Ini adalah re-edit dari versi awal.
Sinopsis:
Hubungan cinta yang berlansung selama beberapa tahun pastilah
diharapkan diakhiri dengan pernikahan yang bahagia. Begitu juga apa yang
diimpikan oleh Haryani dan Hariz. Tentangan orang tua dan rahsia yang cuba
disimpan merosak segalanya.
Haryani tersepit. Antara cinta dan sahabat dia lebih rela
melepaskan cinta yang bukan miliknya lagi. Hatinya terluka dan begitu juga
dengan wania itu. Tapi apa yang berlaku adalah takdir yang tak mungkin dia
tentang.
Hariz, rasa cinta terhadap Haryani melebihi segalanya bertukar
menjadi obses yang berbahaya. Kerana cinta juga dia sanggup melukai orang yang dicintai
demi nafsu dan keinginan yang ditolak. Baginya Haryani adalah miliknya dan
tiada seorangpun boleh memilikinya.
Ila. Dia adalah seorang sahabat, juga seorang isteri yang tidak
diinginkan. Tetapi rasa cinta yang mula berputik menyebabkan dia lupa erti
persahabatan dan pengorbanan.
Arian. Buaya darat yang jatuh cinta tanpa sengaja
menyebabkanya ingin berubah menjadi lelaki yang setia. Dia bukanlah wanita
melayu terakhir yang menjadi idaman jejaka Malaya, tetapi kerana dia siang dan
malamnya terasa berkecamuk. Ya! Dia sedang dilamun cinta.
Azie. Dia adalah wanita kasar yang sedang digoda. Pendirianya
yang tidak akan jatuh cinta kepada lelaki seperti Arian kian terhakis. Dapatkah
mereka berdua bersama?
permulaan yg menarik
BalasPadammcm menarik je
BalasPadam