NOTE: Re-edit version
BAB 1
DIA menekan kuat perutnya menahan sakit yang semakin
mencucuk. Ini kali pertama dia mengalami senggugut, sebelum ini kalau dia
datang bulan tidak pula.Wajahnya jelas pucat tidak berdarah. Menggigil kedua
belah kakinya,niatnya untuk ke dapur terus dibatalkan.Haryani tidak tahu apa
yang harus dilakukan,semua kawan-kawannya tiada di rumah. Azie teman sebiliknya
masih di Melaka.
“Arggh...sakitnya!”
Dia mengerang kesakitan. Tubuhnya bergulingan di atas
katil.Rasa sakit semakin mencengkam di bahagian bawah perut. Ditekan-tekan bahagian
itu sambil cuba menahan kesakitan yang amat sangat. Matanya yang tertutup rapat
dibuka seketika melihat keadaan rumah sewanya yang sunyi.
Haryani mengeluh,Azie di Melaka manakala Sara dan Ila
pulang ke kampung mereka di Perak, atas urusan apa tidak diketahui pula. Mereka
pulang ke kampung secara mendadak tiga hari yang lalu.Tidak sempat dia hendak
bertanya,kini dia sendirian di rumah sewa mereka.
‘Huk,huk,huk…Azie,bila kau nak balik ni?Aku dah tak tahan
ni,sakit sangat.’
Dia merintih dalam hati.Dia berharap sangat kawan baiknya
akan pulang malam ini.Tapi Azie sekarang berada di Melaka kerana mengikuti
bosnya bermesyuarat di sana. Dia mencuba bangun dari pembaringan, perlahan tapi
masih mampu. Baru sekarang dia rasa bagaimana seksanya senggugut yang hanya
dialami oleh orang perempuan. Kebiasaannya dia hanya mengalami sakit-sakit
pinggang sebelum datang bulan.
Tuk!Tuk!Tuk! Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Haryani tersentak,
siapa yang datang ke rumah sewanya malam-malam buta? Matanya memandang jam dinding
yang tergantung. Sudah pukul 11.50 malam. Agak lewat bagi seorang tetamu untuk
datang ketika ini. Perasaan seram tiba-tiba menyerang dirinya, tak
pernah-pernah orang datang selewat ini.
‘Janganlah hantu yang datang.Aku ni dah la penakut.’
Hatinya bermonolog sendiri. Dalam keadaan sakit masih
sempat dia berfikiran yang bukan-bukan.
“Assalammualaikum...Yani! Aku ni Azie, bukalah pintu.”
Azie menggaru kepalanya yang berlapik tudung.Takkanlah
kawannya sudah tidur. Kalau ya, susah dia malam ni, takkan nak tidur dekat luar
pula. Banyak nyamuk dan sejuk. Silapnya juga kerana terlupa membawa kunci
pendua rumah sewa mereka.
Haryani menarik nafas lega sebaik saja mendengar suara temannya.
Terus lesap semua fikiran buruknya tadi. Alhamdulillah, lega kerana Allah
makbulkan doanya. Dalam kesakitan itu, digagahkan juga dirinya untuk bangun
lalu membuka pintu untuk Azie.
“Waalaikumussalam.”Jawabnya
sebaik saja pintu rumah dibuka. Dia menghadiahkan senyuman lega kepada Azie.
“Kenapa
balik tak bagi tahu aku?” Sambungnya lagi. Setahunya rakannya akan pulang dari
Melaka esok hari.
“Aku
saja tak nak bagi tahu kau.Nak buat surprise!Nak
tengok juga muka terkejut kau.”
Azie
bersahaja. Badannya keletihan kerana tidak sempat berehat. Selepas saja tamat
mesyuarat petang tadi dia terus pulang ke Kuala Lumpur. Dia bersandar di atas
sofa di ruang tamu.
“Eh
Yani, kau tak sihat ke?Kenapa muka kau pucat je?” Soal Azie baru terperasan wajah tidak bermaya Haryani.
Tapak tangannya menyentuh dahi Haryani untuk memeriksa
suhu tubuh temannya. Haryani cuma tersenyum, mungkin lucu melihat kerisauan
kawannya itu. Dia sudah terbiasa dengan sikap Azie yang terlampau risau jika
ada sesuatu yang berlaku.
Azie dan Haryani sudah hampir enam tahun berkawan baik
sejak di universiti lagi. Ila dan Sara juga mereka kenal sewaktu belajar. Jadi
setiap perangai dan sikap penghuni rumah sewa ini dia sudah tahu.
“Aku tak
sakit la,aku cuma senggugut. Kau tahu macam mana nak hilangkan rasa sakit ni?”
