Followers

Selasa, 15 Mac 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 6

Bab 6

HARYANI membelokkan keretanya ke kanan selepas signboard warna putih yang tertera Kampung Bharu.Dia menghela nafas lega.Selepas dua jam setengah meredah jalan,akhirnya dia sampai jua ke tempat yang dituju.Azie yang berada disebelahnya masih terlentuk.Pasti penat.Mana tidaknya,semalam dia tidur lewat semata-mata hendak menonton cerita anime kegemarannya.

“Azie,oh Zie.Bangun cepat,kita dah sampai ni.”Ujar Haryani lembut.

Haryani menepuk lembut bahu rakannya itu.Mengejutkan Azie dari lena yang hanya seketika.Azie membuka kelopak matanya yang terasa agak berat.Dia menggosok-gosok matanya yang terasa kabur.Seketika kemudian pandangannya kembali menjadi seperti sedia kala.

“Kita kat mana ni?”Soalan bodoh itu terpacul keluar dari bibir Azie.Mungkin masih dalam keadaan mamai.

“Kita dekat kampung Iela la...”

“Isy,kau ni.Jalanla elok-elok sikit.Aku tengok dah macam orang mabuk kau ni.”Tegur Haryani bila dia melihat Azie berjalan terhuyung-hayang.

Tangannya pantas menampar lembut bahu Azie. “Hoi,sedar-sedar.Kita dah sampai ni.”

“Hmmm.”Hanya itu yang terluah dari bibirnya.

Mereka berjalan menyusuri jalan yang sederhana besar yang sudah diturapkan dengan tar.Di kira dan kanan mereka terpakir deretakan kereta dari pelbagai jenis.Hatinya tertanya-tanya.

Eh,kenapa banyak sangat kereta ni?Ada kenduri ke,ada orang meninggal?Soalnya dalam hati.

Matanya menangkap sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain.Dia berjalan pantas mendekati kumpulan kanak-kanak tersebut.

“Tunggulah aku...”Azie turut berjalan pantas menyaingi rakannya.

“Adik,nak tanya sikit boleh tak?”Soal Haryani pada seorang budak lelaki yang mungkin usianya dalam linkungan sepuluh atau sebelas tahun.Haryani menundukkan sedikit kepalanya menyamai tinggi budak tersebut.

“Apa dia kak?”

“Hmmm,kenapa banyak sangat kereta dekat sini?Ada kenduri ke?”Soal Haryani berterus-terang.

“Ada-ada!Kenduri dekat rumah kak Bella.Dia kahwin.”Jawab budak lelaki itu jujur sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

Haryani terpampan seketika.Betul ke apa yang dia dengar?Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh budak lelaki tersebut.Siapa lagi kalau bukan Iela!.Panggilan Iela dipanggil oleh rakan-rakan terdekatnya.Manakala panggilan Bella digunakan di kampung,kerana sewaktu Iela kecil dia suka bermain dengan loceng.

“Er...er,terima kasih dik.”Selepas itu Haryani terus beredar meninggalkan kumpulan tersebut.

Wajahnya kelihatan pucat.Dadanya berdebar-debar bagaikan nak tercabut jantungnya.Dia menarik nafas lalu dihembusnya.Hatinya tiba-tiba diserang rasa kurang senang.Fikirannya sudah mula menerwang memikirkan hal-hal yang bukan-bukan.Bila dia teringatkan kejadian pagi tadi,dia teringatkan Hariz.

“Ya Allah...”Sukar baginya tika ini untuk meluahkan apa yang sedang dia rasakan.

“Woi,kau okay ke tak ni?Macam baru lepas tengok hantu je.”Duga Azie.Dia dapat melihat wajah pucat rakannya itu,walaupun Haryani cuba bersikap tenang.

“Kau cakap apa dengan budak tu?”

“Er,hmm.Takdak apa-apa,aku cuma tanya kenapa banyak sangat kereta dekat sini?Yalakan,selalunya kalau kita datang takla sebanyak ni.”

“So,budak tu jawab apa?”Soal Azie ingin tahu.

“Biasalakan,kampung.Ada kenduri orang kahwin dekat sini,sebab tu la banyak sangat kereta hari ni.”Ujar Haryani masih tidak mahu berterus-terang.

