Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Jumaat, 8 April 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 11


Bab 11
SEPERTI yang dijanjikan,petang itu Azie pergi ke hospital untuk melawat Haryani.Sara tidak ikut sekali kerana dia telah pergi ke butik miliknya dan Iela untuk meninjau keadaan disana selepas meninggalkannya hampir seminggu.
  Ketika dia sampai,Haryani sudah sedar dari tidurnya yang panjang.
  "Siapa bawa aku dekat sini?"
  Itulah soalan pertama yang diajukan oleh Haryani kepada Azie.
  "Aku mintak tolong kawan kau.Aku tengok dah teruk sangat demam kau,sampai meracau-racau.Sebab tu lah aku kol dia."Jawab Azie jujur.
  Tangannya ligat membuka bekal makanan yang dibawa dari rumah.Bau harum makanan menusuk hidung sesiapa yang berada disitu.
  "Siapa?"Tanya Haryani sedikit terkejut.
  Berani betula kawan aku ni.Nasib baiklah orang baik yang tolong,kalau orang jahat macam mana?Tak tahu lah apa nak jadi.
  "Entahla,aku terlupa pulak nama dia.Tapi hujung nama dia macam bunyi man,man gitula."
  Azie sudah lupa pada jejaka yang baru sebentar tadi menolongnya.Bukankah hatinya sebentar tadi berbunga riang bila teringatkan lelaki itu?Begitu pantas dia melupakan lelaki itu sepantas masa.
  “Dahla,malas aku nak fikirkan.Kau makan tak lagi?Kalau belum,aku ada bawakan lauk kegemaran kau ni.Sedap tau!Kalau tak makan rugi...”Ujar Azie sambil kepalanya terangguk-angguk mengiakan kata-kata.Chewah,puji diri sendiri nampak!
  Haryani menjuihkan bibirnya.Sedapla sangat!Tapi memang dia akui dalam hati,masakkan rakannya memang sedap nak dibandingkan dengan masakkannya.Tangannya menyentuh perutnya yang sudah mula berkeroncong.Nak taknak dijamahnya juga makanan itu.
  Belum sempatpun makanan menyentuh lidah.Tiba-tiba pintu dikuak dari luar.Terjengul wajah seseorang.Razman!Dia sedang berdiri sambil mengukirkan senyuman pada Haryani.Di tangannya terdapat sejambak bunga mawar kuning dan putih.
  “Hai Yani,you dah bangun rupannya.”
  Razman meletakkan bunga tersebut dihadapan Haryani.Kemudian dia mengambil kerusi dan duduk menghadap Haryani.Haryani membalas senyuman rakannya.Lidahnya kelu.Macam mana dia ada dekat sini?Dah berbulan-bulan dia menghilangkan diri,tiba-tiba muncul semula.Naik pening kepalanya memikirkan.
  “Er...Hai juga.You buat apa dekat sini?”Soal Haryani.Dia tidak jadi makan.Hilang rasa laparnya.
  “Kawan you tak bagi tahu you ke?”Tanya Razman.
  Razman memandang wajah Azie.Mata mereka bertemu.Azie berdebar.Cepat-cepat dia mengalihkan anak matanya.Takut tidak tahan dengan godaan yang tidak disengajakan itu.Cepat-cepat dia membuka mulut memberi tahu perkara sebenar.
  “Dia lah,yang bawa kau ke hopital.”Bisik Azie dekat telingan Haryani.
  “Oh...Thanks Raz,sebab sudi tolong I.”Ucap Haryani jujur,seraya mengukirkan senyuman manis pada lelaki tersebut.
  Razman tergamam seketika.Kemudian barulah dia sedar bahawa dirinya sebenarnya sudah lama ditolak gadis tersebut.Kenangan lalu menerjah kotak fikirannya.Masih dia ingat lagi walaupun sudah beberapa bulan berlalu.
  “Maaf Raz,bukan I tak sukakan you,tapi memang I tak boleh terima.”Jawab Haryani jujur.Kepalanya ditundukkan memandang makanan yang masih belum terusik.
  “Tapi kenapa?Apa kurangnya I?I ada harta,pangkat,rupa dan segala-galanya.Apa yang you nak lagi?I boleh berikan...”
  “Raz!”
  Marah Haryani separuh menjerit.Matanya sudah merah menahan marah.Razman tidak faham.Walaupun sudah lama bersahabat,lelaki itu tetap tidak faham.Haryani bukanlah perempuan yang gemar memilih lelaki yang cukup pakej seperti Razman.Dia tak perlukan semua itu untuk hidup bahagia.Dia cuma perlukan cinta dan kasih yang ikhlas.Lagipun hatinya sudah dimilikki oleh seorang insan yang bernama Hariz.Tak mungkin dia berpaling pada yang lain.
  “Sudahla Raz,I penat.Lagipun I tak pernah cintakan you dan I tak pernah anggap you lebih dari seorang sahabat.Janganlah you berharap lagi.”
  Suaranya sudah mulai mengendur.Dia sebenarnya malas hendak bertegang urat dengan Razman,tak mahu hubungan persahabatan yang dibina akan terjejas.Lagipun memang benar,perasaannya lansung tiada sekelumit rasa cinta pada lelaki itu,yang ada cuma perasaan kasih pada seorang sahabat.Tapi mengapa lelaki itu begitu mendesaknya.
  “Sara?”
  Suara terkejut Haryani menyedarkan Razman dari lamunannya.Termangu-mangu dia memandang wajah pucat Haryani seperti baru lepas terserempak dengan hantu.
  “Er...Sara,apa awak dekat sini?Bukan awak dekat kampung ke?”Soal Haryani gugup.Terkejut bukan kepalang dia apabila terpandang wajah yang sudah seminggu hilang dari pandangannya.
  Sara ketawa geli hati.Terbahak-bahak dia ketawa.Apa kena dengan kawan aku ni?Baru tak berjumpa seminggu,dah bersaya awak dengan aku.Dia sakit apa ni?
  “Woi,kau ni kenapa hah?Otak dah mereng ke?Akula ni,Sara.”Ujar Sara dengan sisa tawanya yang masih ada.
  Haryani turut tersenyum.Barulah dia tahu kesilapannya.
  “Bila kau balik hah?Ingatkan taknak balik dah.Bolehla aku buat sewa bilik kau tu.”Seloroh Haryani.Dia mungkin terlupa seketika tentang kesalahan rakannya itu.
  “Ooo,mana boleh.Bilik tu banyak berjasa dekat aku tau.”
  Sara memandnag Haryani penuh makna.Matanya ditujukan ke arah jejaka yang belum dia kenali.Boleh tahan juga mamat ni.Rupa ada,ketinggianpun ada.
  “Oh ya,Raz.lupaI nak perkenalkan you dengan kawan I yang dua orang ni.Yang kurus kering macam cicak kobeng ni,namanya Sara.Kalau...”
  Belum sempat ayatnya dihabiskan lengannya sudah menjadi mangsa cubitan Sara.Dia terjerit kecil.Berbisa juga sengatan dia ni,sampai merah lengan aku ni.Haryani menggosok-gosok lengannya.
  “Sampai hati kau ya,kata aku macam tu.”Sara merajuk.Tubuhnya dipalingkan menghadap dinding.
  “Okayla,aku mintak maaf cik adik manis...Puas?”
  Kemudian matanya dihalakan memandang Azie pulak yang sejak dari tadi hanya diam seribu bahasa.Dia tersenyum sambil menarik tangan Azie.
  “Yang cun meletup ni,namanya...”
  “Azie.”Razman pantas menjawab.Kemudian senyuman yang dihulurkan olehnya disambut baik oleh Azie.
  “Oh,dah berkenalan rupanya.”Haryani pantas menyiku lengan Azie.
  Azie tersipu-sipu malu.Tak sangka dia,Razman masih meningatinya.Dadanya kembali berdebar.Menahan getaran hati yang sudah mula terasa.Adakah ini dinamakan cinta?Entahla,hanya Allah yang menetukannya.

