Followers

Sabtu, 18 Ogos 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 11

Note: Re-edit Version



BAB 11

ESOKNYA selepas kenduri di sebelah pihak lelaki, mereka bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menghantar Dato Bahar dan Datin Sofea yang akan berangkat ke London. Hariz memandu kereta Toyota Alphard walaupun dia tidak gemar memandu kereta itu kerana bersaiz besar.

            Ila yang berada di sebelahnya sedari dari tadi hanya membisu. Dia menongkat dagu sambil memandang ke arah luar. Dia tiada hati untuk berbual dengan suaminya. Ibu dan ayahnya pula sedang rancang berborak dengan mentuanya.

            “Kenapa termenung je dari tadi?” Tegur Hariz tiba-tiba. Hariz juga bosan dengan suasana dingin di antara mereka. Biarpun dia tidak menyukai Ila sebagai isterinya, tapi dia masih sedar akan keadaan mereka sekarang. Kahwin paksa tidak bermakna mereka harus bermusuhan, takkan selamanya dia dan Ila akan terus begini.

            “Huh? Nothing, takda apa nak cakap.” Ujarnya. Bibirnya tersenyum kecil, malu bila Hariz perasankan dirinya. Sangkanya Hariz tidak akan pedulikannya.

            “Ibu dan ayah balik pukul berapa, lepas ni?” Tanya Hariz ingin tahu. Memandangkan mentuanya turut akan pulang ke Ipoh hari ini. 

            “Hmm… tak lama lepas mama dan papa check in.”

            Setengah jam kemudian mereka tiba di lapangan terbang. Hariz menurunkan mereka terlebih dahulu di balai pelepasan antarabangsa dan setelah itu pergi memakirkan kereta di tempat yang di sediakan. Sementara menunggu Datin Sofea dan Dato Bahar menyelesaikan urusan mereka di kaunter Malaysia Airlines, Hariz berbincang-bincang dengan isterinya rancangannya selepas ini.

            “Ila! Hariz!” Kedengaran Puan Khadijah memanggil mereka.

“Mama dan papa dah nak kena masuk ni.” Ujar Datin Sofea. Dia mendapatkan tubuh menantunya, lalu dipeluk erat.

“Jaga diri baik-baik dekat sini. Mama takdak dekat sini nak tengokkan Ila, kalau Iz ada buat apa-apa dekat Ila call je mama.” Bisik Datin Sofea di telinga menantunya.

Ila hanya mengangguk, dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan kepada ibu mentuanya. Dia tidak sampai hati untuk melukakan perasaan wanita ini, mentuanya terlalu baik.

“Mama pun jaga diri baik-baik dekat sana.” Ila sebak. Selepas ini dia tidak akan duduk sebumbung lagi dengan Hariz. Suaminya awal-awal lagi sudah memberitahu rancangannya, selepas Datin Sofea dan Dato Bahar berangkat ke London, Hariz akan menghantarnya ke rumah sewanya semula.

Datin Sofea menghampiri anaknya pula. Dia memeluk erat batang tubuh anak tunggalnya. Bukan dia tidak pernah berjauhan dengan Hariz, tapi kali ini perasaanya tidak enak untuk meninggalkan Hariz bersama Ila. Dia tidak meragui menantunya, tapi Hariz yang diragukannya sekarang.

“Iz ingat pesan mama ya, jaga Ila baik-baik.”

Hariz tiada pilihan selain mengiakan saja apa yang dikatakan mamanya. Mama dan papanya sudah mahu pergi jauh, takkanlah hingga ke saat ini dia mahu bermusuh dengan mereka. Diapun sudah selamat bernikah dengan Ila. Nak tak nak dia harus terima kenyataan ini.

“InsyaAllah.” Jawabnya perlahan.

“Iz, mama minta maaf kalau mama dah memaksa Iz. Tapi takpalah, mungkin suatu hari nanti Iz akan faham kenapa mama pilih Ila sebagai isteri.” Ujarnya penuh makna.

            Tdak lama selepas mama dan papanya berlepas, kini giliran mentuanya pulang ke negeri Perak Darul Ridzuan. Selepas berpisah mereka beredar pula menuju ke Taman Pandan di mana rumah sewa Ila dan rakan-rakannya berada. Sepanjang perjalanan, tidak banyak yang mereka bicarakan. Ila lebih suka melayan perasannya. Dia lihat Hariz sedari dari tadi hanya membisu. Entah apa yang sedang difikirkan suaminya.

            Dalam hati dia sudah resah memikirkan Haryani. Dia tidak tahu bagaiman hendak berhadapan dengan kawannya itu. Risau jika perasaan yang tidak dapat ditahan ini terhambur di depan Haryani nanti.

            Sejam perjalanan akhirnya mereka sampai juga. Ila menyuruh Hariz memakirkan keretanya jauh sedikit dari rumah sewanya, bimbang ada orang yang akan melihat mereka.

            “Terima kasih.” Ujar Ila seraya mencapai beg tangannya.

            “Ila.” Panggilan Hariz membantutkan pergerakkan isterinya untuk membuka pintu kereta.

            Dia lihat suaminya mengeluar beberapa not lima puluh lalu diserahkan kepadanya. Ila jelas menolak, dia tidak mahukan duit lelaki itu.

            “Ambillah, duit ni untuk belanja awak. Untuk yang seterusnya saya akan bank in dalam akaun.”

            “Takpalah, duit saya pun dah cukup unuk saya belanja. Awak simpan jelah duit awak tu.”

            Hariz terasa dengan apa yang dikatakan isterinya. Dia dapat rasakan Ila sedang menyatakan hatinya yang sedang merajuk. Tapi kenapa pula dia nak merajuk? Bukankah Ila tiada perasaan terhadap Hariz?

            “Awak jangan cakap macam tu, walau macam mana sekalipun awak tetap isteri saya.”

            ‘Huh, isteri konon! Tapi awak cari Yani jugakkan? Apa guna jadi isteri kalau hati awak dekat orang lain? Apa guna jadi isteri kalau status isteri tu tak boleh diusung kemana-mana?’ Hatinya merintih.

            Hariz yang menyedari perubahan riak wajah Ila lantas mencapai tangan isterinya.

            “Dah la awak, saya dah berjanji dengan mama nak jaga awak. Takkan saya nak mungkir pulak?”

