Followers

Sabtu, 26 November 2011

123!!!

Wah!Terima kasih
normasliza elyani
Sebab menjadi followers saya yang ke 123 :)
Unik nombor tu.Sekali lagi,ribuan terima kasih saya ucapkan.
:
:
:
:
Kepada pembaca2 blog saya,jangan lupa baca e-novel terbaru dari saya
PELANGI CINTA

Jumaat, 25 November 2011

Pelangi Cinta 1

Bab 1

NAMA aku Ria,atau nama sebenar aku Nur Riana Binti Abdullah.Kawan aku semuanya panggil Ria,sebabnya aku seorang yang sentiasa ceria.Walaupun aku dilanda masalah,aku akan tetap ceria dan happy aja.Umur aku baru aja 26 tahun,muda lagi!Muda bagiku,tapi tidak bagi ayahku.Katanya aku sudah layak digelar andartu terlajak.Tapi aku tidak kisah,biarlah andartupun,asalkan aku bahagia.

Dalam keluargaku,aku adalah anak yang pertama dan terakhir.Maknanya aku ni anak tunggalla.Walauapun aku ni perempuan,tunggal pulak tu,aku ni bukanlah spesis yang manja.Manja adalah perkara dan perbuatan yang mengelikan.Mengada!Sikap aku yang sebenar adalah,ala-ala abang juga lah.Walaupun luaran aku kasar,tapi dalamannya tetap lembut.

“Ana!”

Laung ayah dari dalam rumah.Ana adalah nama yang aku khaskan untuk ibu dan ayahku saja.Orang lain tak boleh.Special!Aku segera menyiapkan tugasku yang tergendala seketika,kerana asyik mengelamun aja.Kemudian aku masuk ke dalam rumah menghadap raja,ayahku.

“Ada apa yah?”Soalku seraya melabuhkan punggung di atas kerusi rotan dihadapannya.

Bau aroma cucur pisang menusuk hidung.Sedapnya!Aku melihat sepinggan cucur pisang terhidang di atas meja.Aku senyum.Tangan aku ingin mencapai cucur pisang tersebut,tapi pantas juga tangan ayahku menepis.

“Tak boleh,ni ayah punya.Kalau nak pergi ambil dekat dapur.”

Encik Abdullah berbicara,iaitu ayahku.Dia mencapai satu cucur pisang lalu dimasukkan dalam mulut.Aku yang melihatnya mampu menelan air liur.

Aduh!Laparla pulak bila tengok.

“Ala satu je pun...”

Aku merayu.Sekali lagi tanganku nakal ingin mencapai cucur pisang tersebut.Tapi ayahku pantas menampar lembut tanganku.

“Dekat dapur!”Ujarnya tegas.

Aku merengus.Ayah aku ni memanglah,kedekut betul.Bukannya habispun kalau aku makan.Banyak lagi tu.Aku berlalu meninggalkan ruang tamu sambil menghentak-hentakkan kaki.Tanda protesku padanya.

Di dapur aku melihat Puan Kamariah,iaitu ibuku sedang sibuk menyediakan makanan.Kemudian mataku beralih pada meja makan.Wah!Banyaknya makanan.Aku tersenyum lagi.Aku menarik kerusi dan duduk di atas kerusi.Tak tertelan air liurku melihat makanan sebanyak ni.Semuanya sedap-sedap.Dari makanan berat hinggalah ke makanan ringan.

Hmm,yang mana satu nak makan dulu?Aku bersoal sendiri.Tiba-tiba ku terpandang cucur kegemaranku.Cucur keria!Wah,nasib kau la cucur keria,dah aku nak makan kau dulu.Bersiap sedialah kau.Tanganku pantas ingin mencapainya,tapi tiba-tiba tanganku ditolak hingga aku terdiri.

“Apa ni bu...Ana nak makan ni,lapar.”

