Followers

Ahad, 9 Oktober 2011

Elak penggunaan rokok haram

SUNGAI BULOH: Kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga rokok dalam Bajet 2012 bagi mengelakkan peningkatan penggunaan rokok haram yang kini mencecah 40 peratus, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak boleh menaikkan harga rokok terlalu mendadak kerana penggunaan rokok haram sudah terlalu tinggi.

Bagaimanapun, kerajaan boleh menimbangkan kenaikan (harga rokok) pada bila-bila masa sekiranya dirasakan perlu, katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Nurani Rakyat, Sayangi Selangor Bersama Perdana Menteri di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kundang dekat sini, semalam.
Mengenai kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, bahawa Bajet 2012 tidak banyak memberi keistimewaan kepada pekerja swasta, beliau berkata, kebajikan mereka terpulang kepada rundingan pihak berkenaan dengan majikan swasta.

Kerajaan tidak boleh mengarahkan pihak swasta tetapi kita berharap melalui rundingan, terutama apabila kita sudah mewujudkan mekanisme untuk menentukan badan gaji minimum, mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang munasabah bagi setiap sektor pekerjaan, katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan yakin unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara lima hingga enam peratus dalam Bajet 2012 mampu dicapai berdasarkan senario ketika ini, terutama sekiranya projek kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi berjaya dilaksanakan mengikut jadual.

Katanya, ini berikutan Malaysia memiliki permintaan domestik yang kukuh serta penstrukturan semula jumlah dagangan negara di mana perdagangan dengan ASEAN serta Asia Timur meliputi 46 peratus daripadanya, manakala Eropah dan juga Amerika Syarikat pula masing-masing hanya sembilan dan 10 peratus, namun tidak menolak keadaan mungkin menjadi berbeza jika ekonomi merudum sehingga menjejaskan seluruh dunia. 
Terdahulu ketika berucap, Najib berkata, beliau sudah mengarahkan pembinaan jalan pintas dari Kampung Baru Kundang ke Bandar Tasik Puteri, Rawang, membabitkan perbelanjaan RM4.2 juta yang akan memendekkan perjalanan kepada 3.2 kilometer dengan masa kira-kira lima minit berbanding 20 kilometer sebelum ini dengan masa setengah jam, memberi faedah kepada kira-kira 10,000 pengguna setiap hari.

Katanya, beliau juga akan berbincang dengan syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) supaya dapat dibina laluan bagi membolehkan kenderaan keluar dari lebuh raya itu ke Kundang, berikutan ketika ini hanya ada jalan sehala untuk kenderaan dari Kundang memasuki LATAR. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...