Halaman

Followers

Isnin, 16 April 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 7

Note: Re-edit version

BAB TUJUH

HARI yang dinantikan akhirnya tiba jua. Tak lekang senyuman gembira di wajah Datin Sofea dan Dato Bahar. Tetamu-tetamu yang dijemput semua dari kelas pertama dan berada. Banyak pujian yang diterima dari sahabat handal yang menyukai dekorasi, cenderamata dan makanan yang disediakan. Dan tak lupa juga doa untuk pasangan mempelai malam ini.

            Di pihak Hariz, tak ramai kawan-kawannya dijemput. Kecuali Ikram yang diminta untuk menjadi pengapitnya malam ini. Dia sengaja tidak menjemput teman-temannya, kerana tidak mahu rahsianya ini sampai ke telinga Haryani.

            Akhirnya selesai juga majlis ini, selepas berjam-jam melayan tetamu yang hadir. Tubuh ini terasa letih dan melekit dengan peluh, tak sabar rasanya dia membersihkan diri dan menukar pakaiaan yang lebih selesa. Semua ahli keluarga yang hadir juga sudah beredar ke bilik masing-masing, yang disediakan oleh tuan rumah di hotel yang sama majlis ini berlangsung.

            Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat, Hariz mengajak Ila untuk berbincang seketika sebelum tidur. Tidak sabar dia untuk memberitahu Ila niatnya ini.

            “Apa yang awak nak beritahu? Sampai tak sempat tunggu esok.” Soal Ila, masih santai dan menganggap hal yang ingin diberitahu Hariz cuma hal kecil.

            “Saya nak kahwin dengan Yani, saya dah melamar dia.”

            Ila terpana seketika, dia pandang Hariz dengan perasaan terkejut dan kecewa.

            “Saya memang dah rancang, lepas saja majlis kita selesai, saya akan menikah dengan Yani pula. Saya beritahu sekarang, supaya awak tak terkejut nanti.” Sambungnya lagi dengan senyuman bahagia. Terasa beban yang digalas selama beberapa bulan ini akhirnya terlepas jua. Dia sudah melaksanakan permintaan orang tuanya, biarlah kali ini dia melunaskan keinginan hatinya pula.

            “Kan kita baru je kahwin. Kenapa cepat sangat? Tak bolehkah awak tunggu dulu beberapa bulan?”

            Walaupun rancangan awal mereka dia akan mengizinkan Hariz menikahi Haryani, tetapi dia tidak menyangka sewal ini, saat mereka juga baru menikah. Lagi pula dia sudah menukar fikiran, dia tidak ingin bermadu!

            Ila menggigit bibir. Sambil mundar-mandir di ruangan itu sambil memikirkan kata-kata yang sesuai untuk disampikan kepada Hariz, supaya suaminya mengubah fikiran.

            “Dah lama saya tunggu hari itu Ila, saya dah tak sunggup tunggu lagi.”

            Beberapa hari ini, fikirannya bagaikan nak pecah. Haryani langsung tidak mengendahkannya lagi, seolah-olah sengaja menghilang dari hidupnya. Pulang saja dari Ipoh kemarin, dia terus pergi mencari kekasihnya di rumah sewa dan di pejabatnya, tetapi tidak ada. Puas dia menghubungi Azie, tapi tidak pernah berjawab. Dia juga sudah cuba mendapatkan maklumat dari Sara dan Ila, tetapi mereka juga tidak tahu.

            Jauh disudut hati, dia sudah mengesyaki Haryani mungkin mengetahui rahsia ini. Tetapi dia tidak berani memastikan tebakkanya. Dia tidak berani bersemuka dengan Haryani setelah pekhianatan dilakukannya. Di mana hendak diletak mukanya nanti, setelah dia dengan berani melamar wanita itu walaupun tahu dia akan menikahi wanita lain selepas itu?

            “Habis tu kita macam mana? Mama dan papa dah tahu?”

