Followers

Sabtu, 8 Oktober 2011

Tuah Anzalna



HANYA berbekalkan sebuah drama bersiri, Suria Di Cordoba yang menjadi 'pasport' kemunculan sulungnya di bidang lakonan, nama Anzalna Nasir, 23, semakin hari terus meniti di bibir. Biarpun sekadar menjadi finalis Dewi Remaja 2010, namun berbekalkan wajah cantik macam Rozita Che Wan, dia melangkah setapak lagi apabila bakal membintangi filem sulungnya, Sepah The Movie yang bakal menjalani penggambaran sedikit masa lagi.
Inilah yang dinamakan tuah orang cantik. Sekalipun bakat lakonannya belum benar-benar teruji, namun selepas membintangi drama kedua, Ramadan Terakhir di TV3 tidak lama dulu, Anzalna yang sebelum ini pernah menetap di Tasmania, Australia selama beberapa tahun kerana melanjutkan pengajiannya, semakin sukar membuat pilihan apabila peluang membintangi drama dan filem terus mengintai dirinya.

Dedah 50 kanak-kanak proses bahan mentah di kilang


RAWANG: Usaha membentuk generasi pelapis khasnya kanak-kanak di peringkat umur prasekolah ke arah mewarisi akhlak mulia, berkemahiran dari segi pertuturan, berfikir secara positif dan berpotensi menjadi warga prihatin apabila besar kelak, bukan perkara mudah.
Kanak-kanak golongan paling mudah bagi membentuk akhlak mulia, bak kata pepatah, jika melentur buluh, hendaklah dari rebungnya.

Terbayang azab menanti



SUATU ketika dulu, gadis lincah ini pernah terpalit dengan kontroversi sebagai pelakon seksi di awal pembabitannya dalam dunia seni.
Kini si cantik manis Diana Amir melakukan penghijrahan terbesar dalam hidupnya dengan mengucapkan selamat tinggal kepada imej berkenaan.

Semakin matang dan dewasa menempuhi kehidupan sebagai seorang artis menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berubah ke arah yang lebih baik sesuai dengan peningkatan usianya.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Impian bergandingan dengan Wardina melakukan perubahan mengejut apabila mula memakai hijab sepenuhnya bermula pada bulan lalu tanpa memaklumkan kepada sesiapa termasuk ibu bapanya. Apa yang pasti, Diana nekad menutup aurat.



Anak hilang jatuh laut



BANTING: “Sebelum ini anak saya nak ikut ke laut untuk menangkap ikan, tetapi saya berkeras tak benarkan. Tetapi, pada hari kejadian itu saya membenarkannya mengikuti saya tanpa banyak soal.

“Tak sangka itu petanda kami akan menghadapi nahas,” kata seorang Orang Asli Pulau Carey, Roslan Seam, 40-an, menceritakan kejadian botnya dipukul ombak hingga menyebabkan anaknya Nizam, 14, terhumban ke laut dalam kejadian jam 7 malam Khamis lalu.

Khamis, 6 Oktober 2011

Pendapat anda :D

Helo semua!
Lama tak post entry baru.
Hari ni saya nak minta pendapat anda semua yg
setia membaca Novel Cintamu Hanya Milikku.
Ok la!Sebenarnay saya ni tak tahu cita rasa orang,
so boleh tak anda calon-calonkan kpd saya sesiapa yg sesuai
menjadi watak Hariz,,Haryani,Iela,Azie n Razman.
Harap mendapat respone dari anda...

Yg mengharap:Salza...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...