Halaman

Followers

Isnin, 16 Mei 2011

Novel Terpakai Untuk Di Jual!!


SINOPSIS:

Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yg janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yg sudah berkecai.


Maira bangkin mendepani takdir. Bukan serik utk bercinta lagi tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.


Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yg tidak bahagia utk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yg sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.


Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...


Harga asal:RM19.90
Harga Jual: 16.00 (Termasuk harga pos)
maklumat lanjut :Sungguh Aku cinta


SINOPSIS
IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi.
Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya. Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.
Seluruh negara gempar dengan berita itu. Suami Manis rupa-rupanya seorang tokoh yang dihormati ramai!

Harga asal:Rm19.90
Harga jual :RM15.00(Termasuk harga pos)
maklumat lanjut:Cinta Hati Kita


SOLD
SINOPSIS:
Andai manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yg mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dgn penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi.




Apapun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dgn kelebihan tersendiri sehingga dia berhajat menyunting Syifa utk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. dan Syifa, nyata terkejut dgn keputusan Muszahri yg sudi menerimanya.


Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yg memuja Muszahri pula tidak jemu2 cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya.




Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.

Harga asal:RM19.90
Harga jual:15.00(termasuk harga pos)
maklumat lanjut:Cinta Aku Seadanya


SINOPSIS:
Ailani dibesarkan oleh neneknya dgn penuh kemanjaan dan kemewahan. apa sahaja yg diingini akan dipenuhi.
akibatnya dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani berlibat dlm kemalangan yg menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.




Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limosin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan utk menyara diri. Konflik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato' Rahim. Dia rasa terhina dgn sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.




Di mata Fatimi pula, gadis ego spt Ailani hanya berniat utk mengikis kekayaan ayahnya dgn terbongkarnya rahsia sekeping cek. dia makin tercabar bila gadis itu dilantik pula sbg pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia utk menghadapi tindakan Fatimi.




Kini, barulah bertemu buku dgn ruas!

Harga asal:RM19.90
Harga jual:Rm15.00
maklumat lanjut:Gerimis Rindu

SOLD
SINOPSIS:
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.


Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.


Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Harga Asal:RM14.00
Harga jual :RM10.00(termasuk harga pos)
maklumat lanjut:Jendela Hati




SINOPSIS:
Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah. Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik. Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua! Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Mereka itu wanita ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah.... tapi takdir menentukan segalanya!

Harga asal:RM15.90
Harga jual:RM10.00
maklumat lanjut:Selamat Malam Tan Sri

SOLD
SINOPSIS:
Mengisahkan pergolakan jiwa seorang gadis bernama Maryam selepas diselamatkan oleh Delaila, tuan punya sebuah kelab hiburan. Atas budi baik Delaila, Maryam diterima bekerja sebagai pembantu rumah dengan keluarga tersebut. Suatu hari, Maryam mengenali Akbar, adik ipar Delaila. Maryam mengesyaki Akbar lah lelaki yang memperkosanya pada malam tersebut. Keadaan menjadi sukar apabila tunang Akbar, Tihani melarikan diri pada malam pernikahan dan ini membuatkan Delaila meminta jasa baik Maryam, bagi menggantikan tempat Tihani dengan sejumlah bayaran wang. Maryam terpaksa menerima memandangkan dia memerlukan wang. Perkahwinan tersebut menjadi masalah pada Maryam kerana Akbar mahu mengekalkan perkahwinan mereka sedangkan Maryam tidak bersedia menjadi seorang isteri. Dapatkah Maryam memegang tanggung jawab sebagai seorang isteri? Adakah perkahwinan Maryam dan Akbar menjadi bahagia sedangkan mereka masih lagi bergelumang dengan dosa?

Harga asal:RM18.90
Harga jual:RM14.00
maklumat lanjut:Semilir Cinta

SINOPSIS:
Fakrul Azim melupakan isterinya, Anis Amira setelah jatuh cinta dengan Tengku Marsya. Apakah kesudahan perhubungan mereka?

Harga asal:RM15.90
Harga jual:11.00
maklumat lanjut:Secebis Rindu

SOLD
SINOPSIS:
NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.
Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.
Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

Harga asal:RM19.90
Harga jual:RM15.00
maklumat lanjut:Tiada Yang Kedua

SINOPSIS:
“Kata orang, semakin sukar untuk kita mendapatkan sesuatu, ia akan kekal menjadi milik kita” Ada cerita di sebalik cerita. Ada duka ketika meniti saat bahagia. Dalam terpaksa dia rela. Hakikat hatinya memberontak. Dia dipaksa menanggung hukuman atas dosa yang tidak dilakukannya. Kerana itu… ada hati yang menanggung derita. Ada jiwa yang ditimpa sengsara. Menahan rasa. Menadah segala ketentuan-Nya. Di atas kertas putih bersaksikan Dia yang Esa, dirinya sah milik Nabila. Namun tiada siapa mampu mentaklik hatinya. Menidakkan kasih antara mereka. Kasih itu tetap utuh milik Fazura cintanya bersatu… Sedangkan ada nyawa ingin merasai nikmat kasihnya. Walaupun dia tahu nyawa itu bukan miliknya. Shahrul akur… cintanya hanyalah tabloid

Harga asal:RM17.90
Harga jual:RM13.00
SINOPSIS:

Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirkah sejarah kita yang bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji-janji lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?

Dan andainya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkau telah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu…
Harga asal:RM19.90
Harga jual:RM15.00
maklumat lanjut:Kau Yang Aku Sayang

SINOPSIS:

Eisha... fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidaktersingkir dgn keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit... kadangkalabuahnya manis. Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yg merasainya...

Harga asal:RM22.90
Harga jual:RM12.00(termasuk harga pos)
maklumat lanjut:Kesturi



Harga asal:11.90
Harga jual:5.00

Untuk membeli,sila tinggalkan komen atau email saya di:
mnurulhayati@yahoo.com

***smile always***















































5 ulasan:

  1. kte nak reserve novel aisya sofea-jendela hati


    ~akumie

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. saya nak novel kasturi-fatinilam sari ahmad tu. kalau still available email saya di hanitaalmizan@yahoo.com or sms ke 0194840180. n sis ada jual novel ada cinta or sangkar cinta dari kaki novel tak...kalau ada saya nak

    BalasPadam
  4. Saya nak beli novel cinta aku seadanya . kalau masih available boleh email sy nuramirafauzi159@gmail.com atau kol saya 0147959840

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...