DI DEPAN mata mereka,kelihatan ramai tetamu sedang membanjiri kawasan perumahan Iela.Terdapat tiga buah khemah terpacak elok dihadapan rumah banglo yang sederhana besar.Berkerut dahinya memandang semua itu.

Pelik!Siapa pulak kahwin?Takkan lah Iela pulak kut.Kalau ya pun dengan siapa?Setahu aku Iela ni masih suci.Hati yang tak pernah terisi dengan mana-mana lelaki.

Azie mengurut-ngurut dagunya yang tidak berjanggut.Fikirannya ligat memikirkan hal yang merumitkan baginya.Dia memandang Haryani.Wajah itu dari tadi,mendung saja.Kenapa?

“Siapa?”Terluah juga soalan yang bermain dalam fikirannya.

“Iela.”Jawab Haryani seolah-olah mengerti dengan soalan itu.

“Kenapa dengan Iela?”

“Hari ni dia kahwin...”Jawab Haryani jujur.

“Apa?Dia?Kau biar betul,takkanlah dia kut?”Bulat matanya memandang ke arah kawasan perumahan Iela yang berada beberapa meter dari tempat mereka berdiri,kemudian matanya kembali memandang Haryani.Sukar baginya untuk percaya.

Haryani mendiam diri,tidak pulak menjawab.Kebisuanya telah memberi jawapan yang tepat pada Azie.

“Ni tak boleh jadi ni,kita ni kawan dia.Kenapa dia tak jemput kita?Dahla kahwin tak bagi tahu kita.”Azie bengang.Dia benar-benar tidak sangka,kawan baiknya sendiri sanggup berahsia.Apa ertinya persahabatan kalau masih ada rahsia?

“Haa,Sarapun satu.Bersekongkol dengan Iela.Apa yang susah sangat nak cakap?Rahsia sangat ke?”Rasa marahnya turut terkena pada Sara.Yang turut terlibat dalam hal ini.

Haryani hanya mendiamkan diri.Menadah telinga mendengar luahan Azie.Sungguh,dia turut terkejut dan terselit rasa kecewa.Tapi hatinya masih belum mahu reda dengan perasaan gusar dan curiga.Tiba-tiba tangannya ditarik kasar oleh Azie.

Semakin dekat mereka menghampiri ke tempat itu,semakin berdebar dadanya.Akhirnya langkah mereka mati disitu.Kedua mereka terus kaku disitu.Azie terlopong,manakala Haryani sudah jatuh terjelopok ke tanah.Mata mereka terus kaku pada pasangan pengantin itu.Bohonglah sekiranya mereka kata ini hanyalah khayalan,kerana mata tidak pernah berbohong.Dicubit-cubitnya pipi kanan dan kiri,tapi tetap terasa sakit.

Ya Allah...Betul ke apa yang sedang aku lihat ni.

“Hariz?Iela?”Ujar Azie perlahan.Suaranya sudah berubah sebak.

Haryani yang sudah terjelopok ke tanah hanya mampu kaku dan memerhatikan saja pasangan tersebut.Matanya terasa panas dengan air mata yang sudah mula bertakung.Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis.Dia hanya mampu menggigit bibir memerhati kemesraan pasangan itu.Sakit hatinya tika ini,bagaikan ditikam beribu-ribu kali.Luluh hatinya,bila orang yang kita harapkan akhirnya mengkianati dirinya.Sukar untuk ditafsirkan bertapa pedih dan terlukanya hati ini.

Azie turut sebak dengan situasi itu.Air matanya turut tumpah.Dalam hatinya bertapa marah dan kecewa dengan Iela.Iela adalah sahabat baik mereka,tapi mengapa dia sanggup merampas kebahagian orang lain.Walaubagaimanpun,pasti ada penjelasan dalam hal ini.

“Kenapa?Kenapa?Kenapa?...”Jeritnya,tapi suaranya tengelam dalam hiruk-pikuk orang ramai.Tidak dihiraunya mata-mata yang memandang.Dia terus menangis.

Air matanya deras turun membasahi pipi.Dirinya sudah sukar untuk dikawal.Tanpa membuang waktu lagi,Azie terus memimpin tubuh lemah itu meninggalkan tempat itu.Waktu ini Haryani memerlukan ruang untuk menenangkan hati dan fikiran yang sedang kacau.

