Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Ahad, 11 Disember 2011

Perangkap Cinta 20

Bab 20
SUDAH dua hari Farish Iskandar tiada dipejabat.Dengar kata,lelaki itu pergi outstation.Lega hati Dania.Seronok hingga tak terkata!Takdak la matanya lenguh menghadap lelaki itu 24 jam.Siang,petang,pagi dan malam asyik bersama dia,rimas dibuatnya.Sejak peristiwa tempoh hari,lelaki itu sentiasa muncul di depan matanya.Sangkanya,hanya setakat di tempat kerja.Tetapi lelaki itu ikutnya sampai ke rumah!Huh...menyampah doe.Ketiadaan suaminya selama dua hari ni,membuatkan dia bebas dan selamat dari kelemasan itu.Lemas dari suara lelaki itu dan juga godaannya.Tak tahan!
Waktu makan tengah hari tu,dia tidak pergi makan seperti kebiasaan yang dia lakukan bersama Hanan.Hari ni sengaja dia memberi alasan banyak kerja yang perlu dia lakukan.Tapi sebenarnya,dia ingin mencuri masuk ke dalam bilik ‘bosnya’.Ada benda penting yang perlu dia ambil.Waktu ini memang sesuai sekali,memandangkan rakan sekerjanya yang lain sudah lama turun.Yang tinggal hanya beberapa orang pekerja yang lain saja.Mungkin mereka tidak akan perasan dengan kehadiran Dania disitu.
Dia menyelongkor habis setiap almari dan laici mencari surat perjanjiannya dulu yang ditanda tanganinya bersama Farish Iskandar.Sepatutnya dulu,dia meminta untuk memegang surat perjanjian tu,kan sekarang dia yang susah.Dia tunduk mencari lagi.Tanpa dia berwas pada pada sesiapa yang kemungkinan akan masuk dalam bilik itu.
“Isy...mana dia letak ni!?”Rungutnya sendiri.Tak tentu arah dia sekarang.Rasa nak nangis pun ada.
Dia tidak sedar dengan kehadiran seseorang yang sedang merenungnya dengan senyuman dibibir.
“Awak cari ni ke?”Tiba-tiba suara garau seseorang menerjah gegendag telinga Dania.
Dania terkejut.Bingkas dia berdiri tegak seperti seorang tentera.Pucat wajahnya bila,anak matanya dan anak mata Farish Iskandar bertembung.Longlai kakinya,pening pun ada.Rasa nak pitam aja bila melihat lelaki itu sedang bersandar penuh gaya dipintu sambil tersenyum memandangnya.
Mampus...!Bila dia balik ni?Kata seminggu?Hisy...menyusahkan betulla!
“Awak cari ni ke Nia?”Farish Iskandar mengulanggi soalannya sebentar tadi sambil melayang-layangkan sekeping kertas di hadapan gadis itu.
“Er...saya...cari fail yang saya suruh bos sign hari tu.”Gugup dia.Tiada bahasa kasar yang digunakan.Dania sedar,mereka sekarang berada di pejabat,bukan rumah.Jadi,terpaksala dia mengawal emosinya.Kalau tak,memang dah lama lelaki itu menjadi mangsa semburannya!
“Fail tu atas meja je Nia.Tak payah nak cari satu bilik ni.”Ujar Farish Iskandar sambil melangkah menghampiri Dania.Mereka semakin dekat,dekat dan dekat...hingga tiada jarak yang memisahkan mereka lagi.
Dania tertunduk memandang bawah.Merah padam wajahnya.Terkantoi dia didepan suaminya sendiri.Tahu-tahu aja lelaki itu yang dia sedang mencari surat itu.Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang melingkar dipinggangnya.Meronta-ronta dia minta dilepaskan.
“Apa ni?!”Marah dia sambil cuba meloloskan diri dari Farish Iskandar.Tapi tidak berjaya.Geramnya!Suka-suki aja peluk Dania,ambil kesempatanla tu.
“Ala...takkan nak peluk awak pun tak boleh?Awakkan isteri saya.”
Hah?Sekarang baru nak ingat aku ni isteri?Dulu tu?Eee...ada-ada je la dia ni.
“Ingat sikit,ni ofis!Bukan rumah!”Tegas suaranya memperingatkan Farish Iskandar.Dia tak suka bila diperlakukan sedemikian.
“Biarla...bukan diorang nampak pun.”Farish Iskandar semakin galak.Dia mengeratkan pelukkannya,bahkan semakin berani melagakan bibirnya dipipi Dania.Dania kerimasan.Dia sedaya upaya cuba mengelak dari lelaki itu walaupun tubuhnya masih lekat dengan tubuh suaminya.
Apsal dengan mamat ni?Berubah tiba-tiba...dulu bukan main kejam,sekarang ni nak jadi lelaki penyayang pulak?Eee...geli aku!
“Isy...tepila!”
“Okay,okay...saya akan lepaskan awak.Tapi dengan satu syarat.”Farish Iskandar mengendurkan sedikit rangkulannya Bibirnya tiba-tiba tersenyum penuh makna.
