Bab 12
ILA sedang sibuk mengurus pakaian yang baru diterima oleh
mereka.Minggu ini sememangnya amat sibuk baginya,memandangkan dia baru saja
pulang dari kampung.Sara pula sedang mengurus stok baru yang diterima.Suasana
dibutik mereka tenang,pekerja mereka Alia sedang melayan seorang pelanggan.
Tiba-tiba Ila mengeluh.Entah kenapa
dia rasa semua kerja yang dia lakukan tidak kena.Kemudian dia bangun lalu
melangkah masuk ke dalam bilik yang sedang diduduki Sara sekarang.
“Kau kenapa?Tiba-tiba je mengeluh.”Soal Sara yang
mendengar keluhan demi keluhan yang lahir dari bibir rakannya.Dia lansung tidak
memandang wajah Ila.
“Entahla,aku pun tak tahu nak kata macam mana.Aku
rasa…entahla!”Ila tidak tahu harus bagaimana dia harus luahkan perasaannya
sekarang.Perasaannya bercampur baur sekarang ini.Tambahan pula selepas saja dia
pulang dari kampung,dia dapat melihat perubahan sikap rakan-rakannya terutama
Haryani.Hal ini membuatkan dia tertanya-tanya.Tambah binggung dia
dibuatnya.Masalah Hariz belum selesai,sekarang ini Haryani pula.
“Rasa apa?Pasal Hariz ke?”Soal Sara cuba meneka apa yang
sedang difikirkan Ila.
“Hmm,pasal Hariz pun satu.Sekarang ni Yani pulak.Aku tak
tahula,sejak aku balik sini,aku tengok dia macam taknak cakap je dengan
aku.Lepas tu muka dia muram je.Dia ada masalah ke?”
“Entah,rasanya tak kut.May be masalah kerja.”Jawab Sara
yakin yang masih belum mengesyaki apa-apa.
“Harap macam tu la…”Lemah suaranya.Dia duduk di atas
kerusi sambil memikirkan sesuatu.Hatinya berdegup kencang setiap kali
memikirkan Hariz.Fikiran dia tidak boleh berhenti memikirkan lelaki itu.Dia
rindu,dia sayang dan dia cinta.Sepatutnya dia tidak harus merasakan apa-apa
perasaan tersebut terhadap suaminya walaupun dia berhak.Tapi siapala dia hendak
menghalang perasaan itu,dia cuma insan biasa.Biarla dia menjadi seorang perindu
dalam diam,asalkan dia bahagia.
“Wei,kenapa la kau tak bagi tahu Yani perkara sebenar?Kan
takdak la kau rasa macam ni sekarang.”Bicara Sara tiba-tiba mengungkit tentang
Hariz dan Ila.Dia berminat ingin tahu apa al-kisah rakannya dengan Hariz.
“Kan aku dah citer dekat kau…aku dah janji dengan Hariz
pun yang aku takkan bagi tahu dia.”
“Ya la,tapi tak salahkan kalau kau bagi tahu Yani
sekalipun.Kau isteri Hariz,kau ada hak ke atas dia!”Sara bersuara tegas.Dia
mahu melihat rakannya bahagia di dalam perkahwinan ini.Dia pasti rakannya boleh
meraih cinta Hariz walaupun dia tahu lelaki itu masih mencintai rakannya yang
seorang lagi.
“Tapi kau tahukan Hariz cintakan Yani.Takkanla aku nak
rosakkan kebahagian dia?Kau kena faham tu!”Ila masih bertegas dengan
keutusannya tidak mahu memberi tahu perkara sebenar kepada Haryani.
“Habis tu kebahagian kau tu macam mana?”
Ila terus terdiam,tidak tahu aa
yang harus dia jawab.
Macam mana kebahagian aku?Betul
kata Sara,aku berhak ke atas Hariz,dia suami aku!Aku nak hidup bahagia dengan
dia!Laungnya dalam hati,tak mampu meluahkannya.