            Ila cuba tersenyum, tapi bibirnya terasa berat untuk mengukir senyuman untuk suaminya.

            “Ila, pasal kita awak jangan risau. Awak akan tetap jadi isteri saya, pasal Yani biar saya yang uruskan.” Tiba-tiba Hariz memberi harapan. Entah mengapa ringan saja bibirnya berkata seperti itu sedangkan dia sendiri belum yakin dengan hala tuju perkahwinan mereka.

            Dia tersentak dengan perlakukan Hariz yang mengenggam tangannya sambil mengelus lembut. Bagaikan kena renjatan elektrik dia cuba merentap tangannya. Dadanya berdebar kencang, wajahnya pula pasti sedang kemerah-merahan. Ini kali kedua Hariz menyentuh tangannya.

            ‘Apsal dengan aku ni, nervous semacam je. Rileks, rileks…’

            “Err… awak saya pergi dululah.” Ujarnya sambil cuba menghilangkan rasa gementar.

            Hariz melepaskan tangan isterinya. Dia rasa bersalah pada Haryani, sepatutnya dia tidak seperti itu dengan Ila. Terasa seperti sedang mengkhianati kekasihnya pula.

            ‘Aduh, kenapa aku macam tu tadi? Mesti dia ingat aku serius. Ahh…lantaklah!’

            “Awak!” Panggilnya lembut. Ila menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hariz. Jika Hariz menganggapnya sebagai isteri apa salahnya kalau dia menghormati lelaki itu. Tak luak mana pun, dia juga yang dapat pahalanya.

            Hariz menyambut huluran isterinya. Ila sebak, Hariz serba salah. Buat seketika dia ragu dengan hubungannya bersama Ila. Adakah mereka sepatutnya bersama sebagai suami isteri selamanya?

 

PANTASNYA masa berlalu, seminggu dia merehatkan diri akhirnya dia kembali sihat seperti sedia kala. Sewaktu dia memaklumkan keadaan kesihatannya kepada Encik Karim, majikannya, dia terus diberi cuti tambahan. Lega kerana mendapat bos yang memahami seperti Encik Karim. Haryani rindu dengan kerjanya dan Lia. Beberapa hari duduk di rumah saja sudah membuat dia bosan, tiada siapa yang ingin menemaninya, semuanya sibuk dengan urusan kerja. Azie juga sudah kembali memulakan tugasnya. Syukur hari ini dia akan kembali hadir ke pejabat. Dalam tempoh itu sering kali Razman datang menjenguknya. Nasib baik ada Sara dan Azie yang sudi menemaninya.

            Soal Hariz dan Ila diletak ke tepi. Tapi dia hairan mengapa Ila kembali ke rumah sewa mereka sedangkan dia sepatutnya tinggal bersama Hariz. Dua hari lepas dia dikejutkan dengan kepulangan temannya itu, tapi dia tetap melayannya seperti biasa. Soal Hariz langsung tidak terluah dari bibirnya. Biarlah dia berpura-pura tidak tahu, sampai masa nanti pasti mereka akan berterus terang dengannya. Dia lihat Ila masih berpura-pura biarpun buktinya sudah jelas di depan mata. Inai di jari juga masih belum hilang, tapi dia langsung tidak mempersoalkannya. Hatinya sudah nekad, apapun yang terjadi dia tetap akan memutuskan hubungannya bersama Hariz.

            Encik Karim melangkah masuk ke dalam bangunan setinggi sepuluh tingkat yang tersergam indah di tengah-tengah ibu kota. Bibirnya mengukir senyuman kepada sesiapa saja yang lalu di situ, termasuklah pencuci bangunan di situ. Haryani yang sedari sudah terlewat berlari-lari anak ke arah lif apabila melihat pintu lif tersebut hampir tertutup dia pantas menahan pintu lif itu dengan tangannya.

             “Sorry.” Ucapnya perlahan lalu meloloskan diri dalam lif.

Di dalam lif tidak ramai orang.Yang ada cuma dua orang pekerja lelaki dan seorang pekerja perempuan. Dia berdiri di sebelah pekerja perempuan tersebut. Matanya lansung tidak memandang wajah itu.

             “Sihat dah?” Tanya Encik Karim.

Haryani tersentak.Dia mengangkat muka memandang si empunya suara.Dia tersenyum manis kepada bosnya. Setelah seminggu tidak melihat wajah bosnya, rasa rindu pula! Encik Karim seorang yang baik dan pemurah. Sebab itulah ramai pekerja senang dengan Encik Karim termasuklah dirinya.

“Macam yang bos tengok sekarang. Alhamdullillah...”Ujar Haryani. Tidak mahu Encik Karim tertunggu-tunggu akan jawapannya.

            “Hmm, nampak macam tak okay je? Awak dah betul-betul sihat ke?” Soal Encik Karim sedikit gusar dengan Haryani. Jelas di depan matanya wajah itu kelihatan pucat dan tidak bermaya. Tubuh Haryani juga semakin kurus.

Haryani tersenyum kelat. Tidak tahu apa yang harus dia katakan lagi. Memang benar apa yang dikatakan oleh bosnya, dia masih belum sihat, hatinya masih sakit dan berdarah. Tapi luka di hati ini tiada siapa yang dapat melihat atau merasakannya.

Ting! Tanda tingkat yang hendak dituju sudah sampai. Haryani menarik nafas lega, terlepas juga dia dari bosnya yang banyak soal ini. Dia melangkah keluar dari lif bersama Encik Karim.

“Yani, sekejap lagi datang bilik saya. Saya ada hal nak cakap dengan awak.” Ujar Encik Karim sebelum berlalu.

Haryani hanya mengangguk. Dia pasti ada tugasan yang ingin diberi. Orang baru balik dari cuti mesti ada banyak kerja yang tertangguh. Dia tidak membantah, memang itu yang dia mahukan, Haryani kini dalam misi menyibukkan dirinya. Dia ingin belajar melupakan Hariz tanpa ada masa memikirkan lelaki itu lagi. Dia terus ke melangkah ke arah mejanya. Rakan-rakan yang berselisih dengannya langsung tidak ditegur, dia tiada hati ingin berbual dengan sesiapapun ketika ini. Haryani pasti mereka akan menyoal tentang cuti panjangnya.

