Followers

Isnin, 28 November 2011

Perangkap Cinta 19


Bab 19
DIA termenung memerhati setiap gerak laku perempuan yang berada dihadapannya.Lidahnya kelu,tidak tahu apa yang harus dikatakan sekarang.Matanya hanya mampu melihat perempuan itu melakukan kerja-kerjanya di dapur.Mereka berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku diantara mereka.Tapi semalam...ahh!Entahla,dia merasa bersalah sangat dengan apa yang berlaku semalam.Masih lagi terngiang-ngiang di telinganya tangisan dan rayuan Dania supaya dia berhenti terus melakukannya.Tapi dia terlalu ikutkan rasa marahnya dan perasaanya ketika itu,sehingga dia sanggup melanggar perjanjian mereka dulu.Keadaan sekarang sudah berubah.Apa yang harus dia lakukan seterusnya?Membiarkan saja atau dia harus bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan?
“Awak nak tercegat dekat ke situ sampai esok ke?”Ujar Dania.Tiada lagi perkataan ‘abang’ yang selalu
Teguran isterinya membuatkan Farish Iskandar kembali ke alam realiti.Dia tergadah seketika sebelum turut menyertai Dania bersarapan pagi itu.Dia mengambil tempat betul-betul berhadapan dengan isterinya.Dia tidak berani mengangkat muka ketika Dania menyedukkan nasi ke dalam pinggannya.Entah kenapa,tiba-tiba muncul satu perasaan yang sukar dia tafsirkan.Sebelum ini,tidak pernah merasa perasaan seperti ini walaupun beribu kali isterinya berbuat baik padanya.Dadanya berdetak kencang dan wajahnya terasa panas seperti dibakar.Pasti ketika ini wajahnya merah.
“Er...saya...”Iskandar ingin ucapkan kata maafnya tapi suaranya terasa tersekat dikerongkongnya.Tidak boleh diluahkan.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Lama mereka membisu.Dania dengan dunianya,lansung tidak dihiraukan Farish Iskandar seperti mengharap yang dia akan mengatakan sesuatu.Hatinya masih terluka dengan kejadian semalam.Luka kali ini lebih dalam dari sebelumnya,belum tentu dapat disembuhkan.
“Saya...”Iskandar ingin menyambung kata-katanya,tapi pantas dihalang oleh Dania.
“Awak tak payahla nak cakap apa-apa.Saya benci dengar suara awak!Jangan diungkit pasal semalam,saya benci!Saya benci!”Tiba-tiba dia menjerit.Perasaanya tidak dapat dikawal.Dania terkejut dengan apa yang dia lakukan.Tapi air matanya tetap turun menandakan betapa hatinya sakit dan hancur dengan tindakkan Farish Iskandar semalam terhadapnya.
Iskanda turut terkejut.Dia semakin merasa bersalah apabila terpandang air mata Dania yang mengalir.Pantas tangannya mencapai tangan isterinya lalu digenggam erat memberi kekuatan buat gadis itu.
“Saya minta maaf Nia?Saya minta maaf...saya tahu,saya salah.Tolong maafkan saya?”Suaranya separuh merayu.Rasa bersalahnya pada Dania tidak dapat dibendung.
Dania pantas merentap tangannya kembali.Tidak sudi disentuh lelaki yang telah meragut kesuciannya.Terasa jijik bila lelaki itu menyentuhnya.Tanpa melengahkan masa pantas dia bangun dan ingin beredar.Tapi sekali lagi tangannya pantas ditangakap oleh Iskandar.
“Jangan sentuh saya!”Jeritnya bersama air mata yang turun tanpa dikawal.Dia mula menangis teresak-esak.Dia tidak mahu hal semalam terulang kembali.Dia tidak sudi dan tidak rela diperlakukan sedemikian.
Farish Iskandar buntu.Dia tidak tahu harus bahagaimana dia pujuk gadis itu dan redakannya dari keadaan ini.Sedangkan dirinya sendiripun berada dalam keadaan tidak tentu arah.Pantas dipeluk erat tubuh Dania dan diusap-usap kepala gadis itu seperti budak kecil.Mungkin dengan cara itu saja dia mampu menenagkan isterinya.
