Halaman

Followers

Ahad, 20 Mac 2011

Perangkap Cinta 9


Bab 9

DANIA merebahkan tubuhnya diatas sofa.Dia mengeluh letih.Letih tubuh,letih otak.Jam dinding berdenting sebanyak lima kali,tanda sudah masuk pukul 5.00 petang.Rakan-rakannya masih belum pulang.Dia bangun dari pembaringannya sambil mengeliat hingga bunyi semua tulangnya.Huh,lega!Sementara mereka belum pulang dia ingin memasak untuk makan malam mereka nanti.Apasalahnya sekali-sekala dia membuat kejutan.Lagipun,dia harus berlatih memasak.Kerana tidak lama lagikan diakan akan berkahwin?

Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat asar,dia terus mengerjakan niatnya untuk memasak.Gembira sungguh dia hari ini.Mungkin hatinya terlalu gembira selepas pertemuannya dengan Iskandar.Lelaki itu telahpun mejelaskan segalanya,segala perselisih faham antara mereka berdua.Kali ini dia dapat menarik nafas lega,selega hatinya.

“La,la,la...”Dia menyanyi kecil.Tanpa sedar dibelakangnya ada seseorang yang sejak tadi memerhatikannya.

“Hah!”Sergah suara itu sambil memegang bahu Dania.

Dania terkejut.Hampir saja dia melatah,nasib baiklah dia dapat mengawalnya.Kalau tidak malu serumah dia.

“Ya Alla Sara...aku ingatkan pencuri tadi.Nasib baiklah pisau ni tak naik lagi.”Dania mengurut dadanya yang berdegup kencang.Macam nak tercabut saja jantungnya.

“Hahaha...”Sara ketawa terbahak-bahak.Geli hati dengan tingkah Dania.

Isy dia ni,boleh gelak lagi.Bukan nak mintak maaf ke?Buat aku terkejut aja.Dania menrungut dalam hati.

“Dah-dah,jangan kacau aku nak masak.Pergi sana mandi.Busuk tahu!”

Dia menolak tubuh Sara jauh darinya.Kemudian dia kembali memotong bahan-bahan yang hendak dimasaknya.Sara yang dibelakangnya masih ketawa.

“Okaylah,sorry-sorry.Kau masak apa ni?Tiba-tiba je nak masak kenapa?Selalunya makan nasi bungkus je.”Jawab Sara dengan sisa tawanya yang masih ada.

Dania merengus geram.Tak masakpun salah,masakpun salah.Yang mana satu betul ni?

“Isy kau ni.Boleh tak jangan banyak tanya?Pergi sana mandi,jangan ganggu aku,kalau nak tolong takpala jugak.”

“Okay-okay.Aku pergi.Hmm,tak kuasa aku nak memasak ni.”

Sara mengangkat kedua belah tangannya.Tanda dia tidak mahu membantu Dania didapur.Dia terus berlalu meninggalkan dapur menuju ke kamar tidurnya yang dihuni olehnya dan Iela.

Lega sikit!Takdaklah penganggu nak kacau aku sekarang.

Dania tersenyum girang.Dia kembali menyambung kerja yang tergendala seketika.Dia ingin memasak lauk kegemaran mereka berempat iaitu paprik!

FARISH ISKANDAR sedang bersendirian petang itu dirumah banglo dua tingkat milik arwah papanya.Dia mengeliat kelegaan sambil tersenyum gembira.Kini rancangannya sudah sampai ke kemuncak.Tidak lama lagi dia akan mendapat apa yang dia inginkan selama ini.Dia menggosok kedua belah tangannya.Huh,nampak gayanya dia sudah tidak sabar.

Sabar Iskandar,sabar!Sikit saja lagi kau akan mencapainya.Tapi kau kena ingat,tempoh wasiat itu hanya hingga bulan depan.Kau harus cepat menikahi perempuan itu,kalau tidak semua harta kekayaan papa kau akan jatuh pada pak cik kau!

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seseorang.Mak Jah!

“Tuan,ada orang nak jumpa.”Ujar perempuan tua itu.

Dia adalah orang gaji yang bekerja dirumah banglo itu.Sudah lama dia bekerja disitu,sebelum Iskandar lahir lagi dia sudah berkhidmat disitu.Perempuan itu sudah dianggap seperti ibu bagi Iskandar.

“Siapa?”Soal Iskandar sedikit terkejut.Rasanya hari ini dia tidak mengundang sesiapa.Mungkin ada tetamu yang baik hati ingin berjumpa dengannga.Mungkin juga Farhan.

“Entahla,Mak Jahpun tak berapa nak kenal.Tapi tetamu tuan perempuanlah.”Jawab Mak Jah lembut.

“Hmm,takpalah Mak Jah.Sekejap lagi saya datang.Sementara tu bolehla Mak Jah hidangkan makanan ringan untuk tetamu saya tu.”

