Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Jumaat, 10 Jun 2011

Perangkap Cinta 14


Bab 14
RAZMAN gembira apa bila terpandang Dania yang sedang melangkah menuju ke arahnya.Mesej yang dihantarnya semalam pasti telah dibaca oleh Dania.Senang hatinya bila melihat wajah itu,terasa rindunya hilang begitu saja bila terlihat kelibat gadis itu.Dia bangun apabila gadis itu sudah hamper denganya.
            “Hai,Raz.Ceria nampak?”Tegur Dania sebaik saja melihat wajah gembira Razman.Dia berhenti seketika didepan meja kerja Razman saja untuk berborak-borak.
  Razman senym menggoda.Dania membalas senyuman itu.
            “Mestila,tengok awak masuk kerja hari ni.”
  Awak?Hai,sejak bila pulak dia ni berawak dengan aku.Selalunya ‘aku’ ‘kau’ aja.Nak ubah angin agaknya.
            “Hmm,banyak kerja aku nak kena buat.Banyak hari cuti,mesti bos bagi kerja dekat aku banyak.”Lemah saja suaranya selemah semangatnya hari ni.
            “Takpa,saya boleh bantu.”Jawab Razman teruja ingin membantunya.
  Haryani mengelh seketika sebelum menghadiahkan senyuman kelat yang cuba dimaniskan olehnya.
            “Takpa la Raz,terima kasih banyak-banyak sebab sudi tolong aku.Kaula teman terbaik aku!”Ucap Dania ikhlas.
            “Hai,dia je ke?Aku?!”Sampuk seseorang yang muncl entah dari mana.
  Hampir luruh jantungnya bila disergah begitu.Dania mengurut dadanya beberapa kali sambil beristifar.Nasib baikla dia tiada penyakit lemah jantung,kalau tak dah lama jadi arwah.Dania mengelengkan kepalanya beberapa kali.Hanan ni memang suka menyibuk!Kalau tak jaga tepi kain orang lain tak boleh ke?!
            “Kau ni menyibuk ar...!”Razman sedikit merungut dengan Hanan.
            “Kau ni la Hanan,kalau datang tu bagi la salam ke,ucap selamat pagi dulu ke?Ni tak,datang-datang terus sergah orang.Tak kesian ke dekat kawan kau ni?”
  Hanan ketawa terbahak-bahak.
            “Sorry la sis,aku tak sengaja.Dari tadi aku tengok si Raz ni tengok kau semacam je,sebab tu aku menyampuk.Manala tahu korang tengah bual tentang cinta.”Hanan sengaja menyakat mereka berdua.Lagipun,dari sudut pandanganya Razman dan Dania memang sepadan.Bak kata orang tua,bagai pinang dibelah dua!
  Merah padam wajah Dania.Malu sungguh dia dengan Razman tika ini.Dalam hati dia turut merungut dengan Hanan.Ada-ada aja kawanya itu.
            “Kau ni...!”Dania menghadiahkan sebuah cubitan kepada Hanan.Geram dengan Hanan.
  Nah kau,padan muka!
            “Hahaha,kenapa?Kau suka?Ala,kau terima je Raz,lagipun dah lama dia syok dekat kau!”
  Hanan ketawa jahat.Sememangnay sejak dulu lagi dia tah Razman sebenarnya menyukai Haryani.Cumanya dia tidak berani hendak luahkan perasaanya.Sebab itula dia saja-saja mengenakan kedua orang rakanya.
            “Hmm,saya on je cuma awak je la Nia.”Tiba-tiba Razman berani bersuara.Mungkin dia sudah sedar sekarangla masanya untuk dia mengorak langkah yang seterusnya dalam memenangi hati Dania.
  Dania diam seketika.Bukanya berfikir,tapi dia bersimpati.Simpati dengan Razman.Lelaki itu sebenarnya sudah terlambat,kerana dirinya sudah menjadi isteri orang.Kalaula Razman berani meluahkan perasaanya,belum tentu dia dapat menerima lelaki itu.Kerana hatinya hanya ada pada Iskandar.Dia terasa bodoh sekarang,mengapala dia begitu mudah percaya pada kata-kata manis suaminya?Kalau tidak tentu tidak akan terjadi seperti ini sekarang,menyesal tak sudah-sudah.
