Followers

Ahad, 22 Mei 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 14


Bab 14
IELA sedang sibuk mengemas pakaian-pakaian yang baru diterima sebentar tadi.Sara pulak sedang sibuk mengurus stok.Suasana tenang di butik mereka.Alia,pekerja mereka sedang melayan pelanggan tetap mereka.Kelihatannya hari ni mereka sedikit sibuk berbanding hari-hari yang lain.
  Iela mengeluh.Entah mengapa dia rasa semua kerja yang dia lakukan serba tidak kena.
            “Kau kenapa?Tiba-tiba je mengeluh.”Soal Sara yang mendengar keluhan itu.Dia lansun tidak memandang wajah Iela.
            “Takdak apa la.”
            “Hai...takkan takdak apa-apa kut.Takdak angin,takdak hujan tiba-tiba mengeluh.Cuba kau cerita sikit kat aku.”Ujar Sara,seolah-olah dia tidak tahu masalah rakannya.
            “Hmm...kau tengok tak muka Yani pagi tadi?Masam je.Kalau cakap dengan akup pun sepatah dua kata je,tak macam dulu.”
  Akhirnya terluah jugak apa yang dipendamnya sejak semalam.Dia berhenti melakukan tugasnya.Kini tugasnya telah digantikan dengan Alia.Pelanggan mereka sebentar tadi telah pun pulang.
            “Ala,biasala tu.Diakan baru keluar dari hospital.May be dia masih takdak mood lagi.Kau janganla fikir yang bukan-bukan pulak.”Sara selamba.
  Iela diam.Dia memikirkan tentang tingkah laku Haryani.Sejak dia pulang dari kampung semalam.Dia dapat melihat perubahan sikap rakannya itu.Banyak mendiamkan diri dan meyendiri.Tidak selincah dulu.Azie pulak,dia dapat melihat perbualannya semakin sinis,dan kadang-kadang menyakitkan hati.Perkara inilah yang bermain-main dalam fikirannya.
            “Hah,Lia.Tadi dengan Datin Kalsom macam mana?Okay?”Soalan Sara menyentak Iela dari lamunannya.
  Mendengar soalan itu,Alia mengherotkan mulutnya.Tanda dia kurang senang dengan pelanggan sebentar tadi.
            “Entahla.Okay la kut.”Jawab Alia kurang pasti.
            “Lain macam je bunyi.”
  Sara tersenyum.
            “Takdakla...datin tadi tu banyak sangat songeh.Kejap nak ini,kejap nak itu.Pening kepala saya ni kak.Selalunya pelanggan-pelanggan yang saya layan takdakla perangai macam datin tadi.”Alia memberi jawapan yang jujur.
  Sara ketawa terbahak-bahak mendengarnya.Dia geli hati dengan jawapan yang diberi oleh Alia.Sudah dia agak dari tadi lagi.Sebenarnya dia sengaja membiarkan Alia melayan Datin Kalsom,untuk mematangkan lagi gadis itu dengan hal-hal pelanggan.Sememangnya dia sudah faham benar dengan kerenah mak-mak datin ni,semuanya kalau boleh nak kena dengan test mereka.Kadang-kadang dia pun rasa nak pecah kepala otak dia fikirkan.Tapi biasala,inikan dunia perniagaan!
“Biasala tu Alia.Nanti kalau dah lama-lama,okay la.”
  Ali hanya tersenyum sumbing.Ada benar kata bosnya juga.Lagipun,dia baru kali pertama melayan Datin Kalsom.Mungkin lama-lama dia akan kebiasaan dengan sikap Datin Kalsom.Alia kembali menyambung kerjanya yang tergendala seketika.
  Sara datang menghampiri Iela yang duduk termenung di satu sudut ruang butik mereka.Dia duduk menompang dagu sambil matanya memandang ke arah luar.Kelihatannya Iela tidak menyedari akan kehadiran Sara disitu.
            “Hoi!Termenung jauh nampak.Teringat dekat Hariz ke?”
  Kejutan itu memeranjatkan Iela.Hampir saja dia melatah,nasib baik dia sempat beristifar.Dia mengurut dadanya berulang kali untuk menghilangkan raaa gemuruh.Iela menjeling tajam ke arah Sara.
  Dia ni nak aku mati ke?
            “Apa hoi-hoi,kau ingat aku ni takdak nama ke,hah?”Ujar Iela geram.