            “Kenapa dengan Yani tu?” Tanya salah seorang pekerja kepada Lia yang kebetulan baru saja keluar dari bilik simpanan fail.

Lia hanya menjungkitkan bahu, dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada temannya. Seingatnya, ,kali terakhir dia melihat Haryani adalah pada hari Sabtu lepas. Kemudian dia dimaklumkan pula oleh salah seorang rakan sekerjanya yang Haryani menambah cuti kerana kurang sihat. Lia cuba menghubungi Haryani, tapi tidak berjawab. Selepas itu dia langsung tidak mendengar apa-apa berita tentang Haryani lagi.

            “Haih, kaukan rapat dengan dia, takanlah kau tak tahu.” Sinis dia bertanya.

Saliha sedikit kecewa. Baru saja dia ingin mencungkil cerita, sudah mendapat penamatnya. Saliha memang terkenal dengan sikapnya suka bergosip. Kadang-kadang sakit hati juga bila mendengarnya.

            “Ya la, memanglah aku rapat dengan dia. Tapi takkanlah semua hal dia nak bagi tahu aku, faham! Kalau kau nak tahu, kau pergilah tanya dia sendiri. Kau kan wartawan tak berbayar!” Jawab Lia kasar. Bengang juga dengan minah seorang ini. Suka menyibuk tepi kain orang lain, kain sendiri tak mahu nak jaga.

Selepas itu dia terus pergi meninggalkan Saliha terkulat-kulat.Padan muka!Menyibuk sangat.

            “Yani!”Ujar Lia teruja pagi itu. Dia gembira dapat berjumpa dengan rakan sekerjanya selepas beberapa hari tidak berjumpa. Rasa rindu untuk berbual dan bergurau senda dengannya. Tanpa pamitan dia terus mengambil tempat di hadapan Haryani.

Haryani yang baru menghela nafas lega tersentak dengan kehadiran Lia. Tapi dia tetap membalas senyuman ikhlas rakannya.

            “Hai Lia, hai baby!” Balas Haryani turut teruja. Walaupun banyak masalah yang menimpanya, dia masih ingatkan Lia yang kini sedang berbadan dua. Dia teruja bila menyebut tentang bayi, dia betul-betul inginkannya. Dia suka kanak-kanak. Dia harap suatu hari nanti dia juga akan mendapat peluang itu walaupun bukan bersama dengan insan yang dia cintai.

            “Hah! Baby ni tanya, auntie Yani apa khabar? Lama tak jumpa.” Bicara Lia mewakili anak yang sedang dihamilinya. Itu cuma sekadar ingin bergurau dan menceriakan pagi mereka.

            “Auntie sihat je baby. Baby macam mana, mama kasi baby makan tak?” Balas Haryani turut membalas gurauan tersebut. Bibirnya tersenyum bahagia. Alangkah bagusnya jika dia yang berada di tempat Lia.

            “Hei… aku mak dia, of course la aku bagi. Hah, kau tu yang patut aku tanya, cukup makan ke tak? Badan tu kurus je.” Tegur Lia yang perasankan perubahan Haryani.

Dia langsung tidak tersinggung dengan ujaran Lia. Bibirnya masih lagi tidak lekang dengan senyuman yang lebar. Boleh naik lenguh rahangnya jika berlama begitu. Entah kenapa dia seronok sangat bertemu Lia hari ini.

            “Mana adalah! Aku tengok okay je badan aku, mana ada kurus. Cukup makan, cukup rehat, cukup gaji… hahaha.” Haryani ketawa. Berpura-pura gembira. Tapi Lia masih serius.

            “Ya la tu, aku tengok muka kau muram je dari tadi, pucat macam mayat hidup. Sampai aku nak tegur pun tak berani. Kau ada masalah ke?” Soal Lia bimbang. Mana tahu sebalik senyuman rakannya ada masalah yang menimpa.

            “Mana ada… aku okay. Happy go lucky!” Tuturnya berpura-pura, dia berusaha menutup kesedihan di hatinya. Dia kalau boleh tidak mahu Lia mengetahui masalahnya dengan Hariz. Kalau ikutkan hatinya yang sedih boleh saja dia luahkan apa yang dia rasakan sekarang, biar semua orang tahu masalahnya.

            “Betul?”

“Betul la sayang oii… dah la, aku nak jumpa bos kita. Kang dia tertunggu-tunggu pulak!”

Haryani bangun sambil mencapai buku catatan hariannya. Dia tidak mahu terus berada di hadapan Lia, risau jika dia tidak mampu menahan perasaannya jika Lia terus-terusan menyoal keadaannya. Bimbang masalahnya akan terkeluar dari bibirnya. Kemudian dia terus meninggalkan Lia yang masih berada di situ. Dia tidak mahu memikirkan lelaki itu lagi, dia tidak mahu mendera hatinya lagi. Apa yang harus dia lakukan sekarang adalah memulakan hidup baru tanpa lelaki bernama Hariz. Dia harus kuat, dia harus tabah dan dia juga harus menerima hakikat yang Hariz bukan jodohnya, tapi lelaki itu buat sahabatnya. Biarlah apa yang terjadi, tidak akan sesekali dia kembali pada lelaki itu. Dia tidak mahu menjadi perampas kerana dia tahu bagaimana sakitnya bila orang dicintai bersama dengan perempuan lain. Dia redha jika itu takdirnya. Akan dia doakan kebahagian lelaki itu barsama Ila. Kata orang, kumbang bukannya seekor. Mungkin jodohnya bersama insan lain, kemungkinan besar lelaki itu adalah Razman? Sememangnya kehadiran Razman tepat pada waktunya.

‘Jika dia jodohku, aku terimanya seadanya.’

 

AZIE duduk bertapa di hadapan bosnya. Kepalanya menunduk memandang jari-jari runcingnya sambil bermain jari. Bos di hadapannya masih sibuk dengan kertas-kertas kerja, langsung tidak memandangnya. Cuma sesekali dia mengerling memandang pekerjanya bila mendengar keluhan demi keluhan yang lahir dari bibir gadis itu. Dia tersenyum sinis.

Isy, dia ni panggil aku, tapi tak nak cakap pulak! Dah dekat 15 minit aku depan dia, tapi sepatah perkataanpun dia tak cakap. Dah naik lenguh tengkok aku ni. Buang masa aku je!’ Dia merungut dalam hati. Ikutkan hatinya, ingin saja dia ‘chaw’ dari sini. Tapi memandangkan rasa hormatnya pada lelaki itu merangkap bos besarnya, disabarkan hatinya yang tengah panas.

