PETALING JAYA: Niat seorang pelajar perempuan sebuah institusi
pendidikan tinggi swasta (IPTS) mahu mencari duit lebih dengan
menyebarkan poster di kawasan perumahan bertukar pengalaman menakutkan
apabila dia dicabul seorang lelaki kononnya mahu bertanyakan arah di
Jalan 17/33, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 21
tahun mengagihkan poster berkenaan dari rumah ke rumah, dia didatangi
seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal untuk bertanyakan
arah ke sebuah bank.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menunjukkan arah sebelum suspek mengucapkan terima kasih.
“Suspek menghulurkan tangan seperti mahu bersalam, bagaimanapun
tanpa diduga, dia mencapai bahagian dada mangsa lalu meramas buah
dadanya sambil tersenyum,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan