Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Khamis, 8 Mac 2012

Perangkap Cinta 22

Bab 22
“WHAT?!”Suara Rina lantang mencecah gegendang telinga Farish Iskandar.Dia bangun sambil menjegilkan matanya pada lelaki itu.Tidak dihiraukan mata-mata yang sedang memerhatikan mereka,yang dia fikirkan sekarang adalah rasa marah dan kecewanya.
            “Apa yang you cakap ni Rish?I tak percaya,I tak percaya!Jangan sebut semua ni adalah benar!”Suaranya masih meninggi.Mundar-mandir dia dihadapan Farish Iskandar.Cerita yang dia dengarkan sebentar tadi betul-betul membuatnya terkejut.Dalam masa yang sama perasaan marah dan benci membuak-buak di dalam dadanya.
            “Tenang Rina...you duduk dulu.Kita bincang baik-baik okay?Malu orang tengok ni.”Farish Iskandar cuba menyabarkan hati gadis yang kini berada dihadapnya.Dia sudah agak,pasti perkara ini akan terjadi.Dia sudah mengambl keputusan nekad ingin memberitahu perkara sebenar dan ingin memutuskan hubunganya dengan Rina.Dia tahu,pasti gadis itu akan kecewa dan sedih.Tapi dia lakukan semua ini demi Dania dan rumahtangganya.Sebenarnya dia sendiri tidak sedar sejak bila cintanya sudah beralih-arah pada Dania.Sedangkan sebelum ini dia bencikan gadis itu dan sangat mencintai Rina.
            “You suruh I tenang?Macam mana I nak tenang kalau I tahu yang kekasih I dah kahwin?How dare you,Rish?!Sanggup buat I macam ni.Sia-sia saja I bercinta dengan you selama ni.Bercinta dengan orang lain,tapi kahwin dengan pompuan lain!You ingat I ni apa,patung,tunggul?Yang senang-senang je you boleh tipu!”
  Terketar-ketar tubuhnya ketika itu.Rasa marah memuncak dan cuma bilang waktu saja ingin meletus.Matanya sudah merah dan berair,tapi ditahanya supaya tidak tumpah.Dia malu jika dikatakan menumpahkan air mata semata-mata seorang lelaki.Sedangkan banyak lagi lelaki diluar sana yang masih ingin mencintainya.Tetapi cintanya pada Farish Iskandar terlalu mendalam,sukar baginya untuk melupakan lelaki itu.
            “Rina,I minta maaf,okay.I tak tahu nak cakap macam mana lagi.Apa yang I nak jelaskan semuanya dah you dengar.Mungkin jodoh kita tiada.Cinta I cuma untuk isteri I yang sah sekarang!”Tegasnya.Cintanya cuma untuk Dania,bukan Rina.
  Rina terduduk lemah disitu.Air mata deras turun membasahi pipinya.Terketar-ketar bibirnya ingin mengatakan sesuatu.
            “Senangnya you cakap?...Tapi,I doakan kebahagian you bersama dia.Walaupun orang tu I tak kenal,tapi I yakin pasti dia wanita yang terbaik pernah you jumpa.”
  Farish Iskandar menghela nafas lega.Ungkapan Rina seolah-olah sudah merelakan perpisahan ini.
            “Thanks Rina.I pun akan doakan kebahagian you.I harap you dapat pengganti yang lebih baik daripada I.”
  Rina tidak dapat menahan perasaanya ketika itu.Lantas dia berlari pergi meninggalkan tempat pertemuan terakhir mereka.Memang tidak dinafikan,perasaanya hancur dan kecewa sangat ketika itu.Percayanya pada lelaki telah hilang.Baginya semua lelaki adalah sama saja,penipu!Pembelit!
  Aku benci!Kenapa semua ni terjadi pada aku?Salah aku ke kerana menolak permintaanya dulu?Tak,tak!Bukan salah aku!Lelaki yang setia pasti dapat bersabar menunggu kekasihnya.
  Rina beristifar beberapa kali bagi menenangkan gelodak perasaanya.Sebagai seorang muslimah dia harus banyak bersabar dan cuba menerima hakikat ini walaupun perit untuk ditelan.Dia sedar,dia merayu beribu kalipun Farish Iskandar tidak akan menjadi miliknya lagi.Dia redha andai jodohnya bersama lelaki itu tiada.Pasti ada lagi lelaki yang masih setia menunggunya.

