tapi digagahnya jugak bagi mengisi perutnya yang kosong sejak pagi tadi.Fikirannya kusut,hatinya tidak tenteram.Sejak beberapa hari kebelakangan ini,dirinya sudah tidak terurus.Fikirannya selalu menerawang memikikran hal yang membuatkan hati diragut rasa bersalah.

Telinganya masih terdengar-dengar percakapan mamanya,Datin Sofea dengan papanya,Datuk Bahar.Sanggupkah dia melukakan hati seorang insan yang cukup dicintainya hanya kerana desakkan keluarga yang ingin melihat dirinya bersama insan lain.

“Mama tak kira,kau nak ke, taknak ke,mama tetap dengan keputusan mama.Faham!”Datin Sofea bersuara tegas.

Datin Sofea berdiri dihadapan anaknya yang sedang duduk bersebelahan dengan Datuk Bahar.Dia merenung tajam anaknya itu.Hatinya sudah keras dengan keputusannya,dan tak mungkin dapat diubah lagi.Lagipun Datuk Bahar juga turut bersetuju dengan keputusan isterinya.

Datuk Bahar sudah cukup kenal dengan keluarga bakal menantunya,dan sebab itulah dia menyetujui keputusan isterinya.Pilihan menantu isterinya juga sudah dilihatnya,orangnya cukup lembut.Itu yang telah menarik hatinya untuk melamar anak gadis tersebut kepada anak tunggalnya.

“Iz tak setuju!”Tiba-tiba Hariz.Suaranya bagaikan hilintar mengejutkan orang-orang yang berada disekelilingnya.

Haryani terperanjat.Dia memandang wajah tegang Hariz.Kecut perutnya melihat wajah itu.Kenapa dengan dia hari ni?Ada masalah ke?Dia tak setuju?Setuju apa?Hatinya tertanya-tanya.Tangan kananya,memegang lembut bahu Hariz.

“Iz?”Lembut saja suaranya menerjah gegendang telinga Hariz.

Suara itu yang dia mahu dengar!Hariz baru sedar dari lamunannya.Dia memandang disekelilingnya,baru dia teringat dia masih berada di restoran.Dia meraup wajahnya beberapa kali.Nafas ditarik,lalu dihembus kasar.

“Iz,awak okay?”

Hariz memandang disebelahnya.Orang yang sentiasa bermain dalam fikirannya sedang berdiri disebelahnya.Dia merenung wajah comel itu,bibir mungil itu sedang mengukir senyuman manis.Dia terpegun seketika sebelum membalas senyuman itu.

“Duduklah Yani.”

Matanya masih lagi meratah wajah comel itu.Hatinya sedikit tenang sekarang,fikirannya turut stabil tidak segila tadi.Rindu dia pada gadis ini sedikit terubat,selepas dua hari dia tidak berjumpa dengannya.

Haryani tersipu-sipu malu apabila direnung begitu.Merona merah pipinya menahan malu.Kulitnya yang putih bersih menampakkan lagi warna pipinya.Comel!

“Apa ni Iz,mata tu jagala sikit.”Dia marah.Marah-marah sayang.

“Tu la...kenapa comel sangat?”Hariz mencubit pipi kanan Haryani,menyebabkan dia terjerit kecil.Hariz geram melihat wajah itu,sebab itula tangannya gatal ingin menyentuhnya.

“Isy,haram la.”Haryani menggosok-gogok bekas cubitan Hariz.

Harampun,saya akan menjadikan ia halal bila ijab dan kabul dilafazkan.

“Suadah la,saya pergi dulu.”

Dia sudah mengangkat punggung untuk meninggalkan Hariz.Tetapi langkahnya dihalang oleh Hariz,bahunya disentuh lelaki itu.

“Please,don’t go.”Hariz merayu.Haryani membatu.

“Yani please...”

Hariz tak keharuan bila Haryani ingin meninggalkannya.Dia ingin sentiasa berada disisi gadis itu.Hanya Haryani saja bisa menenangkan hatinya yang sedang bergelora.

Tidak sampai hatinya melihat Hariz terus begitu.Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.Tanda setujunya.Dia merenung ke dalam mata Hariz bagi mencari jawapan kepada persoalan yang bermain dalam fikirannya.Soalan itu belum diajukan kepada Hariz.Masa belum sesuai,biarlah nanti dia suarakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...