Azie bernasib baik, selepas saja cutinya tamat dia kembali ke pejabat tetapi majikannya pula yang tiada kerana terpaksa ke Pulau Langkawi atas urusan kerja. Azie terselamat, sekurang-kurangnya dia tidak diganggu lelaki miang itu. Asal bertemu saja pasti telinganya gatal mendengar ayat-ayat jiwang dari majikannya. Tapi Azie tidak lekas melatah, dia tetap membalas setiap ujaran lelaki itu hingga menyebabkan lelaki itu panas hati. Sekarang dia terpaksa menghadap lelaki itu semula. Apalah yang Arian mahu darinya.

“Er... bos.” Panggilnya sedikit gugup. Dalam keadaan mereka berdua yang hanya membisu sejak tadi membuatkan Azie sedikit mengelabah. Tiba-tiba saja nak buka mulut!

Arian masih buat endah tidak endah. Matanya masih memandang kertas di hadapannya langsung tidak memandang wajah Azie yang merona merah menahan marah. Memang itu yang Arian mahukan, dia sengaja tidak pedulikan Azie. Sebenarnya kertas kosong saja yang dipandang, tak ada apa selain ingin melihat reaksi Azie. Tujuan dia berbuat begitu kerana ingin membalas sakit hatinya tempoh hari kepada Azie. Sakit hati, sakit telinga bila dimarahi pekerjanya sendiri.

‘Sabar Azie, sabar! Hai, dia ni... duk jual mahal pulak! Aku dah bermurah hati nak cakap dengan dia, dia buat dek je. Apa dia ingat aku ni tunggul kayu ke? Kang aku blah dari sini baru tahu.’

Lima minit kemudian, tanpa banyak bicara, Azie terus mengangkat punggung ingin meninggalkan bilik itu. Sebelum berlalu sempat juga dia merengus geram, sengaja menunjuk perasaan.

            “Awak nak pergi mana? Saya tak suruh awak keluar lagikan, duduk balik!” Arah Arian garang. Matanya yang sepet memandang Azie tajam.

            “Bos, kalau saya duduk situ macam tunggul kayu pun boskan bukan nak cakap apa-apa pun. Baik saya keluar dulu, saya banyak lagi kerja yang kena buat.” Jawabnya selamba, bukan tidak biasa dengan bos miangnya ini.

            “Eh, eh... pandai awak menjawab saya ya? Tak takut kena buang kerja ke?” Soal Arian geram. Mulut Azie suka sangat menjawab katanya, tak terfikir langsung orang yang di hadapannya sekarang adalah majikannya.

            “Tak.” Jawab Azie penuh yakin. Dia tersenyum. Mesti Arian terkejut dengan jawapannya. Sebenarnya dia pun sudah tidak tahan dengan perangai miang bosnya, jadi lebih baik dia angkat kaki dari sini, lepas tu cari kerja lain.

            Arian terus bangun dan menghampiri Azie, geram pula dia melihat senyuman sinis itu.

            “Kenapa? Bos ingat saya kemaruk sangat nak kerja dekat sini? Dah la bos, saya boleh je nak cari kerja lain. Sebelum bos pecat saya, baik saya berhenti.”

            ‘Macam senang je aku cakap.’

            Niatnya ingin keluar terus dari ruangan kerja Arian, tetapi lelaki itu pantas merentap lengannya. Azie jelas terkejut. Dia merentap tangannya kembali, tidak ingin disentuh lelaki playboy macam bosnya itu. Matanya tajam merenung Arian. Eh, berani betul la Azie ni. Ada ke patut dia pandang bos dia macam tu? Sekarang ni siapa yang tuan, siapa yang kuli.

“Apa ni?”  Marahnya.

Arian hanya tersenyum sinis. Dia mengangkat kedua belah tangannya, tanda mengalah. Matanya ralit memandang Azie yang sedang menggosok-gosok bahagian yang disentuh sebentar tadi. Macamlah kotor.

“Awak ingat senang nak cari kerja sekarang? Kalau senang cubalah... awak ingat senang-senang macam tu je saya nak lepaskan awak. Saya akan pastikan awak tak keluar dari pejabat ni dan saya akan pastikan tak ada satu syarikatpun ambil awak kerja.”

Terjegil matanya ke arah Arian. Rasa diri sedang diugut pula.

‘Amboi! Dia ingat dia besar sangat. Aku pun tak heran nak kerja dekat mana-mana syarikat.’

“Bos, kalau takdak sapa yang sudi ambil saya kerja, senang saja. Saya buka gerai pisang goreng dekat kampung saya, ataupun jadi je petani ke pekebun ke. Senang! Tak payah nak fikir pasal orang lain.” Azie kembali melawan.

Isy, degil pula perempuan ni! Aku cakap sepatah, dia jawab sepuluh patah. Tapi tak boleh biarkan dia pergi macam tu je. Habis aku macam mana nanti?’

Arian terdiam seketika. Dia mula berfikir apa yang harus dilakukan untuk menghentikan niat Azie dari berhenti kerja. Arian tidak mahu Azie jauh darinya, sebenarnya sudah lama dia jatuh cinta pada gadis di hadapannya ini. Tapi sikap Azie yang ganas dan garang sukar untuk dia dekati. Pelbagai cara dia sudah lakukan, tapi satu apa pun tak jadi.

“Okay! Kalau macam tu saya akan ikut awak pulang ke kampung awak juga. Boleh la saya beli semua pisang dekat situ dan secara tak langsung awak akan beli pada saya. Jadi maknanya, still awak kena berurusan dengan saya.” Ujar Arian penuh yakin, dia tersenyum gembira. Setakat pisang, apalah sangat baginya. Kalau terpaksa dia beli semua kebun dan tanah di situ pun dia sanggup.

“Bos dah gila ke? Tak naklah saya.”

Azie muncung, dia menyilang tangan tanda protesnya. Kata-kata Arian ini kadang-kadang harus diterima juga. Otaknya yang tak betul itu boleh membuatkan Azie sakit kepala memikirkannya. Kalau dibuatnya betul apa yang dikatakan Arian, mahu haru–biru hidupnya. Tak pasal-pasal maknya pula tahu, lagi teruk hidupnya nanti.

