MENGGAPAI CINTAMU
1.JAM berdenting pada angka dua
belas.Malam semakin tua,tapi dia masih setia menunggu suami tercinta yang masih
belum jua pulang.Mata sudah mulai kuyu,tetapi digagahkannya juga supaya terus
berjaga.Dia tidak mahu nanti suaminya pulang dan melihatnya sudah tidur.Lagipun
makan malam sudah siap terhidang,mana tahu suaminya masih belum makan.Zahra
menguap untuk sekelian kalinya.Matanya tertinjau-tinjau kearah luar tingkap.
'Haisy,mana dia ni?Aku dah mengantuk,tapi dia
tak balik-balik lagi.'Bisik hati kecilnya.
Itulah rutin
harianya,setiap malam menunggu suami yang pulang setiap lewat malam.Pagi pula
dia ditinggalkan suami dalam keadaan dia masih lena dibuai mimpi.Rasanya dalam
sehari tu,jarang sekali bertemu muka,kadang-kadang Zahra langsung tidak
berpeluang bertemu dengan suaminya.Cuma hari minggu saja dia dapat meluangkan
masa bersama suaminya,itupun belum tentu lagi kerana suaminya lebih banyak
meluangkan masa bersama rakan-rakanya.
Tiba-tiba kedengaran
pintu pagar rumah dibuka secara automatik,Zahra yang mulai terlena terus
berdiri.Dia terus meluru kearah pintu rumah demi menyambut kepulangan suaminya.
Hairie
mengeliat,meregangkan tubuhnya yang terasa letih kerana bekerja seharian.Dia
melihat Zahra sudah tercegat di depan pintu sambil tersenyum manis padanya,dia
membalas senyuman itu hambar.Zahra mengambil briefcase dan kot hitam dari
tangan suaminya.
"Saya
dah siapkan makanan,abang makan tak lagi?"Soalnya lembut sebagai layaknya
suami menerima layanan sebegitu dari seorang isteri.
"Zara
makan tak lagi?"Tanya Hairie semula.Nama Zahra di pendekan menjadi Zara
agar mudah baginya menyebut nama isteri yang dinikahinya dua tahu lepas.Dia
tahu Zahra belum makan,sudah tabiat isterinya suka menungunya pulang terlebih
dahulu walaupun isterinya tahu dia akan pulang lewat malam.
Zahra geleng
kepala.Dia tersenyum,dengan manjanya dia memeluk erat tangan suaminya lalu
dibawa ke ruang makan.Dia ingin makan bersama Hairie.
Hairie tidak dapat
menghalang perlakuan isterinya,walaupun dia ingin.Tak dinafikan Zahra seorang yang
manja dan lemah lembut.Pada awal pernikahan mereka,memang dia agak kekok,tapi
lama-lama dia sudah terbiasa.
Hairie hanya
menjamah sedikit saja makanan itu memandangkan dia sudah kenyang.Sebelum pulang
ke rumah dia sudah mengisi perutnya di sebuah restoran 24 jam.Selepas itu dia
terus naik keatas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu
isyak.Zahra yang ditinggalkan keseorangan agak terkilan dengan perbuatan
suaminya.
########################################################################
2."ABANG,jom
teman saya pergi shopping?Dah lama kita tak keluar sama-sama."Ujar Zahra
manja,dia melentukkan kepalanya dibahu suaminya sambil memeluk
suaminya.Memandangkan hari ini hujung minggu sebab itu dia mengajak Hairie
keluar.
"Abang
dah janji nak jumpa Ramzan.Tak boleh ke Zara pergi sendiri?"Jawab Hairie
acuh tak acuh.Malas melayan isterinya.Sebenarnya dia tiada janji dengan
mana-mana temannya,tapi saja dia carikan alasan supaya dapat mengelak dari
keluar bersama isterinya.
Zahra tarik muka
masam,serta merta dia melepaskan pelukannya.
'Isy...asyik-asyik
keluar,asyik-asyik keluar,benci betulla!Aku nak bermanja dengan dia pun tak
bagi chance.Tahula aku ni bukan isteri pilihan.'
Dua tahun mereka
menjalani kehidupan berumah tangga,tapi bagi Zahra dia langsung tidak dapat
merasakan kemanisan hidup sebagai isteri.Hubungannya dengan Hairie
dingin,lelaki itu langsung tidak berusaha mencintai dirinya,sedangkan dia sudah
lama mencintai lelaki itu.Lelaki itu sering kali mengelak diri darinya.Salahkah
dia ingin mendapatkan haknya sebagai isteri yang sudah lama diabaikan oleh
Hairie?Dia tahu,dia bukan wanita yang menjadi pilihan suaminya dan dia juga tahu suaminya sedang menanti seseorang
dalam hidupnya,yang pasti gadis itu mendapat kedudukan yang paling istimewa
dalam hati suaminya.Cinta yang bertepuk sebelah tangan kadang-kadang membuat
dirinya hampir tewas dalam memepertahankan ikatan perkahwinan ini.
Zahra mengeluh.
"Ala...nanti-nantila
abang jumpa dia,esokkan boleh.Hari ni temanla saya pergi shopping."Pujuk
Zahra lagi.Dia tidak mahu mengalah.
"Tak
bolehla,abang dah janji dengan dia dari minggu lepas lagi."Hairie juga
tidak mahu mengalah.
Setelah sekian detik
masing-masing saling jawab menjawab,akhirnya Zahra terpaksa juga beralah.Memang
hatinya sedikit terguris,tapi dia masih mampu bersabar walaupun sudah dua tahun
dia yang menahan rasa ini.Dia percaya semua ini pasti ada hikmahnya.
