Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Rabu, 23 Mac 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 8

Bab 8

YA ALLAH,mengapa engkau memberikan dugaan kepadaku sebegini beratnya?Aku seorang hamba yang lemah dan aku hanya mampu menyerah.Hatiku sakit ya Allah!Ya Allah,aku memohon padamu.Kau ampunilah dosa-doasaku.Ya Allah...

Setelah mengaminka doanya,dia terus menanggalkan telekung dan menyimpannya dalam almari.Kemudian,kedengaran pintu dikuak dari luar.Azie!Dia menghadiahkan senyuman pada rakannya,tapi hambar.Azie melangkah masuk lalu melabuhkan punggungnya sebelah Haryani.

“Kau okay?”Tanya Azie perlahan dan lembut.Dia mengengam erat tangan rakannya.Sejuk!

“Kau tak sihat ke?Kau demam?”Soal Azie lagi.Tangannya diletakkan pada dahi Haryani.Panas!

“Ya Allah,panasnya.Kau demam ni,jom pergi klinik.”Azie ingin bangun,tapi perbuatan itu terhenti bila Haryani menahannya.

“Aku okay,kau jangan risau.”Ujar Haryani akhirnya setelah lama membisukan diri.

“Panas macam ni,kau kata okay?”

Haryani hanya senyum sambil menaggukkan kepalanya.Sakit macam ni apalah sangat dengan sakit hatinya yang parah ini.

“Dah,jom kita pergi klinik.Jangan nak mengada.”Azie terus menarik tangan Haryani.

Tiba-tiba telinganya menangkap suara esakkan seseorang.Haryani sedang menangis.Dia mengeluh.

Kenapa pulak dengan kawan aku ni?Tiba-tiba aja menangis...

“Kenapa ni?Dah-dah jangan nangis,aku tak bawa kau pergi klinikpun.”Ujar Azie cuba memujuk rakannya.Hatinya turut terkesan bila melihat keadaan rakannya hari ni.

“Kalau Hariz ada,pasti diapun risau,pasti dia akan paksa aku pergi klinik jugak.”Jawab Haryani dalam sendunya.Dia masih ingatkan Hariz walaupun lelaki itu sudah mengecewakan dirinya.Sendunya kembali berlagu.

Azie mengeluh. “Wei,kau tahukan apa yang dia dah buat dekat kau?Buat apa kau nak ingatkan dia lagi?Buat sakit hati je.”Marah Azie.Suaranya seakan-akan ditahan dari terus tinggi.Marah sungguh dia dengan Hariz.

“Tapi aku sayang dekat dia.”Jawab Haryani perlahan.Sungguh dia masih sayang dengan lelaki itu.

“Takdak maknanya sayang kau dekat dia.Dia dah ada Iela.Buat apa dia nak ingat dekat kau,kalau dia ada bini yang cantik.Dia dah tinggalkan kau.Kau kena ingat tu.”Azie mencucuk jarum dalam diri Haryani.Tujuannya bukanlah untuk memburukkan Hariz,cuma dia tidak mahu rakannya itu terus ingat dan mengharapakan lelaki itu.

Dia kembali menangis.Sakit telinganya bila Azie mengatakan sebegitu.Hatinya semakin parah.Dalam hatinya tertanya-tanya mengapa Hariz sanggup melukakan hati dan perasaanya.Apasalahnya hingga lelaki itu beralih pada yang lain?

Iz,kenapa awak buat saya begini?Apasalah saya?Kalau awak tidak cintakan saya lagi,mengapa awak sanggup menabur janji dan angan-angan yang indah pada saya?

Dia kembali ingat pada lamaran Hariz.Telinganya masih terngiang-ngiang butir bicara lelaki itu.

“Yani,bila kita dah kahwin awak nak berapa anak?”Tanya Hariz jujur.Matanya yang redup galak merenung wajah lembut Haryani.

Keningnya terangkat bila diusulkan dengan pertanyaan sebegitu.Bibirnya mengukir senyuman manis.Matanya merenung anak mata Hariz.Kini mata mereka memainkan pernanan dalam meluahkan perasaan masing-masing.

“I love you.”Tutur Hariz dengan nada romantis.

“I love you too.”

Lamunannya hilang bila Azie menegurnya.

“Jom kita makan,aku dah masak lauk kegemaran kau.”Ujar Azie lalu bangun.Dia sedang menunggu jawapan dari rakannya.

Lama dia terdiam,sebelum dia turut bangun mengikuti Azie ke dapur.Demi menjaga hati dan perasaan Azie,dimakan juga makanan yang dimasak oleh rakannya.Walaupun dia tidak terasa lapar.

Ya Allah,sekiranya jodohku dengan dia tiada,Kau hilangkanlah perasaan sayang dan cintaku padanya.Dan Kau jauhkanlah aku darinya...Doa itu menjadi harapannya.

“HAH Iz,tak tidur lagi?Dah pukul berapa sekarang ni,kesian Iela dalam bilik tu,tunggu Iz.”Ujar Datin Sofea yang ketika itu melewati dapur untuk mengambil segelas air.

Hariz mengeluh perlahan.Siapa suruh dia tunggu aku?Aku tak suruhpun,mengada betulla!Bentak Hariz dalam hati.

“Ya la ma...Iz naik atas dulu.”Hariz menyalami tangan mamanya sebelum beredar meninggalkan ruang itu.Lagi lama dia berada disitu,lagi panas telinganya mendengar syarahan mamanya.

Lemah kakinya mendaki tangga untuk menuju ke kamar pengantin yang sudah siap dihias cantik untuk dirinya dan Iela.Sakit hatinya bila mengenangkan perbuatannya sendiri.Bermesra dengan Iela membuatkan hatinya sendiri merana.Sanggupkah dia melaksanakan tanggungjawabnya malam ini?Mengkhianati cintanya dengan Haryani,bagaikan menikam diri sendiri.Sakit sangat!