Dania semakin berang.Dia meronta-ronta minta dilepaskan,tetapi lelaki itu seolah-olah tidak faham dengan kehendaknya.Dia menangis dan terus menangis hingga dia sendiri lemah dan longlai dalam pelukkan suaminya.Usapan suaminya membuatkan hatinya terasa damai dan tenang sehingga dia lupa pada perbuatan lelaki itu terhadapnya.Akhirnya dia terlena dalam keasyikan yang mungkin sekali ini saja dia dapat rasakan.
Farish Iskandar mengangkat tubuh isterinya lalu dibaringkan di atas katil di dalam bilik.Dia merenung lama wajah sendu itu.Cuba memahami gadis bernama Dania yang selama ini dia tidak inginkan.Tanpa dia sedar tangannya merayap dipipi dan bibir gadis itu.Diusap wajah itu seperti yang dia lakukan semalam tanpa isterinya sedar.Dadanya mula berombak ganas menahan gelora nafsu.Tapi disabarkan hatinya.Dia tidak mahu melukakan hati isterinya lagi.
Sejak bila dia belajar menjaga hati isterinya?Bukankah selama ini dia hanya tahu menyakitkan hati perempuan itu?
Iskandar bingung dengan perasaannya sendiri.Mengapa baru sekarang munculnya perasaan seperti ini terhadap Dania.Dia keliru.Ada cinta ke buat gadis itu?Adakah dia sudah jatuh hati pada Dania?
*****
HANAN tekun dengan kerjanya.Matanya lansung tidak memerhati tempat lain.Orang yang berada disekelilingnya turut tidak dihiraukan.Nampaknya tugasannya betul-betul penting.Tambahan pula dia tidak mahu dimarahi lagi dengan bosnya,Farish Iskandar.Tapi hari ini,seharian dia tidak melihat kelibat lelaki itu termasuklah rakan sekerjanya Dania.Mereka berdua tidak masuk kerja hari ini.Hatinya terasa lapang sedikit bila bosnya tiada,tapi dia merasa bosan pula bila Dania tiada.Selalunya,waktu-waktu begini dia akan pergi mengusik temannya yang seorang itu.
“Hoi!”Sergah seseorang.Suara garau itu menerjah masuk telinganya.Bingit dan betul-betul hampir dengannya.Hanan menunjukkan wajah garangnya pada manusia itu.
“Kau ni Razman...memang nak kenala!Aku ni ada nama,tolongla panggil nama aku faham...!Jangan nak main terjah je.”Bicara Hanan sedkit kasar.Matanya kembali menghadap skrin komputer,malas melayan Razman yang pasti sudah tahu tujuannya.
“Okay,okay,okay,aku minta maaf cik Hanan oii...Dania mana?”Soal Razman sambil tawanya semakin reda.
“Dia takdak.”Jawab Hanan ringkas.
“Dia takdak?Dia pergi mana?”Soal Razman ingin tahu.Dia sudah pergi ke meja Dania,tapi gadis itu tiada.Puas dia cari satu pejabat.
“Manala aku tahu.Kau ingat,aku ni bodyguard dia ke nak ikut dia ke hulu,ke hilir.Agak-agak la...”Ujar Hanan sedikit berang.Asyik-asyik Dania,cuma soalan itu agaknya lelaki itu tahu.Hanan makan hati dengan sikap Razman.Dia yang sudah bertahun-tahun berkawan rapat dengannya,tidak pernah sekalipun lelaki itu Tanya tentangnya.
“Aku tahula...tapi kau kan kawan baik dia,takkan kau tak tahu?”Razman masih belum berputus-asa.Dia tetap ingin bertemu dengan Dania.Sebenarnya dia ada hadiah yang ingin diberikan sebelum berangkat ke Pulau Pangkor atas urusan kerja kepada gadis itu.
“Isy,aku kata tak tahu,tak tahu la!Kau tak faham bahasa ke?Nak aku cakap bahasa apa,tamil?cina?!”Suaranya seakan-akan ingin menengking.Dari duduk,dia terus bangun.Orang yang berada disekeliling mereka turut terkejut apabila mendengar suaranya.
Razman tersentak bercampur terkejut.Spontan dia melangkah setapak ke belakang.Tak sangka Hanan akan memarahinya hingga sebegitu sekali.Sepanjang perkenalan mereka,belum pernah Hanan meninggikan suaranya pada dia.Ini adalah kali pertama.
“Sorry.”Ucap Razman perlahan.Malu pada rakan-rakan yang lain melihatnya.