Di dalam kereta,Azie hanya mendiamkan diri manakala Haryani terus menangis.Menangisi nasib diri.Kali ini Azie pulak yang memandu,dia tidak mahu rakannya itu memandu dalam keadaan beremosi.

Haryani memandang ke arah luar.Fikirannya terbang memutar kembali peristiwa sebentar tadi.Dadanya terasa sakit.Sukar untuk bernafas.Air matanya terus-terusan turun.Dia mengenggam cincin pemberian Hariz.

Hariz...Mengapa awak sanggup melukan hati saya?Mengkhianati cinta kita?Bukankah dulu,awak berjanji pada saya,bahawa cinta kita akan tersimpul kemas dan kita akan membina mahligai bersama.Tapi kini?

Sampai hati awak Iz...

Cintamu Hanya Milik Ku 5

Bab 5

HARYANI termenung memandang skrin komputer dihadapannya.Bibirnya mengukir senyuman manis yang tiada siapa tahu apa maknanya.Sesekali dia tegelak sendirian.Dah macam orang gila,ketawa seorang diri.Itulah,orang tengah mabuk bercinta.Dia mencapai gambar Hariz yang sentiasa terletak diatas mejanya.Lama dia merenung wajah yang tidak bergerak itu.Diusap-usap gambar itu,seperti dia sedang mengusap wajah Hariz.Dipeluk erat gambar itu seperti dia sedang memeluk IHariz.

Hatinya kini terasa lebih bahagia dari hari-hari yang lalu.Bila teringat kejadian malam yang lalu,membuatkan dia tersenyum.Alangkah berbunganya hati seorang perempuan itu bila dilamar oleh seorang insan yang kita cintai.Perasaan itulah yang sedang dialami Haryani kini.

Disiang hari dia termenung,dimalam hari dia menangankan sesuatu yang membahagiakan.Perubahan sikapnya itu,telah menimbulkan tanda tanya kepada rakan-rakannya,terutama sekali Azie.Pagi tadi sebelum dia ke pejabat sempat juga dia ditegur kerana hampir saja Haryani menstrika tangannya sendiri.Nasib baik!

“Woi.Kau nak mampus ke hah?”Sergah Azie seraya itu dia menarik tangan Haryani dari strika panas.

“Hah?apa-apa?”Terpinga-pinga dia bila disergah begitu.Hilang semua khayalannya.Yang muncul kini wajah cemas Azie.

“Ish,kau ni kenapa?main sergah-sergah orang.”Marah Haryani.Dia belum mengetahuinya.

“Kau tahu tak,hampir je tangan kau nak kena makan dengan benda tu.Nasib baik aku selamatkan kau.Kalau tak....”Azie mengeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.Menunjukkan sesuatu yang buruk akan terjadi sekiranya dia tidak sempat menarik tangan Haryani.

“Eh,betul ke?Terima kasihla Zie.”Ucap Haryani ikhlas.

Azie hanya mencebik. “Tu lah,duk berangan lagi.Lain kali,beranganla lagi,biar tangan kau tu luka betul-betul.”

“Ek, ekleh...Berlagak jadi herola ni.”

Kring!Kring!Tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu panggilan.Hilang semua peristiwanya pagi tadi.Dia memandang skrin telefon bimbitnya.Berkerut-kerut dahinya memandang nama yang tertera disitu.Hariz!Matanya dialihkan memandang jam tangan.Baru pukul sepuluh pagi.

Cepatnya dia habis mensyuarat.Sekarang ni baru pukul sepuluh,takkanlah dia nak ajak aku lunch.Hmm,mungkin dia saja nak kol aku.

Haryani tersenyum sendiri.Pantas saja tangannya menekan punat hijau.

“Helo.”Ujarnya memulakan perbualan.

“Yani!Yani,aku mintak maaf...aku mintak maaf.”

Alangkah terkejutnya waktu itu.Yang didengarinya bukanlah suara kesayangannya,tapi suara esakan seseorang yang cukup dia kenal.Iela!