Iela sedang duduk berteleku di atas sejadah.Dia beristifar beberapa kali bagi menenangkan hati yang sedang bergelora.Dia memejamkan matanya.Mengenang kenangan yang lalu,tiba-tiba fikirannya melayang memikirkan rakannya.Haryani!

Sahabatku,seandainya kau mengetahui pembohonganku,adakah kau akan memaafkan aku?Aku sanggup diriku dimarahi dan dipukul asalkan engkau sanggup memberikan secebis kemaafan padaku.Aku rela sekiranya engkau ingin mengambil semula hakmu,sememangnya dia adalah hak engkau dari dulu.Aku yang merampasnya.

Iela tersentak bila telinganya menangkap bunyi hempasan pintu.Matanya memerhati susuk tubuh Hariz.Matanya suaminya sedang mencerlung merenungnya.Dia kecut perut bila dia terperasan dalam mata itu ada api kemarahan.Cepat-cepat dia menanggalkan telekung dan menyimpannya dalam almari baju.

“Saya nak cakap sikit dengan awak.”Ujar Hariz.Suaranya lemah sekali.Apabila dia terpandang saja isterinya sedang duduk termenung di atas sejadah.Tiba-tiba saja hatinya kembali sejuk.Tidak jadi marah.

Iela memberhentikan perbuatannya.Dia memandang Hariz yang berdiri membelakangi dirinya.Dalam hatinya tertanya-tanya,perkara apa yang hendak dibincangkan?Sedangkan semuanya sudah jelas didepan mata.Tentang Haryanikah?

Lama dia terdiam.Sedang merangka sesuatu yang terbaik untuk diluahkan.

“Awak tahukan hubungan saya dengan Yani?”

Bodoh!Itu memanglah aku tahu.Yani tu kawan aku.

“Saya sayang dan cintakan dia.Saya dah berjanji tidak akan pernah melukakan hati dan perasaannya.Tiada yang lain selain dia.Tapi...”

“Cukup!”Tiba-tiba Iela menjerit.Wajahnya sudah basah dengan air mata.

Dia sudah tahu,apa yang bakal disebut oleh Hariz.Tidak sanggup dia mendengarnya,kerana dia sendiri telah mengkhianati persahabatannya dengan Haryani.Pasti Hariz jugak tidak sanggup meneruskan kata-katanya.

“Saya tahu,saya yang bersalah dalam hal ini.”Jawab Iela lemah.

“Tak,kita sama-sama terperangkap dalam konflik ini!”Ujar Hariz tegas.Dia tidak mahu menyalahkan Iela seorang dalam hal ini,kerana dia jugak bersalah.Mereka sebenarnya sama-sama terpaksa dalam melaksanakan keinginan orang tua mereka.

“Sebab tulah saya taknak awak bagi tahu Yani tentang ni.”Sambung Hariz lagi.Dia terduduk lemah di sisi katil,kepalanya tertunduk memandang lantai.

Iela terkejut.Bulat matanya memandang ke arah Hariz.Apa makna semua ini?Bukankah dia adalah isteri Hariz?Tapi mengapa lelaki itu masih meningati perempuan lain?Masih tidak cukup cantikkah Iela di matanya?Tapi dia tahu,mana ada seorang lelaki mampu melupakan cinta pertamanya.Situasi itu jugak dilalui oleh suaminya.Hariz mungkin masih belum mampu melupakan Haryani atau lelaki itu tidak mahu melupakan cinta pertamanya.

Terluka hatinya bila Hariz mengatakan sebegitu.Bukan dia tidak menyokong apa yang dikatakan oleh Hariz.Cuma,entah mengapa hatinya terasa sedih.Sepatutnya dia tidak merasa sebegini.Tapi...Dia mengeluh kecil.

“Saya tahu.”Jawabnya perlahan.

Selepas itu,mereka terus sepi.Sesepi dingin malam.Malam yang sepatutnya menjadi penyatuan dua jiwa,menjadi malam yang paling memeritkan.Hariz membawa haluan sendiri,begitu jugaklah Iela.

HARYANI termenung memandang ke arah luar tingkap.Bulan yang hanya kelihatan seperti sabit menerangi malamnya.Angin malam menyerbu masuk menyapa tubuhnya.Dia memeluk tubuh menahan sejuk yang mula mencengkam diri.Dia masih berdiri disitu,walaupun dirinya minta berundur.

Azie sudah lama terlena dibuai mimpi indah.Cuma dia saja yang masih berjaga.Tangannya pantas menyeka air mata yang mula turun.Dia mengenggam erat telefon bimbitnya.Ketika dia onkan semula telefonnya,ingin sekali dia melihat panggilan dari Hariz.Tapi hampa,panggilan darinya lansung tiada.Munking Hariz sedang bergembira bersama Iela.Dia memegang dadanya.Rasa sakit tiba-tiba menyerang.Ini adalah malam pertama Hariz dengan Iela,tak boleh dia bayangkan.Sakit!Hancur!Air matanya kembali turun dengan lebatnya.

Mengapa aku masih ingatkan kau?Mengapa sukarnya untukku melupakan kau?Sedangkan kaulah yang menghancurkan hati dan harapanku.Masih adakah jodoh diantara kita?

3 ulasan:

  1. besttt la citer ni..sambung lagi boleh x?nak hariz dgn iela boleh x?sian iela kena paksa..tp sian jgk kt yani..

    BalasPadam
  2. trima kasih Yuna,sbb sudi komen:D

    BalasPadam
  3. hu3..hope ader somebody dtang for yani...rase cm x sesuai jerr yani ngn hariz tuh..kih3..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...