Followers

Khamis, 23 Jun 2011

Perangkap Cinta 15


Bab 15
ISKANDAR masih melengkar atas katil walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 10.00 pagi.Bunyi bising di dapur mengejutkan lenanya.Dia merengus geram.
  Isy…sapala pagi-pagi buta ni buat bising?!Tak boleh tengok aku senang sikit,ada aja penganggu.
  Dia bangun sambil menguap dan mengeliat hingga bunyi semua tulangnya.Dengan keadaan mata yang masih terpejam,dia jalan menuruni tangga menuju ke dapur.Nasib baikla tidak terhantuk,kalau tak dah jadi ikan lohan la alamatnya!Sesampai saja ditingkat bawah,matanya terbuka luas.Alamak!
            “Rina!”Dia terjerit menyebut nama kekasihnya.Ada rasa gembira bercampur risau.
            “Hai sayang,baru bangun ke?Dah lama I tunggu ni.”Suara manja Rina menerjah masuk ke lubang telinganya.
            “Er…apa you buat dekat sini?...Bukan you ada dekat Korea ke?”Tergagap Iskandar menuturkan kata-katanya.Jantungnya sekarang bagaikan nak pecah.Degupan jantungnya semakin laju.
  Alamak!Mati aku kalau dia nampak Dania dalam rumah ni.Macam mana sekarang?Hisy…mana pulak si Dania ni?Dari tadi aku tak nampak.Mak Jah pun sama…ke mana pulak diorang ni pergi?
            “Sampai hati you.Kenapa,tak boleh ke I datang sini?”Rina sedikit merajuk.Terasa dirinya tidak diperlukan.
            “Eh,eh…bukan macam tu.I cuma terkejut je you ada dekat sini.I ingat you ada dekat Korea,lagipun kaki you tu susah sikit nak jejak ke rumah I ni.”Iskandar berseloroh.Dia mengajak gadis itu ke tepi kolam rumahnya.Sambil itu,matanya tertinjau-tinjau mencari kelibat Dania.
  Manala perempuan ni.Hari cuti pun pergi kerja ke?
            “Tak!I tak jadi pergi.Ni you punya pasal la!”Rina muncung.
  Rancanganya untuk mengikut keluarganya bercuti ke Korea terbatal.Ini semua gara-gara ayahnya yang suruh untuk tetap disini.Dengan alasan menyuruhnya meluangkan masa bersama Iskandar.Ya la,diakan selalu sibuk dengan pelajaran sehingga mengabaikan kekasihnya.
            “Aik!Kenapa pulak I?”
            “Ya la…kenapa?You tak suka I dekat sini?Ok,find I boleh pergi sekarang juga.”Rina pura-pura ingin pergi.Dia pasti Iskandar akan menghalangnya.Tapi hampa,lelaki itu sebaliknya membiarkan dia terus pergi.
  Iskandar tersenyum.Dia sebenarnya sekadar ingin menguji Rina.Sampai mana tahap rajuk kekasih hatinya.
            “You…!”Rina menjerit.Geram pulak dengan sikap Iskandar.Kalau dulu,bukan main pujuk-memujuk.Sekarang?!Lain pulak jadinya.
            “Hahaha,ok,ok.I’m so sorry.Hmm,you breakfast tak lagi?Kalau belum I suruh Mak Jah sediakan nanti.”Ujar Iskandar terus bangun.Dia harus segera pergi membersihkan diri.
            “Boleh jugak.”
 *****
DI DAPUR Dania mencuri-curi dengan perbualan Iskandar dengan perempuan yang dipanggil Rina oleh suaminya.Kemesraan yang ditunjukan suaminya terhadap gadis itu,membuatkan api cemburunya menyala.Mendidih perasaanya mendengar perbualan Iskandar dan perempuan itu.Ikutkan hati,ingin saja dia memberi tahu perempuan itu akan statusnya.Tapi dia harus berpegang pada janji.Surat perjanjian yang telah yang telah tertulis bahawa kedua-dua pihak harus merahsiakan perkahwinan ini.Ini yang membuatkan dia sedih,seolah-seolah kebebasanya terbatas.
  Dania cepat-cepat melarikan diri ke singki bila melihat kelibat Iskandar semakin hampir dengan dapur.Dia berpura-pura membasuh pinggan.
  Alamak,dia datang sini la pulak!
            “Mana Mak Jah?”
            “Tak dak.”Ringkas saja jawapanya.
            “Dia pergi mana pulak…kau tau dia pergi mana?”Iskandar sedikit merungut.
            “Cucu dia masuk hospital,so dia pergila jenguk cucu dia tu.”Ujar Dania selamba tanpa memandang wajah suaminya.
            “Isy…sepatutnya dia bagi tahu aku dulu.Ni tak,ikut suka hati je pergi.”
            “Tak pa,dia dah bagi tahu saya dan saya benarkan.Esok dia balik la sini.”
            “Hei,yang kau bagi kebenaran tu apsal?Jangan ingat kau bini aku,kau dah jadi puan besar dekat sini?!”
  Dania terkedu.Suara suaminya sudah berubah menjadi kasar.Ini yang dia takutkan,apa-apa saja boleh dilakukan Iskandar ke atasnya.
            “Saya cuma…”Dia cuba buka mulut,tapi pantas Iskandar memintas.
  Farish Iskandar menarik tangan Dania hingga ke satu sudut yang boleh melihat ke arah luar tepi kolam.
            “Kau nampak perempuan tu?Nama dia Rina!Kau ingat muka dia,kau ingat nama dia...diala bakal puan besar dekat sini.Kau jangan nak memandai pulak!”Iskandar menunjal geram kepala Dania.
            “Maksud abang?”