Apa yang dah berlaku?Macam mana telefon Hariz ada pada Iela?Kenpa Iela mintak maaf dekat aku?Kenapa dia nangis?Pelbagai persoalan bermain dalam benak fikirannya.Lama mendiamkan diri.Dahinya berkerut-kerut memikirkan hal ini.

“Helo.Helo Yani,aku mintak maaf,sungguh....”esakkan Iela kembali nyaring dicorong telefon.

“Iela,kenapa ni?Apa dah jadi?”Akhirnya menyahut jugak panggilan rakannya.

Hatinya berdebar-debar tidak tentu arah.Tubuhnya mengeletar.Peluh dingin mula kelihatan didahinya.Bilik yang terasa sejuk pada mulanya,kini berubah panas baginya.

“Iela,Iela kenapa ni?Cuba cakap dengan aku.”

“Aku...”Tiba-tiba talian terputus.

“Helo,helo Iela?”

Bateri kong rupanya.Dia terduduk lemah diatas kerusi.Dia memicit kepalanya yang terasa sakit tiba-tiba.Perasaanya tidak enak tika ini.Dalam hatinya sudah mentafsir sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

Ya Allah,apa yang sudah terjadi...

Perlahan-lahan dia mencapai ganggang telefon diatas mejanya.Dia mendail nombor seseorang.Dia menunggu seketika sebelum panggilanya berjawab.

“Helo Azie.Aku ni Yani.”

“Hah,apa hal kau kol aku ni?”Jawab Azie seperti biasa.

“Wei,kau dekat rumahkan sekarang ni?”

“Hmm,kenapa?”Nada suara Azie sedikit perlahan dari tadi.Dia sedar akan perubahan emosi rakannya itu.

“Kau bersiap sekarang,aku ambil kau lepas ni.”

“Kenapa?Kau ni dari tadi aku tanya kenapa?Tak jawab-jawab juga.”

“Nanti aku cerita dekat kau,okay.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam...”

Selepas itu,Haryani terus beredar dari pejabatnya selepas dia memohon cuti separuh hari dari Encik Rahim,bosnya.Destinasinya sekarang ialah untuk mengambil Azie dirumah mereka.

HARYANI memandu kereta Perodua MyVi miliknya menuju ke Kampung Bharu,Ipoh.Di dalam kereta dia hanya mendiamkan diri,manakala Azie turut mendiamkan diri.Dia sebenarnya pelik dengan sikap Haryani.Pagi tadi dia melihat wajah rakannya itu penuh keceriaan,tapi kini penuh dengan kebimbangan dan kegusaran.

Haryani menumpukan perhatian pada pemanduannya.Tidak dihiraukan Azie disebelahnya.Apa yang dia mahukan sekarang ialah cepat sampai ke rumah Iela dan bertanyakan sendiri apa yang sudah berlaku.

“Kita nak pergi mana ni Yani?”Soal Azie,selepas mendiamkan diri.

“Hmm,kita nak pergi Kampung Bharu.”Jawab Haryani tenang.Keretanya meluncur laju diatas lebuh raya selatan-utara.

“Hah?Kira,kau nak pergi rumah Iela lah.”

Haryani anggukkan kepalanya mengiyakan jawapan Azie.

“Tapi,kenapa?Tiba-tiba je.Kau ada hal penting ke?”Soal Azie.Dia tidak puas hati kerana hal itu dia terpaksa tegesa-gesa mengejar waktu.

“Haa,penting sangat.Hal ni antara hidup dan mati.Faham!”Suara Haryani berubah tegas.

“Apa yang penting sangat selain Hariz?”Ujar Azie,seolah-olah menyindir Haryani.

Dia tidak menjawab soalan itu,sebaliknya hanya mendiamkan diri.Dalam fikirannya sudah merangka sesuatu yang bakal dia kemukakan pada Iela.

“Suka hati kaula.”Akhirnya Azie bersuara juga selepas menyedari kebisuan rakannya itu.

Dalam hatinya sendiri tertanya-tanya,dengan perubahan sikap rakannya itu.Lama dia merenung wajah Haryani,mencari jawapan.Tapi,haram!Manalah dia boleh menafsir wajah rakannya itu.Kemudian matanya jatuh pada jari manis milik Haryani.Dia tersenyum apabila terpandang cincin yang tersemat cantik di jari itu.Tahulah dia kini mengapa Haryani kini banyak termenung.

