Halaman

Followers

Ahad, 9 Oktober 2011

Mayat pelajar lemas ditemui


KEPALA BATAS – Mayat seorang daripada dua pelajar yang hilang semalam ketika mandi di muara sungai di Kuala Muda di sini, ditemui hari ini.
Mayat Mohammad Hafiz Mustapa, 13, ditemui pada pukul 10.30 pagi, kira-kira 1km dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda Penolong Penguasa Zahinor Hamzah berkata, mayat mangsa ditemui hasil gerakan mencari yang dimulakan kira-kira pukul 8 pagi oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, polis dan nelayan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Dalam kejadian semalam, Mohammad Hafiz serta seorang lagi rakannya yang masih hilang, Mohd Harraz Bukhori, 13, mandi bersama 13 lagi rakan mereka di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, kira-kira 5.30 petang Mohammad Hafiz dihanyutkan arus dan dipercayai Mohd Harraz cuba membantu rakannya itu namun kedua-dua mereka kemudiannya tenggelam dihanyutkan arus deras. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...