Hanan bagaikan baru tersedar dari kesilapannya.Dia meraut wajahnya beberapa kali sambil menggeleng-gelengkan kepala.Sebenarnya,niatnya bukan ingin marahkan Razman tetapi dia sekarang berada dalam keadaan yang tidak stabil.Dengan kerja yang bertimbun membuatkan dia berada dalam keadaan tertekan.
“Aku minta maaf Raz.Sebenarnya aku takdak niatpun...”Kata-katanya terhenti distu apa bila Razman pantas memintas.
“Tak pa,aku faham.”
“Hmm...sebenarnya Nia memang tak datang kerja.Aku tak tahu sebab apa,kau cubala call dia.”Hanan memberi tahu perkara yang sebenarnya.Dia tiada niat lansung untuk membohongi Razman ataupun menyorokkan Dania dari pengetahuan lelaki itu.Memang itu yang sebenarnya yang dia tahu.
Kedengarana lelaki itu mengeluh kecewa.Nampak gayanya dia harus simpan dulula hadiah yang ingin dia berikan pada Dania.Sebenarnya,hadiah itu sudah lama dia ingin berikan pada gadis itu.Cuma dia saja yang tidak berkesempatan.Tapi,diakan tahu dimana gadis itu tinggal,tak salahkan jika dia pergi dan menyerahkan sendiri hadiah itu.
Ahh...lepas kerja la aku pergi jumpa dia.Bisik hatiz Razman.
“Hmm...thanks Hanan,sebab bagi tau aku.”Suaranya lemah dan kedengaran kecewa.Selepas itu dia terus berlalu pergi meninggalkan rakannya.Walaupun dia sedikit kecewa,tapi hatinya terubat apabila meningati layanan mesra Dania tempoh hari padanya.Tidak lagi dingin mahupun kaku.
Hanan dapat melihat hadish yang dipegang Razman sebentar tadi.Dia tertanta-tanya apa yang terisi di dalamnya.Hadiah itu bersaiz sederhana.Mungkin ia ingin dikasi pada Dania.Terselit rasa cemburu dihatinya.Bertuah rakannya itu,ada peminat sebaik,sekacak dan penyayang seperti Razman.Kalau boleh dia pun inginkan lelaki seperti itu.Tapi siapala hendakkan dia.Hatinya sayu...
*****
JAM menginjak keangka tiga.Dania baru tersedar dari lenanya.Semalam dia kurang tidur dan tidur yang keduanya ini sudah cukup memuaskannya.Dia ingin bangun,tapi dia terkejut apabila tangan seseorang melingkar di pinggangnya.Menjerit dia ketakutan.Mana tahu,perogol bersiri mana yang tidur disebelahnya.Dia tengok keadaannya masih lengkap berpakaian.Dania menghela nafas lega.Tiada lagi igauan semalam.Matanya butang,bila terpandang wajah Farish Iskandar yang lena disebelahnya sambil erat memeluk tubuhnya.
“Arghh...!Bangun!Bangun!”Jeritnya lantang sambil menolak jauh tubuh lelaki itu darinya.Darahnya tersirap hingga ke muka.Wajahnya kemerah-merahan seperti udang bakar.Rasa,nak saja dia tumbuk-tumbuk wajah itu.
Farish Iskandar terkulat-kulat.Akibat terkejut dia terus bangun dan matanya meliar disegenap ruang bilik itu.Dia menggosok-gosok matanya.Kantuknya masih ada.Dia memandang Dania disebelahnya bagaikan singa kelaparan.
“Kenapa?”Soalnya hairan.Belum tahu punca yang menyebabkan isterinya marah.
“Kenapa awak tanya?Awak keluar sekarang!Keluar!”Jeritnya sambil menolak dan menarik tubuh Farish Iskandar keluar dari biliknya.Pantang dia,jika orang yang tidak diundang menceroboh masuk biliknya tanpa kebenaran.Terutamanya orang yang telah banyak mentakiti hati dan perasaannya!
Farish Iskandar tidak bersedia dengan ini,tapi dia tetap menuruti lankah isterinya.Terkebil-kebil dia.Dia tahu,yang Dania masih marahkannya tetang semalam,tapi dia hairan mengapa isterinya makin marah padanya.Apa yang telah dia buat?
“Kenapa?”Soalnya sekali lagi.Dia betul-betul ingin tahu mengapa gadis itu begitu marahkannya.