            “Hah?Awak,saya?Hei Raz,kau buat lawak apa pulak sekarang?”Hanan terasa lucu dengan panggilan yang digunakan Razman.Macam pasangan kekasih pulak!
            “Isy,malas la aku nak layan korang.Baik aku duduk dekat tempat aku.Hah,tu!Bos pn dah sampai.”
  Dania terus kembali ke mejanya bila terpandang Iskandar yang baru saja melangkah masuk ke dalam pejabat.Kecut perutnya bila melihat wajah Iskandar yang bagaikan singa lapar.
            “Morning bos!”Ucapnya lalu menundukkan sedikit kepalanya.
            “Dania,setengah jam lagi masuk bilik saya.”Tegas suara Iskandar member arahan pagi itu.
  Dania menanggukan kepalanya.Dia akur dengan Iskandar sebagai bos di pejabat,tapi di rumah dia akur dengan Iskandar sebagai suami.Dia terduduk lemah di atas kerusi.Dia letih dengan Iskandar.Lelaki itu,membuatkan dia letih dengan kesedihan dan kepedihan.Kadang-kadang terasa ingin aja dia menjerit memarahi lelaki itu.Tapi dia hanya seorang perempuan yang lemah dan tidak mampu melawan dengan seorang lelaki,apatah lagi lelaki itu suaminya.
 *****
AIR MATA yang cuba ditahan-tahanya akhirnya tumpah juga.Tanganya masih mengenggam elok surat dihadapanya.Pandanganya kabur untuk melihat setiap perkataan yang tertera.Sakit hatinya membaca isi kandungan surat tersebut.Ingin saja dia mengoyak-ngoyakan surat tersebut.Iskandar yang berada dihadapanya masih tertunggu-tunggu akan tindakan Dania yang seterusnya.
            “Hei,sudah-sudah la tu menangis,membazir je air mata kau tu!Cepatla sign.”Gesa Iskandar lagi menyuruh Dania menanda tangani surat perjanjian yang telah disediakanya.
  Surat perjanjian itu sebenarnya sudah lama dia sediakan iaitu sebelum mereka berkahwin lagi.Tapi dia harus menunggu gadis itu menjadi isterinya.Kandungan surat tersebut menyatakan tempoh perkahwinan mereka hanya selama setahun aja.Selain itu,isterinya juga akan menerima wang sebanyak RM50 000 kerana menjadi isteri sementaranya.Selain itu juga ada beberapa syarat-syarat lain yang disertakan.
            “Apa semua ni,bang?Kenapa buat saya macam pelacur,macam sampah?Apa salah saya bang?Cakap bang,cakap!”Jerit Dania lalu mencekak kolar baju suaminya.Tahap kesabaranya sudah habis.Merah matanya merenung anak mata Iskandar.Terluka hatinya bila suami yang diharap menjadi pelindung melayanya seperti perempuan tidak bermaruah.
            “Hei,kau tak payah cakap banyakla.Sign je la aku cakap!”Iskandar merentap kasar tangan Dania dari kolar bajunya.
  Dania mengelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Tak nak!Saya bukan perempuan pelacur yang macam abang langgan.”Ujar Dania tegas sebelm dia mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari bilik pejabat Iskandar.
            “Hei,jangan pergi!Sign ni dulu.Kau ingat aku nak biarkan je perkahwinan kita ni tanpa jaminan.Kalau kau ingat macam tu,ka silap!”
  Rambut Dania ditariknya kasar.Dania mengadu kesakitan.Meronta-ronta dia cuba meloloskan diri dari suaminya.Sakitnya terasa hingga segenap tubuhnya.
            “Tolong bang,sakit.Lepaskanla saya.”Merayu-rayu Dania meminta simpati dari lelaki itu.
            “Oh...tau pn sakit.Kalau taknak sakit,sign je la!”
  Menangis-nangis Dania memohon pada Iskandar supaya menghentikan semua ini.Tapi haram,Iskandar rupanya seorang yang keras hati dank eras kepala.Akhirnya Dania beralah juga.Dia sudah tidak tahan akan kesakitan apabila setiap kali Iskandar kuat menarik rambutnya.Dalam keadaan hatinya tidak rela,akhirnya dia menanda tangani surat perjanjian itu.