*************************
PENAT
dia berjalan akhirnya dia duduk disebuah bangku panjang sememangnya disediakan
oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut.Matanya memandang
orang-orang yang datang berkunjung ke pusat membeli-belah tersebut.Ada yang
muda,ada yang tua,ada yang datang bersama keluarga,ada yang datang bersama
rakan-rakan dan ada juga yang datang bersama kekasih.Yang sakit matanya kerana
memandang pasangan kekasih yang tanpa segan silu berpelukan sambil berpegang
tangan di tempat awam seperti ini.Kebanyakan masih muda dan belum
berkahwin.Haisy...inilah masalah anak muda zaman sekarang,dah tahu diri tu tak
boleh tahan nafsu,kahwinla cepat-cepatkan senang.Zaman sekarang ni bukannya
tiada orang yang kahwin muda,antaranya Zahra.Dalam usia yang masih muda dan
ketika itu baru saja menamatkan pelajaran dia sudah disuruh kahwin.Alhamdulillah,dia
dapat menerima Hairie sebagai suaminya.Sebenarnya sebelum mereka disatukan,dia
sudah berkenalan dengan Hairie.Hairie adalah sahabat kakaknya,mereka berkenalan
ketika satu makan malam yang diadakan dirumahnya,ketika
itula dia bertemu dengan Hairie.Memang tidak dinafikan cintanya berputik ketika
kali pertama memadang lelaki itu.Apabila keluarga Hairie datang melamarnya,dia
terus bersetuju.
Dia melirik pada jam
tangan yang tersemat kemas dipergelangan tanganya.Jarum sudah berginjak keangka
dua.Segera dia bangun ingin pulang ke rumah dan seterusnya menunaikan solat
zohor.Hari ini dia tidak perlu masak memandangkan Hairie tidak akan makan
dirumah.Lagipun niatnya ingin pergi ke rumah orang tuanya.Sudah lama dia tidak
pergi menjenguk mereka,rasa rindu pula.
Kereta yang dipandu
Zahra meluncur laju di atas jalan raya.Lagu nyanyian Alya berkumandang memenuhi
ruang keretanya.
########################################################################
3.LAUK gulai labu
kegemaranya terhidang di atas meja.Zahra makan sambil ditemani oleh ibunya,Puan
Fatimah.Rezekinya hari ini untuk merasa makanan kegemaranya,ibunya macam
tahu-tahu aja yang dia nak datang hari ini.Agak lahap juga di makan hingga
ditegur oleh ibunya.
"Zahra,Zahra...datang
makan sini suami kamu makan apa?"Soal Puan Fatimah ketika mereka sedang
berehat di taman mini milikya.
"Abang
Hairie hari ini dia makan dekat luar,dengan kawan dia."Jawab Zahra tenang
sambil matanya tertumpu pada bunga-bunga yang ditanam ibunya.
"Oh,Zahra
gaduh dengan Hairie ke?"
"Hah?Gaduh?Isy,ibu
ni...kesitu pulak.Mana ada,kitorang baik je la.Kenapa ibu tanya macam tu?"
Zahra agak terkejut
bila ibunya menyoal dengan soalan itu.
"Tak
de la,ibu tanya je.Selalunya Zahra datang sini dengan Hairie,hari ni sorang
pulak."
Zahra cuma
tersenyum.Puan Fatimah tidak tahu bagaimana hubungan mereka yang sebenar,selama
ini dia dan Hairie cuma pura-pura bahagia didepan mereka supaya rahsia ini
tidak terbongkar.
"Oh
ye,ibu.Kak Rina apa khabar?"
Zahra teringatkan
kakaknya,Rina.Sudah hampir tiga tahun mereka tidak bertemu.Selepas penceraian
kakaknya dengan bekas abang iparnya kakaknya terus membawa diri bersama bayi
lelakinya yang ketika itu baru beberapa bulan ke luar negara.Ketika
perkahwinannya bersama Hairie dulu pun kakaknya tidak pulang,cuma ucapan
tahniah dan hadiah saja yang dikirimkan.
"Sebut
pasal kakak kamu,baru ibu teringat.Hari tu Rina call ibu,dia cakap nak balik
Malaysia minggu depan."
"What?Next
week?Arrghh..."Zahra menjerit gembira sambil melompat-lompat kegembiraan,rindunya
pada kakaknya tidak terkira,dia tidak sabar ingin bertemu dengan Rina dan si
comel yang kini berusia tiga tahun.
"Dia
terus duduk sini?Tak balik sana dah kan?"Teka Zahra.
Puan Fatimah cuma
tersenyum dan menanggukan kepala.Sekali lagi Zahra melompat-lompat gembira.
Dalam kepalanya
sudah mulai merancang pelbagai perkara yang ingin dilakukan bersama
kakaknya.Macam dulu-dulu,tengok wayang,buat kerja gila sama-sama dan
macam-macam lagi la.Dia teringatkan suaminya,pasti Hairie akan gembira juga
kerana dapat bertemu dengan Rina.Kawan lama yang sudah lama tidak bertemu.
########################################################################
4.ZAHRA
menghampiri suaminya yang sedang menonton televisyen secara perlahan-lahan dari
belakang,kemudian dia terus memeluk leher suaminya.Kemudian dia menghadiahkan
sebuah ciuman di pipi Hairie.
Hairie agak
terkejut,tapi dibiarkan saja.Dia masih tidak menghiraukan Zahra.
"Abang,nak
tahu tak?"
"Tahu
apa?"
"Hehehe....benda
ni special tau,mesti abang tak sabar nak jumpa dia."Zahra masih belum
memberitahu siapa yang dimaksudkannya kepada Hairie.
"Sapa?"Soal
Hairie ingin tahu.
"Kak
Rina!Dia nak balik next week,dia akan menetap di Malaysia terus."Ujar
Zahra penuh gembira.
Hairie
tersentak,serta merta riak wajahnya berubah bila nama Rina menyapa
telinganya.Dia memandang Zahra tidak berkelip-kelip,terselit rasa gembira.
"Kenapa
tiba-tiba dia balik?"
"Isy,abang
ni.Biarla,kita tumpang gembira.Mungkin dia dah lupakan abang Farhan."Farhan
ialah bekas abang iparnya.
"Hmm...agaknyala."
Zahra memandang
wajah suaminya,riak gembira yang terpamer diwajah suaminya sebentar berubah
tegang bila nama Farhan disebut.Zahra malas ambil pusing hal itu,bukannya
penting pun.Akhirnya dia turut serta menyertai suaminya menonton
televisyen.Sesekali mereka berbual,sesekali mereka menyepi,terasa asing bila
berdua begini biarpun sudah dua tahun menjadi suami isteri.
*********************************
ZAHRA
mengenakan sehelai jubah hitam dan digandingkan dengan tudung yang bewarna
unggu.Kulitnya yang sememangnya putih gebu menyerlahkan lagi
kecantikkanya.Bibir yang merekah bak delima itu cuma disapu dengan gincu yang
berwarna merah jambu.Setelah puas membelek dirinya dibalik cermin dan puas dengan
penampilannya malam itu barula dia melangkah keluar dari bilik.