            Ila tidak puas hati. Dari cerita Hariz, dia tahu Haryani bukan calon pilihan Datin Sofea. Sekurang-kurangnya dia masih memilikki mentua yang berpihak kepadanya, pasti mereka menentang niat Hariz ini.

            “Saya akan beritahu mereka kemudian, yang penting keizinan awak yang saya perlukan sekarang, untuk mudahkan proses.”

            Hariz menghulurkan sebuah dokumen yang memerlukan tanda tangan Ila. Borang kebenaran poligami.

            Ila geleng kepala. “Tidak, saya takkan tanda  tangan borang ni. Saya dah ubah fikiran.”

            “Apa maksud awak? Kan ini rancangan kita sebelum ni.”

            “Saya taknak. Saya nak teruskan perkahwinan ni dengan awak. Macam orang lain? Dan saya taknak bermadu.”

            Hariz meraup kasar wajahnya. Memandang Ila dengan perasaan tidak percaya. Mengapa tiba-tiba pula berubah fikiran? Kalau begini susahlah dia untuk teruskan niat mengahwini Haryani.

            “Awak jangan main gila dengan saya Ila! I don’t love you at all, how come you expected me to be your ‘real’ husband?

            Hariz cuba mengawal suaranya dari meninggi, wajahnya jelas kemerah-merahan menahan marah.

            “Saya tak peduli! Saya taknak bermadu. Kita boleh cuba mengenal hati budi masing-masing dulu, cinta mungkin datang kemudian.”

            “Kenapa kau tak pernah beritahu niat kau sebelum kita bertunang lagi? Kau nak perangkap aku ke?”

            Kali ini Hariz ber’kau’ ‘aku’ pula dengan Ila. Jelas dia sakit hati, merasa dirinya sudah ditipu oleh Ila.

            “Tak... Bukan macam tu. Hariz, tolonglah jangan macam ni. Beri peluang untuk saya, please.”

            Ila merayu, dia sanggup melutut andai itu dapat mengubah keputusan suaminya. Matanya sudah kelabu dengan air mata, takut dengan wajah bengis Hariz. Selama ini dia tidak pernah melihat marahnya seorang Hariz. Tapi malam ini, dia tidak dapat menhannya lagi.

            “Kau beritahu aku sekarang, kaukah yang beritahu Yani pasal kita? Sampai dia langsung taknak jawab call dan message aku?”

            Ila membisu, tidak berani menjawab soalan itu.

            Hariz tidak duduk diam, mundar-mandir dia sambil memegang telefon bimbitnya. Matanya yang merah mencerlung memandang tubuh isterinya yang sudah mrnggigil ketakutan. Tak sangka rancangannya selama ini telah disabotaj ‘rakan subahatnya’ sendiri.

            “Kau jawab aku sekarang Ila?  Kau jangan buat aku makin naik angin!”

            Jerkahan Hariz mengejutkannya. Terhinjut-hinjut bahunya menanagis. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk.

            “Tak guna!”

            Tangan Hariz sudah tinggi ke langit, tinggal menunggu masa saja untuk terhempas. Tetapi tindakkannya terbantut dek jeritan Datin Sofea yang menbingitkan telinga.

            “Hariz! Ya Allah... Apa kau nak buat ni?!”

            Melihat kehadiran Datin Sofea di bilik itu, Ila segera meluru ke arah ibu mentuanya dan menangis kuat.

            “Kau dah gilakah, hah? Kau nak pukul isteri kau pasal apa?” Soa Datin Sofea sambil menenangkan Ila yang mungkin masih terkejut dengan tindakkan Hariz yang ingin menamparnya tadi.

            “Mama tanyalah menantu kesayangan mama ni, apa yang dia dah buat?!”

            Hariz turut menjerit ke arah mamanya. Dia sudah lama makan hati dengan tindakkan orang tuanya yang menghalamg hubungannya bersama Haryani, kemudian dipaksa pula menikahi Ila. Sekarang, satu-satunya harapan untuk dia bersama Haryani juga punah disebabkan tindakkan isteri pilihan mereka. Rasanya kesabarannya sudah dihujung tanduk, tidak dapat ditahan-tahan lagi.