Haryani melangkah ke arah sofa yang sentiasa menghiasi
ruang tamu rumah sewa teres setingkat ini. Kepalanya tersandar dan matanya
terpejam sambil tangannya menekan-nekan sekitar bawah perutnya.
“Kenapa tak call
aku, kalau tak boleh aku bagi tahu. Nasib baiklah aku balik malam ni, kalau
tidak tak boleh tidur malam la kau ni.” Azie membebel. Umurnya masih muda,tapi
bila dah bersuara mengalahkan makcik-makcik.
Azie masuk ke dalam bilik, kemudian dia ke dapur dan
datang semula ke ruang tamu bersama sebotol air.
“Yang ni
pertua mak aku, kalau senggugut kita tuam je
botol air suam ni atas perut. InsyaAllah, nanti hilang la sakitnya.”
Azie menyelak baju Haryani hingga mendedahkan bahagian
perutnya yang putih. Bagi orang yang tidak memahami tentang hubungan rapat
mereka pasti terfikir yang mereka ni lesbian.
Azie dan Haryani sudah terbiasa saling membantu dan bergantungan. Diantara
semua kawannya,Haryani lebih rapat dengan Azie.
“Oh, baru
aku tahu. Thanks, kalau takdak kau tak
tahulah aku macam mana nak buat. Aku pun tak pernah senggugut sebelum ni.” Ujar
Haryani sambil matanya masih terpejam.
“Eh, mana
Ila dengan Sara? Dari tadi aku tak nampak.Takkan diorang dah tidur, awalnya.” Baru
dia sedar yang dia masih belum melihat kelibat dua orang rakan serumahnya yang
lain. Baginya,walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, waktu
itu masih awal baginya. Mana tidaknya, hampir tiap-tiap malam merekalah penjaga
kawasan perumahan itu. Tidurnya bila jam sudah menginjak pukul 2.00 pagi.
“Hmm, diorang
balik kampung la. Katanya ada hal.”
“Diorang
tak ajak kau ke?” Soal Azie sedikit hairan. Selalunya Ila dan Sara akan
mengajak Haryani sekali sekiranya mereka hendak pulang ke kampung. Tambahan
pula Haryani sendirian di rumah.
Haryani
anak yatim piatu sejak kecil lagi. Dia dibesarkan di rumah anak yatim di Perak.
Hingga ke saat ini dia tidak pernah mengetahui di mana saudara maranya yang
lain. Dari kecil lagi dia sudah biasa sendirian, jadi dia tidak kisah jika ditinggalkan.
“Tak,
lagipun mengejut sangat. Mana sempat aku nak apply cuti.”
Haryani teringatkan Ila dan Sara. Mereka agak
tergesa-gesa untuk pulang ke kampung petang tadi.
“Ohh.”
Hanya itu yang terluah dari bibir Azie. Lagipun siapa dia hendak menjaga tepi
kain orang lain? Nanti bila mereka sudah pulang ke sini, boleh saja dia
bertanya.
Malam semakin larut, Azie dan Haryani semakin letih. Tambahan
pulak siang tadi masing-masing sibuk menjalankan tugasan harian mereka di
tempat kerja. Azie pulak letih kerana memandu pulang dari Melaka yang mengambil
masa lebih kurang dua jam. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidur. Sakit
senggugut Haryani pun sudah hilang, tidurnya juga sangat nyenyak yang ditemani
mimpi indah
*****
TINGKAP dibiarkan terbuka luas membiarkan angin malam menyerbu
masuk. Dalam kesamaran cahaya lampu, dapat dilihat susuk tubuh seseorang sedang
berdiri di situ sambil berpeluk tubuh menahan sejuk yang sudah terasa hingga ke
tulang hitam. Matanya yang masih merah tidak lepas-lepas memandang langit malam
yang gelap tanpa cahaya bulan mahupun bintang-bintang yang sentiasa berkelipan
di langit. Pipinya yang masih bersisa air mata dibiarkan kering sendiri.
Tiba-tiba terasa bahunya disentuh seseorang.
“Sudah-sudah la tu. Kau tak penat ke?Asyik menangis je dari tadi. Benda dah jadi, kau pun
dah selamat menjadi tunang dia.”
Dia sedikit tersentak dengan teguran itu.Tanpa memandang
wajah itupun dia sudah tahu siapa. Entah mengapa dia tersentuh dengan teguran
itu, air matanya kembali mengalir. Bahunya terhinjut-hinjut menahan sendu, dia
mengigit bibir.
Sara
berdiri di sebelah sahabatnya dan juga jirannya. Dia menggelengkan kepalanya
beberapa kali disertai satu keluhan berat. Sepanjang hari mereka berada di
kampung ini cuma satu pekerjaan saja yang dilakukan temannya. Menangis,menangis
dan menangis. Puas dia pujuk, tapi semuanya tidak diendahkan. Mati akal dia
untuk memujuk.