Hairie yang sejak
tadi menanti kedatangan isterinya cuma tersenyum kearah Zahra.Memang tidak
dinafikan isterinya memang seorang yang cantik tapi belum cukup untuk
membuatkannya jatuh cinta.Cintanya pada bekas kekasih masih utuh biarpun
hubungan mereka sudah lama terputus,bahkan kekasihnya turut sudah berkahwin dan
mempunyai seorang anak.Tapi cinta itu tidak pernah hilang dari hatinya.
"Zara
janji dengan ibu pukul berapa nak datang?"Soal Hairie sewaktu mereka
berada di dalam kereta.
"Pukul
9."
'Hurmm....sempat
lagi ni.'
"Abang
nak pergi beli souvenir untuk Rina dulu."
'Hah?Hmmm,aku yang
isteri dia ni pun tak pernah dapat hadiah,inikan kak ipar dia pula yang
dapat.Nasib,nasib...'
Zahra tidak
membantah,dia tidak punya hak untuk menghalang kehendak Hairie.Hairie ada hak
untuk berbuat apa saja,lagipun suaminya bukan menggunakan wangnya untuk
membeli.
Mereka tiba di ruamh
Puan Fatimah tepat seperti yang dijanjikan.Zahra sudah tersenyum,Hairie pula
berdebar.Kedatangan mereka disambut baik oleh Puan Fatimah dan si comel yang
bernama Irfan.Dia tahu itu anak Kak Rina,tapi bayang kakaknya masih tidak
kelihatan.
"Ibu,mana
kak Rina?"Tanya Zahra sambil tertinjau menncari kakaknya.
"Dia
pergi toilet kejap."
"Oh..."
Mata Zahra beralih
pula pada Irfan.Zahra menghampiri Irfan yang duduk di atas sofa.
"Hai
Irfan,Irfan makan tak lagi?"Soal Zahra lembut.Naluri keibuan ada padanya
walaupun dia pernah belum pernah menjadi seorang ibu.
Geleng.
"Tunggu
aunty datang ke?"
"Aaa...nenek
catap."
Zahra ketawa
kecil,terasa lucu bila Irfan yang sudah berusia tiga tahun masih pelat untuk
berbicara.
"Zahra!"Tiba-tiba
dia terdengar suara kakaknya menjerit memanggil namanya.
Mereka berpelukkan
agak lama,melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.Bibir mereka tersenyum
lebar menggambarkan betapa gembiranya mereka.
"Kak
Rina apa khabar?"Soalnya setelah beberapa detik mereka diam.
"Akak,sihat.Zahra
macam mana?Akak rindu dekat Zahra sangat."
"Tu la
akak...dah rindu tak nak balik.Zahra pun rindu dengan Kak Rina.How your life
dekat London?"
"Semua
okay je."
Harie menghampiri
Rina.Semasa berbual dengan ibu mentuanya dia melihat Rina dan Zahra berpelukkan
dan berbual pendek.Hatinya berdebar,sudah lama mereka tidak bertentang
mata.Hari ini Allah makbulkan doanya untuk bertemu dengan Rina.Rindu yang
menggunung untuk kakak iparnya a.k.a bekas kekasih dapat dilepmpiaskan hari
ini.
"Rina."Serunya
lembut.
"Hairie?"Rina
agak terkejut,tapi dia tetap menghadiahkan sebuah senyuman untuk lelaki itu.
"Nah,this
for you."Hairie menghulurkan hadiah yang bersaiz sederhana besar yang
dibelinya tadi.
"Oh,thanks."Dalam
gugup,Rina sambut jua hadiah yang dihulur.
"Akak,kalau
akak nak tahu.Abang Hairie ni memang rindu gila dengan akak,sebab tu la tadi
kitorang tergesa-gesa beli hadiah tadi."Sampuk Zahra apabila melihat
suaminya dan Rina seperti kekok untuk berbicara.
"Isy
adik ni,kesitu pulak."
"Ala...betul.Betul
tak abang?"
Hairie cuma angguk
sambil tersenyum mengiakan apa yang dikatakan oleh isterinya.Zahra menghampiri
suaminya lalu memaut erat lengan suaminya.
"Bestkan
dapat jumpa kawan lama?"
"Rina,Zahra
ajak suami kamu makan."Panggil Puan Fatimah dari meja makan.
Rina menghela nafas
lega,nasib baiklah ibunya bersuara.Kalau tidak manala nak diletaknya wajahnya
yang sejak tadi menjadi tatapan Hairie.Nasib baiklah Zahra tidak perasan.
########################################################################
5.LIMA BULAN
berlalu dengan pantas.Rina kini sudah mulai bekerja di syarikat milik keluarga
Hairie.Hairie menawarnya untuk bekerja disitu,pada mulanya dia menolak tetapi
setelah dipujuk oleh Zahra barula dia terima.Zahra tidak tahu sebenarnya Hairie
dan Rina adalah bekas kekasih,kalau dia tahu bagaimana agaknya reaksi
dia?Hairie pula semakin hari semakin dekat dengan Rina walaupun kakak iparnya
cuba menghindar darinya.Tidak dinafikan dia masih mencintai Rina dan juga
terfikir untuk bersama semula.Tetapi hubungan mereka hubungan terlarang,dia
harus memilih antara Rina ataupun Zahra.
Rina yang bekerja di
bawah satu bumbung dengan Hairie agak kekok bila mereka bertemu,tambahan pula
Hairie memang sengaja mengwujudkan pertemuan mereka.Dia tahu Hairie masih
mencintainya biarpun dia tahu Rina kini adalah kakak iparnya.Setiap pagi pasti
ada saja bunga dan bungkusan coklat yang dikirimkan padanya,pengirim yang
bernama 'H' sudah tentu Hairie.Seperti di universiti dulu,nama 'H' sudah
terbiasa menjadi nama pengirim surat cinta Hairie.
"Rina."
Rina tersentak
apabila namanya dipanggil oleh seseorang.Dia memandang wajah teman sekerjanya
yang sudah tersembul di depan pintu biliknya.
"Oh,Laila.Ada
apa?"
"Jom
lunch!"
"Okay."Rina
mencapai tas tangannya dan ingin melangkah pergi,tapi sekali lagi namanya
diseru.Dia kenal suara itu dan dia tak ingin orang itu berada disitu.