DANIA mengusap lembut wajah suaminya.Farish Iskandar sengaja meletakkan kepalanya diribaan isterinya.Mahu bermanjala katakan...Dia merenung lembut wajah Dania sambil bermain hujung rambut gadis itu.Mereka leka seketika saling berkhayal ke alam mahligai cinta mereka.Tapi tersedar kembali apabila tiba-tiba Dania mencuit hidung mancung suaminya.
            “Kenapa tengok saya macam tu?”Soalnya lembut.
            “Saja...kenapa,tak boleh kea bang nak tengok wajah isteri abang ni?”
            “Hahaha...bukan tak bolehla cik abang oi!Malu la saya.”Dia ketawa manja.Rasa bahagia menyelinap ke seluruh urat sarafnya.Rasa berdenyut-denyut dan bergetar hebat.
            “Awak,kalau gelak cute sangat!”Farish Iskandar mencubit pipi isterinya geram.Hingga kemerah-merahan bekas cubitan itu.
            “Apa ni,sakitla!Ni yang saya benci ni.”Dania pura-pura marah.Dia menolak kepala suaminya lantas menjauhkan diri dari lelaki itu.
  Hai,merajuk pulak sayang ni.Bisik hati Farish Iskandar.Dia bangun lantas mendekatkan tubuhnya dengan Dania.Dipeluk erat tubuh isterinya dan dicium wajah itu.
            “Abang minta maaf sayang,abang janji tak buat lagi,okay?”
            “Ye la tu.”Jawabnya acuh tak acuh.
            “Dah la sayang,jangan merajuk lagi.Ni,abang ada hal nak bagi tau sayang ni.”
  Dania tersenyum.Dia meletakkan kepalanya diatas dada bidang Farish Iskandar.
            “Apa dia abang?”
            “Hujung minggu ni pindah rumah sana ye?”
            “Rumah mana pulak ni?”Tanya Dania hairan.Ke mana pula harus dia pergi?
            “Rumah abang la...sayang lupa ke?”
  Tiba-tiba Dania ketawa lucu.Dia memandang wajah suaminya.
            “Hai,kekasih tak marah ke saya pindah sana?”Dania saja mengenakan suaminya.Teringat dia bila terpaksa pindah dari banglo mewah itu kerana seorang gadis.Tiba-tiba hatinya jadi sayu.Apakah suaminya masih berhubungan dengan gadis itu?
            “Ala,apa salahnya,tinggal sebumbung dengan dia.Lagi senang!”
            “Abang!”Dia menjerit marah.Ditumbuk-tumbuk tumbuh suaminya.
            “Hahaha...hah,tadi gelakan abang kan?Sekarang giliran abang pulak gelakan sayang.”
  Dania muncung.Merajuk dengan sikap suaminya.Rasa nak pergi aja dari situ.Menyakitkan hati!
            “Okay,okay...abang minta maaf ye,sayang janganla merajuk.Sebenarnya abang dah takdak hubungan pun dengan dia,sebab tu abang nak ajak sayang tinggal dekat sana balik.”Farish Iskandar memeluk bahu isterinya erat.Melihat bibir mungil Dania terasa ingin menciumnya pula.Dia bersabar.
            “Hmm...”
  Dania bangun dan ingin menuju ke bilik tidur,tetapi dihalang oleh suaminya.
            “Nak ke mana pulak tu?”
            “Hai...kata nak ajak pindah,ni nak pergi kemas barang la.Abang nak tolong ke?”
            “Boleh sangat la tu!”Farish Iskandar melompat turun dari sofa.Dia menarik tangan isterinya lembut.Sebenarnya dia ada agenda yang lebih menarik malam ni.Shh...