“Awak ingat,awak siapa?Suka hati je masuk bilik saya!Lepas tu sedap-sedap peluk saya.Awak ingat,saya ni perempuan jenis apa?Senang-senang je nak sentuh!”Dihambur semua kemarahannya pada Farish Iskandar.Turun naik dadanya menahan perasaan.Merah matanya menandakan dia teramat marah pada lelai itu.Tak cukup ke,apa yang semalam dia dapat?!
Farish Iskandar mengeluh kecewa.Dia cuba menyentuh bahu Dania,tapi sempat dielak.Sekali lagi dia melepaskan keluhan berat.Dia tidak suka cara perempuan itu bercakap dengannya.Nanti,bila-bila masa saja barannya akan muncul.Sakit Dania dikerjakannya nanti!Sementara tahap kesabarannya masih ada,lebih baik dia cuba pujuk isterinya.
“Salah ke?Tadi awak pengsan,sebab tu saya temankan awak dalam bilik tu.”Nada suaranya rendah cuba memujuk hati keras isterinya.
“Memang salah!Saya tak suruhpun awak temankan saya,dan saya tak suruhpun awak peluk saya ataupun caring dekat saya!Selama ni ada awak buat semua tu?Selama ini,awak anggap saya tak ubah macam sampah.Awak cuma pentingkan diri!”Jeritnya lantang bersama juraian air mata yang mengalir.Teresak-esak dia.Sakit hatinya pada lelaki itu belum redha.Dia harus luahkan apa yang dia rasa selama ini.Biar lelaki itu rasa dan tahu betapa hancurnya hati dia.
“Nia...”Farish Iskandar cuba bersuara,tapi dihalang oleh Dania.
“Saya belum habis cakap lagi...!Awak tahu tak,awak dah hancurkan harapan dan impian saya!Awak dah hancurkan hati saya!Awak dah hancurkan segala-galanya...!Puaslah hati awak sekarang?Puas sebab dapat memilikki apa yang awak nak selama ni?Harta,kemewahan...”Dania tidak dapat meneruskan kata-katanya.Tertunduk-tunduk dia cuba menahan tangis.
Farish Iskandar ingin menghampiri gadis itu,tapi tangan Dania menghalang.
“Jangan dekat dengan saya!Saya benci awak!Saya benci...!”Ujarnya lalu berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.Dia tidak mahu lelaki itu berada dihadapannya.Hatinya dah terlalu terseksa dengan sikap suaminya hingga dia lansung tidak boleh memandang wajah itu.Walaupun suatu ketika dulu,wajah itu yang sentiasa menghias mimpi indahnya kala malam menjelma.
Farish Iskandar cuba mendapatkan Dania,tapi isterinya lebih pantas.Bunyi pintu berdentum menyedarkan dia akan kesilapannya selama ini.Ya Allah...kejamnya dia selama ini,tegar dia menyakiti sekeping hati yang tidak bersalah.Betul kata Dania,dia cuma pentingkan diri!Selama ini,dalam fikirannya hanya harta kemewahan peninggalan arwah papanya saja yang dia fikir hingga dia terlupa pada isterinya Dania.Sudahla,dilupakan Dania perempuan lain pula yang dikejarnya.
Apa yang aku dah buat ni?Aku dah sakitkan hati dia,apa yang harus aku lakukan?Aku...aku tak nak kehilangan dia,aku tak nak sakiti dia lagi.Aku cintakan dia!Jerit hatinya.
Farish Iskandar memejamkan matanya.Lama.Dia harus berbuat sesuatu.Dia tahu,pasti Dania sudah tawar hati dengannya.Bila gadis itu sudah hilang perasaan terhadapnya,pasti dia akan pergi dari hidupnya.Oh tidak...tak mungkin!Dia tidak akan membiarkan hal itu terjadi.Hatinya nekad.
*****
SEHARIAN dia tidak keluar bilik.Mengurung diri tanpa menghiraukan Farish Iskandar yang pasti masih ada diluar bilik.Malas dia hendak melayan lelaki itu.Dania baru saja menyelesaikan solat asarnya sebentar tadi.Sekarang ini,dia sedang bermalas-malasan di atas katil sambil menunggu suaminya ‘berambus’ dari sini.Sambil itu,dia memikirkan kembali peristiwa sebentar tadi.Boleh tahan berani juga dia ni.Tak dak la,dia menjadi pak turut suaminya.Apa yang lelaki itu suruh,dia ikut aja!Tapi sekarang,jangan harapla mamat tu boleh bulinya lagi!