"Jom
lunch."Hairie mengajak Rina makan tengah hari bersama senyuman yang
melebar di bibirnya.
"Err...I
dan Laila dah nak pergi lunch ni."
"Encik
Hairie join la kami sekali."Sampuk Laila pula.
"Oh,tak
pe.Saya sebenarnya nak ajak Rina sebab lepas lunch nanti kami kena pergi jumpa
client.Awak tak kisahkan kalau lunch dengan orang lain."
"Oh,ye
ke.Tak pe la Rina,awak pergi la.Lagipun saya boleh makan dengan kawan yang
lain."
Rina terpaksa
akur.Ni semua mesti helah Hairie saja.Geramnya!Akhirnya dia mengikuti Hairie
jua.Laila menghampiri rakan-rakan sekerjanya yang lain.
"Mana
Rina?"Tanya salah seorang dari mereka.
"Dia
pergi lunch dengan bos la."
"Hurmmm,dah
agak dah.Mesti diorang berdua je."
"Hai,jeles
ke?"
"Bukan
jeles la,cuma aku...syak je."Jawab Rose yang merupakan pekerja terlama
disitu.
"Kau
syak apa?"
"Yang
diorang tu ada affair balik!"
"Hah?Kau
biar betul?Kau jangan nak buat fitnah pulak.Encik Hairie tu dah ada isteri dan
Cik Rina tu kakak ipar dia."Laila agak terkejut.Mana mungkin bos mereka
ada hubungan dengan Rina,sedangkan mereka kakak dan adik ipar.Mana boleh
kahwin.
"Aku
cuma cakap saja,manala tahu cinta lama dah berputik kembali."
"Apa
maksud kau?"Soal Laila yang agak kebingungan.
"Ni
hah aku nak story dekat korang.Kalau nak tahu,bos kita tu pernah bercinta
dengan Rina sebelum dia kahwin dengan adik Rina tu."
"Apa?!!!"Mereka
semua menjerit terkejut.Masing-masing tidak percaya dengan apa yang dikatakan
oleh Rose.Tapi setelah diberi bukti yang sahih dan kukuh barula mereka
mempercayainya.
***********************************************
RINA
terbaring lemah di atas katil sementara menunggu waktu maghrib.Kemudian dia
akan bersiap untuk keluar.Semuanya gara-gara kejadian siang tadi,kalau tidak
mungkin sekarang dia sedang jalan-jalan di mall bersama puterinya.Dia kesal
dengan Hairie,kenapa lelaki itu tak pernah faham perasaanya?Dia rasa bersalah
pada adiknya apatah lagi dengan perbuatan Hairie yang lagaknya seperti masih
orang yang belum punya isteri.Rina rimas,dia memikirkan cara untuk menghentikan
Hairie daripada perbuatanya.Malam ini adalah malam penamatnya,dia tak sanggup
menanggung perasaan bersalah ini lagi.Biarlah dia kecewa asalkan adiknya
bahagia.
"Mama."Suara
manja anaknya memangilnya.
Rina tersentak,baru
dia sedar anaknya sudah berada disebelahnya sambil memeluk bantal busuknya.
"Mama,Ifan
na papa."
Papa yang
dimaksudkan Irfan ialah Hairie.Dalam diam lelaki itu telah mula rapat dengan
anaknya hingga anaknya jatuh sayang dengan Hairie.Hinggakan Irfan mahu
menggelarnya papa.Mungkin kerana selama tempoh tiga tahun dia membesarkan Irfan
tanpa kasih sayang seorang bapa,bila bertemu dengan Hairie dia jadi teruja.Nasib
baiklah Zahra tidak mengesyaki apa-apa tentang hal ini,malah dia turut setuju.
"Papa
dekat rumah aunty Zahra la.Esok je la sayang,ek?"
Irfan menggelengkan
kepalanya.
"Ifan
na papa setarang jugak."
Haisy,geram pula dia
melayan si kecil yang belum mengerti.Nasib baiklah kebetulan Hairie
menelefonnya.Dia cuma melihat kerenah anaknya ketika mereka berbual.Setelah
beberapa minit barula telefon itu diserahkan padanya.
"Awak
dah bersiap ke?"Soalan pertama yang menerjah telinganya.
"Belum,kejap
lagi."Jawab Rina acuh tak acuh.
"Hmmm,okay
la.Nanti kita jumpa lagi.Asslamualaikum."
Selepas menjawab
salam panggilan terus diputuskan.Rina mengeluh.Dalam keadaan malas,Rina bangun
juga dan terus menuju ke bilik air.
*************************************************************
ZAHRA
memerhatikan suaminya yang sedang bersiap dan ingin keluar semula selepas
pulang dari kerja.Suaminya nampak kacak dan wajahnya penuh kegembiraan.Sama
seperti tiga tahun lalu sewaktu awal pertemuan mereka dahulu.Tapi semuanya
hilang setelah berkahwin dengannya.Ya,dia tahu itu!Suaminya tidak bahagia
berkahwin dengannya.Sejak kebelakangan ini suaminya telah berubah hidupnya
lebih ceria.Dia sendiri tertanya-tanya sebabnya.Adakah perempuan yang ditunggu
suaminya selama ini telah pulang?Sekiranya benar telahannya dia bersedia
seandainya suaminya ingin berkahwin dengan perempuan itu.Soal bermadu ini sudah
lama dia fikirkan biarpun hatinya akan terluka,baginya biar terluka asalkan
Hairie tidak tinggalkannya.Baginya Hairie adalah segalanya.
"Abang
nak keluar jumpa kawan,mungkin balik lambat sikit."Ujar Hairie mematikan
lamunan Zahra.
Zahra memandang
suaminya,jumpa kawan ke girlfriend?Selama ini Hairie tidak pernah mempedulikan
imejnya bila ingin bertemu dengan kawan-kawanya,tapi malam ni lain
semacam.Minyak entah berapa botol.
"Abang
taknak makan dulu ke?"
"Tak
kut,malam nanti mungkin."
Zahra mengeluh dalam
hati.
'Dulu selalu balik
lewat,bila dah balik awal macam ni nak keluar pula.Masakan aku sapa nak
makan?Asyik-asyik tong sampah juga yang dapat habuan.'
