Followers

Isnin, 9 Mei 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 13

Bab 13
ENCIK KARIM melangkah masuk ke dalam bangunan yang setinggi dua puluh tingkat yang tersergam indah ditengah-tengah ibu kota.Bibirnya mengukir senyuman kepada sesiapa saja yang lalu lalang disitu,termasuklah pekerja cleaner.Dia berlari-lari anak kea rah lif apabila melihat pintu lif tersebut hendak tertutup.Dia sempat pintu lif tersebut dari terus tertutup dengan tangannya.
             “Sorry.”Ucapnya perlahan kepada pengguna yang berada didalamnya.
  Di dalam lif tidak ramai orang.Yang ada Cuma dua orang pekerja lelaki dan seorang pekerja perempuan.Dia berdiri disebelah pekerja perempuan tersebut.Matanya lansung tidak memandang wajah itu.
             “Sihat dah?”Tanya Encik Karim.
  Haryani tersentak.Dia mengangkat muka memandang si empuanya suara.Dia tersenyum manis kepada bosnya.Setelah beberapa hari tidak melihat wajah bosnya,rasa rindu pulak!Encik Karim seorang yang baik dan pemurah.Sebab itulah ramai pekerja senang dengan Encik Karim.
            “Macam yang bos tengok sekaranglah.”Ujar Haryani.Tidak mahu Encik Karim tertunggun-tunggu akan jawapannya.
            “Hmm,nampak macam tak okay je?Awak dah betul-betul sihat ke?”Soal Encik Karim sedikit gusar dengan Haryani.
  Haryani tersenyum kelat.Nampak tak okay ke?Macam mana nak nampak segar,kalau wajahnya saja pucat dan tidak ceria.Dia menundukkan kepala.
  Ting!Tanda tingkat yang hendak dituju sudah sampai.Haryani menarik nafas lega,terlepas juga dia dari bosnya yang banyak soal ni.Dia melangkah kelaur dari lif,sebelum itu sempat juga Encik Karim memberi arahan kepadanya.
            “Hah,kejap lagi datang bilik saya.”Ujar Encik Karim.Selepas itu pintu lif tertutup rapat.
  Dia mengeluh.Baru aja nak terlepas,bosnya sudah memberi arahan.Malas betulla!Dia melangkah lemah ke pejabatnya.Rakan-rakannya yang berselisih dengannya cuba menegur Haryani,tapi bila melihat sikap dingin Haryani,mereka terus mengunci mulut mereka.
            “Kenapa dengan Yani tu?”Tanya Salah seorang pekerja kepada Lia.
  Lia hanya menjungkitkan bahu,tanda dia sendiripun tidak tahu.Seingatnya,kali terakhir dia melihat Haryani ialah hari dia mengambil cuti separuh hari.Selepas itu,dia tidak jumpa lansung dengan rakannya.Tambahan lagi Haryani menambah cuti kerana dia jatuh sakit tiba-tiba.
            “Hai,kaukan rapat dengan dia,takanlah kau tak tahu.”
  Saliha sedikit kecewa.Baru saja dia ingin mencungkil cerita,sudah mendapat penamatnya.Saliha sangat dikenali dengan mulutnya yang banyak bergosip.Kadang-kadang sakit hati juga bila mendengarnya.
            “Ya la,memangla aku rapat dengan dia.Tapi takkanlah semua hal dia nak bagi tahu aku.Faham!Kalau kau nak tahu,kau pergilah tanya dia sendiri.”Jawab Lia kasar.
  Selepas itu dia terus pergi meninggalkan Saliha terkulat-kulat.Padan muka!Sibuk sangat hal tepi kain orang.
 *****
AZIE duduk bertapa dihadapan bosnya.Kepalanya menunduk memandang jari-jari runcingnya.Dia bermain jari.Bos dihadapannya masih sibuk dengan kertas-kertas kerja,lansung tidak memandang Azie.Cuma sesekali dia mengerling memandang pekerjanya bila mendengar keluhan.
  Isy,dia ni panggil aku,tapi taknak cakap pulak.Dah dekat 15 init aku depan dia,tapi sepatah perkataanpun dia tak cakap.Dah naik lenguh tengkok aku ni.Buang masa aku aja!
  Dia merungut dalam hati.Ikutkan hatinya,ingin saja dia chau dari sini.Tapi memandangkan rasa hormatnya pada lelaki itu disabarkan hatinya yang tengah panas membara.
“Er...bos.”Ujar sedikit gugup.Dalam keadaan mereka berdua yang hanya membisu sejak tadi membuatkan Azie sedikit mengelabah.Tiba-tiba aja nak buka mulut!
  Arian masih buat endah tidak endah.Matanya masih memamdang kertas dihadapannya lansung tidak memandang wajah Azie yang merona merah menahan marah.Sabar Azie,sabar!
  Hai,dia ni...duk jual mahal pulak!Aku dah bermurah hati nak cakap dengan dia,dia buat dek aja.Apa dia ingat aku ni tunggul kayu ke?Kang aku blah dari sini baru tahu.
  Tanpa banyak bicara,Azie terus mengangkat punggung ingin meninggalkan bilik itu.Sebelum berlalu sempat juga dia merengus geram macam kuda.Tanda marahnya pada Arian.Tapi belum pun beberapa langkah,Arian pantas memintas.Dia berdiri betul-betul dihadapan Azie sambil tangannya masih memegang lengannya.
  Azie jelas terkejut.Dia merentap kasar tangannya,tidak hingin disentuh lelaki playboy macam bosnya itu.Matanya tajam merenung Arian.Eh,berani betulla Azie ni.Ada ke patut dia pandang bos dia macam tu?Sekarang ni siapa yang tuan,siapa yang kuli.
