Followers

Khamis, 28 April 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 12


Bab 12
HARIZ sibuk mengemas barangnya dan memasukkan semua bajunya dalam bagasi yang bersaiz sederhana.Dia sudah siap mandi dan berpakaian kemas.Kelihatan segak dan kacak!Tangannya ligat menyimpan kesemua barangnya.Isterinya,selepas subuh terus menghilangkan diri ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga. 

  Iela tersenyum senang.Kerana hari ini ibunya menyediakan sarapan kegemarannya.Nasi lemak sambal ikan kering!Dia melangkah masuk ke dalam bilik.Pintu ditutup rapat.Tujuanya naik semula ke bilik adalah untuk memanggil Hariz untuk bersarapan bersama.Tapi dia terkejut bila melihat suaminya sedang sibuk mengemas semua bajunya.

  “Apa awak buat tu?”Soal Iela hairan.

  “Oh,awak...saya nak balik KL hari ni.”Jawab Hariz.Dia sedikit terkejut dengan teguran itu.

  “Hah?Bukan ke kita sepatutnya ada dekat sini lagi sehari.”

  Iela terkejut dengan kata-kata Hariz.Begitu cepat suaminya ingin pulang ke Kuala Lumpur.Rindukah dia pada Haryani?Tapi dia masih malas hendak pulang ke Kuala Lumpur.Dia masih ingin melepaskan rindunya pada kedua ibu bapanya.Tapi dalam masa yang sama,dia turut rindukan rakannya di sana.

  “Saya tahu,tapi saya ada hal sikit.Sebab tula saya kena balik KL hari ni.Tapi kalau awak taknak balik lagi takpa,saya tak kisah.”Jawab Hariz lancar tanpa memandang wajah isterinya.

  Huh,kerja apa?Kerja nak berdating dengan awek kau!Cemuh Iela dalam hati.Geram juga dengan suaminya itu.Taknak berterus terang lansung!Kalau dah rindu tu,cakapla rindu.Apa yang susah sangat.

  “Awak rindu dekat Yanikan?”

  Hariz tersentak.Tapi dia masih mampu mengawalnya.Dia diam.Tidak membalas kata-kata Isterinya.Kalau dah tahu,buat apa tanya lagi.

  “Saya tahu...takpala,saya ikut sekali balik KL.Rindula pulak nak jumpa diorang.”

  Iela jujur.Ceria wajahnya tidak sabar bertemu dengan rakan-rakannya yang sudah seminggu tidak Nampak batang hidung.

  Dia nak ikut?

  “Hmm,suka hati awakla.”

  Selepas itu,Iela pulak sibuk mengemas barang-barangnya.Kemudian mereka turun bersama ke ruang makan untuk bersarapan bersama.Encik Masri dan Puan Khadijah jelas terkejut bila melihat dua buah bagasi yang diusung oleh menantu mereka.Tapi selepas dijelaskan sebab mengapa harus pulang ke Kuala Lumpur,barulah mereka faham.

  Datin Sofea dan Datuk Bahar,sehari selepas majlis perkahwinan anak mereka,mereka berdua terus meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana jadual penerbangan mereka ke Wales malam itu.Sebelum sempat pulang ke sana,mereka telah menghadiahkan sebuah banglo sederhana mewah kepada Hariz sempena majlis perkahwinannya dan Iela.

  Tapi dapatkah Hariz dan Iela membina hidup mereka disana tanpa rasa cinta?

“DAH SIAP?”

  Azie datang menghampiri Haryani.Haryani menanggukkan kepalanya.Kemudian mereka berdua duduk di birai katil hospital.Haryani mengeluh.

  “Kenapa kau tak bagi tahu aku yang Iela dengan Sara dah balik?”Soal Haryani.

  Dari semalam lagi hatinya tidak tenang.Selepas kehadiran Sara dihospital semalam,otaknya tidak berhenti berfikir.Berfikir cara untuk berdepan dengan Iela.Mungkin Iela turut pulang bersama Sara.Tapi buat apa dia nak penat-penat fikirkan tentang hal ini?Buat bodoh sudah!