Rungutku pada ibuku.Aku geram,bila semua orang dalam rumah ni tidak membenarkan aku makan.Sudahla perutku bernyanyi lagu keroncong pulak tu.Lapar sangat ni!Semuanya gara-gara cucur pisang yang mengoda tu.

“Semua makanan ni,bukan untuk Ana.Tapi,untuk tetamu kita malam ni.”Ujar ibuku sambil menyusun makanan-makanan tersebut di dalam dulang yang lebih cantik dan menarik.

Aku melihat jam dinding yang sedia tergantung disitu.Jarum panjang menunjuk pada angka sembilan,manakala jarum pendek menunjuk pada angka enam.Sudah pukul 6.45 petang.Siapala pulak tetamu kami hari ni?Aku tertanya-tanya.

“Siapa?”Soalku spontan.

“Ayah tak bagi tahu ke?”

Aku geleng kepala.Ibuku tersenyum.Kemudian dia menyambung semula kerjanya.Amboi!Lebarnya senyum sampai ke telinga.Kenapalah aku tengok ibuku happy semacam aja hari ni,ada apa-apa ke ni?Ibu memegang kedua belah bahuku.

“Ayah nak buat suprisela tu...Dah-dah,sekarang ni Ana pergi mandi,lepas tu siap cantik-cantik,wangi-wangi.”

Ibuku gembira,segembira hatinya.Entah apalah yang telah membuatkan ibuku tersenyum sepanjang hari.Kadang-kadang naik bengong kepala otak aku fikirkan.Ayahpun sama.Sepanjang hari ni,ayah hanya banyak mendiamkan diri.

Kenapa ibu suruh bersiap cantik-cantik,lepas tu kena wangi pulak tu?Apa tetamu malam ni,tetamu VIP ke?Sudahla aku ni alah pada barang-barang perempuan ni.Malas betulla!

“Taknaklah.”Aku berkata jujur.

“Isy,budak ni.Kamu ni,kalau dah orang tua suruh buat,buat aja lah.”

“Ana mana reti nak make up-make up ni.Lainla kalau Kak Umi sebelah rumah kita ni.”

Kak Umi adalah jiran sebelah rumah kami.Dia seorang gadis yang cantik dan lemah lembut.Ramai pemuda di kampungku ni tergila-gilakannya.Tapi malang sungguh nasib jejaka kampung ni,kerana dia telahpun bertunang dengan seorang lelaki yang berasal dari Melaka.

“Takpa,ibu dah suruh dia datang sini tolong kau bersiap.”

Jawapan ibu mengejutkan aku.Aku mengerutkan dahi.Hai,nak sambut tetamupun kena bersiap cantik-cantik,nak kena panggil mak andam.Isy,aku ni bukannya nak kahwin.Tak payahla bersiap macam pengantin.

“Suka hatilah.”

Akhirnya aku beralah juga.Malas nak berdebat dengan ibuku,sebabnya aku tahu akhirnya ibuku akan menang juga.Lagipun,tak baik melawan permintaan orang tua.Akukan budak baik!

Aku melihat ibu tersenyum senang kerana aku mendengar katanya.Aku mula mengatur langkah menuju ke kamar beraduku yang berada di tingkat atas rumah dua tingkat ini.Tapi mataku langkahku mati apabila ibu bersuara lagi.

Isy,apa lagi yang ibu nak cakap ni?Rungutku dalam hati.

“Haa Ana.Lupa ibu nak bagi tau,nanti Ana pakai aja baju yang ibu letak atas katil.”

Pesan ibu.Selepas itu aku terus berlalu meninggalkan ibu dengan kerjanya menuju ke bilik.

*****

MAK OI!Cantiknya baju ni.Aku terkejut apabila melihat sehelai kebaya berwarna pink terletak kemas di atas katil.Tapi aku kurang selesa bila melihat kain baju ini jarang hingga boleh bahagian dalam.Nasib baiklah ibuku sudah menyediakan inner untuk dipakai sekali dengan baju kebaya tersebut.