“Kalau macam tu, awak kena pilih sama ada nak terus bekerja di sini atau awak teruskan rancangan awak tu. Saya tak ada masalah, mana-mana pun boleh.” Arian terus tersengih seperti kerang busuk, akhirnya dia berjaya juga membuat Azie terdiam.

Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal, memikirkan keputusan yang hendak dibuat. Kalau dia bekerja di sini Arian masih tetap menganggunya, tapi kalau dia balik ke kampung sekali pun Arian masih tetap mahu menganggunya dan yang pasti masalahnya akan bertambah pula.

“Hmm... okaylah, kalau macam tu saya terus kerja dekat sini je.” Jawabnya tanpa memandang wajah Arian. Dia menyampah melihat senyuman nakal itu.

Melebar bibirnya bila Azie akhirnya bersetuju untuk terus bekerja di situ, dia lega kerana selepas ini dia tidak perlu risaukan lagi jaraknya dengan Azie. Jadi langkah seterusnya dia harus merapatkan hubungannya dengan Azie pula.

“Okay, good! Lepas ni awak boleh kerja macam biasa, awak boleh beredar sekarang.” Arah Arian senang hati. Tetapi Azie masih belum berganjak. Dia ingin tahu tujuan asal Arian bertemu dengannya. Kalau setakat nak cakap benda ni, baik tak payah! Dan tak perlu bersusah payah dia bergaduh dengan bosnya tadi.

“Kenapa?” Soal Arian hairan.

“Sebenarnya bos nak cakap apa tadi masa bos panggil saya?” Azie ingin tahu.

            “Ouh... maaflah kalau dah buat awak tertunggu tadi. Sebenarnya saya nak tahu kenapa awak ambil cuti hari tu?”

            “Hah?” Azie tidak mendengar pertanyaan bosnya sebentar tadi. Dia terleka sebentar apabila asyik memandang telefon bimbit Arian yang bergetar di atas meja.

            “Saya tanya, kenapa tak datang office hari tu? Awak sakit?”

            ‘Hah, yang tu je? Ya Allah, buat penat aku tunggu je tadi, rupa-rupanya nak tanya pasal ni. Buat habis air liur aku bertekak dengan dia ni je

Arian berjalan menghampiri Azie. Didekatkan tubuhnya dengan Azie. Hah, Arian sudah mula menunjukkan sikap miangnya hendak menggoda si Azie ni. Tapi jangan haraplah Azie akan terpikat pada Arian. Dah la kasanova nombor satu Malaysia, siapa nak?

“Err... saya... saya demam!” Bohongnya. Tergagap dia sambil berundur menjarakkan dirinya dari Arian.

“Kenapa marah sangat hari tu? Saya call pun awak marah.”Soal Arian lagi.

‘Macam-macam pula mamat ni. Bila masa pulak dia call aku? Setahu aku takdak sapa-sapa pun. Lagipun aku mana la ada nombor handphone dia. Tapi yang peliknya macam mana dia dapat nombor aku.’

            “Bila bos call saya? Tak tahu pun.” Tanya Azie.

Azie menjarakkan lagi tubuhnya dari Arian. Sakit hidungnya bila haruman lelaki itu menusuk hidung.

            “Encik, sebenarnya encik ni siapa? Saya kenal ke? Kalau saya taknak pergi kerjapun, bukannya urusan encik. Faham?” Arian mengulangngi bait-bait kata Azie tempoh hari. Dia masih ingat. Arian tersenyum seronok bila melihat wajah terkejut Azie.

Azie terlopong. Mulutnya sedikit ternganga. Dia tidak pernah lupa panggilan hantu tanpa nama yang diterimanya tempoh hari, tidak sangka pula bosnya yang menelefon.Itulah, orang tanya nama tak nak jawab, kan dah kena maki free.

‘Hah? Maknanya, lelaki gila hari tu... Bos?! Alamak! habis aku.... habis.’ Wajahnya berkerut-kerut. Dah macam orang tua.

            “Sorry... saya ingatkan siapa hari tu, sebab tulah saya marah.” Ucap Azie perlahan. Kalau boleh, dia tidak mahu Arian mendengar ucapan maafnya. Malu!

            “Apa? Apa awak kata tadi, tak dengarlah.” Arian pura-pura tidak dengar. Dia ingin mendengar lebih jelas permohonan maafnya.

Isy... dia ni pekak bin badak ke?’

            “Saya minta maaf.” Ucapnya lagi dalam bahasa melayu.

            “Kalau saya taknak, macam mana?”

Arian ketawa.Seronok bila dapat mengenakan Azie.

‘Dia ni banyak akal betul la. Kalau dia taknak maafkan aku macam mana? Mesti aku kena pecat. Arghh, nak makan apa aku nanti. Matilah aku! Huhuhu, kesiankan la saya ni bos.’ Dia merayu, tapi hanya dalam hati saja. Jika tadi dia tidak kisah dipecat, tapi sekarang dia betul-betul ambil kisah. Tapi takkanlah dia perlu merayu bagai pada Arian. Tak sanggup rasanya, malu mukanya nanti.

“Saya minta maaf, saya minta maaf, saya minta maaf...” Ulangnya banyak kali. Timbul pula rasa simpati pada gadis ini, tapi tetap terselit rasa lucunya melihat gelagat Azie. Tak sangka seorang yang ego seperti Azie sanggup meminta maaf padanya.

            “Okay-okay. Kalau awak nak saya maafkan awak. Kejap lagi waktu lunch, awak kena temankan saya pergi makan. No excuse lagi. Faham!” Ujar Arian tegas membari arahan pada Azie.

Azie terdiam. Dia memikirkan semula kata-kata lelaki itu. Baik dia pergi saja, dari dia kena pecat. Akhirnya Azie bersetuju. Kemudian barulah Arian melepaskan Azie pergi meninggalkan ruang pejabatnya.

Dalam hatinya sudah berbunga riang. Fikirannya memikirkan sesuatu rancangan yang ingin dilaksanakan. Entahla rancangan jahat ke baik. Tapi harap-harap baiklah.