“Apa ni?”
Marah Azie.Amboi,garangnya!
  Arian hanya tersenyum sinis.Dia mengangkat kedua belah tangannya,tanda dia memohon maaf.Matanya ralit memandang Azie yang sedang menggosok-gosok bahagian yang dia sentuh sebentar tadi.Macamlah kotor.
            “Kenapa tak datang ofis?”Soal Arian.
            “Hah?”
  Azie tidak mendengar pertanyaan bosnya sebentar tadi.
            “Saya tanya,kenapa tak datang ofis kemarin?Dua hari saya tunggu awak.”
  Arian berjalan menghampiri Azie.Didekatkan tubuhnya dengan Azie.Hah,dah mula dah tu.Nak menggoda si Azie ni.Tapi jangan haraplah dia nak dekat kau.Dahla kasanova nombor satu Malaysia,siapa nak?
  Siapa suruh kau tunggu aku,aku tak suruh pun.Dan satu lagi,kalau aku tak datang ofis pun,bukannya aku kacau hidup kau.Gaji aku jugak yang nak kena potong nanti.Hisy...Kata-katanya hanya mampu terluah dalam hati.
            “Kenapa marah sangat hari tu?saya kol pun awak marah.”Soal Arian lagi.
  Hah?Bila masa pulak dia kol?Setahu aku takdak sapa-sapa pun.Lagipun aku manala ada nombor handphone dia.Tapi yang peliknya macam mana dia dapat nombor aku.
            “Bila bos kol saya?Tak tahu pun.”
  Azie menjarakkan sedikit tubuhnya dari Arian.Sakit hidungnya bila minyak wangian lelaki itu menusuk hidung.
            “Ni siapa?Nak bercakap dengan siapa?”Arian mengulangngi bait-bait kata Azie tempoh hari.
  Azie terlopong.Mulutnya sedikit ternganga.Mungkin dia tidak menyangka bahawa bosnya yang telah menghubunginya tempoh hari.Bulat matanya memadang Arian.Terkejut!
  Hah?Maknanya,lelaki gila hari tu...bos.Alamak!habis aku....habis.Wajahnya berkerut-kerut.Dah macam orang tua.
            “Sorry.Saya ingatkan siapa hari tu,sebab tulah saya marah.”Ucap Azie perlahan.Kalau boleh,dia tidak mahu Arian mendengar ucapan maafnya.Malu!
            “Apa?Apa awak kata tadi,tak dengarlah.”
  Isy...dia ni pekak bin badak ke?
            “Saya minta maaf.”Ucapnya lagi dalam bahasa melayu.
            “Kalau saya taknak,macam mana?”
  Arian ketawa.Seronok bila dapat mengenakan Azie.
  Dia ni banyak akal betulla.Kalau dia taknak maafkan aku macam mana?Mesti aku kena pecat.Arghh,nak makan apa aku nanti.Matilah aku!Huhuhu,kesiankanla saya ni bos.Dia merayu,tapi hanya dalam hati yang terluah.
            “Okay-okay.Kalau awak nak saya maafkan awak.Kejap lagi waktu lunch,awak kena temankan saya pergi makan.No excuse lagi.Faham!”Ujar Arian tegas membari arahan pada Azie.
  Azie terdiam.Dia memikirkan semula kata-kata lelaki itu.Baik dia pergi aja,dari dia kena pecat.Akhirnya Azie hanya anggukan kepalanya.Kemudian barulah Arian melepaskan Azie pergi meninggalkan ruang pejabatnya.
  Dalam hatinya sudah berbunga riang.Fikirannya memikirkan sesuatu rancangan yang ingin dia laksanakan.Entahla rancangan jahat ke baik.Tapi harap-harap baiklah.
 *****
“SAYA nak awak batalkan semua temu janji saya hari ni.Faham!”
  Tegas Hariz memberi arahan kepada setiausahanya,Fatin.Fatin hanya anggukkan kepalanya tanda kepatuhannya.Selepas itu,dia terus beredar meninggalkan bosnya.Fatin dapat melihat sikap bosnya hari ni.Nak marah aja kerjanya.Kecut perutnya bila melihat wajah bengis Hariz.
  Hariz merengus kasar.Dia menghempas sebuah fail berwarna merah di atas meja.Dia meraup wajahnya beberapa kali.Nafasnya kedengarn tidak teratur.Dia mencapai telefon bimbitnya untuk keberapa kali hari ni.Di cubanya menghubungi Haryani,tapi masih tetap sama.Panggilan tidak dapat dihubungi.
            “Kenapa asyik tak dapat ni?Mana awak pergi Yani?Saya rindu nak dengar suara awak,saya rindu nak jumpa awak...”
  Akhirnya terluah juga apa yang dipendam oleh perasaan Hariz selama beberapa hari berpisah dengan Haryani.
  Hariz membuka dompetnya.Terpampang gambar dia dan Haryani.Sweet couple!Dia senyum.Lepas juga rindunya bila memandang wajah Haryani,walaupun ia hanyalah sekeping gambar.Dia tidak faham,mengapa tiba-tiba aja Haryani seperti ingin menyepikan dirinya?Sedangkan sebelum ini hubungan mereka baik-baik saja.
 Dia tidak kira.Dia harus berjumpa dengan Haryani sendiri.Dia harus bertanyakan sendiri pada Haryani tentang hal ini.Bolehla dia melepaskan dendam rindunya itu.Bagaimana reaksi Haryani nanti bila terpandang wajah Hariz?Bagaimana reaksi Hariz pulak bila mengetahui Haryani sudah mengetahui pembohongannya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...