Tuk!Tuk!Tuk!...tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi sayup-sayup ketukkan pintu dari luar apartmentnya.Dania hairan,siapa pula yang datang melawatnya petang ini?Nak tak nak,terpaksalah dia keluar bertemu muka dengan tetamunya.
Farish Iskandar gabra disitu.Suara lelaki member salam berselang dengan ketukkan pintu membuatkan dia kaku disitu.Dia teragak-agak ingin membuka pintu ataupun tidak.Mana tahu,pegawai pencegah maksiat yang datang.Kang tak pasal-pasal anaiya saja mereka berdua.Dia melihat Dania keluar dari bilik.Tanpa menghiraukannya,isterinya terus membuka pintu rumah.
“Razman!”Jerit Dania apabila matanya bertembung dengan mata lelaki itu.Sekelip mata,pintu ditutup kembali.Dia berdebar-debar.Macam mana lelaki itu boleh tersesat sampai ke sini?Apa yang dia nak buat sekarang?Suaminya pula masih ada disini.Pantas dia menghampiri Farish Iskandar dan memaksa lelaki itu masuk ke dalam bilik.
“Kenapa dengan awak ni?Siapa Razman?Dia buat apa dekat sini?” Bertalu-talu soalan menerjah Dania.Tapi tidak dihiraukan.Perasaan cemburu tiba-tiba muncul dihatinya.
“Tak payah nak banyak tanya la!Awak duduk dalam bilik ni,diam.Faham!”Tegas suara dia memberi arahan.Dulu,seperti itula suaminya memberi arahan,tapi sekarang giliran dia pula menggantikan tempat suaminya.
Dania membuka pintu rumahnya semula.Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada Razman.Dia berpura-pura membetulkan rambutnya yang menjurai,tapi sebenarnya dia ingin mengesat peluh kerana terlalu berdebar sebentar tadi.
“Sorry pasal tadi.Aku tak sedia tadi.”Ucapnya ikhlas dan lembut walaupun bahasa yang digunakan agak kasar.
“Tak pa,saya faham.Hmm...boleh saya masuk?”
“Hah?Er...aku rasa,tak payahla kut.Lagipun,aku ni perempuan,kau pulak lelaki.Tak manis kalau orang tengok.”Jelas Dania walaupun dia tahu lelaki itu akan tersinggung.Tetapi itukan lebih baik.
“Hurm...kenapa awak tak datang ofis hari ni?Awak tak sihat ke?”Soal Razman lagi.Hatinya risau sejak dari pejabat lagi bila dia diberitahu tetang ketidak hadiran Dania hari ni.Pelbagai perkara negatif yang muncul dalam kepala otaknya.
“Eh,takdak la.Aku sihat sejahtera!Macam yang kau lihat sekarang ni la!Kau tak payah la risau.Lagipun,aku saja nak rehat-rehat hari ni.”Dania ketawa kecil.Lucu dengan keprihatinan Razman padanya walaupun dia tidak perlukan itu.
Farish Iskandar yang berada di dalam,sudah panas hati melihatnya.Bara cemburu menyala-nyala di dalam.Cuma tinggal masa saja untuk terbakar.Disabarkan hatinya daripada bertindak melulu.Dia kenal lelaki itu.Razman!Salah seorang pekerjanya.Memang nak kena jantan tu!Sakit telinganya bila mendengar perbualan mereka berdua.Kalau ikutkan hati,nak saja dipukul lelaki yang tak tahu malu menganggu isteri orang.
Ahh...dia pesaing aku yang terdekat!
“Apa ni?”Tanya Dania bila Razman menyerahkan sebuah bungkusan yang berbalut dengan kertas bercorak hati.
“Hadiah untuk awak.Sebenarnya saya dah lama nak bagi dekat awak,tapi tak sempat.”
“Thanks Raz...aku pasti akan jaga hadiah ni elok-elok.”Ucapnya sedikit terharu dengan kesungguhan Razman dalam memikat hatinya.Kan bagus,kalau dulu dia memilih Razman.Tidaklah dia hidup menderita sekarang ini.
“Esok pagi,saya akan bertolak ke Pulau Pangkor.Er...kalau boleh,saya nak ajak awak dinner malam ni.Boleh?”