“Hoi,yang kau senyum-senyum ni kenapa?”

“Takdak apa-apa.Teruskan,teruskan pemanduan kau tu.Jangan asyik berangankan tunang kau tu je,nanti terbabas pulak kereta ni.”

INILAH mimpi ngeri yang selama ini dia tidak mahu alami.Sungguh!Sukar baginya untuk percaya bahawa dirinya sudah bergelar isteri kepada insan yang bernama lelaki yang tidak pernah dia cinta.Dia tahu,walaupun dia cuba untuk lari dari kenyataan,hasilnya tetap sama.Dia mengeluh seketika.Bila mengenangkan lafaz ijab dan kabul yang dilafazkan suaminya,dia percaya bahawa semua itu hanya kerana terpaksa dan bukan kehendak hati.Dia mengeluh untuk kesekelian kalinya.

Hariz merenung wajah cantik disebelahnya.Untuk beberapa saatnya,dia terpegun melihat keindahan wajah itu.Dia menelan air liur yang terasa sukar baginya.Dadanya berdebar-debar bila berdekatan dengan gadis ini.Ini bukanlah kali pertama dia memandang wajah gadis itu,tapi inilah kali pertama dia memandang wajah itu secara dekat.Dia terkejut bila Iela mengalihkan pandangannya memandang Hariz.Cepat-cepat mengalihkan matanya memandang kearah tetamu.

Ya Allah,janganlah bagi dia perasan aku tengok dia.Doa Hariz dalam hati.

Datin Sofea yang berada tidak jauh dari pasangan pengantin itu hanya ketawa melihat gelagat anak tunggalnya itu.Kakinya mula mengatur langkah menghampiri mereka berdua.

“Isy,anak mama ni...Dah kahwinpun masih nak malu-malu tengok isteri ke?”Ujar Datin Sofea sekaligus mengejutkan Hariz dan Iela.

“Eh,Datin...”Iela mencapai tangan Datin Sofea lalu menciumnya penuh hormat.

“Isy,kamu ni Iela.Kan kamu dah jadi sebahagian dari keluarga mama,panggil je mama.”

Teragak-agak dia ingin menjawab. “Baiklah,ma...mama.”

“Hah,kamu ni Hariz.Tak mesra alam lansungla dengan isteri kamu ni.Dari tadi mama tengok asyik kaku je.Cubala kamu bawa jumpa tetamu”

Iela hanya mendiamkan diri.Sesekali matanya mengerling ke arahHariz.Zap!Bagaikan terkena renjatan elektrik bila anak matanya bertemu dengan anak mata Hariz.Cepat-cepat dia menundukkan kepala memandang tanah.Tika ini dadanya berdebar-debar tak tentu arah.

Eh,kenapa dengan aku ni?Macamlah aku tak pernah jumpa dia.Mungkin sebab status aku sekarang ni.Iela mengurut dadanya perlahan meredakan gelora dalam hatinya.

Chup!Satu ciuman tidak ikhlas singgah dipipi kanan Iela.Matanya bulat memandang Hariz.Tapi Hariz buat-buat tidak tahu.Terpana dia seketika.Dadanya kembali berdebar-debar seperti tadi,tapi kali ini bagaikan nak tecabut jantungnya.Dia semakin kalut bila tangan sasa Hariz melingkar dipinggangnya.

Ya Allah,kau kuatkanlah hatiku ini...Doa Iela dalam hati.Dia tidak mahu hatinya akan goyah.Wajahnya sudah merah menahan malu.

Gila punya Hariz!Ada ke patut dia buat macam ni depan mama.Gerutu Iela dalam hati.Marah dengan sikap Hariz yang tidak tahu malu.

“Mama tengokkan ni?Mana ada Hariz tak mesra alam dengan Iela.”

Datin Sofea ketawa geli hati.Bertuah punya budak!Kesian Iela.

“Kamu ni Hariz...kalau nak mesra-mesrapun janganlah dekat sini,dalam bilik tu boleh.Kesian Iela ni!Hah,tengok muka dia tu,dah merah.”