            “Memangnya apa yang dia dah buat sampai kau nak pukul dia? Besar sangat ke kesalahan dia tu? Ila, Hariz?”

            Datin Sofea memandang wajah menantu dan anaknya silih berganti. Meminta penjelasan atas kekecohan yang sedang berlaku. Nasib baiklah dia terdetik untuk menjenguk mereka, kalau tidak entah apalah yang akan dilakukan Hariz lagi.

            “Dia dah beritahu Yani pasal kami. Dia dah rosakkan hubungan kami ma, apa yang Iz nak buat?” Perlahan suara Hariz, seolah sedang merintih kesakitan.

            Pasal Haryani rupanya. Dia pandang Ila yang sudah kelihatan tenang dan menunduk bisu, seolah-olah telah melakukan kesalahan besar. Nampaknya Ila sudah mengetahui kewujudan Haryani dalam hidup Hariz. Malunya dia, macam mana kalau besannya tahu? Mesti boleh bergaduh besar keluarga mereka.

            “Tak salahpun kalau dia beritahu, sepatutnya dari dulu lagi kau putuskan hubungan dengan perempuan tu. Kau juga yang degil! Sekarang ni, mama tak peduli apa nak jadi dengan dia. Yang kau sampai nak naik tangan dekat isteri kau sebab perempuan tu kenapa? Jangan jadi lelaki dayus, pukul isteri.”

            “Mama!”

            Silapnya juga memberitahu Datin Sofea, sudah pasti wanita ini tidak akan membelanya. Dia meraup kasar wajahnya. Tak kuasa dia berdebat dengan mereka berdua, yang pasti tidak akan memberi hasil yang memuaskan hati. Baik dia pergi saja dari sini.

            “Kau nak pergi mana pula tu?” Sergah Datin Sofea sebaik melihat anak lelakinya ingin pergi dari situ.

            “Don’t pretending you care about me, ma. Biarlah Iz nak pergi mana pun.” Selepas itu dia terus pergi tanpa menoleh lagi.

            “Hariz, jangan pergi,” panggil Ila sayu. Sedih bila dirinya ditolak mentah-mentah oleh suami sendiri. Puas dia menangis di bahu ibu mentuanya. Meluahkan segala beban di hati termasuklah hubungannya dengan Haryani.

            Pada mulanya Datin Sofea sedikit terkejut dengan hubungan antara mereka bertiga, tetapi hal ini tetap tidak mengubah keputusannya ataupun pandangannya terhadap Haryani. Memandangkan Ila juga berniat untuk meneruskan perkahwinan ini bersama Hariz, dia pasti akan membantunya.

            “Ila jangan risau, mama akan akan pastikan Hariz tak kahwin dengan perempuan tu. Menantu mama cuma Ila saja. Tapi, macam mana  dengan orang tua Ila? Ila nak beritahu dia orang ke?”

            Ila menggeleng. Dia mengesat lembut pipinya yang masih dibasahi air mata. Lega sedikit hatinya bila Datin Sofea berjanji untuk pisahkan Hariz dan Haryani.

            “Tak boleh ma, kalau kita beritahu pasti ayah dan ibu akan minta kami bercerai. Mereka pasti tak bersetuju kalau Hariz poligami. Sementara ni, biarlah kita selesaikan masalah ni tanpa libatkan mereka.”

            Datin Sofea bersetuju dengan cadangan Ila, lagi pula dia juga malu dengan besannya. Apa nak dijawab nanti kalau anaknya sendiri yang membuat masalah. Sudahlah mereka yang meminta Ila untuk dijodohkan kepada Hariz, dah dapat dipersiakan pula. Dia takkan biar perkara itu terjadi, dia kena pastikan Hariz dan Haryani berpisah!

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...