“Kalau aku jadi kau la,aku
bagi tahu je Yani tu.Biar dia jauh-jauh dari Hariz,biar dia tahu yang kau tu
isteri kekasih dia!”Ujar Sara seolah-olah geram.Dia bukannya geramkan
Haryani,tapi Hariz.Dah jadi suami orang pun,masih mahukan perempuan
lain!Sebenarnya dia kesal dengan sikap lelaki itu yang pentingkan diri.Tapi
masih terlalu awal untuk Hariz melupakan Haryani,jadi dia haruslah diberi masa
untuk melupakan Haryani dan belajar menerima Ila sebagai isterinya.
“Isy,kau ni…kejam tahu
tak.Dahla,aku malas nak bahas hal ni.Lagipun ini masalah aku dengan
dia.Jadi,kau tak payahla nak masuk campur.”Ila bingkas bangun dan terus
berlalu.Lagi lama di disitu,lagi rungsing dia difikirkan.
Sara sedikit tersinggung dengan
ujaran itu.Dia tahu,siapala dia untuk masuk campur dalam masalah ini,tapi
sebagai rakan dia merasa bertanggungjawab untuk membantu rakannya.Tak salahkan
kalau dia memberi pendapat.Walaupun kadang-kadang pendapat itu terlalu
melampau.Niatnya cuma untuk menolong rakannya.
Ila duduk tersandar di atas kerusi
empuk miliknya.Kepalanya terdongak ke atas memandang siling bilik yang
kosong.Dia menghela nafas berat.Fikirannya memikirkan kata-kata Sara sebentar
tadi.Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Sara.Dia berhak ke atas Hariz,jadi
tak salahkan kalau dia memberitahu Haryani perkara yang sebenar.Tapi sanggup ke
dia melukakan sekeping hati insan lain yang begitu mencintai suamiya?Hatinya
tertanya-tanya,haruskah dia bertindak ataupun hanya membutakan mata,mentulikan
telinga dengan apa yang berlaku?
Aku dah janji dengan Hariz.Tapi aku
sayangkan dia,aku tak nak kehilangan dia…Ya Allah,apa yang harus aku lakukan
sekarang.
TIGA bulan berlalu…keadaan betul memenatkannya.Dia letih
melihat lakonan Hariz dan Ila di hadapannnya.Mereka berpura-pura seolah tiada
apa yang berlaku diantara mereka.Haryani cuba menjauh dari lelaki bernama
Hariz,tapi semakin dia menjauh semakin galak lelaki itu mengejarnya.Dia letih
dengan kerenah lelaki itu.Sudah dia beri amaran jangan dekati dia,tetapi lelaki
itu tetap degil.Sudah dia beri penjelasan yang dia tidak mahu merampas suami
orang,apatah lagi merampas kasih sayang yag sebenarnya lebih layak untuk
perempuan lain.Kini,satu-satunya lelaki yang dapat menyelamatkannya adalah
Razman,lelaki yang sekarang berada dihadapannya.
“Hujung minggu depan awak
free tak?”Soal Razman ketika mereka sedang menikmati makan tengah hari
bersama-sama.Matanya merenung wajah Haryani penuh harapan agar gadis itu
bersetuju.
“Kenapa?”
“Saya ingat nak ajak awak
keluar jalan-jalan.”Jawab Razman lancar dalam gugup.Sememangnya itulah
tujuannya.Ingin mengajak gadis itu berjalan-jalan berdua dengannya.Seolah-olah
mereka adalah pasangan kekasih.
Haryani tergelak kecil.Entah apala
yang melucukannya.Dia sudah seperti mengagak apa yang hendak dikatakan oleh
Razman.Sama ketika temu janjinya yang pertama bersama Hariz.Lelaki itu gugup
ketika hendak mengajaknya keluar.
Ah…Hariz lagi.
“Hmm…saya tak tahu lagi la
Raz.Kalau boleh saya kol awak.”Jawab Haryani menghadiahkan senyuman manis pada
lelaki itu.Dia tahu pasti Razman kecewa dengan jawapannya.Senyuman itu sekadar
hendak menyenangkan hati lelaki itu.
Razman tersenyum hambar.Dia tahu
itu pasti helah Haryani untuk mengelak darinya.Tapi sekurang-kurangnya dia
senang dengan perubahan gadis itu sekarang.Jika dulu mereka jarang meluangkan
masa bersama-sama,tapi sekarang mereka berdua lebih kerap bersama.Dia
sendiripun tidak tahu perkara apa yang telah merubah gadis itu.Tapi dia
betul-betul suka dengan perubahan baru ini.Sekurang-kurangnya dia tahu masih
ada peluang untuknya memenangi hati gadis kesayangannya.