  Ikutkan hatinya.Nak saja dia lesing kepala kawannya itu.Tapi disabarkan aja hatinya.Nasib baiklah,Iela ni kategori orang yang lemah lembut.Kalau tak...dah lama Sara jadi mangsanya.
  Sara hanya tersengih macam kerang busuk.Ingat lawa sangat ke,hah?
            “Sorryla.Aku saja je...dari tadi aku tengok kau termenung,kau teringat dekat Hariz ke?”Sara saja mengusik.
            “Hello!please sikit eh...takdak masa aku nak teringat dekat dia.Dari aku fikirkan dia,baik aku fikirkan mak bapak aku dekat kampung tu.”
  Iela geram!Ada ke patut Sara tuduh aku teringatkan Hariz.Isy,takdak maknanya aku teringatkan dia.Lagipun,dia bukannya ingatkan aku pun,mesti dia ingatkan di Yani tu.Benci aku!Eh,kenapa aku nak benci pulak?Bukannya kena mengena dengan aku pun.
            “Hmm,ya la tu...”
            “Dah-dah.Malas lah nak fikir pasal semua tu.Apa kata,petang karang,kau temankan aku pergi shopping.Boleh?”
  Rasa rindula pulak nak pergi menghabis duit!Sara hanya anggukkan kepalanya.Lagipun,sudah lama mereka berdua tidak pergi membeli-belah.
            “Boleh!Tapi,kau kena belanja aku baju.Boleh?”Kata Sara lalu tersenyum nakal.
  Iela mengeherotkan mulutnya.Banyak pulak songeh kawan aku ni.
            “Ya la,ya la...kau ni memangla.”
  Iela merengus geram.Akhirnya dia turut ketawa bersama Sara.Apala Sara ni,asal ajak teman pergi shopping aja,minta belanja.Isy,isy,isy,lama-lama pokaila duit Iela!
 *****
“APA dia buat dekat sini ni?”
  Haryani mengeluh kasar.Dari jauh dia melihat Hariz sedang berdiri sambil menyandarkan tubuh dikereta BMW Sport miliknya.Nampak tenang dan bergaya.Berkerut dahinya melihat Hariz.Apa nak buat sekarang ni?
  Isy,orang tua ni.Buat apa tau datang sini?Ni mesti nak cari aku.Ya la,mana taknya dia berjiwa kacau,kalau message dan panggilannya lansung tidak aku balas.Isy,ni yang susah ni.Dahla aku tengah lapar,time aku nak keluar,masa tu jugakla dia naj datang.Menyusahkan betulla.
  Haryani tidak jadi melangkah.Dia berpatah balik ke arah lif.Sebaik saja pintu lif terbuka dia melihat Lia dan beberapa orang rakan sekerjanya berada di dalamnya.Dia tersenyum senang.Lega hatinya!
            “Eh,Lia.Aku nak mintak tolong kau boleh tak?”Soal Haryani seraya menarik tangan Lia.
            “Mintak tolong?Tolong apa?Kau ni banyak betulla tolong.”
            “Isy,aku baru je mintak tolong kau sekali ni.Takkan tak boleh kut?Aku dah tolong kau banyak...”
  Belum pun sempat Haryani menghabiskan ayatnya,Lia pantas memotong.Ni pasti kes nak ungkit jasa-jasa budi ni.
            “Ya la,ya la.Apa dia,cakapla cepat.”
  Haryani tersenyum lega.Nasib baik lah Lia ni nak tolong dia,kalau tak kelaparan lah dia hari ni.
            “Kau tolong tapau dekat aku nasi goring pataya dekat aku.”Jawab Haryani sambil matanya mencuri-curi pandang ke arah Hariz.Manala tahu dia dah balik,tak payahla dia susahkan si Lia ni.
            “La...kau pergila makan dekat kedai depan tu.Buat apa susah-susah nak suruh orang tapau untuk kau.Jimatla sikit duit tu.Kalau tak,kau kena bayar duit upah,bayar duit minyak...”
            “Isy kau ni...banyak songeh betul!Nak tolong ke taknak ni?Kalau taknak takpa,aku boleh suruh orang lain.”
  Haryani geram.Dah orang mintak tolong tu,kalau taknak jawab taknak,tak payahla nak banyak cakap.Membazir air liur aja.
            “Ya la,ya la.Okayla,aku pergi dulu.”