Hmm,tak pernah tengokpun baju ni?Setahu aku, dalam almari baju aku ni mana ada baju kebaya.Kecuali baju kurung dan t-shirt.Ini mesti ibu yang tolong jahitkan.Rajin betulla!Untung aku dapat ibu mithali.Tapi aku hairanla,kenapa tiba-tiba aja ibu suruh aku pakai baju ni?Malula kalau orang lain tengok.Pasti diorang akan gelakkan aku sebabnya,sepanjang hidup aku jarang sekali aku nak sentuh baju-baju sopan macam ni.Kecuali hari raya,barula aku akan memakainya,itupun selepas didesak oleh ibu.

Aku meletakkan baju kebaya tersebut ditubuhku.Aku melihatnya dicermin.Aku terpegun sendiri,punyala cantik!Aku malu sendiri,merah wajahku.Tak boleh aku bayangkan,sekiranya aku memakai baju tersebut dan ramai jejaka akan memikatku.Isy,kuat perasan betulla aku ni.Tanpa sedar aku ketawa kecil.

Tuk!Tuk!Tuk!Pintu diketuk dari luar.Aku tersentak.Cepat-cepat aku meletakkan baju kebaya tersebut di atas katil semula.

“Siapa?”Soalku.

“Ni Kak Umi.Buka pintu ni dik.”

Oh,kak Umi.Aku ingatkan siapa tadi.Sudahla aku sedang berkemban sekarang.Kalau aku membuka pintu tadi dan melihat orang lain yang berada tadi,malu muka aku satu malaya!

“Er...kejap kak.Ria nak pakai baju dulu.”

Selepas itu,kalut-kalut aku menyarungkan baju kebaya berwarna merah jambu tersebut pada tubuhku.Kemudian barulah aku membuka pintu bilik mempersilakan gadis cun bernama Kak Umi.Tapi memang dia cunpun.Kalau tak,tak ramailah orang lelaki sukakan dia.

“Amboi!Cantiknya adik akak ni.”

Puji Kak Umi.Aku tersipu malu.Sumpah!Inilah kali pertama aku menerima pujian daripada orang lain sebagai seorang perempuan yang cantik.Wah,cantik sangat ke?Aku membelek-belek penampilanku dihadapan cermin.

“Janganla puji,nanti pecah pulak kain saya pakai ni.”Ujarku sambil ketawa terbahak-bahak.

Kenapalah bodoh sangat aku kata macam tu?Nampak sangat aku ni kembang bila kena puji.Tapi aku peduli apa,sudah aku diberi gelaran mulut lepas,cakap ajala apa yang aku rasa nak cakap.

“Haa,dah-dah.Ria duduk sini diam-diam.Kak nak sanggulkan rambut Ria ni.”

Kak Umi menarik tanganku supaya duduk dihadapan meja solek bilikku.Kemudian dia membuka sebuah kotak berwarna hitam dan mengeluarkan alat-alat yang diperlukan.Sepanjang dia menjalankan tugasnya,aku beberapa kali tersenguk-senguk menahan kantuk.Tambah-tambah lagi bila dia mula menyolek wajahku,bertambah-tambahla kantukku.Ini mesti sebab terkena sentuhan lembut Kak Umi.

Akhirnya aku tertidur di hadapan cermin...

*****

“ANA,Ana bangun nak.”

Aku terdengar suara seseorang sayup-sayup memanggil namaku.Aku sedar,tapi aku malas hendak membuka mata.Rasanya macam ada beban di atas mataku.Tapi aku gagahkan juga untuk membuka mata.Muncul wajah ibuku yang sedang tersenyum.Mana Kak Umi?Aku tertanya-tanya,tadi dia ada dekat sini menyoleknya.

“Ibu?Mana Kak Umi?”Tanya aku sambil ingin menggosok mata yang terasa kabur,tapi ibu pantas menahan.Takut solekkan diwajahku akan rosak.

“Ana duduk dalam bilik ya?Duduk diam-diam.Tetamu kita dah sampai ni.”Ujar ibu lembut.