“Okay,saya tunggu call
awak.Kalau tak,awak kena denda.”Razman ingin bergurau.Dia ingin melihat gadis
itu ketawa.Sungguh manja dan comel bila dilihat baginya.
Haryani ketawa kecil.Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya.Ada-ada aja lelaki ni…
“Oh ya!Awak nak denda
apa?”Jawab Haryani turut membalas gurauan itu.
Razman sedang memikirkan denda apa
yang paling tepat untuk gadis kesayangannya.Kemudian dia mendapat satu denda
yang betul-betul dia tidak sabar untuk mendengar jawapan gadis itu bila dia
usulkan denda yang paling istimewa ini.
“Awak kena kahwin dengan saya!”
“Oh,kalau macam tu saya
setuju sangat la.”Haryani tidak sedar dengan apa yang dia cakapkan.
‘Eh,apa yang aku cakap
ni?Bukan-bukan…’
“Apa awak cakap?Awak sudi
kahwin dengan saya?”Razman terkejut bercampur teruja dengan apa yang dikatakan
oleh gadis itu.
“Hah!Er…saya gurau je la
tadi.”Dia menampar kepalanya beberapa kali.Marah dengan dirinya sendiri kerana
menjawab soalan yang patut dia tidak jawab.
Bodoh,bodoh,bodoh betulla aku ni…
“Hmm,saya tahu.Awak dah
ada…”Belum sempat Razman menghabiskan ayatnya Haryani pantas memotong.
“Mana ada!Saya takdak
sapa-sapa pun.”Jawabnya pantas,seolah-olah sudah tahu apa yang bakal dikatakan
lelaki dihadapannya.Dia tidak mahu Razman mengalah dalam terus memenangi
hatinya.Walaupun dia dan Hariz baginya tiada lagi apa-apa hubungan,itu tidak
bermakna dia akan menutup pintu hatinya untuk lelaki lain.
Razman tersenyum.Dia betul-betul
mengharap apa yang dikatakan Haryani sebentar tadi akan menjadi kenyataan,gadis
itu sudi menjadi isterinya.Dia selalu mimpikan untuk membina satu keluarga
bahagia bersama Haryani.Gadis itu menjadi pujaannya sekian lama sejak mereka di
university lagi.Tapi dia hanya dapat memandang gadis itu dari jauh saja kerana
ada ‘minah gengster’ yang bersamanya.Lucu bila diingatkan kerenah Haryani
bersama rakan-rakannya,terutamanya Azie yang digelar ‘minah gangster’.
Hari yang indah sungguh
membahagiakan bagi lelaki bernama Razman.Makan berdua bersama gadis pujaan
sungguh menggembirakan hati lelakinya.Mata bertentang mata mendebarkan hati
yang sedang dilamun cinta.Hari yang mendatang diharapkan dapat memberi sinar
bahagia yang akan sentiasa bersinar.
“ARGHH…”Dia menjerit apabila lengannya ditarik
seseorang.Mulutnya pantas ditekup tidak mahu suaranya dapat didengari oleh
orang lain.Tangan sasa mula melingkari pinggangnya.Dengusan nafas yang sedang
keresahan betul-betul dekat dengan telinganya.Dadanya berdebar-debar
kencang,tidak tahu harus apa yang patut dia lakukan.Tubuhnya kaku lansung tidak
dapat bergerak.
Haryani memejamkan matanya.Tidak
sanggup melihat apa bakal berlaku.Dia sudah mula-mula teresak-esak.Dirinya
betul-betul ketakutan sekarang apabila lelaki tersebut mula mencium belakang
tengkuknya dan rambutnya.Dia ingin menjerit tetapi tidak terkeluar
suaranya,seolah-olah sedang dikawal.Tubuhnya semakin erat dalam pelukkan lelaki
itu.Siapa dia?
“Yani.”Suara garau
seseorang menerjahnya.
“Shh…awak jangan nangis
lagi.Saya ni,Iz.Awak tak perlu takut.”Sambungnya lagi dekat dengan telingan
Haryani.