  Lia melangkah baru beberapa tapak,tetapi dia berpatah balik ke arah Haryani.Mungkin dia turut ternampak kelibat Hariz disitu.Isy,minah ni.Tajam betulla mata dia ni.
            “Eh,Yani.Tu bukan Hariz ke?Kenapa kau tak pergi jumpa dia?”
  Haryani terkejut.Tapi cepat-cepat dia buat muka selamba.
            “Hah?ya ke?Hmm,malasla aku sibuk ni.”Ujar Haryani selamba.Tanpa perasaan.
  Selepas apa yang Hariz lakukan kepadanya tak hingin dia melihat wajah Hariz!Walaupun hatinya meronta-ronta ingin cepat bertemu dengan lelaki itu,tetapi ditahannya niat itu.Huh,tak kuasa!
            “Hai,alasan pulak kau ni?Selalunya,kalau dia datang,kaula orang yang paling...”
            “Haa,dah-dah aku malas nak dengar apa yang kau cakap...okayla,aku naik atas dulu.”
  Haryani pantas memintas.Tangannya butang lif untuk naik ke tingkat atas.Sambil menunggu itu,dia terdengar Lia menjerit memanggil nama Hariz.Haryani terkejut,dia berlari-lari anak ke arah Lia lalu tangannya pantas menekup mulut murai Lia.
  Isy,minah ni la...kang aku lesing kepala dia baru tahu!Marah Haryani dalam hati.Geram jugak dengan minah yang bernama Lia ni.Kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke?
  Hariz terdengar seseorang memanggil namanya.Dia mengalihkan pandangan memandang ke arah si pemanggil.Dia tersenyum ambil melambaikan tangan ke arah Haryani dan Lia.Lia senyum,Haryani tarik muka masam.Isy,isy,isy...hodoh betulla.
            “Hai Hariz,dah lama ke sampai?”Soal Lia cuba bermesra dengan lelaki itu.
  Haryani yang berada di belakang Lia buat tidak nampak dan tidak dengar aja.Dia berpeluk tubuh sambil matanya memandang ke arah lain.Sakit hati,sakit mata sekiranya dia memandang lelaki itu.
  Hariz tidak menjawab soalan itu.Sebaliknya dia memandang Haryani yang lansung tidak melihatnya,seolah-olah tidak sedar akan kehadirannya disitu.Hai,marah ke dia?Merajuk ke dia?Tapi kenapa?
  Lia yang menyedari akan kebisuan mereka berdua terus meminta diri untuk pergi.Sebelum pergi,sempat juga dia mengenyit mata pada mereka berdua.Haryani merengus geram,Hariz selamba.
            “Okayla awak...saya pergi dulu.”
  Amboi!Senangnya cakap.Kesianla dekat dia.Baru aja sampai.Itu pun semata-mata hendak berjumpa dengan Haryani.Dahla dia rindu gila dekat si Yani tu!Senang-senang nak chau macam tu aja?Tak boleh-tak boleh.
            “Err...Yani.”Pintas Hariz.Entahla kenapa tiba-tiba aja dia jadi gagap.Hmm...kenapa ya?
            “Ya?Apa yang awak nak cakap?Saya nak cepat ni,banyak kerja.”Jawab Haryani sedikit kekok.
            “Kita lunch sama-sama?”
  Haryani tersenyum sinis.Kali ni dia pasti akan terlepas dari berdua dengan Hariz.
            “Terima kasij je la Iz,tak payah susah-susah.Lagipun saya dah suru Lia tapaukan makanan untuk saya.”
  Hariz mengeluh kecewa.Susah kebenda apanya?
            “Please Yani!Kita perlu bercakap.Saya rindukan awak...”
  Tanpa segan-silu Hariz merayu padanya.Tangan sasa lelaki itu mencapai tangan Haryani.Haryani malu,banyak pasang mata memandang ke arah mereka.Merona merah wajahnya menahan malu.Dia menggigit bibir,menahan gelodak perasaan.Ikutkan hatinya ingin saja dia tinggalkan Hariz termangu-mangu.Baru padan muka!
  Akhirnya dia menurut jua dengan permintaan Hariz.Walaupun betapa sakit,kecewanya hati dia.Tetapi tetap masih ada cinta pada lelaki itu.Dia hanya mampu berdoa dan berserah pada Tuhan supaya segala kekusutan akan terungkai dan segera berakhir.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...