 

HARYANI jelas tidak bersedia ketika itu. Dari jauh dia melihat Hariz sedang berdiri sambil menyandarkan tubuhnya pada kereta mewah BMW model M6 miliknya. Nampak tenang dan bergaya sekali. Jika orang yang lalu lalang di situ pasti akan tertoleh-toleh memandangnya. Di tangan Hariz terdapat sejambak bunga ros merah. Hariz tahu itu bunga kegemaran Haryani dari seorang kekasih untuknya. Haryani tidak tahu apa yang hendak dilakukan.Hariz berada betul-betul di hadapan bangunan tempatnya bekerja. Dia merengus geram.

            “Apa aku nak buat ni?” Tanyanya sendiri sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

            Sekejap lagi Lia datang, dia sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama. Hendak tak hendak mereka tetap harus melewati tempat di mana Hariz berada sekarang. Sudah semestinya Hariz akan ternampaknya dan dia pasti ingin bertemu dengannya.

‘Hisy, apa dia buat dekat sini? Ni mesti nak cari aku. Ya la,mana taknya mesej dia aku tak balas, panggilan dia aku tak jawab. Mesti haru-biru dia bila aku buat macam tu. Ni yang susah ni. Dah la aku tengah lapar, time aku nak keluar, masa tu jugaklah dia nak datang. Menyusahkan betul la!’ Bentak hatinya geram.

Perlahan-lahan dia berpatah balik semula ke arah lif. Tidak mahu lelaki itu perasankan kelibatnya di situ. Haryani masih belum bersedia berdepan dengan Hariz. Dia takut hatinya yang masih belum kuat akan mudah cair pada lelaki itu dan akan menyebabkan segala tekadnya hanya sia-sia. Haryani berusaha menyorokkan dirinya disebalik pasu besar yang berhampiran di situ. Tapi malangnya suara Lia terlebih dahulu memanggilnya, kuat pula tu!

            “Yani!” Laung Lia apabila pintu lif terbuka. Dia ingin meluru masuk ke dalam, tetapi dihalang oleh tangan Lia. Dia pasti Hariz mendengarnya.

            “Kenapa dengan kau ni, kalut semacam je? Yang kau nak naik atas balik kenapa, kitakan dah janji nak makan sama-sama. Dah, jom!” Lia pantas menarik lengan Haryani dan mengheretnya turut serta bersama rakan-rakannya yang lain.

            Haryani menampar dahinya, ketika itu dia tidak tahu di mana hendak disorokkan wajahnya. Bengang juga dengan Lia, tapi dia tidak boleh menyalahkan Lia sepenuhnya kerana kawannya tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang.

Dia dapat melihat Hariz sedang menuju ke arahnya. Mereka semakin dekat, dekat dan dekat. Haryani berdebar-debar tak tentu arah, rasa nak tercabut jantungnya sekarang. Dia ingin berambus dari situ, tetapi keadaan tangannya yang masih dalam genggaman Lia membuatkan dia tidak mampu bergerak.

‘Sabar Yani, sabar! Kau mesti berani hadapi dia.’ Bisiknya dalam hati.

“Er…Yani.” Tutur Hariz sedikit gugup bila melihat gadis itu bersama kumpulan gadis-gadis yang lain.Dia malu.

“Hah Yani, Hariz pun dah datang. So, kau ikut dia je la.Mesti korang nak bercenkeramakan… hahaha.” Ujar Lia sekadar mahu mengusik. Mereka ketawa, kecuali Haryani.

Boleh tahan juga tahap kecapulan mulut Lia ni. Kawan-kawannya yang lain sudah mengetahui hubungannya dengan Hariz. Cumanya sekarang mereka tidak tahu status Hariz sebagai suami orang, kalau tidak mahunya dia dicerca oleh mereka sebagai perosak rumah tangga orang.

“Korang ni patut kahwin je, nak ke mana pun takdak orang nak larang. Kalau korang nak buat lebih-lebih pun takdak siapa nak marah.” Sambung Lia lagi, cuba menyampaikan maksud tersirat.

Wajahnya merona merah, terus dia tundukkan kepala. Malu dilihat orang.Hariz turut begitu, malu pada rakan-rakan Haryani. Kalau ikut hatinya, dah lama dia sambalkan mulut Lia. Cakap lansung tak ada insurans. Haryani malu pada teman-temannya yang lain. Dia lihat Hariz serba salah dengan Lia.

“Kau ni Lia, aku tampar kang baru tahu.” Ujar Haryani geram, tapi Lia buat tidak tahu saja. Sebaliknya dia hanya ketawa.

“Er... kitorang gerak dulu la ya.”

Hariz sendiri tidak tahan mendengar usikkan itu. Lantas dia menarik tangan gadis kesayangannya supaya ke tempat lain, tapi tangan yang sebelah lagi masih erat bersama Lia. Dia mengenggam kemas tangan rakannya, dia tidak mahu melepaskannya. Dia tidak ingin mengikut lelaki itu. Dia takut.

            “Isy, kau ni Yani. Macam budak-budak la, okaylah kitorang pergi dulu.” Lia terpaksa merungkai sendiri genggaman itu. Lepas itu, mereka terus meninggalkan dirinya bersama Hariz. Haryani sedih, rasa nak saja dia menjerit.

            “Jom, kita pergi lunch sama-sama. Dah lama kita tak jumpa, Iz rindu sangat.” Dia menarik tangan Haryani supaya menurutinya. Tapi gadis itu tidak berginjak, kepalanya masih tegak tanpa memandang wajah Hariz. Jelas dia tidak suka diperlakukan seperti  itu oleh Hariz.

            “Lupa, nah ini untuk awak.” Bunga yang dibawanya dihulurkan kepada Haryani.

            Haryani tetap menyambutnya. Dia memandang seketika bunga itu tanpa perasaan sebelum menyerahkan kembali bunga itu kepada Hariz. Bunga itu dah takdak makna baginya lagi, Hariz buatlah apa sekalipun dia tidak akan sesekali menerimanya.

Hariz jelas terkesima dengan perbuatan Haryani. Tapi huluran itu dibiarkan saja tanpa bersambut.

            “Awak ambillah balik bunga ni, saya tak perlukan. Rasanya ada orang yang lebih layak untuk terima bunga ini dari saya.” Ujarnya setenang yang mungkin.

            “Kenapa? Saya bagi bunga ini untuk awak.” Hariz tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Haryani. Dia menyangka Haryani masih merajuk padanya kerana terlalu lama pergi.