Terbuka luas matanya apabila
mendengar suara itu.Cepat-cepat dia memaling menghadap lelaki itu untuk
mendapatkan kepastian.Betul,lelaki itu adalah Hariz.Pantas tangannya menolak
tubuh Hariz jauh darinya.Mati-mati dia ingat lelaki yang menyerangnya adalah
perogol bersiri yang kini sedang diburu pihak polis.Sudahla kawasan pakir bawah
tanah ini gelap dan hanya ada beberapa buah kereta saja.Dia seorang diri
disini.
“Apa yang awak buat
ni?!”Marah Haryani.Wajahnya yang basah dengan air mata dikesat kasar.Dia
betul-betul geram dengan tindakkan tidak wajar Hariz.
“Saya nak jumpa awak
Yani,saya betul-betul rindukan awak.I miss you…”Ucap Hariz lemah.Wajahnya
kelihatan tidak terurus dengan bulu-bulu halus yang mulai tumbuh disekitar
wajahnya.Dulu wajahnya sentiasa bersih.Tapi sekarang dia benar-benar kelihatan
seperti orang tengah putus cinta.Betul ke dia masih mencintai Haryani?
“Berapa kali saya dah
cakap,jangan ganggu saya.Faham!”Dia tegas dengan pendiriannya tidak akan
kembali kepada lelaki itu.Bukannya dia tidak kesian dengan Hariz,tapi ada
sesuatu yang menghalangnya.
“Tapi kenapa?!Saya dah
penat la Yani dengan semua ni.Saya tak faham dengan awak…apa yang awak
nak?”Hariz mencengkam kuat lengan Haryani.Matanya yang merah tajam merenung
gadis itu.
“Auww…sakitla!Lepas,lepasakan
saya!”Diaa meronta-ronta minta dilepaskan.Sakit akibat cengkaman itu membuatkan riak wajahnya berubah.
“Dah,awak jangan nak cakap banyak pulak!Cepat,ikut
saya!”Hariz pantas mengheret tubuh gadis itu.Tidak dihiraukan rontaan dan
rayuan Haryani.Hatinya sekarang benar-benar tengah sakit.Sudahla dirinya tidak
dihiraukan selama berbulan-bulan,baru sebentar tadi dia melihat kekasihnya
bersama lelaki lain.Nampak mesra.Panas juga hatinnya melihat kemesraan itu.
“Apa ni Iz?Sakit
la.Lepaskan saya,lepaskan!”Jeritnya lantang sambil cuba melepaskan dirinya.
Hariz masih tidak hiraukannya.Dia
terus memaksa gadis itu supaya mengikutnya.
“Jangan paksa saya boleh
tak?”Sambungnya lagi.
“Ada saya kisah!”Ujarnya
lantas menolak Haryani ke dalam keretanya.Dia sudah tidak tahan menunggu dan
hanya melihat perkara ini berlarutan.Hari ini juga dia harus menyelesaikan
segala kekusutan ini.Sebentar lagi,dia
ingin melamar gadis kesayangannya dan ingin berkahwin dalam masa terdekat
ini.Segala persiapan sudah dia siapkan.Dia tidak ingin kehilangan Haryani,dia
betul-betul takut sekiranya hal itu terjadi.Dia dapat rasakan gadis itu ingin
lari darinya,sebab itulah dia merancang semua ini.
Hariz memandu laju membelah
jalan.Haryani disebelahnya hanya membisu sambil matanya memandang kehadapan,mungkin
masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi.Tak sangka dirinya ‘diculik’ oleh
Hariz,kemana dia akan dibawa masih belum diketahui.Haryani berdoa dalam hati
agar Hariz tidak melakukan perkara buruk terhadapnya.
Nda taulah dgn lelaki ni.....nnt isteri menghilangkan diri....salahkan isteri pulak nusyuz, sedangkan salah sendiri tak ingat!!!!!
BalasPadamjalan cite yg bagus... teruskan berkarya.... kesian plak ngan ila.....
BalasPadambila nk sambung bab seterusnye.... da x sbr nk tunggu ni...
BalasPadamsorry kak...sya bru je blik from KL,smnggu duk sna.esok nak exam,tp insyaAllah sya akan cuba post next n3.
Padam