Aku lihat di atas meja tersedia segelas jus oren yang belum terusik.Mungkin ia untukku.

“Apsal pulak?Kenapa Ana tak boleh keluar?”

Aku meneguk minuman tersebut hingga tinggal suku terakhir air tersebut.Nampak sangat aku ni tengah lapar.Mestilah aku lapar,dari tadi lagi aku belum makan.Sekarang ni sudah pukul 9.00 malam,dah terlepas waktu makan malam.

Ibu mengelengkan kepalanya beberapa kali sambil tersenyum.

“Ingat pesan ibu,jangan keluar.Faham!”

Selepas itu ibu terus berlalu meninggalkan aku seorangan dalam bilik.Aku mundar-mandir di dalam bilik.Tak tentu arah aku dibuatnya.Hatiku terasa kurang enak,berdebar-debar dadaku.Kenapa dengan aku hari ni?Rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku.Aku teringatkan kata-kata ibu petang tadi.

Ayah nak buat suprise?Tapi apa?Aku tertanya-tanya.Ya Allah...Dari dalam bilik aku dapat mendengar suara-suara orang yang sedang berbual diluar berselang-seli dengan ketawa.Aku bertambah tak keharuan.Siapa mereka?Aku kenal ke?

Tiba-tiba telingaku menangkap derap langkah orang menghampiri bilikku.Cepat-cepat aku duduk dibirai katil sambil menunggu gerangan orang tersebut.Dadaku dari tadi tak berhenti berdegup kencang.Rasa macam nak tercabut aj jantung aku ni.Mungkin ibu.Tekaku.

“Assalamualaikum...”

Suara lembut seseorang mengejutkan aku.Aku terkejut tapi tidaklah terlalu ketara.Aku lihat seorang perempuan yang mungkin sebaya dengan ibuku melangkah masuk ke dalam kamar beraduku sambil menghadiahkan senyuman.Aku membalas senyumannya.Siapa dia?Belum pernah aku melihatnya sebelum ini.Dia...dia...cantik dan anggun!Macam mak datin.

“Hmm,cantiknya menantu mama ni...”Ujarnya seraya mencapai tanganku.Dia duduk disebelah aku.

Tergamam seketika.Menantu?Mama?Apa semua ni?Aku tak faham la.Aku mencari kelibat ibu yang berada dicelah-celah orang perempuan yang memenuhi bilikku.Aku memandang ibu dengan penuh tanda tanya.Tapi ibu hanya tersenyum.Aku semakin bingung.Walaupun aku tidak memahami situasi sekarang ni,aku tetap mengukir senyuman.

Aku bertambah terkejut bila wanita tersebut mengalungkan aku seutas rantai emas berloketkan namaku dengan seseorang yang aku tidak kenalli dileher jinjangku.Aku semakin bingung,apa semua ni?Aku tak faham la.Siapa pulak wanita yang ala-ala datin ni?Apa kena-mengena aku dengan dia.

Ibu!!Ayah!!Tolong jelaskan pada Ana.

“Rantai ini tandanya,Ria kini sah menjadi tunang anak mama dan bakal menantu mama.”

Wanita itu kelihatan begitu gembira.Bibirnya lebar tersenyum hingga ke telinga.Nafasku berhenti seketika.Aku masih tidak percaya apa yang aku dengar.Aku bakal menantu wanita ini?Aku dah bertunang?Huh,rasa macam nak pesan.

Aku memandang ibuku.Aku sedih,kenapa ibu dan ayah sanggup buat aku macam ni?Aku tak faham,apa salahku?Wanita itu terus tersenyum.Mungkin bahagia dan gembira sebab bakal bermenantukan aku yang ala abang-abang ni.

Ya Allah kau bantulah aku...Aku harus mendapatkan penjelasan dari ibu dan ayah!


P/s:Novel terbaru dari saya :) harap enjoy.Sinopsis akan post dlm entry akan dtang.Jgn lupa tnggalkan komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...