Dania terdiam lama.Tak mungkin dia menyetujui permintaan Razman,walaupun hatinya nak.Dia pasti suaminya sedang memerhati dan mendengar segala butir bicaranya bersama Razman.Tak mungkin lelaki itu akan membenarkannya pergi.
“Aku minta maaf Raz.Malam ni memang tak boleh,aku ada plan dengan kawan aku.Hurm...tapi lepas kau balik sini,corfirm aku boleh!”Dia terpaksa berbohong.Tapi,dia tetap berjanji pada lelaki itu kerana tidak mahu melukakan hati rakannya.
“Janji?”Soal Razman meminta kepastian.Lega hatinya bila Dania berkata begitu.
“Janji!”Ujar Dania yakin.
Jam sudah menunjukkan hampir 5.30 petang.Razman meminta diri untuk pulang ke rumah.Sebelum pulang,sempat lagi lelaki itu mengucapkan kata-kata romantic buat Dania.Terharu dia mendengarnya.Kalaulah Razman yang suaminya,alangkah bahagianya dia sekarang.
“Hah!Puaslah hati awak sekarang!Seronok jumpa kekasih hati awak tu?!”Sergah Farish Iskandar tiba-tiba.Dia muncul dari bilik sambil bercekak pinggang.Bulat matanya memandang Dania.Marahnya bercampur cemburu pada gadis itu kerana Razman.Lelaki itu saingan hebatnya.
“Awak ni kenapa?Dia tu kawan saya la.Pekerja awak jugak!”Dania malas bertegang urat dengan suaminya.Kang tak pasal-pasal nanti terkeluar anak tekaknya.
“Kawan apanya!Bukan main romantik lagi saya tengok.Kawan ke namanya tu!”Jerit dia marah.Bengang dengan sikap Dania yang acuh tak acuh dengannya.Padan muka!Dulu masa Dania baik dengan kau,kau layan dia macam apa lagi?Sekarang ni,rasakanlah!
Dania menutup kedua belah telinganya.Bingit mendengar suara Farish Iskandar menerjah masuk.
“Suka hatila!Bukannya kacau hidup awakpun!”Balas dia tidak mahu mengalah.
“Awak kata,tak kacau hidup saya?Hey!Ingat sikit,saya ni suami awak.Hormatla saya ni?”
“Hah?Suami?Bila masa awak jadi suami saya?Awak jangan lupa,perkahwinan kita ni cuma atas kertas saja.Tak lebih dan tak kurang!Awak lupa pada perjanjian kita?”Dania hilang kesabarannya.Di benci bila meningati perjanjian mereka itu.Tapi dia terpaksa.
“Arghh...lantakla dengan perjanjian tu!Awak dengar sini,saya suami awak dan awak isteri saya!Jadi tolong hormati hak saya dan saya akan hormatkan awak.”Tangan kasarnya mencengkam kuat bahu Dania.Isterinya lansung tidak mengadu kesakitan,tapi sebaliknya masih mampu melawan renungannya.
“Awak jangan ingat,semudah tu saya nak terima?!Saya tak lupa dengan apa yang pernah awak lakukan pada saya.Jadi,saya nak teruskan juga perjanjian tu,sampai habis tempoh faham!”Bicaranya sambil cuba meloloskan diri dari cengkaman suaminya.Sakit akibat cengkaman itu berbekas hingga tangkal hatinya.Dia tidak akan mudah perdaya pada kata-kata lelaki itu lagi,cukuplah sekali dia terkena.
“Hahaha...”Tiba-tiba Farish Iskandar ketawa besar.Merah wajahnya.Dia tersenyum sinis memandang Dania,isteri yang tidak akan pernah dia lepaskan lagi.Dia sudah insaf dengan kesilapan lalu.
“Surat perjanjian tu masih ada pada saya Nia.Bila-bila masa saja saya boleh musnahkannya.”Jawab Farish Iskandar angkuh.Selepas itu,dia terus beredar meninggalkan Dania terkulat-kulat.Dia tidak mahu bertengkar lagi dengan isterinya.Nanti,rasa benci yang berbenih di hati Dania akan semakin bercambah.Lebih baik dia beredar.Memberi ruang untuknya dan Dania supaya meredhakan gelojak perasaan masing-masing.
“Arghh...!”Dia menjerit geram.
Tak guna punya laki!Dia ingat,dia siapa?Aku takkan mudah menyerah pada kau Iskandar!Aku akan dapatkan juga surat tu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...