Hariz turut tersenyum seperti mamanya.Tapi dalam hati,dia menyumpah-nyumpah dengan tindakannya itu.Bukan niat hatinya untuk melakukan sebegitu,tetapi keadaan yang memaksa.Bukanlah lagi niat hatinya untuk menduakan kekasih hati,tetapi ada orang yang memaksa.Dia mengeluh dalam hati.

Maafkan saya

Cintamu Hanya Milik Ku 4

Bab 4

ALUNAN lagu Celine Dion memenuhi segenap ruang itu.Kelihatan sepasang pasangan sedang bergurau-senda disatu sudut ruang itu.Tidak ada satu orangpun yang berada disitu,kecuali mereka.Tangan si gadis sedang disentuh lembut oleh pasangannya.Mata saling bertentangan,mengetarkan perasaan masing-masing.

Hariz meratah segenap wajah comel itu.Wajahnya merona merah bila direnung begitu oleh kekasihnya.

Hariz tergelak,bila melihat wajah malu Haryani.Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit minta diangkat ,mamanya berada ditalian.Dia merengus sebelum menekan punat merah,tandanya tidak mahu menjawab panggilan tersebut.Dia kembali dekat dengan Haryani.Hatinya sentiasa berdebar apabila berdekatan gadis ini.Tangannya sentiasa mengegam jari lembut milik Haryani,tidak mahu melepaskannya.Wajah tenang yang dimilikki gadis ini sentiasa mendamaikan hatinya.Kalau boleh mahu saja dia menjadikan pemilik wajah itu menjadi hak mutlaknya.

Haryani yang menyedari akan renungan Hariz,mula rimas.Dia lemas.Cepat-cepat dia mengalihkan wajahnya ke arah lain.Tapi Hariz lebih bijak,tangannya pantas menyentuh lembut dagunya dan mata kembali bertentangan.

“Iz,please!”Dia merayu,supaya Hariz tidak terus merenungnya.Wajahnya sudah diangkat,terbantut ketawanya.Matanya terarah pada skrin telefon bimbitnya,tertera nama mamanya.Dia mengeluh berat.Ditekannya punat merah sekali lagi,malas melayan mamanya yang pasti akan berleter padanya.

“Kenapa tak angkat?”Soal Haryani.

“Malas la,bukannya pentingpun.Baik Iz bual dengan Yani,lagi bagus.Lagipun,malam ni Iz tempah khas kita berdua aje.”

Haryani senyum lagi.Terasa diri ini terlalu dihargai.Dia bahagia duduk disamping lelaki ini.Lelaki ini terlalu baik baginya.Dalam dunia ini,dia hanya ada rakan-rakannya dan Hariz saja.Ibu dan ayahnya sudah lama pergi tinggalkannya.Tidak tahulah dia,sekiranya orang-orang yang disayanginya pergi meninggalkannya.Sanggupkah dia hadapi semua ini?

Tiba-tiba telefon bimbit kembali berbunyi.Hariz mengeluh untuk keberapa kalinya.

“Iz,baik Iz angkat.Mungkin dia ada hal penting yang dia nak bagi tahu.”Jawab Haryani lembut.Dia tidak kisah sebenarnya sekiranya Hariz ingin menjawab panggilan itu.

“Tapikan...”

“Iz...”Dia tahu Hariz berkeras tidak mahu menjawab panggilan itu.Tapi dipujuk jua lelaki itu.

“Ya la,ya la.”

Lantas punat hijau ditekan.Kedengaran suara mama sedang memarahinya.Sakit telinga,sakit hati mendengarnya.Kalau diikutkan hati mahu saja dia memutuskan talian itu,tetapi bila mengenangkan rasa hormatnya pada mama,ditahannya juga untuk mendengar leteran mamanya.

“Okay,Iz faham.Nanti Iz pergilah. Bukannya jauh sangat Ipoh tu dari KL.”

“Ya...Okay.Bye,assalammualaikum.”Jawabnya lantas talian diputuskan.Dia menarik nafas lega.

“Siapa tu Iz?”

“Mama.”Jawab Hariz ringkas.

“Oh...Datin nak apa?”

“Sayang,kita ke sini bukannya nak cakap pasal siapa-siapa.Saya nak cakap pasal kita.Jadi janganlah awak banyak tanya ya?”Dia rimas,bila soalan itu terpacul dari mulut Haryani.Apa yang dicakap dengan mamanya biarlah menjadi rahsia.Tiada siapa yang harus tahu hal ini,termasuklah kekasih hatinya sendiri.

