Halaman

Followers

Rabu, 12 Oktober 2011

Wanita mati akibat tumbukan kuat di kepala


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang ditemui mati di Kuarters Pejabat Haiwan Taman Golden Wood, Kuala Kubu Baharu pada Ahad lepas, dipercayai mati akibat tumbukan yang kuat di bahagian kepala dan mukanya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Afendy berkata, hasil bedah siasat Hospital Kuala Kubu Baharu mendapati mangsa mengalami pendarahan dalam otak akibat perbuatan itu. 



"Siasatan awal kita mendapati tiada sebarang objek digunakan. Kesan tumbukan terdapat pada bahagian leher kiri mangsa dan mangsa juga dipercayai tidak dicekik kerana tulang leher mangsa tidak patah," katanya hari ini.

Bagaimanapun, polis tidak dapat menentukan berapa kali mangsa ditumbuk.


Mangsa dipercayai dibunuh selepas berlaku pertengkaran dengan anggota keluarga terdekatnya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...