Entah ke berapa kali
dia dikecewakan oleh suaminya.Jarang sekali Hairie ingin cuba
masakkannya.Apsal,teruk sangat ke?!
"Ikut
suka hati abang la."Ujarnya akhirnya kemudian dia terus melangkah keluar.
Hairie tidak
menghiraukan isterinya.Dia terus mencapai kunci kereta dan melangkah pergi.Tak
sabar rasanya ingin bertemu dengan Rina.Dah lama dia rancang makan malam
ini,dia harap malam ini akan memberi seribu satu makna buat mereka berdua.
########################################################################
6. "I tak boleh terima you lagi,you dah jadi adik ipar
I,ingat tu!"Suaranya dikawal,dia tidak mahu melenting sebaliknya dia akan
cuba berlembut dengan Hairie supaya melupaknnya.
"No,I
tak boleh terima semua tu.Dua tahun I tunggu you Rina,kali ni I takkan lepaskan
you lagi."Ujar Hairie masih belum mahu melepaskan gemggamannya pada tangan
Rina.
"You
cakap apa je lah,you dengan I tetap tak boleh bersama."
"Sebab
Zahra?"
Hairie ketawa
kecil.Baginya hal itu kecil saja,boleh diuruskan dengan mudah.
"I
boleh ceraikan dia,lepas tu kita boleh kahwin.Lagipun Irfan pun dah anggap I
papa dia."
"What?Sanggup
you buat macam tu?You tau tak adik I cintakan you separuh mati.You tak kesian
ke dekat dia?"Rina tersentak bercampur terkejut,dia langsung tidak
menyangka bahawa Hairie sanggup bertindak begitu deminya.
"Kalau
selama dua tahun I tak hiraukan dia,takkan I tak sanggup ceraikan dia?Lagipun I
tak sanggup hidup macam ni lagi,I tak bahagia."
Rina
menggeleng-gelengkan kepalanya,kesal dengan sikap Hairie.
"I
takkan terima you Hairie,I takkan.I tak nak hancur kan adik I.Ini keputusan
muktamad I."
Selepas itu Rina
terus bangun meninggalkan Hairie biarpun lelaki itu berulang-ulang kali
memanggil namanya.
*****************************************************
ZAHRA
sengaja duduk di luar rumah pagi itu,mengambil angin sambil menjamu sarapan
pagi.Hairie yang ketika itu baru turun dan ingin bersarapan terus menuju ke
arah isterinya.Tanpa perasaan dia mengujarkan sesuatu.
"Lepas
sarapan ni tunggu abang dekat bilik bacaan,abang nak cakap sikit."Ujarnya
lalu pergi.
Zahra tersentak bila
ditegur begitu,tanpa salam tiba-tiba saja suaminya muncul.Dalam hati dia
sendiri tertanya-tanya,hal apa yang ingin dibincangkan suaminya.Dari riak wajah
suaminya yang serius itu menjelaskan lagi bahawa hal yang hendak dibicangkan
pasti sesuatu yang penting.Zahra berfikiran sejenak.Adakah Hairie ingin
memberitahunya tentang bakal madunya?
Lima minit sebelum
suaminya datang,Zahra sudah tercegat di dalam bilik itu.Dia kegelisahan,bilik
yang dingin ini terasa panas baginya.Dadanya berdebar kencang,rasa takut
tiba-tiba menjelma.Hairie masuk bersama wajah tenangnya,langsung tiada
perasaan.
"Abang
nak bincang apa?"Soalan pertama yang meluncur keluar dari mulutnya ketika
itu.
Hairie tidak pantas
menjawab sebaliknya,dia merenung wajah lembut Zahra lama.Bersediakah
sekarang?Hatinya tertanya.Tidak lama kemudian dia mengeluarkan sebuah sampul
surat berwarna coklat dari laci meja.Makin berdebar Zahra.
"Abang
nak Zara sign borang ni.Abang buat keputusan ni demi kebaikkan kita
semua."Jawab Hairie tenang.Sampul surat itu perlahan-lahan diletakkan
didepan Zahra.
'Surat poligami
ke?Ya Allah,tenangkanlah hati ku ini.'
Merah padam wajahnya
ketika itu bila terpandang butir-butir surat tersebut tidak sama langsung
dengan apa yang dia fikirkan tadi.Bukan surat poligami tapi sebaliknya surat
penceraian.Air matanya sudah bertakung ditubir mata,kepalanya tertunduk tidak
sanggup memandang wajah suaminya.
"Kenapa
ni bang?Kalau Zara ada buat silap atau salah,Zara minta maaf.Tapi,tolonglah
jangan sampai bercerai."Suaranya separuh merayu,air matanya berjuraian
membasahi pipinya.Tak sanggup dia berpisah dengan Hairie.
Hairie tidak
menjawab.Hairie sendiri terkejut bila isterinya menangis begitu,kali pertama
dia melihat Zahra begitu adalah pada malam perkahwinan mereka dan ini kali
kedua.
"Abang
tolonglah jangan ceraikan Zara.Zara sayangkan abang,Zara tak sanggup nak pisah
dengan abang."Sekali Zahra merayu kali ini dia terus melutut dihadapan
Hairie.Zahra semakin takut bila Hairie asyik membisu.Adakah Hairie tetap dengan
keputusannya?
"Abang
tolonglah jawab...Za...Zara tahu abang tak cintakan Zara,abang tak bahagia
dengan Zara,tapi tolonglah jangan tinggalkan Zara.Zara tak kisah kalau abang
nak bahagia dengan sapa pun,kahwin dengan sapa pun,Zara izinkan."Zahra
cuba meyakinkan suaminya.
"Tak
boleh Zara...a...abang kena ceraikan Zara dulu."
Zara semakin tak
keharuan,makin lebat air matanya.Sendunya tida dapat dikawal lagi.Tega Hairie
buatnya begitu.Dua tahun dia sabar mencintai Hairie biarpun suaminya langsung
tidak mencintainya,dia harap sangat suatu Hairie akan terbuka hatinya,tapi
adakah ini penamat bagi segalanya?
"Sapa
bang perempuan tu?Biar...Zara pergi pujuk dia."Zahra masih tidak putus
asa.Biarpun dia terpaksa merayu pada kekasih suaminya,dia sanggup.