Haryani senyum,dia mengelengkan kepalanya.Lantas tangannya mengusap pipi Hariz lembut.

“Awak nak cakap apa?”

Hariz senang dengan perbuatan Haryani.rasanya inilah kali pertama dia dapat sentuhan seperti ini dari gadis ini.Dia terus senyum,hingga dia terlupa apa yang hendak dicakapnya.

“Isy,awak ni.Kata nak cakap seseuatu dengan saya.Sekarang diam pulak.”Haryani menarik tangannya dari genggaman Hariz.

Hariz tersentak seketika.dia menepuk dahinya sendiri.Isy,apala aku ni.Nak cakap apapun aku dah lupa.Hah!baru aku ingat.Dia menarik nafas beberapa kali sebelum membuka mulutnya.

“Er...Yani.Boleh tak saya awak tanya satu soalan?”

“Apa?”

“Awak sanggup tak kehilangan saya,sekiranya kita berpisah?”

Haryani terkejut.Betul ke apa yang didengarinya sekarang ini?Dia tidak percaya,bahawa perkataan ‘berpisah’keluar dari mulut Hariz.Dia ada perempuan lain ke?Hatinya tertanya-tanya.Berbalik pada soalan tadi,sanggupkah dia berpisah dari Hariz.Tidak!Dia tidak sanggup.

Tanpa disedarinya air matanya menitis.Hatinya takut sekiranya apa yang dikatakan oleh Hariz akan menjadi kenyataan.Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis,sanggup Hariz cakap seperti itu.

Hariz jelas terkejut dengan riaksi Haryani.Dia tidak sanggup melihat air mata itu jatuh membasahi bumi.Gadis ini terlalu istimewa,tidak boleh mengeluarkan setitispun air mata.Dia cuba memujuk,tapi semakin lebat air mata turun.

“Shh....sayang,saya cuma bertanya saja.Awak janganlah nangis,nanti sayapun nangis.”

Terasa lucu pulak mendengarnya.Lelaki menangis?Ada ke?

“Awak ada perempuan lain?”

Soalan itu,bagaikan menjerut hati Hariz.Perempuan lain?Tidak!Walaupun dia bakal ada seorang perempuan yang akan menjadi sebahaigian dari hidupnya,tapi tiada siapa yang dapat mengantikan tempat Haryani dalam hatinya.

“Takdak sayang.Cuma awak yang ada dalam hati saya ni.Awak janganlah fikir yang bukan-bukan pulak.”

Haryani tersenyum bahagia.Lega hatinya bila Hariz berbicara begitu.Tidaklah dia perlu risau akan dirinya pada Hariz.

“Kalau saya ada orang lain,takkanlah saya nak lamar awak...”

“Lamar?”

Hariz tersenyum.Tangannya mengeluarkan sebuah kotak kecil berbentuk hati berwarna merah.Kotak itu dibuka!Sebentuk cincin bertatah berlian sedang berkilauan didepan matanya.Terpegun seketika melihatnya.Matanya dialihkan memandang Hariz.

“Sudikah awak menjadi permaisuri saya?”

Hampir saja air matanya mengalir lagi,tapi tangan sasa Hariz pantas menyekanya.Hatinya terlalu gembira,susah untuk dia gambarkan.Hanya Allah saja tahu bertapa dia gembira saat ini.Dilamar lelaki yang sangat kita cintai sungguh bermakna bagi sesetengah orang.Tanpa dia sedari,tangannya sudah memeluk tubuh sasa Hariz.

“Terima kasih Iz,terima kasih...”

Hariz menyarungkan cincin tersebut di jari manis gadis itu.Sungguh,dia turut gembira kerana gadis yang cukup dicintainya sudah menjadi tunangnya tanpa rasmi.Hati lelaki mana yang tidak gembira apabila orang ingin dimilikki sudah ingin menjadi milik kita.

Malam itu,terasa sungguh panjang baginya.Malam yang telah melakar seribu kenangan yang cukup manis baginya.Dan tidak mungkin dia lupakan.Ya Allah,aku bersyukur padaMu kerana telah memberikan seorang insan yang baik untukku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...