“Apa?”Jawab Dania kasar.Matanya lansung tidak boleh memandang wajah lelaki itu.
“Cium saya.”
“Hah?!Awak gila ke?Awak ingat,saya nak buat macam tu,jangan harapla!”Butang matanya memandang Farish Iskandar.Perasaan geram semakin membuak-buak.Ada ke patut permintaan gila itu yang diminta.
“Baik!Kalau awak taknak,saya pun taknak lepaskan awak.”Farish Iskandar mengeratkan kembali pelukkanya.Kali ini kemas dan tiada lansung ruang untuk Dania bernafas.Wajah mereka terlalu dekat,hingga nafas satu sama lain pun boleh didengari.
Dania berdebar-debar.Rasa nak sorok saja wajahnya dari terus menjadi mangsa renungan suaminya.Wajahnya sudah bertukar warna.Bukan marah,tapi malu.Takkanla dia nak cium lelaki itu?Nanti termuntah juga dia disitu.
“Hmm...saya cium awak.”Ujarnya selepas sekian lama mereka membisu.Suaranya perlahan saja.Matanya pula lansung tidak memandang Farish Iskandar.
Dia sudah tersenyum lebar.Mata dipejam rapat sambil bibirnya sudah didekatkan dengan bibir Dania.Cuma tinggal waktu saja ingin bersentuh.Berdebar-debar pula rasanya.Sememangnya,dah lama dia inginkan ini.
Dania cuba menahan rasa lucunya.Bukan bibir suaminya yang dia cium,tapi cuma pipi saja.Jangan harapla dia nak cium dibahagian itu.Kenangan lama belum dia lupa bagaimana bibirnya menjadi mangsa rakus Farish Iskandar.
“Sekarang,saya dah sempurnakan syarat awak tu!So,lepaskan saya.”
Farish Iskandar sedikit hampa,tapi bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.Dania masih dilepaskannya.
“Bukan dekat situ sayang,tapi dekat sini.”Dalam sekelip mata saja,bibir mereka bercantum.Farish Iskandar hanyut merasai buah delima yang merekah yang ingin dia rasakan.Manakala Dania pula,kaku tidak mampu berbuat apa-apa.Tergamam.
Bibir mereka kembali rengang.Dania diam tidak terkutik.Manakala Farish Iskandar senyum melihat isteri yang mula dicintainya.Jarinya mula merayap dibibir Dania.Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan sehelai sapu tangan untuk mengelap bekas gincu yang comot.
“Comotla sayang,biar saya lap kan ya?”
Dania tersentak.Baru tersedar dari mimpi.Terasa jari kasar lelaki itu masih melekat dibibirnya.Cepat-cepat dia menolak jauh tubuh Farish Iskandar.Rasa marah tiba-tiba muncul.Merah padam wajahnya.Rasa malu pun ada.Macam manila dia boleh membiarkan lelaki itu memperlakukan dia sedemikian.Bencinya!
Apa yang aku dah buat ni?Macam mana aku boleh lalai?Bodoh,bodoh,bodohla!
“Hisy...tepilah!”Tempik Dania marah lalu menolak jauh tubuh Farish Iskandar yang menghalang jalannya.Dia berlari-lari anak meninggalkan ruang yang terasa sempit olehnya.
Farish Iskandar tergelak lucu.Mesti Dania malu.Sapu tangan yang ingin dihulurkan pada gadis itu kembali disimpan selepas dia mengelap bibirnya yang terlekat kesan gincu isterinya.
Bodoh,jantan tak guna.Suka hati je cium aku!Dia ingat,dia sapa?!Bajet bagusla sangat!Arggh...geramnya!Marahnya hanya mampu terluah dalam hati.Keningnya berkerut-kerut menahan perasaan marah.Orang yang melihatnya pasti hairan.Dengan mulutnya terhirut-hirut memaki hamun Farish Iskandar dalam hati.
“Woi!”Sergah seseorang membuatkan Dania hampir menjerit.Cepat-cepat dia beristifar.Hanan muncul dari belakangnya.
“Kau ni...buat aku terperanjat je.”Jari Dania pantas mencubit-cubit perut Hanan.Hanan mengelak sambil menahan geli.Dia ketawa berdekah-dekah hingga keluar air matanya.
“Hahaha...sorryla,aku saja nak buat gempak dekat kau.Dari tadi aku tengok kau diam je,macam kena rasuk dengan setan!Hmm...tapi nasib baikla kau ni orang lagi.”
“Hah!Doa la tu dekat aku!Doa lagi,doa lagi...kang aku kena rasuk betul-betul baru tau!”Marahnya.Geram dengan sikap Hanan yang macam kanak-kanak ribena.
Tiba-tiba suasana sepi diantara mereka.Hanan tekun merenung Dania,manakala Dania rasa lain macam sudah.Matanya tajam merenung bibir rakannya itu.Ada kesan gincu yang comot disitu.
“Oh...ni rupa-rupanya kerja kau.Tak nak turun makan semata-mata nak buat projek.Hah!Cepat cakap,dengan sapa kau berprojek tadi?”
