Halaman

Followers

Isnin, 28 Mac 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 9

Bab 9
LEWAT pagi itu,barulah Haryani terjaga.Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya.Kepalanya berdenyut-denyut.Sakit.Dia ingin bangun tapi terasa seperti sedang mengangkat tubuh yang berat.Akhirnya dia terbaring lemah di atas katil.Ingin meminta pertolongan rakannya,Azie pasti sedang berada di pejabat.Setelah beberapa saat,barulah dia dapat bangun.
  Dia terkejut bila Azie tiba-tiba menerpa ke arahnya.
  “Kau ni tak sihat,tak payahla bangun.”Ujarnya lalu memimpin Haryani menuju ke bilik air.
  “Kau tak pergi kerja?”Suaranya serak.Terasa perit tekaknya.
  “Tak.Aku ambil cuti hari ni,saja nak jaga kau.”Jawabnya selamba.Dia menghulurkan tuala berwarna kuning kepada Haryani.
  “Hmm.Eh,Tapi aku...”Dia tidak sempat menghabiskan bicaranya bila Azie pantas memotong.
  “Tu kau jangan risau.Aku baru kol bos kau,yang kau ni sakit.”
  Perbualan mereka berhenti bila tiba-tiba telefon bimbit Azie menyanyi mintak diangkat.Dia berlari-lari anak ingin mendapatkan telefon bimbitnya.Keningnya berkerut seribu,bila dia melihat nombor yang tidak dikenalinya tertera di skrin telefon.
  Siapa pulak ni?
  Dia menekan punat hijau untuk menjawab panggilan tersebut.
  “Hello.”Ujarnya lembut.Dalam hatinya tertanya-tanya siapalah gerangan disana.
  “Hah,Azie.Awak tak datang kerja ke hari ni?”
  Azie terkejut bila suara itu menyergahnya.Hampir saja telefon ditangan terjatuh.Dia merengus geram.
  Siapa pulak mamat ni?Tiba-tiba aja nak marah aku?Macam mana dia tau aku tak datang office?Dan yang paling penting,macam mana dia tahu nama aku?
  “Ni siapa?Nak bercakap dengan siapa?”Suaranya seakan-akan ditahan dari terus tinggi.Wajahnya sudah merah.Marah!
  Eh,buat apa aku tanya dia nak cakap dengan siapa,mestilah dengan aku.Bodoh betulla.
  “Tu awak tak perlu tahu siapa saya.Saya cuma nak tahu,kenapa awak tak datang kerja hari ni?”Ujar suara lelaki disana tegas.
  Hai,ni dah melampau.Dia ingat dia tu sapa,nak soal-soal aku ni?Suka hati akulah kalau aku tak nak pergi kerjapun.Bukannya aku kacau hidup diapun.
  “Encik,sebenarnya encik ni siapa?Saya kenal ke?Kalau saya taknak pergi kerjapun,bukannya urusan encik.Faham!”
  “Saya...”
  “Sudahla encik.Kalau encik nak bersyarah ke nak berceramah dekat saya,lain hari,lain masa.Lagipun,saya tengah sibuk ni.Okay,bye.”Azie terus memutuskan talian.Kemudian dia offkan telefon bimbitnya.
  “Isy,gila punya orang!”Marahnya.
  Tanpa membuangkan masa lagi,dia terus menuju ke dapur untuk menyudahkan kerja memasaknya yang tergendala seketika tadi.Buat apa dia fikirkan orang itu?Buang masa aja.Haryani masih didalam bilik air membersihkan dirinya.