Selepas itu Mak Jah terus beredar menuju ke dapur untuk menyiapkan makanan seperti yang disuruh oleh Iskandar sebentar tadi.

Rina duduk disofa yang tersedia diruang tamu rumah banglo itu.Matanya liar memandang disekeliling rumah itu.Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah kekasihnya.Sebelum ini,selalu juga Farish menjemputnya datang ke rumah,tapi ditolaknya.Kerana takut menimbulkan fitnah.Tapi nasib baiklah ada orang gaji yang tinggal disini.

“Hei,Rina!”Bicara Iskandar sedikit kuat.Mungkin teruja dengan kehadiran kekasihnya disitu.Sangkanya mungkin Dania yang akan datang.Maklumlah diakan perempuan pertama yang diajak masuk ke dalam rumah ini.

“Hai!”Jawab Rina lembut.Dia memerhati setiap langkah Iskandar yang datang menghampirinya.

“You buat apa dekat sini?Tak pernah datang,tiba-tiba muncul.”

Iskandar melabuhkan punggungnya di hadapan Rina.Matanya galak meratah segenap ruang wajah kekasihnya.Sungguh ayu!

“Macam halau je.Takpala I balik dulu.”Nada suaranya seakan merajuk dengan kata-kata Iskandar yang kedengaran sinis pada telinganya.

Rina sudah bangun.Pura-pura untuk pergi meninggalkan Iskandar.Tapi Iskandar lebih bijak.Ditariknya tangan Rina hingga gadis itu terduduk di atas ribanya.Hai,ambil kesempatan nampak!

Dia terjerit kecil.Terkejut dengan tindakkan Iskandar.Merah wajahnya menahan malu.Kebetulan itu,Mak Jah datang untuk menghantar minuman dan makanan.Bertambah malula dia pada perempuan

tua itu.Deheman Mak Jah tidak diendahkan oleh Iskandar.Sebaliknya lelaki itu terus tersenyum.Mesti Mak Jah memikirkan yang buka-bukan tentang Rina.

“Apa ni Rish,malu tahu?”

Rina cuba merungkaikan tangan sasa Iskandar yang memeluk erat pinggang rampingnya.Haris ketawa bila melihat wajah Rina yang kemerahan menahan malu dan marah yang bercampur baur.Suka hatinya melihat wajah itu.Comel!Rasa nak cubit-cubit je pipi gebu itu.

“Isy,lepas lah!”Marah Rina.Dia menampar lembut tangan lelaki itu supaya melepaskan rangkulannya.

“Taknak!”

“Ni yang I malas nak datang rumah you ni.Ambil kesempatan...je.Lain kali I taknak datang dah.”

Akhirnya Iskandar akur juga dengan permintaan Rina.dilepasnya gadis itu.Takut juga Iskandar sekiranya Rina tidak mahu datang lagi ke rumahnya.Nanti kalau dah kahwin takkanlah Rina taknak masuk rumahnya.

Dia tersenyum lega.Lega dengan pelepasan Iskandar.Kalau tak,tidak tahulah apa yang hendak dia lakukan.Jantungnya sejak tadi berhenti berdegup.Berpeluh-peluh wajahnya.Nasib baiklah penghawa dingin yang menyejukkanya.

“Sorry,lain kali I tak buat lagi.”Ucap Iskandar.Dia menyandarkan tubuhnya penuh bergaya.Cuba menggoda dalam diam.

“Hmm,awal you balik hari ni,selalunya bila dah malam you nak balik.”Rina memulakan perbualana diantara mereka.

“Saja...nak rehat juga.”Jawab Iskandar ringkas.

Selepas itu mereka terus sepi-sesepi hati mereka.Rina tiada modal untuk bercakap dengan Iskandar.Manakala Iskandar turut sepi.Tetapi otaknya ligat memikirkan seseuatu yang mungkin mendatangkan hasil.Mungkin?!

“Er...Rina.”

“Hmm.”Hanya itu saja yang terluah dari bibir gadis itu.Dia ternanti-nanti akan bicara seterusnya.Matanya yang sentiasa bersinar it uterus merenung wajah tanpan Iskandar.Sejuk mata memandang.

“Kahwin dengan I?”

Sekali lagi.Entah mengapala lelaki yang bernama Farish Iskandar ini tidak pernah putus-asa dalam mengajak kekasihnya berkahwin.Sudah pekak ke telinganya mendengar jawapan yang sama dari kekasihnya.Orang belum bersedia,jangan dipaksa.Takut-takut dia akan lari tinggalkan kita.

Rina mengeluh.Kenapalah Iskandar ni?Tak faham-faham bahasa ke?

“Rish,berapa kali I nak kata.I tak sedia lagi.Jangan paksa I boleh tak?”Ujar Rina lemah.

Mulutnya sudahpun letih untuk mengulangi jawapan yang sama.