Hairie serba salah
ingin meberitahu Zahra siapa perempuan tersebut.Hatinya sedikit tersentuh bila
melihat kesungguhan Zahra memujuknya.Tapi,mana mungkin dia memilikki dua
beradik dalam satu masa.
"Kita
harus bercerai,baru abang dapat kahwin dengan dia."
Hairie terlalu
berterus terang.Hati Zahra terluka buat keseribuan kalinya.Tak sedarkan Hairie
yang dia sudah melukai sekeping hati milik Zahra?Sudah banyak luka hadir kerana
lelaki itu.Benteng ketabahannya diuji lagi,tapi kali ini lebih teruk.
"Kenapa?Kenapa
bang?!"
'Ya Allah,adakah aku
harus berterus terang dengan dia?Tapi kalau aku asyik berselindung,makin sukar
untuk aku bersama dengan Rina.'
"Dia
kakak Zara."Lemah suara Hairie menuturkan kata-katanya.
Terasa ingin
melayang tubuhnya ketika itu.Dia terduduk lemah di atas lantai.Terdiam disitu
tanpa suara.Makin lebat air matanya turun.Sanggup Rina mengkhianatinya.
'Ya Allah,kuatkanlah
hatiku ini.'
#######################################################################
7. PANGG!!!
penampar sulung dari Zahra singgah ke pipi kanan Rina.Rina terkedu,Puan Fatimah
pun sama.
"Sampai
hati kakak!Kakak ni memang perampas!."Jerit Zahra sekuat hati.Air matany
sejak tadi tidak lekang dari membanjiri pipinya.
Rina diam tidak
terkutik,dia faham maksud adiknya.Pasti Hairie sudah menyatakan sesuatu pada
adiknya.Memang salahnya juga kerana tidak memberitahu perkara sebenar kepada
Zahra.
"Zahra!Apa
kamu buat ni?"Soal Puan Fatimah terkejut.
"Ibu
tanyala sendiri dengan anak kesayangan ibu ni,apa yang dia dah
buat."Akibat terlalu marah,Zahra hampir saja menengking ibunya.
"Za...kakak
tak dak apa-apa pun dengan Hairie.Adik jangan salah faham."Rina cuba menerangkan
situasi sebenar.Tapi Zahra seolah-olah tidak mahu menerimanya.
"Sudah
la kak,semuanya dah terang.Abang Hairie sendiri yang cakap...Puasla hati kakak
sekarang ni kan?!Tak lama lagi kitorang nak berpisah?!"
"Ya
Allah..."Puan Fatimah hampir saja terjelopok di atas lantai,tapi nasib
baik sempat disambut oleh Zahra.Ibunya mungkin terkejut akibat berita ni.
"Apa
dah jadi ni Zahra?Apa yang dah berlaku dalam rumah tangga kamu tu?"
Puan Fatimah hilang
punca.Adakah disebabkan anak?Zahra dan Hairie sudah dua tahun berkahwin,tapi
mereka tidak pernah dikurniakan anak lagi.Sebab inikah Hairie ingin berkahwin
dengan orang lain?
"Sebab
apa Zahra?Kamu mandul ke?"Desak Puan Fatimah apabila melihat Zahra hanya
mendiam.
Dia menggelengkan
kepalanya beberapa kali.Bukan dia mandul,tapi suaminya langsung tidak pernah
menyentuhnya.Erti kata lain dia masih dara.Dua tahun dia mencari jawapan
mengapa suaminya bertindak begitu,rupa-rupanya sebab Rina.Disebabkan kakaknya
juga lah dia tidak dapat menuntut haknya.
"Ni...ni
semua salah Zahra,ibu.Salah Zahra sebab kahwin dengan dia...abang Hairie tak
cintakan Zahra,dia...dia cintakan kak Rina."
Berat mulutnya ingin
mengatakan Hairie mencintai perempuan lain.Selama ini dia berbohong dengan
ibunya tentang hubungannya bersama Hairie.Segala ceritanya memang bohong,tapi
itulah angannya.Biarpun hidup angan-angan itu sudah cukup untuk mengembirakan
hatinya yang terluka.
"Zahra...akak
minta maaf,akak tak dak niat..."Belum sempat Rina menghabiskan
bicaranya,Zahra terus berlari keluar dari rumah,sempat juga Zahra meminta maaf
kepada ibu dan kakaknya.
************************************************************************
'Aku cintakan dia,aku tak sanggup nak lepaskan dia.Tapi
dia...dia...dia nak ceraikan aku.Kenapa?Kenapa?Apa yang kurang pada aku?Tak
cukup ke apa yang Zara buat pada abang?Ya Allah...kuatkanlah hatiku yang lemah
ini,kuatkanlah hatiku untuk melihat suamiku bersama dengan kakak ku.'
Tiba-tiba
saja,hatinya terasa benci pada Hairie.Kecewa yang amat sangat pada suaminya,perasaan
menyesal yang sebelum ini tiada kerana mengahwini Hairie muncul.Terasa dirinya
tiada maruah tika ini kerana mengsia-siakan masanya selama dua tahun ini merayu
kasih Hairie.
"Bodoh,bodoh,bodoh!Zara
benci abang!Benci!"Zahra menghentak-hentakkan kepalanya pada stereng
kereta.
Ketika itu Zahra
tidak sedar dia sedang memandu,ketika dia angkat kepala arah pemanduannya sudah
dituju pada sebatang pokok besar.Kereta yang dipandunya tidak sempat mengelak
lalu melanggar pokok tersebut.
************************************************************************
TIGA
MINGGU berlalu...
Zahra baru saja sedar dari koma.Selepas melakukan beberapa
pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya.Zahra menilik wajahnya di
cermin,ada beberapa calar tetapi tidak mencacatkan wajahnya.Cuma kepalanya saja
yang botak.Mungkin doktor telah mencukurnya ketika ingin melakukan
pembedahan,nasib baiklah dia berrtudung kalau tidak mau malu dia.
Tiba-tiba pintu wad
dikuak dari luar ibunya muncul bersama senyuman lebar.
"Bila
Zahra bangun?Maaflah,tadi ibu pergi beli makanan sikit."
Zahra
geleng.Alhamdulillah,kemalangan itu tidak mematikan memorinya.Dia masih ingat
siapa dirinya,keluarganya dan apa yang sudah berlaku.
"Zahra
nak makan?Biar ibu suapakan,ya?"
"Terima
kasih ibu."Ucapnya sambil ketawa kecil.