ARIAN merengus geram.Tangannya mencapai pen yang terletak di atas meja,lalu menulis seseuatu di atas kertas kosong.Entah apala yang sedang dia tulis.Riak wajahnya kelihatan muram saja.Sebentar tadi dia baru saja menghubungi seseorang,tapi dirinya yang dimarah.Sudahla dia letih,baru semalam dia sampai dari Melaka.
  Tuk!Tuk!Tuk!Pintu diketuk.Dia tersentak dari lamunannya.Cepat-cepat dia mempersiapkan dirinya yang tidak berapa kemas.Dia berdehem beberapa kali.
  “Masuk!.”Ujarnya tegas memberi arahan.
  Pintu bilik terbuka.Muncul wajah seorang perempuan yang cukup menawan.Bibirnya mengukir senyuman.Matanya galak memerhati lengok perempuan tersebut.Perempuan tersebut menghadiahkan sebuah senyuman manis.Dadanya berombak kencang.
  Aduh!Seksi bangat.
  “Encik Arian.Saya cuma nak ingatkan,pukul 1.00 petang nanti encik ada temu janji dengan Datuk Jay.”Ujar perempuan tersebut lancar.
  Emylia menguak rambutnya yang terjuntai di dahi.Nampak sungguh menghairahkan.Mata nakal Arian galak merenung wajah Emylia,setiausahanya.Dia menilik tubuh perempuan itu dari bawah hingga ke atas.Hmm,cukup menarik.
  “Okay.”Jawabnya sepatah.Wajahnya yang sebentar tadi muram kini berubah ceria.Bibirnya mengukir senyuman yang cukup menggoda dan boleh mencairkan hati setiap wanita yang melihatnya.
  Emylia terpana seketika.Kemudian dia meminta izin kembali ke tempatnya.Tapi langkahnya terhenti bila Arian membuka mulut.
  “Oh ya Emylia.Lain kali don’t call me Encik Arian,you just call me Rian.”
  Emylia hanya anggukkan kepalanya.Dia tidak mahu berlama disitu.Boleh cair hatinya nanti bila asyik terpandangkan Arian yang hensem ni.Dia tahu siapa Arian.Arian adalah bosnya yang kaki perempuan.Rasanya satu Kuala Lumpur kenal siapa Arian.Sebab itulah dia tidak mahu terperangkap dalam perangkap lelaki miang itu.
  Huh,dasar lelaki buaya!Cemuh Emylia dalam hati.
  Itu hanyalah satu permulaan bagi Arian untuk memikat seorang gadis,supaya jatuh dalam pelukkanya.Langkah seterusnya masih belum dijalankan.Cuma tunggu dan lihat saja.

SARA menjinjit beg pakaiannya lalu di masukkan dalam bonet keretanya.Selesai menyimpan semua barangnya dia menuju ke arah Iela yang sedang berdiri di sebelah keretannya.Dia mengukir senyuman,tapi tidak mendapat balasan dari rakannya.Dia mengelengkan kepalanya beberapa kali.
  “Hei,sudah-sudahla marah tu.Nanti kaupun nak balik Kl jugak nanti.Bukannya duduk tercongok dekat sini.”Ujar Sara sekali gus cuba memujuk rakannya.
  Hari ni dia akan pulang ke Kuala Lumpur.Dia tidak mahu berlama di kampung,kerana dia jugak mempunyai kerja yang harus dilakukan.Dia jugak harus menjenguk butik miliknya dan Iela yang sudah seminggu dia biarkan pekerja mereka jagakan.
  “Kau tahu tak.Kalau kau asyik muncung je macam ni,baik aku buat penyangkuk baju dekat rumah.Jimat sikit.”Sambung Sara lagi,berbaur guarauan.
  Akhirnya meletus jugak ketawa Iela.Tidak lagi mematungkan diri.Dia tersenyum sumbing memandang Sara.Dia memeluk tubuh Sara erat.Matanya sudah mula merah.Mahu menangis.Tapi ditahannya dari tumpah.Dia mahu menunjukkan bahawa di seorang yang tabah di depan Sara dan rakan-rakannya yang lain.
  “Jaga diri tau.Pandu kereta tu jangan laju-laju sangat.Takut nyawa melayang.”Iela memberi saranan kepada Iela.
  “Okay la.Don’t worry.Kaupun sama,jaga diri tu elok-elok.”
  Sara melangkah masuk ke dalam kereta Honda Civic miliknya.Belum sempat pintu kereta tertutup rapat,sempat jugak dia berpesan sesuatu pada Iela.
  “Jangan lupa kirim salam aku pada seluruh keluarga kau tau.”
  Iela mengangguk kepalanya.Dia melambaikan tangganya pada kereta Sara yang sudah bergerak meninggalkannya.Kini tinggal dia seorang diri untuk meneruskan baki-baki harinya di Kampung Bharu ini bersama Hariz.Kini dia sudah melangkau ke alam yang baru.Alam yang penuh dengan cabaran.Harapannya kini adalah,semoga Allah mempermudahkan dia untuk menyusuri kehidupan yang penuh onak dan duri.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...