Dania jelas terkejut.Projek apa pula yang dimaksudkan Hanan?
“Projek apa?”Soalnya hairan.
“Eh,buat tak tahu pulak dia ni.”
“Betul la!Aku tak tahu apa maksud kau.Apa yang aku dah buat?”Suaranya ditekan.Cuak pula bila Hanan berbicara seperti itu.Seolah-olah dia sudah melakukan kesilapan.
“Hah,ni apa ni?Ni kalau bukan,kau buat projek dengan seseorang ni!”Tegas suaranya.Dia mencalitkan sedikit kesan gincu yang comot dibibir Dania lalu ditunjukkan kepada rakannya.
Pucat wajahnya ketika itu.Terlopong dia seketika.Dia sudah agak,ini mesti kesan ciumannya sebentar tadi bersama Farish Iskandar.Bodoh,macam manila dia tak boleh perasan?Sekarang ni,apa yang harus dia jawab pada Hanan?Takkanlah dia ingin memberitahu perkara sebenar kepada dia?Adoi...terkantoi sudah!
“Er...er...ni aku tak buat apa-apa pun.Hmm....hmm...”Dania gugup dalam berdebar.Lansung tidak tahu apa yang harus dia katakan
“Hmm...Hmm apa?Jawabla.”
“Ni aku tercium dinding tadi!”Dania terkejut bila disergah begitu.Nasib baiklah bukan nama Farish Iskandar yang keluar.Kalu tidak,habis!
“Bohong!Aku tak percaya.”Ujar Hanan sambil memeluk tubuh.Bibirnya muncung saja.Dia dapat rasakan ada sesuatu yang rakannya sembunyikan.
“Betulla.Aku tak bohongpun!Kalau tak percaya,pergi tanya mak cik cleaner,ada lagi kesan lipstic aku dekat situ.”Jawab Dania yakin.Dia yakin pasti Hanan tidak akan pergi memeriksanya.Sudah diketahui sikap rakannya yang sedikit liat dan malas itu.
“Ya la tu!Malaslah,nak cakap dengan kau ni.”Jawabnya terus beredar dari situ.Dia pasti dan yakin ada sesuatu yang disorokkan Dania.Dia tak percaya yang rakannya boleh tercium dinding.Dania bukannya buta lagi.
Dania menghela nafas lega.Sekurang-kurangnya,rahsia ini masih belum terbongkar.Tapi,dalam masa itu perasaan geram terhadap Farish Iskandar membuak-buak.Semua ini terjadi gara-gara lelaki itula.Balik nanti,tahula dia nak ajar suaminya.Geram,geram,geram...
*****
RINA tidak duduk diam hari itu.Ke hulu dan hilir menanti sesuatu yang belum kelihatan.Hari ini dia cuti.Sengaja dia mengambil peluang untuk berehat di rumah.Dalam masa itu,dia ternanti seseorang yang sudah lama tidak dia temui.Rasa rindu membuak-buak dibenaknya.Ingin dihubungi,tapi dia malu.Takkanlah perigi cari timba.
Dia berdiri betul-betul dihapan sebuah meja kecil yang meletakkan telefon rumahnya.Dia berkira-kira ingin menghubungi Farish Iskandar.Akhirnya dia mengangkat jua ganging telefon sambil mendail nombor lelaki itu.Beberapa saat dia menunggu,barula panggilanya dijawab.
“Helo,Rish.You tengah buat apa tu?”Soalan pertama yang soal dan dia ingin tahu jawapannya.Suaranya riang bila mendengar suara lelai itu.
“Hmm...I tengah busy ni.You nak apa?”Suara itu mendatar,lansung tak dak nada gembira ataupun seronok sepertinya sekarang.Rina jelas terkejut dan kecewa.Dia dapat rasakan kekasihnya sudah mula berubah.Lelaki itu mula menunjukkan tanda bosan terhadapnya.Hatinya memang sedih,tapi dia terpaksa menerima hakikat ini.Dulu,dia juga yang menolak lamaran lelaki itu.Pasti kekasihnya sedang merajuk.
“Er...I ingat nak ajak you keluar.Esok you free tak?”Hari ini tidak dapat,esokpun jadila.
“I tak tau lagi.Takpa la Rin,nanti I call you.”Selepas itu talin terus diputuskan.Rian jelas semakin kecewa.Tiada lagi ucapan rindu dan kasih yang sering dikatakan Farish Iskandar dulu.
Rina mengelamun jauh.Memikirkan perhubungan diantaranya bersama Farish Iskandar.Dia ingin tahu,mengapa kekasihnya tiba-tiba berubah.Adakah kerana sikapnya?Ataupun kerana penolakkannya?Dia buntu bila memikirkannya.Hampir saja air matanya menitis,tapi cepat-cepat dia seka.Rina nekad,dia ingin berbincang dengan Farish Iskandar tentang hal tuju hubungan mereka.Andai kata,hubungan mereka hanya sampai setakat ini,insyaallah dia mampu menerimanya.Tapi bolehkah dia mengharungi hidup ini tanpa Farish Iskandar disisinya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...