Sepanjang dirinya
terlantar dikoma,ibu dan Hairie yang bergilir-gilir datang menjaganya.Terasa
dirinya dihargai,tapi itu semua hanya untuk sementara.Tak lama lagi Hairie akan
menceraikannya.Hakikat itu yang harus dia terima.
'Sabarlah
Zahra,jodoh kau dengan dia tak dak.Mungkin dengan orang lain.'
#######################################################################
8. "KENAPA,tak
ceraikan saya lagi?Kan abang yang tak sabar sangat nak cerai?"Soal Zahra
malam itu.Ketika itu Hairie sudah bersedia untuk tidur,tapi terkejut dengan
pertanyaan isterinya.Dia menoleh memandang Zahra.
Zahra tidak
mempedulikan suaminya.Dia sendiri tertany-tanya mengapa Hairie belum
menceraikannya.Sudah seminggu sejak dia pulang Hairie masih belum menerima
apa-apa kata putus dari suaminya.Pulang dari hospital dia terus pergi ke rumah
ibunya,tapi dijemput oleh Hairie untuk pulang ke rumah mereka.Dia sendiri
hairan,mengapa suaminya melakukan semua itu?
"Kenapa
tak tidur lagi?Esokkan Zara nak kena bangun awal."Hairie kalau boleh tidak
mahu menimbulkan soal cerai.Kalau boleh dia tidak mahu bercerai dengan
isterinya.Mungkin hairan,tapi itulah keputusannya.Selepas Zahra kemalangan baru
la dia sedar betapa menyesalnya dia ketika itu.
"Tak
apa,saya dah biasa tidur lambat."
"Kalau
macam tu abang tidur dulu lah!"Jawab Hairie akhirnya.
"Abang...!Jangan
cuba nak mengelak dari saya pulak."Marah Zahra bila melihat Hairie tidak
mempedulikannya.
Hairie memejamkan
matanya walaupun namanya dipanggil beberapa kali.
'Maafkan abang
Zara...maafkan abang.Abang dah terlalu banyak berdosa dengan Zara.Abang nak
tebus balik kesalahan abang,abang nak bahagiakan Zara.Abang...abang...sayangkan
Zara,cintakan Zara.Abang buta Zara,buta untuk menilai cinta Zara.Abang
menyesal...masa Zara koma dulu,abang rindu sangat dengan Zara.Masa tu abang
cuba ignore aja perasaan ni,tapi makin lama,abang tak boleh lupakan Zara.Selama
dua tahun ni,Zara yang selalu isi kehidupan abang.Abang salah sebab abaikan
Zara.Bagilah peluang kedua untuk abang tebus balik kesalahan ni.'Hatinya
bermonolog sendiri.Walaupun matanya terpejam tapi sebenarnya dia masih belum
tidur.
"Isy
abang ni,tak apa...esok ada lagi."
************************************************************************
"ZARA
nak pergi mana pagi-pagi ni?"Soal Hairie apabila terpandang susuk tubuh
Zara.Zara kelihatan ayu dengan baju kurung moden berwarna biru lembut dan
dipadankan dengan sehelai tudung hijau.
"Oh,saya
lupa nak bagi tau abang.Hari ni saya ada interview dekat PJ."
'Hah?Interview?Zara
nak kerja ke?'
"Saya
ada minta kerja dekat beberapa syarikat,ni interview pertama saya."Sambung
Zara lagi sambil menyolek wajahnya.
"Zara
nak kerja?Zara kan baru balik dari hospital,mana baik lagi."Ujar Hairie
gusar dengan keadaan Zara.
"Mana
ada,saya okay dah."
"Kenapa
nak kerja?Duit belanja yang abang bagi tiap-tiap bulan tak cukup ke?Kalau tak
cukup abang boleh up lagi."
Zara menggelengkan
kepalannya.
"Bukan...saya
kerja untuk masa depan saya.Nanti kita cerai,saya nak makan apa?Sekarang ni
boleh la saya makan duit abang."
Ini adalah langkah
pertamanya untuk persediaan bercerai nanti.Selain itu sengaja dia ingin
sibukkan diri supaya dapat melupakan Hairie.Kalau boleh dia ingin buang
jauh-jauh perasaan cintanya pada Hairie.Dia tak ingin sakit hati
lagi.Sekurang-kurangnya nanti dia bersedia melihat kakaknya bersama Hairie.
'Zahra,Zahra...kenapalah awak asyik sibuk pasal cerai aja?Cuba la awak
sebut pasal lain.'
"Abang
tak benarkan...kalau Zara nak kerja juga,Zara kerja dengan abang."Jawab
Hairie tegas.
'What kerja dengan
dia?Isy...sengaja la tu.Nak sakitkan mata dan hati saya tengok abang dengan Kak
Rina.'
"Tak
nak la,saya nak kerja dengan orang lain lagi senang."
"No!Abang
bagi kata dua je,sama ada kerja dengan abang atau duduk rumah je."Hairie
terpaksa berkeras,kalau tida makin susah dia nak dekati Zahra.Sekarang ni pun
Zahra dah berubah tak macam dulu.Isterinya sekarang asyik melawan cakapnya
aja,kadang-kadang berani ingkar arahannya.Mana Zahra yang manja dulu?Lagipun
Hairie takut kalau Zahra mencari lelaki lain setelah apa yang berlaku.
"Eh
abang ni,suka hati saya la!Lagipun kita dah nak cerai,abang mana boleh
arah-arah saya macam dulu."Marah Zahra balik,geram dengan tindakan
Hairie.Suaminya sekarang dah makin garang pulak!
"Sapa
cakap abang nak cakap ceraikan Zara?"
"Abang
la!"
Hairie mengeluh lalu
memegang kedua belah bahu isterinya.
"Abang
masih suami Zara,selagi kita belum bercerai Zara wajib dengar kata
abang.Faham!"
Zahra tarik
muka,mulutnya muncung tanda dia tidak setuju dengan Hairie.Tapi apa yang
dicakapkan suaminya benar dan dia terpaksa turuti juga.Ikutkan hatinya kalau
boleh dia nak bercerai sekarang juga,tapi kuasa talakkan ada pada suaminya
saja.
"Okay,sekaran
ni Zara nak ikut abang ke?Nak duduk rumah?"