            “Kan, saya dah cakap tadi. Tak faham lagi ke?!” Jawabnya bersama suara yang sudah mulai meninggi. Ikutkan hatinya yang panas dah lama dia tengking Hariz. Tapi dia bukan bodoh ingin menunjukkannya di sini, ramai orang yang mengenalinya.

            Sekali lagi Haryani menyerahkannya. Tapi Hariz tetap tidak mahu mengambilnya semula. Jemu dengan layanan sebegitu, Haryani bertindak meninggalkan Hariz menuju ke arah luar bangunan.

            “Yani, tunggu! Kenapa dengan awak ni, nak marah-marah? Saya ada buat silap ke?” Soal Hariz ingin tahu. Dia tidak tahu mengapa Haryani perlu marah dengannya, sedangkan dia yang sepatutnya merasa seperti itu. Kalau merajuk sekali pun tak perlulah tinggikan suara. Haryani yang dia kenal tidak pernah bersikap sedemikian dengannya.

            Kini mereka berada di luar bangunan, jadi agak mudah bagi Haryani untuk bersuara pada Hariz. Haryani memandang Hariz sekilas sebelum menyoal lelaki itu.

            “Apa hal awak datang cari saya ke sini? Ada hal penting ke nak cakap?”

            Haryani tidak berani bertentang mata dengan Hariz, takut hatinya yang sudah rapuh akan mudah terpedaya dengan pandangan itu. Dia takut hatinya akan goyah dengan pendirian yang telah ditetapkannya. Rasanya tak sanggup lagi untuk dia bersama lelaki yang mencuranginya. Dadanya berdebar-debar menanti ucapan seterusnya dari Hariz.

            “Ya sayang,penting sangat! Ini tentang masa depan saya dan awak. Saya nak bincang pasal perkahwinan kita.” Ujar Hariz teruja. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu perkara yang pasti membuatkan gadis kesayangannya tersenyum lebar dan gembira.

            Haryani mengeluh. Hariz tak habis-habis memberinya harapan.

            “Cukuplah dengan drama-drama awak Iz! Saya takkan tertipu lagi!”

            Haryani tersenyum sinis, jauh benar dengan andaiannya. Tapi dia tidak boleh percayakan Hariz lagi. Kata-kata Hariz hanya manis dimulut tapi terasa perit bila menelannya. Dia sudah nekad, hubungan mereka harus berakhir hari ini juga. Tak sanggup lagi dia ditipu olehnya. Dia tidak mahu melihat sahabatnya, terus ditinggalkan Hariz begitu saja. Apatah lagi Ila lebih berhak ke atas Hariz sekarang. Dia tidak mahu menjadi penghalang hubungan diantara mereka.

            “Macam nilah Iz, saya rasa tak ada apa yang perlu kita cakapkan lagi. Semuanya dah berakhir, saya rasa... kita patut putus je.” Haryani mula berlembut. Dia tidak mahu situasi ini berubah tegang. Biarlah hubungan mereka berakhir dalam keadaan damai.

            Lebih baik dia memutuskan hubungan ini dari dia diputuskan oleh Hariz.

            “Apa?! Takkan!”

            Hariz jelas terkejut, dia tidak menyangka perkataan itu akan keluar dari mulut Haryani. Dia baru saja hendak membincangkan hubungan mereka ke arah yang lebih baik, yang pasti dia mahu mengahwini Haryani.

            Haryani mengeluh, bukan tindakan itu ke yang harus dibuat oleh Hariz iaitu memutuskan hubungan mereka. Jadi sebelum hal itu terjadi baik dia dulu yang memutuskan hubungan mereka. Lebih senang!

            “Iz...” Haryani ingin bersuara tapi Hariz terlebih dahulu memintas.

            “Kenapa awak nak putus? Apa salah saya?! Patutlah selama ni awak lansung tak nak reply mesej saya, call saya. Memang awak dah lama nak putuskan hubungan kita!” Hariz tidak puas hati, dia mula mempersoalkan tindakan Haryani. Rasanya dia tidak pernah berbuat salah pada Haryani. Tapi kenapa tiba-tiba dia mahu memutuskan hubungan mereka?

            “Awak cakap apa salah awak? Hei, Hariz! Awak dah lupa ingatan ke atau awak pura-pura lupa ingatan? Awak jangan ingat saya ni bodoh untuk awak tipu!” Haryani turut meninggikan suaranya. Geram bila Hariz seolah-olah mempersalahkannya, sedangkan lelaki itu yang berbuat salah dahulu. Tapi apa yang lebih menyakitkan hatinya bila Hariz langsung tidak mahu mengaku apa yang sudah dilakukan olehnya.

            “Apa yang saya dah tipu?! Apa yang saya dah buat?!”

            Haryani tersenyum sinis sambil mengeleng-gelengkan kepala.

            ‘Awak ingat saya ni bodoh untuk awak tipu Iz? Saya dah tahu awak dah kahwin, tapi saya takkan cakap, saya nak awak sendiri yang mengaku!’

            “Salah sendiri pun orang lain perlu nak cakap ke?” Soalnya sinis. Dia memandang tepat wajah Hariz, dia ingin melihat reaksi lelaki itu.

            Hariz diam memikirkan maksud yang cuba disampaikan Haryani. Adakah Haryani sudah mengetahui hal antara dia dan Ila? Kalau ya, siapa yang beritahu,Ila? Rasanya masih terlalu awal rahsianya untuk terbocor. Gusar mula bertandang dihatinya, tapi dia tidak harus cepat mengaku apa yang telah dilakukannya di hadapan Haryani. Mungkin sebab lain yang menyebabkan Haryani berubah. Dia harus tahu itu.

            “Dah la Iz,s aya rasa dah takdak apa lagi yang saya nak cakap. Awak pun dah tahu, saya tetap dengan keputusan saya untuk putus dengan awak. Lepas ni awak jangan hubungi saya lagi, saya dengan hidup saya, awak dengan hidup awak... Nah! Bunga ni saya letak dekat sini.” Ujar Haryani lalu meletakkan kembali bunga pemberian Hariz di atas kereta. Kemudian dia terus meninggalkan Hariz sendirian.

