Followers

Sabtu, 25 Februari 2012

Pelangi Cinta 2


Bab 2

“APA?”
   Aku terjerit selepas mendengar penjelasan ayah.Macam nak pengsan.Aku tak percaya apa yang aku dengar.Mataku memandang ayah dengan pandangan sayu.Sampai hati ayah buat aku macam ni...Tapi,takkanlah disebabkan aku ni anak dara tua,ayah sanggup ambil keputusan nekad itu tanpa berbincang terlebih dahulu denganku.Tua sangat ke aku ni?
  Zaman moden sekarang ni mana ada orang tua yang menetukan jodoh anak masing-masing.Tapi aku?Entahla.Aku takkan biarkan ia berlaku.Aku taknak kahwin!Taknak!Taknak!Taknak!Sampai mati aku taknak.Kalau aku nak kahwinpun,biarla aku yang cari.
“Sampai hati ayah...”Ujarku dengan nada sedikit geram.
  Malam sudah tua,tapi kami sekeluarga masih belum tidur.Selepas semua tetamu pulang,aku terus mencari ayah dan ibu.Nampaknya mereka sudah lama bersedia,cuma aku saja yang masih belum.Ini semua gara-gara suprise ayahla.Memang kejutanpun!Nasib baiklah aku tiada penyakit jantung,kalau tak dah lama aku jadi arwah..
“Ayah,kenapa ayah buat Ana macam ni hah?Takkanlah disebabkan tu saja,ayah sanggup ambil keputusan nekad.”
  Semburku lagi.Tapi ayah masih mendiamkan diri.Tenang.Sikap tenang ni lah yang membuatkan aku tidak duduk diam.Mundar-mandir aku di ruang tamu.
“Cakaplah ayah...”Desakkku lagi.Akhirnya ayah berdiri.
“Ayah lakukan semua ni untuk kebaikkan Ana jugak.”Bicara Encik Abdullah lembut.
  Aku memandang ibu yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.Dia berdiri disamping abah.Ibu,tolong Ana.Please!Ana taknak...
“Bu...”Seruku seraya memandang wajah lembut ibu.Tapi ibu hanya tersenyum.Tidak menunjukkan wajah resah sepertiku.
“Betul cakap ayah tu.Ini semua untuk kebaikkan Ana juga.”
  Kebaikkan apa?Merana lagi adala.Terseksa tahu bila kita dah jadi tunangan orang.Hati dan perasaan kita kena jaga dan ada batasnya.Tapi hati aku dah terpaut pada seseorang.Nak buat macam mana ni???
“Tapi Ana tak sedia lagi.”Lemah saja suaraku.Selemah tubuhku.
“Ana ada masa lagi nak.Tiga bulan Ana bertunang,lepas tu Ana kahwinla.Dalam tempoh tu bolehla Ana ambil masa untuk menyiapkan diri.”Ibu mengelus lembut rambutku.
  Ibu cakap senangla,sebab bukan yang nak kahwin.Aku mengeluh.Aku tahu,jika ayah kata hitam,hitamlah jugak keputusannya.Tapi aku tak boleh terima.Menyeksakan otak betulla fikirkan hal ni.
“Tapi...”
“Takdak tapi-tapi lagi.Ayah dah buat keputusan.Ana kena kahwin juga.Faham!”Ujar Encik Abdullah tegas.
  Aku terkejut bila mendengar ketegasan suara ayah.Mataku sudah mula bergenang dengan air mata.Dah menangis ni.Sabar,sabar.Aku memandang ayah dengan penuh mengharap.Mengharap simpati yang pasti tidak akan berpihak padaku.Huhuhu,akhirnya air mata yang aku cuba tahan dari turun,akhirnya turun dengan derasnya.
“Ayah tolonglah,Ana taknak.”Rayuku.Aku melutut dihadapannya.
“Dahla Ana.Dah lewat malam ni,pergi masuk tidur ya?Lagipun mesti Ana penatkan.”Jawab ibu lembut.
  Aku memandang ayah.Dia tidak mahu melihatku.Mungkin tidak sanggup melihat aku terus merayu padanya.Seumur hidup aku,inilah kali pertama aku merayu bersungguh-sungguh sambil menangis.Aku menarik nafas.Sesak dadaku.Aku bangun dari terus melutut dihadapan ayah.Akhirnya aku beralah juga.Kakiku mula mengorak langkah meninggalkan mereka berdua di ruang tamu menuju ke bilikku.