  “Sorrylah,aku terlupa.Lagipun dia balik time kau masuk hospital.So...”

  “Iela?”Haryani pantas memintas.

  “Iela?Pasal dia kau jangan risau.Sebab Sara kata dia balik esok.Balik dengan SUAMI dia tu!”Azie sengaja menekankan pada hujung ayatnya.

  Sakit hati Haryani mendengarnya.Sedih?Sudah tidak tergambar hendak dikatakan bertapa sedihnya tika ini.Alangkah bahagianya dirinya sekiranya Hariz yang menjadi suaminya.Tapi dia tahu,semua itu tidak akan pernah terjadi.Hmm,bercinta dengan orang lain,berkahwin dengan orang lain.

  Krek!Pintu wad dibuka.Muncul wajah Sara yang sedang tersenyum ke arah mereka berdua.Azie dan Haryani membalas senyuman itu.Tapi hambar.Mungkin terkejut dengan kehadiran Sara yang tidak diduga.Dia dengar ke?

  “Sorry lambat.Aku pergi cari benda ni tadi.Susah jugak nak cari nasi lemak dekat kawasan ni.”

  Sara menyerahkan bungkusan nasi lemak tersebut kepada Azie.Azie menyambutnya lalu diletakkan diatas meja yang terletak disatu sudut ruang itu.Dani mengulum senyuman.

  Dapat jugak aku makan nasi lemak,tak perlulah lagi aku duk makan mee je.Sepanjang aku duduk dekat sini,hanya mee atau nasi goreng saja yang disediakan.Naik muak aku!

  “Thanks Sara.”Ucap Haryani lalu memulakan suapan pertama.
  Tapi mereka terganggu dengan deringan telefon yang tiba-tiba berbunyi.Dua pasang mata terarah ke arah Sara.Sara mengerutkan dahinya bila terpandang nama yang tertea diskrin telefon bimbitnya.Dia memandang Haryani dengan pandangan yang tidak ditafsirkan.Selepas itu dia terus meminta diri untuk ke bilik air.

  “Hello,ada apa hal kau kol aku ni?”Soal Sara seakan berbisik.Mungkin tidak mahu Azie dan Haryani yang berada diluar mendengarnya.

  “Aku nak mintak kau tolong ambil aku dekat stesyen bas Pudu boleh tak?”Jawab suara disana.

  “Hah?Kau buat apa dekat sana?Kau curi-curi balik ek?”
  Nampak sangat Sara kelihatan sungguh terkejut dengan kata-kata yang baru didengarinya.

  “Nanti aku cerita dekat kau.Sekarang kau ni boleh ke tak?Kalau kau sibuk aku boleh ambil teksi sekarang.”Suara disana sedikit merajuk.

  “Eh...takpa-takpa,aku pergi ambil kau sekarang.”

  Selepas itu talian terus diputuskan.Sara melangkah kelau dari bilik air.Merah dan berpeluh wajahnya.Mungkin terlalu lama di dalam bilik air yang panas ini.Sekali lagi dirinya menjadi tumpuan mata rakan-rakannya.Dia tersengih macam kerang busuk.

  “Sorry,aku terpaksa pergi sekarang.Ada emergency.Takpakan kalau kau balik dengan Zie je?”

  Sara merenung wajah cengkung Haryani.Makin kurus rakannya kini.Maklumlah,sakitkan,mestilah tak lalu makan.

  Haryani hanya menanggukan kepalanya sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Sara.Matanya mengekori setiap langkah Sara pergi meninggalkan bilik berhawa dingin yang sedang didudukinya.

  Hari ini dia sudah dibenarkan pulang ke rumah.Memandangkan keadaan kesihatannya yang makin membaik,mungkin esok dia akan mula bekerja semula.Dia sudah rindu dengan suasana pejabatnya dan rakan-rakan sekerjanya.Terutama sekali Lia.Dia rindu untuk melihat telatah Lia yang mengada-ngada itu,walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.

  “Huh,emergencyla sangat.”Cemuh Azie sambil memeluk tubuh.Hatinya geram sungguh denagn sikap Sara yang satu ni.