FARHAN geram bila diberi tahu perkara sebenar oleh temanya.Dia berpura-pura baik menerima kenyataan itu,tetapi hatinya membara dengan perasaan marah dan cemburu.Tambahan pula melihat senyuman bahagia Farish Iskandar.Dia berdendam pada temanya sendiri.Dalam diam dia sudah merencanakan rancangan jahatnya.Dia ingin menghancurkan hubungan baik Farish Iskandar dengan Dania.Dia ingin memiliki gadis itu seperti awalnya.
  Arghh...damn you!Jeritnya dalam hati.

“ABANG,nanti boleh tak kita buat sikit kenduri jemput kawan kita datang.Ye la sempena nak bagi tahu berita perkahwinan kita ni.”Ujar Dania petang itu ketika mereka sedang santai diluar rumah.
            “Nak buat apa?”Soal Farish Iskandar acuh-tak acuh.
            “Ni!Nanti kalau ada lelaki yang jumpa saya,gaduhla awak nak marah,nak cemburu,nak itu,nak ini!Saya nak buat ni pun bukan suka-suka,tapi nak bagi tahu diorangla.Nanti kang,tak pasal-pasal kena gossip pulak!”Panjang lebar syarahanya.Geram pula bila melihat sikap suaminya itu.Macam la tak tahu pasal Razman.Nanti bila lelaki tu balik dari kurus,jumpa Dania barula dia kalut!
            “Hmm...suka hati sayangla nak buat apa pun.Abang tak kisah,ikut je.”
            “Eee...abang ni kenapa?Dari tadi lagi diam.Muka tu,asyik monyot je.Abang marah dekat saya ke?”Dania meneka.Dia pasti suaminya sedang marahkan dia.
            “Entah,abang tak tahu la pulak perasaan abang sekarang ni macam mana.”
  Hmm,ni mesti hal pagi tadi.Ujarnya dalam hati.
  Dania mencapai tangan suaminya.Dia mengusap lembut tangan kasar itu lalu mencium lembut.
            “Saya minta maaf pasal pagi tadi.Ye saya tahu,sepatutnya saya tak menolak permintaan abang tu.Tapi saya tak suka orang gosipkan saya dengan awak.”
            “Tapi awakan isteri saya.Takpa,nanti kalau diorang mengata dekat awak biar saya je yang jawab.Okay?”
            “Hahaha,ye la tu.”
            “Esok janji pergi kerja dengan abang.”
            “Okay boss!”

DANIA diam ditempat duduk penumpang.Kereta berhenti betul-betul di depan syarikat.Dadanya berdebar-debar.Darah gemuruh menyerbu ke mukanya.Rasanya kalau ada cermin disini pasti dia boleh melihat wajahnya sekarang yang sedang kemerahan.Dia melangkah keluar.
            “Jom!”Farish Iskandar menarik tanganya lalu dirangkul erat pinggang gadis itu.Rasa rimas pula diperlakukan sedemikian.Nampak sangat suaminya sengaja ingin menujuk.Eee...geram betula.
  Mereka berdua melangkah masuk ke ruangan pejabat.Pekerja-pekerja yang sedia menanti kehadiran bos mereka berdiri sambil memberi ucapan selamat pagi.Selalunya ada senyuman dibibir mereka,tapi pagi ni yang ada cuma satu pandangan yang hairan dan terkejut.Tiba-tiba Farish Iskandar berhenti.Dania hairan bercampur malu apabila semua mata memandangnya,pasti pelbagai persoalan bermain difikiran mereka.
            “Apa tengok-tengok?Saya pegang isteri saya tak boleh ke?”Farish Iskandar bersuara.Ingin tergelak  bila melihat semua wajah yang ada disitu.
            “Oh,ya!Jangan lupa datang kenduri saya hujung minggu ni.Kad jemputan belum siap lagi,bila dah siap saya hantar dekat meja korang.”Sambungnya lagi.Dia menarik tangan isterinya lantas pergi dari situ.Dia pasti isterinya tidak senan duduk disitu.Hmm...lantakla orang nak kata apa,yang penting apa yang dia buat ni adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang.

P/S:Sorryla lambat update,baru je habis exam.Memang pendekla entry kali ni,minta maaf sangat2...insyaallah,nanti bila ada masa update lagi.

Jgn lupa tinggalkan komen :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...