            ‘Selamat pengantin baru Iz.’ Ucapnya dalam hati. Dadanya tiba-tiba terasa sebak, air matanya mula bertakung ditubir mata. Haryani tahu,ini pasti pertemuan mereka yang terakhir. Rasanya semua sudah jelas dan tiada apa lagi yang harus dilakukan. Hariz bukan miliknya lagi. Keputusan yang dia buat ini tidak perlu dia kesal.

            Dia cuba memanggil Haryani beberapa kali, tapi kekasihnya buat tidak tahu saja. Akhirnya, Hariz membiarkan saja Haryani pergi. Hatinya tidak dapat menerima keputusan itu, takkan sesekali dia putuskan hubungan ini. Dia tidak dapat melepaskan Haryani begitu saja, lagipun mereka sudahpun berjanji untuk bersama tak kira walaupun apa yang terjadi.

            Hariz bingung dengan perubahan Haryani, dia tidak tahu punca mengapa Haryani mahu memutuskan hubungan mereka. Jika Haryani sudah tahu perkahwinanya bersama Ila mengapa dia tidak berterus terang saja. Lagipun dia pasti Ila tidak akan membocorkan rahsia mereka, dia sudahpun berjanji dengannya. Pasti ada sebab lain.

 

“ARRGH....” Azie menjerit lantang.

Tangannya menumbuk stereng kereta. Wajahnya merah seperti udang bakar. Dadanya turun naik menahan marah yang memuncak. Nafasnya pulak tidak teratur,sekejap perlahan, sekejap kuat. Hai, marah sangat nampaknya! Apa kes pulak dia ni?

            “Bodoh, bodoh, bodoh! Eeee,g eramnya aku! Nak je aku tumbuk muka kau tu. Ingat hensem sangat ke? Dah hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Huh!” Cemuhnya.

Azie merengus geram. Dia mengurut dadanya sambil menarik nafas beberapa kali untuk menghilangkan rasa marahnya. Tangannya mengenggam erat stereng kereta. Sabar Azie,sabar! Dah nampak macam gengster la pula.

Imbas kembali...

            “Hmm, terima kasih bos, sebab belanja saya makan.” Ucap Azie jujur.

Azie tersenyum senang. Lega hatinya apabila Encik Arian sudi membelanjanya hari ini. Jimat duit belanjanya. Di hadapannya terhidang sepinggan nasi daging merah dan segelas jus tembikai. Nampak menyelerakan. Perutnya sudah berbunyi minta diisi. Tidak sabar dia ingin merasa makanan yang baru ditempahnya. Tapi, belumpun sempat makanan menyentuh bibirnya, Arian pantas memintas dengan memegang tangan Azie.

Hampir saja sudu tersebut terlepas dari tangannya. Berdebar tak tentu arah jantungnya, dah macam nak tercabut!

            “Awak suapkan saya.” Ujar Encik Aryan sambil tersenyum menggoda.

            “Apa?”

Azie terjerit kecil. Terkejut dengan permintaan bosnya. Dia cepat-cepat menekup mulutnya dengan tangan. Dah gila ke apa Arian ni? Nak suruh minah gangster ni suapkan dia. Eeee, gelinya. Miang betul la laki ni. Hmm, kalau dah buaya tu, tetap buaya juga.

“Err... tapi bos.”

“Awak tengok makanan depan mata awak ni ada sepinggan jekan? Untuk saya takdak kan? So, kita kenalah kongsi makanan ni. Awak suapkan ya?”

Azie menggaru kepala. Dah tahu ada satu kenapa tak order lain. Aduh, susahnya kalau nak deal dengan bos yang suka ambil kesempatan ni.

Matanya meliar melihat keadaan sekeliling, mana tahu ada orang yang mengenali mereka. Terutama orang-orang yang bekerja sebumbung dengannya, risau jika mereka terlihat kelibatnya bersama Arian, mahu dia jadi bahan gosip mereka di pejabat.

“Awak jangan risau, tempat ni jauh dari office. Jadi memang takkan ada orang yang kenal kita.”

Arian tersenyum, dia seperti memahami apa yang sedang difikirkan Azie. Persediaan awal sudah dilakukkannya terlebih dahulu sebelum mengajak Azie makan tengah hari bersama. Dia memang sengaja membawa Azie ke restoran yang lebih jauh dari kawasan pejabat mereka, supaya tidak terserampak dengan mana-mana pekerjanya.

“Tapi... saya malu la bos. Ramai orang dekat sini.” Azie mencipta alasan, tapi memang betul pun apa yang dirasainya sekarang.

“Saya tak peduli, saya nak awak suapkan saya juga. Ini sebagai denda sebab awak marahkan saya hari tu... Dah, cepat!” Arian bersedia untuk menerima suapan pertama dari Azie. Dia bukakan mulutnya.

Nak tak nak terpaksalah Azie turutkan juga permintaan gila bosnya. Ikutkan hati, sekarang juga dia ingin membelasah bosnya itu. Tapi disabarkan hati yang panas mendidih. Ketika itu, dia tidak tahu dimana hendak letakkan mukanya.Azie perasan ada beberapa orang pelanggan yang asyik mengerling ke arah mereka. Bajet pasangan romantiklah!

‘Ya Allah, malunya... eee, bos ni macam budak-budaklah! Nak bagi denda bagai.’

Dia benci! Benci dengan senyuman lelaki itu, menyakitkan hati betul. Dia ingat dengan melakukan semua itu, Azie akan jatuh dalam pelukkannya? Memang silap besarlah, ni Azie la, hati keras macam batu.

            “Oh... kau nak main dengan aku ya? Baik. Takpa, kita tengok siapa yang menang, siapa yang kalah. Takpa, hari ni hari kau, esok hari aku pulak! Tahu la aku macam nak ajar kau nanti. Hmm...”

Azie tersenyum penuh makna sambil mengetuk-ngetuk stereng. Di dalam fikirannya sedang merencana beberapa perancangan untuk lelaki yang telah memalukan dirinya.

‘Kau tunggu Arian, tau la aku nak ajar kau nanti.’

Dia memasukkan gear dan keretanya mula bergerak di atas jalan raya. Seperti biasa kesesakan lalu lintas di tengah-tengah kota raya membuatnya sentiasa lewat untuk sampai ke rumah. Maklumlah, semua orang baru balik kerja. Dia sudah tidak sabar hendak pulang ke rumah dan merancang rancangan jahat bersama kawan baiknya. Siapa lagi, kalau bukan Haryani!


 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...