  “Kau ni...”

“APA?”

  Sara terkejut seraya memberhentikan keretanya dibahu jalan.Dia memandang Iela yang sedang terhinjut-hinjut menangis disebelahnya.Tangannya menggosok bahu rakannya untuk menenagkan rakannya itu.Hatinya turut simpati dengan nasib Iela.Tapi nak buat macam mana lagi,semuanya sudah terjadi.

  “Kau tak kata apa-apa ke?Kenapa kau tak suruh je Hariz hantar kau dekat rumah?”

  Sara marah.Marah dengan tindakkan Hariz.Kalau dah jadi suami tu,tahu-tahulah laksanakan tanggungjawab.Ni tak,semuanya lepas tangan aja.Kesian Iela.Kenapalah,dia tu masih tak faham-faham jugak?

  “Aku dah suruh,tapi dia taknak Yani nampak!”Jawab Iela dalam sendunya.Dia menekup wajahnya dengan kedua belah tangannya.

  Sara mengeluh.Kenapalah bengap sangat Hariz tu?Kalau dah tahu diri tu dah kahwin putuskan sajalah hubungan cinda tu dengan Haryani.Sekarang ni yang menjadi mangsa ialah Iela.Tapi...Haryani macam mana?

  “Sudahlah,benda dah jadi.Jangan nangis lagi okay?Aku tak bolehla tengok,nanti akupun nak nangis.”Nada Sara bercakap dalam keadaan lucu membuatkan Iela tidak lagi menyanyikan sendunya.

  Iela akhirnya tersenyum jua.Dia mengelap air matanya dengan sapu tangan yang dihulurkan oleh Sara.Mengada betullah!

  “Kau ni la kan...tau-tau je.”Ujar Iela seraya menampar lembut paha rakannya.

  “Ya la kan,aku ni BBF kau dari kecik lagi.Mestilah aku tahu cara nak buat kau gembira!”

  “Ya la tu...”

  Sara menarik nafas lega.Lega kerana rakannya kini tidak lagi bersedih.Kadang-kadang,naik bosan telingannya mendengar Iela menangsi.Kalau menangis lagu Lady Gaga takpa la jugak!Sedap didengar.

  “Okay,sekarang ni aku nak ajak kau pergi shopping.Dah lama kita release tensionkan?”

  Iela menaggukkan kepalanya,tanda dia setuju.Kali ni saja dia dapat menghabiskan duit.Lain-lain masa dia hanya sibuk dengan kerja yang sentiasa datang.Lagipun,ini adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan.Dia tersenyum gembira.

7 ulasan:

  1. kesian iela...
    Bykkan bersabar ye iela...
    Insyaallah pasti ada kebahagian menanti...
    Geramnye gan hariz ni..
    Nk lg!!!

    BalasPadam
  2. sian nye dekt yani.. ptut la hariz buat iela mcm tu.. iela tu kne la fhm. mne la boleh hariz nk trime dy secept tu.. dh la yani dgn hariz tu sling mencintai.. sy skong yani.. sian yani, smpai sakit..

    BalasPadam
  3. biarlah yani yang dapat hidup ngan hariz...

    tak sukelah watak lela ni... macam pompuan gedixxxx pulak...

    eei... nyampah....

    hariz!!! bubarkan saja perkahwinan korang tue.. kawinlah dengan yani.....

    be gentlemen please....

    BalasPadam
  4. Best2,nk lgi.I think better hariz ngan Iela sbb dh jdi wife dia.P'khwianan yg dh termaktub di lauh mahfuz.So,yani dgn org len plak.

    BalasPadam
  5. Sian Yani,
    hope Hariz dgn Yani... .
    ...
    Hate lela,
    popuan gedik,
    hate hate hate

    BalasPadam
  6. Please, kepada penulis citer nie... .
    Yani ngan Hariz ya??
    Please sangad sangat
    ...
    ...
    Kalau Lela ngan Hariz x seru lah,
    udah dapat di tebak jalan citer nya,
    ..
    ..
    Please lah Yani ngan Hariz,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...