Zahra berfikir
sejenak.Rasanya lebih baik dia ikut suaminya saja,mana tahu dia dapat mencari
pengalaman bekerja sebelum bekerja dengan orang lain.Rancangannya,dia akan
bekerja dengan suaminya beberapa bulan saja kemudian dia akan berhenti dan mula
bekerja dengan orang lain.
"Ya
la,ya la...saya pergi dengan abang."
Hairie
tersenyum,lega hatinya bercampur gembira.
########################################################################
9. 'Selamat ulang tahun
yang ke 25 sayang...semoga Allah panjangkan umur sayang.Abang dah siapkan
kejutan untuk sayang,tapi sayang kena ikut arahan yang abang bagi tu.'
ZAHRA
membuka sehelai lagi kertas yang dia dapat bersama surat entah dari siapa.Dia
sendiri tak ingat hari ni hari lahirnya,tapi surat ni buat dia tertanya-tanya
siapa gerangannya.Di berteka sendiri.Hairie ke?Takkanlah suaminya langsung tak
pernah ingat hari lahirnya.Tapi surat ini lebih terarah kepada Hairie,siapa
lagi yang bahasakan diriya 'abang' selain Hairie.Dia manala ada abang.Tapi dia
terfikirkan seorang lagi,Encik Faizal.Lelaki itu meminatinya sejak pertemuaan
pertama mereka,tapi nasib baiklah dia sudah jelaskan status dirinya yang
sebenar kepada lelaki itu.
Arahan demi arahan
membawa dirinya ke sebuah banglo yang besar dan kawasannya agak terpencil dari
kawasan perumahan yang lain.Zahra gusar,antara nak masuk atau tidak.Pintu
gerbang banglo tu pula sudah sedia terbuka luas untuknya,seolah-olah ingin
menyambut kehadiranya ke situ.Rumah tersebut pulak terang benderang yang
pastinya berpenghuni.
'Nak masuk ke tak
ni,ek?'Hatinya bersoal sendir,mana tahu ada orang jahat yang senagaja nak
kenakan dia.Orang zaman sekarang ni mana boleh harap sangat.
Zahra tidak jadi masuk,dia
ingin pulang tetapi langkahnya berhenti bila namanya dipanggil.
"Abang!"Jerit
Zahra bila terpansang suaminya berlari-lari anak kearahnya.
"Zara,jom
masuk."Ajak Hairie sambil menarik tangan isterinya.
Zahra tidak sempat
menjawab,dia cuma mengikut langkahssuaminya masuk ke dalam rumah banglo
tadi.Wajah Hairie cerai dan gembira.
"Ada
apa ni bang?"Soal Zahra bila terpandang sebuah taman mini yang dihias
cantik dan ditengah-tengahnya ada sebuah ruang yang berbentuk hati yang disusun
menggunakan lilin.Buat seketika matanya terpukau dengan keindahan pemandangan
ini.Hatinya berlagu rindu ditambah lagi dengan suasana romantik begni.Hatinya
berdebar.
"Happy
birthday sayang."Ucap Hairie lalu menghadiahkan sebuah kucupan mesra
dipipi isterinya.
Zahra terkejut,tapi
tidak menghalang.
Hairie memimpin
tangan Zahra menuju ke ruangan cinta tersebut.Mereka duduk di atas rumput yang
halus dan lembut.
"Susah
tak cari tempat ni?"
"Rumah
sapa ni?"
Soalan yang dijawab
dengan soalan juga.
"Rumah
kita,dah lama abang beli rumah ni."
"Untuk
apa?"
"Untuk
kita tinggal dekat sini sayang,mulakan hidup baru."
"Kenapa
abang buat semua ni?Untuk sakitkan hati Zara?"Soalnya bersama linangan air
mata.
Apa tujuan Hairie
sebenar?Mahu buatnya jatuh cinta kembali kepadanya dan kemudian diceraikan
begitu saja?
"Shh...please
don't cry sayang.Abang buat semua ni untuk kita berdua...abang...abang cintakan
Zara."Gugup Hairie bila meluahkan perasaanya pada Zahra.
Zahra tersentak,dia
kurang percaya dengan penyataan suaminya.Habis tu macam mana dengan Rina?
"Abang
minta maaf Zara,selama ni abang dah sakitkan hati Zara.Abang abaikan perasaan
Zara hinggala Zara accident dulu...masa tu abang terkejut bila Zara accident.Zara
koma selama tiga minggu,masa tu baru abang sedar yang abang rindukan
Zara.Mula-mula abang cuba tak pedulikan perasaan abang,tapi lama-lama abang
rasa macam tak boleh tanpa Zara.Tiga minggu hidup abang rasa kosong,sepanjang
kita hidup bersama dua tahun hanya Zara yang isi kehidupan abang.Tapi bila
tiba-tiba Zara pergi,abang sunyi tanpa Zara."
Zara tersedu-sedu
mendengar pengakuaan ikhlas dari suaminya.Hairie memeluk tubuh Zara kemudian
dia mencium ubun-ubun isterinya lama.
"Maafkan
abang."Bisisknya lembut dekat dengan telingan Zara.
"Kak
Rina?"Soal Zara setelah sekian lama mendiam.Dia membiarkan saja tangan
kasar Hairie membelai wajahnya lembut
"Abang
dah jelaskan padanya,dia gembira bila abang bagi tahu dia.Tak lama lagi,dia
akan kembali pada Farhan."
Zara terkejut,dia
memandang tepat anak mata Hairie.Hairie yang faham maksud Zahra mengangguk.
"Terima
kasih abang!"Suaranya separuh menjerit sambil memeluk tubuh suaminya erat.
"Abang
yang patut terima kasih dengan sayang,sebab sudi beri abang peluang
kedua."
Mereka saling
berpelukkan.Hairie mencium lama bibir Zahra membiarkan bahang cintanya dapat
dirasai oleh Zahra.Biar isterinya tahu yang dia betul-betul ikhlas.
"I
love you."Ucap Hairie sewaktu bibir mereka berpisah.
"Love
you too."Ucap Zahra lalu menyembamkan wajahnya pada dada suaminya.
THE END
ok trskan berkarya
BalasPadamBest...truskn berkarya..
BalasPadamwaa .. bestnya
BalasPadamsedih..tapi best :')
BalasPadambest..
BalasPadamHuhuhu sedih best sedih best wkwkwkw
BalasPadam