  Air mata yang mengalir disekanya lembut.Hati perempuanya terguris dengan tindakan Iskandar.Tak boleh ke suaminya sehari tidak menyakitkan hatinya?Hari-hari dia menangis dengan tindakan kasar Iskandar terhadapnya.Sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap suaminya?
            “Kau ni memang bodohla.Kalau satu hari nanti dia bakal puan besar dekat sini,maknaya dia tu bakal isteri aku.Faham!”
  Mendengar kata-kata terakhir suaminya,Dania terus berlari menuju ke kamar tidurnya.Sekarang dia sudah tahu siapa perempuan itu.Rina rupa-rupanya ialah kekasih Iskandar.Sukar untuk menerima kenyataan ini.Kenapala dia begitu bodoh masih mengharapkan suaminya akan berubah?Kalau la dia tahu dari awal,pasti perjanjian dan perkahwinan penuh luka ini takkan terjadi.Dania merasa dirinya bodoh.Bodoh kerana terlalu taksub pada cinta palsu Iskandar.Kalau tidak disebabkan perangkap cinta Iskandar,tentu sekarang dia sedang hidup bergembira dengan rakan-rakanya.
            “Dia ni tak habis-habis menangis.Kalau sehari tak menangis,memang tak sah!”Bicara  Iskandar sendirian.Selepas itu dia terus beredar meninggalkan ruang dapur.Sesak nafasnya berlama ditempat bahang seperti itu.
 *****
HARI berganti hari.Perjalanan hidup Dania dan Iskandar sudah mulai berubah.Iskandar sekarang semakin rapat dengan Rina,sementara cuti semester gadis itu masih ada.Hidup yang dirasainya sekarang semakin bahagia dengan sikap Rina yang semakin romnatik dan menyenangkanya.Secara perlahan-lahan dia mula lupa pada Dania yang sudah banyak membantunya.
  Dania pulak,kehidupanya semakin gelap.Rutin harianya adalah kerja,kerja dan kerja aja.Walaupun begitu,tanggungjawabnya sebagai isteri tidak pernah dia abaikan.Jika dulu senyuman manis sering terlakar dibibirnya,tapi sekarang senyuman itu telah hilang.Hubunganya dengan Iskandar pulak semakin rengang.Dia kini menjadi seorang pendiam.Cuma Azie,Iela dan Sara la yang menjadi tempat untuk dia meluahkan rasa.Tapi tidak pernah sesekali dia menceritkan hal rumah tangganya pada mereka.Lagipun dia masih ada maruah dan maruah suami yang harus dijaga.
  Iskandar menguak pintu bilik bacaan.Kelihatan isterinya sedang khusyuk memandang skrin komputer.Tidak terkelip-kelip matanya.Dania masih belum sedar akan kehadiran suaminya disitu.Jari-jarinya masih sibuk menaip.
            “Nia,saya nak cakap sikit dengan awak ni.”
  Bahasa yang digunakan Iskandar tidak sekasar dulu.Jika dulu dia menggunakan perkataan ‘kau’ dan ‘aku’,tapi sekarang ‘saya’ dan ‘awak’.
  Dania tersentak.Dia mengangkat muka seketika sebelum kembali menghadap skrin.Dia sudah muak untuk melihat wajah suaminya yang penuh kepura-puraan.
            “Hmm,apa dia?Cakap je la.”Ujar Dania tanpa memandang wajah Iskandar.
  Iskandar terdiam lama.Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memulakanya.Dia risau Dania akan terguris dengan keputusanya ini.Dia tahu hati isterinya terlalu lembut dan mudah tersentuh.Tapi entahla,kenapa dia sibuk-sibuk fikirkan tentang perasaan gadis itu.
  Dania yang menyedari akan kebisuan suaminya terus berhenti dari perbuatanya.Dia bangun dan berdiri berhadapan dengan suaminya.Sebenarnya,dia pun berdebar-debar juga.Serius semacam aja Iskandar tu.Macam ada hal besar yang nak diberitahu.
            “Abang…”
  Iskandar tersentak dari lamunanya.
            “Abang nak cakap apa tadi?”Soal Dania lembut.
  Iskandar menarik nafas dalam-dalam sebelum menuturkan kata-kata yang bakal dia bicarakan.
            “Hmm,saya dah belikan sebuah apartmen.Saya ingat nak suruh awak tinggal dekat situ.Sebab Rina selalu sangat datang rumah,saya pun tak tahu nak cover awak macam mana lagi.Macam mana…”
            “Jadi bila abang nak suruh saya pindah sana?”Dania terus memintas kata-kata Iskandar sebelum sempat suaminya menghabiskan bicara.
  Sungguh,dia terkilan dengan Iskandar.Hanya kerana perempuan yang belum pasti menjadi madunya,dia terpaksa pindah dari rumah itu.Tapi apala haknya,dia cuma penumpang dirumah suaminya.Segala keputusan ada ditangan lelaki itu.
            “Kalau boleh esok.”Was-was Iskandar member perintah.Dia faham benar dengan situasi sekarang.
            “Oh…kalau macam tu,saya kena kemas barangla malam ni.Takut tak sempat pulak esok.Saya naik atas dulu la abang,selamat malam.”
  Tanpa senyuman Dania terus beredar meninggalkan bilik bacaan tersebut.Tanpa mempedulikan perasaan sekarang,dia mula mengemas barang-barangnya.Tidak ada satu pun yang tertinggal dalam rumah itu.Baru saja dia ingin mengukir kenangan disini,Iskandar sudah meghalaunya.Biarla Iskandar dengan keputusanya.Dia sudah tidak terdaya untuk melarang semua ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...