HARIZ sedang terbaring diatas katil sambil matanya terkebil-kebil memandang siling yang bercorak itu.Dia berpeluk tubuh.Fikirannya jauh melayang memikirkan seseorang.Rindu pada insan tersebut sentiasa  mebuak-buak didada.Ingin sekali dia segera pulang ke Kuala Lumpur menemui insan tersebut.Sudah dua hari dia tidak berjumpa.Apa khabar dia sekrang?Sihat ke dia?Sedang bergembira ke dia?Pelbagai soalan menerjah kotak fikirannya.
  Dia mengeluh.Tangannya pantas mencapai telefon bimbit yang berada disisinya.Mana mesejnya?Mana panggilan darinya?Kenapa dia tidak pernah membalas pesanan yang dihantar oleh Hariz padanya?Kenapa telefonnya sentiasa tertutup?Hariz bingung.Tangannya ligat mendail nombor Haryani.Seketika kemudian...
  “Maaf,nombor yang anda cuba hubungi tidak dapat dihubungi...”
  “Arghhh...”Hariz menjerit marah.Dia membalingkan telefon bimbitnya di atas sofa.Geram!
  Mana awak Yani?Saya rindukan awak.I miss you so much...

3 ulasan:

  1. sedih cite ni... tp best...lain drpd nvel y lain...
    pe kta ending ny nti wt yani+arian, hariz+iela & azie+razman...syok skit cite ny nti...hihi(pepndai je aku ni)
    cite ni akan d tlis kt blog smpai hbs ke....or nk d bku kn jd nvel???
    cpt smbg ek cite ni.....
    cite 'perangkap cinta 2pn smbg la gk...

    BalasPadam
  2. setuju dgn nur9979..:)
    kekalkan hariz gan iela...biar dia jatuh cinta gan isteri sendiri..
    Best sgt cite...
    Nk lg next n3...

    BalasPadam
  3. hurrmm..betol2...saye tak suke lah laki yg kawin suke kt pompuan len...dh rezeki depan mate ambik jelahkn..hurmm..kalow saye lah lepazkan jer laki tuh..nk buat cmner x de jodoh...suke aty je komen..kih3...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...