“Habis tu...”

“Stop it Rish.I dah letih nak dengar tu semua.I datang sini bukannya nak dengar tu semua.I datang sini sebab I rindukan you.Sudahla,kalau yang tu yang you nak cakap,I nak balik.”

Rina tegas,kemudian dia terus bangun untuk pergi meninggalkan rumah banglo dua tingkat itu.Farish Iskandar tidak lagi menghalang,dibiarkan saja kekasihnya pergi meninggalkannya keseorangan di ruang tamu rumahnya.Hatinya sedih.

Kenapalah perempuan itu tidak pernah faham dengan perasaannya?

TELEFONNYA berbunyi tidak henti-henti.Bingit telinganya mendengarnya.Dia sedang makan di ruang dapur bersama rakan-rakannya.Malas hendak pergi mengambilnya.

Isy,kacau betulla telefon ni!Aku nak makanpun tak senang.Dania memandang Azie yang memandangnya sejak tadi.Mungkin sikit terganggu dengan panggilan yang tidak terjawab itu.

“Kau pergilah angkat fon tu,mungkin buah hati kau yang kol?”Ujar Iela lalu meneruskan suapannya.

“Malaslah!”

“Hai,rugi nanti kut!”Jawab Iela lagi.Mendesak rakannya supaya menjawab panggilan itu.

Dania mengeluh berat.

“Ya la,ya la...”

Akhirnya mengalah juga.Dia melangkah malas menuju ke bilinya.Pantas dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak diatas meja solek.Sakit telinga mendengar deringan yang tidak henti-henti.Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman.Betul tekaan Iela!Iskandar yang sedang menghubunginya.Jarinya menekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum.”Ucapnya lembut.Bibirnya masih mengukir senyuman gembira.Gembira sangat!

“Waalaikumussalam...awak tengah buat apa?”

Alahai,alimnya Iskandar ni!Tapi bukanpun,sembahyang lima waktupun belum tentu cukup.

“Tak,saya tak buat apapun.Kenapa awak kol saya ni?”

Hatinya teruja inilah kali kedua lelaki itu menelefonnya selepas insiden tempoh hari.Malu bila diingatkan balik!

“Hmm,awak ada plan tak malam ni?Kalau takdak saya nak ajak keluar.”Jawab Iskandar kembali pada tujuan asalnya.

Dania sedikit terkejut.Tapi dia gembira kerana lelaki itu sudi mengajaknya keluar.Siang tadi sewaktu lunch,lelaki itupun sudah mengajaknya untuk makan tengah hari bersama.Mungkin dia ingin membincangkan seseuatu yang belum sempat dia katakan.

“Er...hmm,saya okay je.Dekat mana tu,nanti saya datang.”

“Takpa,nanti saya datang ambil awak.Dalam sejam lagi saya datang,awak bersiaplah.”

Selepas itu talian terus dimatikan.Dania melonjak girang.Seronok!Tidak sabar dia hendak berjumpa dengan lelaki itu.Tergesa-gesa dia membuka almari baju dan memilih pakaian yang sesuai.Matanya bersinar bahagia.

Azie yang terdengar jeritan Dania tergesa-gesa datang.

“Kau okay ke ni?Ada apa-apa ke,hah?”Soal Azie sedikit bimbang.Manala tahu kawan dia ni sudah sewel.

“Hah?Eh...takdak apa-apa.Oh ya,aku nak keluar ni.Nanti boleh tak kau tolong kemas dapur?”

“Kau nak pergi mana ni?Malam-malam pulak tu.”Jawab Azie sedikit bimbang.Bimbang dengan keselamatan rakannya.

“Entah,akupun tak tahu.Kejap lagi Iskandar datanglah.”

“Isy,diapun satu.Dah tau kau ni anak dara.Duk usung kau pergi merata-rata.”Azie merengsu geram.

Dania ketawa galak.

“Hai,jelas nampak.Sebab tulah kau kenalah cari pakwe cepat-cepat.”Semakin galak Dania ketawa.

“Eee...takdak masa aku nak jeles.Suka hati kaula nak pergi manapun!”

Selepas itu Azie terus beredar.Pergi menyertai Sara dan Iela yang sedang menonton televisyen bersama.Dania ketawa sambil mengelengkan kepalanya.Lucu dengan sikap Azie yang angin tak habis-habis.

Dania menyiapkan dirinya seringkas mungkin.Dia mengenakan sehelai t-shirt berwarna merah dan sehelai jean lusuh.Nampak sesuai dengan dirinya.Tidak lama selepas itu Iskandar datang menunggunya di depan rumah.Azie,Sara dan Iela hanya menjeling bila melihat Dania sedia tersenyum sumbing ke arah mereka.

1 ulasan:

  1. eeee,skt jiwa betul la ngn mamat ni..sebab harta sanggup mainkan hati wanita..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...