PINTU bilik dihempas kuat.Geram!Geram!Geram!Tadi didepan ayah aku tidak boleh menunjukkan perangai aku yang satu ini.Kini aku bebas.Semua barang yang berada di atas meja,habis menjadi mangsaku.Bertaburan barang-barang kesayanganku di atas lantai.Aku menghempaskan tubuhku d iatas katil.Aku menangis sepuas-puas hati,kemudian aku menekupkan wajahku dengan batal dan menjerit sepuas hati.
  Tidak puas dengan itu,aku menghantukkan kepalaku diatas tilam.Air mataku terus mengalir bagaikan air terjun.Hatiku menangis pilu.Aku tidak sangka ayahku sanggup membuat aku sebergini.Apa salahku?Hmm,mungkin inilah takdirku.Aku hanya mampu berserah kepada-Nya.Tapi,aku tak boleh menerima takdir ini.Astafirullah...berdosa!
  Akhirnya aku tertidur selepas dua jam bermonolong sendirian.Tidur dengan linangan air mata yang terus mengalir.Sesekali tidurku terganggu dengan mimpi yang aneh-aneh.Dalam hati aku berharap,hari yang aku lalui hari ini adalah satu mimpi ngeri yang tidak pernah akan aku lalui lagi.

KRING!KRING!.Bunyi jam loceng mengejutkan aku dari tidur.Aku bangun sambil menggosok-gosok mata.Rambutku yang panjang mengurai kusut.Mungkin semalam aku tidur terlalu buas.Aku memandang jam loceng tersebut.La...baru pukul 7.00 pagi.Awalnya!Nasib baiklah hari ni aku ‘cuti’,kalau tidak,terbabas jugaklah subuh aku.
“Arghh.”Aku menguap sambil mengeliat hingga bunyi semua tulang.
  Isy,nak sambung balik tidurlah.Awal lagi.Mengantuk sangat ni.Aku kembali merebahkan tubuhku.Huh,lega!Tapi...
“Ana!Bangun!...”Jerit ibu dari luar bilik.Macam tahu-tahu aja aku nak tidur semula.Mungkin dia juga terdengar bunyi deringan jam loceng.
  Ala,ibu ni.Kacau daun ajala.Baru nak sambung mimpi,dah ganggu.Aku tidak endahkan laungan ibu.Aku kembali menyambung tidurku.Tapi tidurku terganggu dengan tangan ibu yang mengoncang-goncang tubuhku supaya bangun.
“Bertuah punya budak!Hai Ana,bangun cepat!Sekejap lagi mak mentua kamu nak datang.”Jawab ibu lancar.Tangannya masih memegang bahuku.
  Mataku terbuka luas.Mak mentua?Arghh,itu semua bukan mimpi,tapi betul-betul.Aduh!Kenapalah ini semua bukan mimpi?Sedih betulla...
“Hmm...”Aku mengeluh.Ibu mendengar keluhan ku.
“Mengeluh pulak budak ni?Dah-dah,cepat bangun,bersiap.”
  Ibu menarik tanganku supaya cepat bangun dan pergi mandi.Aku akur,malas hendak melawan.Kalau ikutkan hati,ingin saja aku menarik selimut dan menyambung semula tidurku.Tapi akukan anak tunggal dia,perempuan pulak tu.Tak baik melawan,nanti dicop anak kurang ajar pulak!
“Ya la,ya la.”
  Aku melangkah malas menuju ke bilik air.Ibu hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kerenahku.Macam budak-budak!Selepas itu,dia terus keluar dari bilik.Mungkin ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