“Ila...”
“Kau tak faham Sara. Kau tak faham...” Belum sempat Sara
menghabiskan bicaranya,dia pantas memintas. Sendu kembali berlagu. Sara
mengerti mengapa Ila jadi seperti ini. Pertunangan yang berlangsung tidak lama
sebelum ini betul-betul menghumban temannya ke lembah kesengsaraan, apatah lagi
tinggal beberapa hari saja lagi menjelang pernikahan mereka. Pastilah dia
sedih, perjodohan ini langsung tidak diduga, apatah lagi calon suaminya langsung
tidak dicintainya.
“Aku takut, aku
takut Sara. Tolong aku?” Menggigil tubuhnya.
Sara menghampiri Ila, lalu dipimpin tubuh itu menuju ke
katil.Tingkap yang tadi terbuka luas, kembali ditutup rapat. Dia memeluk tubuh
dingin itu, menyalur kekuatan yang terasa sudah hilang dari jasad kawannya.
“Shhh...sabar, sabar
Ila.Kau harus kuat.” Dia mengusap belakang temannya itu. Cuba menenangkan hati
yang sedang bergelora.
Susana sepi seketika. Masing-masing saling membisu.
“Aku
takut…aku rasa bersalah sangat. Nanti apa dia cakap kalau dia tahu semua ni?” Ila
meluahkan rasa bimbangn yang bersarang dibenaknya beberapa bulan yang lalu.
Kebimbangan dan ketakutan yang menggila. Sudah acap kali dia meluhkannya kepada
Sara, dan jawapan yang sama juga dia terima.
“Aku pasti, dia dapat terima hakikat ni.” Jawab Sara
ringkas, tapi penuh dengan makna yang tersendiri. Dia yakin jika hal ini dijelaskan
dengan baik pasti akan membawa jalan penyelesaian.
“Tapi...”
“Takdak tapi-tapi.
Sekarang ni,kau tidur dulu.Kalau nak cakap pun,esok la ya?Aku dah letih sangat
ni.”
Sara pura-pura menguap. Kemudian dia membaringkan
tubuhnya di atas katil dan memejamkan matanya. Sebenarnya dia malas melayan
kerenah Ila sekarang. Dia letih. Ila mengeluh. Kemudian dia turut membaringkan
tubuhnya di sebelah Sara.
‘Yani,apakah reaksi kau nanti bila kau tahu hal ini? Adakah
kau dapat memaafkan Ila? Sanggupkah kau melupakan cinta kau? Aku harap kau
dapat memaafkanya.’ Bisik Sara dalam hatinya. Tanpa disedari air matanya
mengalir. Hatinya terlalu sedih dan tersepit apabila mengenangkan nasib dua rakan
baiknya. Jika dia berada disituasi mereka, pasti dia turut rebah.
‘Arggh…!Kenapa semua orang tak faham? Kenapa aku yang
harus tangungg semua ni? Apa salah aku, kenapa ibu kejam dengan aku? Kenapa
harus dia yang menjadi pilihan? Oh tidak, apa yang harus aku lakukan sekarang? Lari?
Itu mungkin satu perkara yang dapat mengaibkan keluargaku. Ya Allah, apa yang
harus aku lakukan sekarang ni?’ Ila bermonolog dalam hati. Pelbagai persoalan
berlegar-legar dalam fikirannya.Dia buntu.
Malam semakin tua. Semua insan sudah mulai lena dibuai
mimpi. Hujan renyai-renyai mulai turun bersama-sama air mata yang penuh cerita.
Ila menangis kerana nasib diri, Sara menangis kerana sahabat. Kedua-duanya ada
cerita luka. Kedua-duanya juga dia sayang.
Kepulangan mereka ke
kampung adalah untuk menguruskan hal perkahwinan Ila hujung minggu ini. Tidak
sangka beberapa bulan yang lalu Ila telah ditunangkan dengan seorang lelaki
yang tidak dikenali pada awalnya. Tetapi mereka setelah bersepakat untuk
berjumpa membincangkan hal ini memandangkan Ila turut tidak bersetuju dengan
pertunangan ini. Setelah bertemu tidak sangka lelaki yang menjadi tunangannya
adalah lelaki yang sangat dia kenali. Keputusan untuk memutuskan pertunangan
jelas-jelas ditolak ibu bapa kedua belah pihak. Kini mereka buntu, segala
persiapan perkahwinan telah disiapkan. Mahu tak mahu dia terpaksa juga
meneruskannya walaupun akan ada yang terluka.