            “Bagus!Macam ni la bini aku,dengar cakap suami.Kalau kau taknak sakit,kau dengar je apa yang aku suruh.Faham?!”
  Terangguk-angguk kepala Dania tanpa suara.Hilang terus suaranya bila berhadapan dengan Iskandar yang baru ini.Pemarah,bengis dan menakutkan.Tidak seperti dulu,penyayang,bertimbang-rasa dan penyabar.
            “Fahan ke tidak?!”Iskandar tidak puas hati selagi tidak mendengar suara Dania.
            “Sa...sa..ya fa...ham.”Tergagap-gagap Dania cuba menyampaikan apa yang diingini suaminya.
            “Dah-dah,kau jangan nangis lagi.Nanti apa pulak kata kawan-kawan kau.After lunch nanti,kau tak payah masuk ofis,terus balik rumah.Faham!”Kali ini suara Iskandar sedikit kendur,tidak setegang tadi.Dia mengesat sisa air mata yang masih ada dipipi Dania sambil memperbetulkan rambut isterinya.
  Dania diam tidak terkutik.Dibiarkan saja setiap perbuatan suaminya.Tidak berani hendak melawan,takut Iskandar akan bertindak lebih kasar ke atas dirinya.Hari ini ialah hari yang malang kepadanya,mngkin ada hikmah sebaliknya.Dugaan yang diberikan kepadanya begitu berat,sukar untunknya menangungg seorang diri.
  Ya Allah,Kau berikanla aku kekuatan untuk menghadapi dugaan-Mu.Kau kuatkanla iman dan kesabaranku.Kau tabahkanla hatiku dalam menghadapi dugaan ini Ya Allah.Kau lembutkan la hati suamiku untuk menerimaku sebagai isterinya.Amin...
 *****
SEPANJANG dalam perbincangan itu Dania hanya mendiamkan diri.Tidak berani bersuara.Lelaki yang bernama Encik Mustafa rupa-rupanya peguam keluarga Iskandar.Patutla suaminya suruh pulang ke rumah awal,kerana ada urusan penyerahan harta yang telah ditinggalkan oleh arwah bapa Iskandar untuk suaminya.Kini barula dia tahu mengapa Iskandar mengahwininya,ini semua kerana wasiat itu.
            “Hmm,kalau takda apa-apa lagi saya balik dulula.”Suara Encik Mustafa mematikan lamunan Dania.
            “Terima kasihla encik Mustafa!”Ucap Dania sambil jalan beriringan dengan Iskandar menghantar Encik Mustafa hingga ke muka pintu.
            “Eh,tak payahla berencik dengan saya.Panggil je uncle.”
            “Uncle,nanti kalau ada apa-apa call je saya.”Ujar Iskandar sambil tersenyum.
  Huh,siapa yang tidak senyum ketelinga bila harta yang bernilai jutaan ringgit sudah menjadi milik kita.
  Dania dan Iskandar masih tercegat diambang pintu walaupun kelibat Encik Mustafa sudah lesap dari pandangan.Dania ingin beredar dari situ.Tapi tanganya pantas disambar oleh Iskandar.
            “Malam ni awak tak payah masak,kita makan je dekat luar.Saya belanja.”
  Dania tidak membalas kata-kata suaminya.Malas dia hendak melayan sikap Iskandar yang bila-bila masa aja boleh berubah angin.Biarla,selepas ini apa yang hendak terjadipun.Dia sudah kisah dengan hidpnya sekarang.Kerana dia merasa hidupnya sudah musnah.Dania hanya mampu berrserah dan berdoa ke pada Allah.

Rabu, 8 Jun 2011

twilight saga:Breaking Dawn Part 1!!!!

hahaha,hari ni baru tau yg twilight saga breaking dawn bakal di keluarkan...
x sbar nak tunggu dia kluar.
bln november ni insyaAllah akan keluar movie ni.
Mungkin rmai yg x sabar nak tnggu tayangan movie ni...
coz,ramai yg minat.Termasuk la saya!
Hahaha...

Utk maklumat lbih lnjut...sila layari
:
:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...