AKU memandang penampilan diriku di cermin.Pagi ini,aku memakai baju kurung berwarna biru laut.Sesuai dengan kulitku yang cerah.Haala kan,mestilah nak kena berpakaian sopan sebab bakal mak mentua aku nak datang.Tapi rimas lah pulak!Macam nak tukar aja baju pakai seluar dan t-shirt aja.
  Sabar Ria,sabar!Hari ni je.Hmm...agak-agak muka tunang aku macam manala?Hensem ke?Gemuk ke?Kurus cikeding ke?Isy,tapi kalau dapat yang kuruspun takpa,sebab senang sikit aku nak buli dia.Hahaha,jahatnya aku.
  Selepas setengah jam berlalu,barulah aku turun ke bahagian bawah rumah dua tingkat aku ni.Mak mentua dan bapa mentuakupun sudah sampai.Ibu dan ayah turut berada di ruang tamu rumah.Aku mengamati wajah separuh abad itu.Aik!Macam kenal aja.Tapi di mana ya?Tanpa sedar,aku mengurut-urut daguku.Sedang berfikir.
“Ria.”Sebut lelaki itu.
  Hah,dia?Uncle ni buat apa dekat sini?Inilah lelaki yang pernah aku tolong.Ketika itu,tayar keretanya pancit.Kebetulan aku berada disana dan ternampak akan dia.Lalu aku menghulurkan pertolongan untuk membantunya menukar tayar spare sementara untuk menukar tayar yang baru.Pada mulanya dia menolak,tapi aku tetap berkeras untuk membantunya.Mungkin dia melihat aku seorang gadis.Maklumlahkan,perempuankan lembut!
“Ana,salam.”Tegur ibu,sekali gus menyedarkan aku dari kenangan lalu.Aku tersenyum,lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.Kemudian aku bersalam dengan bakal ibu mentuaku.
“Masih ingat dengan uncle?”Tanya lelaki itu.
  Aku angguk sambil tersenyum.Gembira dengan pertemuan kali kedua ini.
“Inilah bapa mentua kamu,Ana.”Sebut ibu.
  Aku tergamam,tak berkelip mataku memandangnya.Biar betul?Lelaki ni ke bapa mentua aku?Tapi macam mana dia tahu aku tinggal dekat sini?Ni yang pelik ni.
“Er...”Aku gugup.
“Sebenarnya,sejak uncle jumpa Ria haritu,uncle dah tertarik dengan perwatakkan Ria.Sebab tulah semalam uncle ambil keputusan untuk hantar rombongan meminang untuk anak uncle.”Jawab lelaki itu tenang.
  Aku ternga-nga dengan penyataan bapa mentuaku.Tapi bila cubitan ibu singgah dibelakang paha aku,barulah aku tersedar.Uncle,kenapalah uncle buat macam tu?Saya ni manala nak sedia lagi.Takkan uncle tak nampak saya macam mana hari tu.Macam jantan!
“Betul tu Ria.Lepas je papa kamu ni cerita dekat mama,cepat-cepat mama suruh dia pergi cari rumah kamu.Nak masuk meminang!”
  Sampuk ibu mentuaku riang.Ibu dan ayahku ketawa.Manakala bapa mentuaku hanya tersenyumSopan la sikit!Aku mengeluh dalam hati.Kenapalah nasib aku macam ni?Bertunang disebabkan budi sendiri!Haiyo,pening-pening.
“Er...terima kasih la uncle.”Ucapku perlahan.
  Terima kasih?Untuk apa?Oh ya,aku kenala berterima kasih dekat dia sebab dah menyelamatkan aku dari menjadi anak dara tua.Aku menghadiahkan senyuman yang tidak ikhlas kepada ibu dan bapa mentuaku.Nampaknya mereka terlalu gembira,begitu juga dengan orang tua aku.Tapi aku tak bahagia.
  Huhuhu,takpa-takpa.Berkorban apa saja untuk membahagiakan kedua orang tuaku.

3 ulasan:

  1. best next n3 please

    BalasPadam
  2. perangkap cinta bila nak keluar novel dah lama tunggu tau tak sabar nak tunggu n3 dia

    BalasPadam
  3. ble nk smbung novel nie...plez..smbung...!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...