Sabtu, 18 Ogos 2012
Perangkap Cinta 23
Jangan Pernah Sakiti Aku 11
BAB 11
ESOKNYA selepas kenduri di sebelah pihak lelaki, mereka bergerak
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menghantar Dato Bahar dan
Datin Sofea yang akan berangkat ke London. Hariz memandu kereta Toyota Alphard
walaupun dia tidak gemar memandu kereta itu kerana bersaiz besar.
Ila yang
berada di sebelahnya sedari dari tadi hanya membisu. Dia menongkat dagu sambil
memandang ke arah luar. Dia tiada hati untuk berbual dengan suaminya. Ibu dan
ayahnya pula sedang rancang berborak dengan mentuanya.
“Kenapa
termenung je dari tadi?” Tegur Hariz
tiba-tiba. Hariz juga bosan dengan suasana dingin di antara mereka. Biarpun dia
tidak menyukai Ila sebagai isterinya, tapi dia masih sedar akan keadaan mereka
sekarang. Kahwin paksa tidak bermakna mereka harus bermusuhan, takkan selamanya
dia dan Ila akan terus begini.
“Huh? Nothing, takda apa nak cakap.” Ujarnya. Bibirnya
tersenyum kecil, malu bila Hariz perasankan dirinya. Sangkanya Hariz tidak akan
pedulikannya.
“Ibu dan
ayah balik pukul berapa, lepas ni?” Tanya Hariz ingin tahu. Memandangkan
mentuanya turut akan pulang ke Ipoh hari ini.
“Hmm… tak
lama lepas mama dan papa check in.”
Setengah
jam kemudian mereka tiba di lapangan terbang. Hariz menurunkan mereka terlebih
dahulu di balai pelepasan antarabangsa dan setelah itu pergi memakirkan kereta
di tempat yang di sediakan. Sementara menunggu Datin Sofea dan Dato Bahar menyelesaikan
urusan mereka di kaunter Malaysia
Airlines, Hariz berbincang-bincang dengan isterinya rancangannya selepas
ini.
“Ila! Hariz!”
Kedengaran Puan Khadijah memanggil mereka.
“Mama dan papa dah nak kena masuk ni.” Ujar Datin Sofea. Dia
mendapatkan tubuh menantunya, lalu dipeluk erat.
“Jaga diri baik-baik dekat sini. Mama takdak dekat sini
nak tengokkan Ila, kalau Iz ada buat apa-apa dekat Ila call je mama.” Bisik Datin Sofea di telinga menantunya.
Ila hanya mengangguk, dia tidak tahu apa yang hendak
dikatakan kepada ibu mentuanya. Dia tidak sampai hati untuk melukakan perasaan
wanita ini, mentuanya terlalu baik.
“Mama pun jaga diri baik-baik dekat sana.” Ila sebak. Selepas
ini dia tidak akan duduk sebumbung lagi dengan Hariz. Suaminya awal-awal lagi
sudah memberitahu rancangannya, selepas Datin Sofea dan Dato Bahar berangkat ke
London, Hariz akan menghantarnya ke rumah sewanya semula.
Datin Sofea menghampiri anaknya pula. Dia memeluk erat
batang tubuh anak tunggalnya. Bukan dia tidak pernah berjauhan dengan Hariz, tapi
kali ini perasaanya tidak enak untuk meninggalkan Hariz bersama Ila. Dia tidak
meragui menantunya, tapi Hariz yang diragukannya sekarang.
“Iz ingat pesan mama ya, jaga Ila baik-baik.”
Hariz tiada pilihan selain mengiakan saja apa yang
dikatakan mamanya. Mama dan papanya sudah mahu pergi jauh, takkanlah hingga ke
saat ini dia mahu bermusuh dengan mereka. Diapun sudah selamat bernikah dengan
Ila. Nak tak nak dia harus terima kenyataan ini.
“InsyaAllah.” Jawabnya perlahan.
“Iz, mama minta maaf kalau mama dah memaksa Iz. Tapi
takpalah, mungkin suatu hari nanti Iz akan faham kenapa mama pilih Ila sebagai
isteri.” Ujarnya penuh makna.
Tdak
lama selepas mama dan papanya berlepas, kini giliran mentuanya pulang ke negeri
Perak Darul Ridzuan. Selepas berpisah mereka beredar pula menuju ke Taman
Pandan di mana rumah sewa Ila dan rakan-rakannya berada. Sepanjang perjalanan,
tidak banyak yang mereka bicarakan. Ila lebih suka melayan perasannya. Dia
lihat Hariz sedari dari tadi hanya membisu. Entah apa yang sedang difikirkan
suaminya.
Dalam
hati dia sudah resah memikirkan Haryani. Dia tidak tahu bagaiman hendak
berhadapan dengan kawannya itu. Risau jika perasaan yang tidak dapat ditahan
ini terhambur di depan Haryani nanti.
Sejam
perjalanan akhirnya mereka sampai juga. Ila menyuruh Hariz memakirkan keretanya
jauh sedikit dari rumah sewanya, bimbang ada orang yang akan melihat mereka.
“Terima
kasih.” Ujar Ila seraya mencapai beg tangannya.
“Ila.” Panggilan
Hariz membantutkan pergerakkan isterinya untuk membuka pintu kereta.
Dia
lihat suaminya mengeluar beberapa not lima puluh lalu diserahkan kepadanya. Ila
jelas menolak, dia tidak mahukan duit lelaki itu.
“Ambillah,
duit ni untuk belanja awak. Untuk yang seterusnya saya akan bank in dalam akaun.”
“Takpalah,
duit saya pun dah cukup unuk saya belanja. Awak simpan jelah duit awak tu.”
Hariz terasa
dengan apa yang dikatakan isterinya. Dia dapat rasakan Ila sedang menyatakan
hatinya yang sedang merajuk. Tapi kenapa pula dia nak merajuk? Bukankah Ila
tiada perasaan terhadap Hariz?
“Awak
jangan cakap macam tu, walau macam mana sekalipun awak tetap isteri saya.”
‘Huh, isteri
konon! Tapi awak cari Yani jugakkan? Apa guna jadi isteri kalau hati awak dekat
orang lain? Apa guna jadi isteri kalau status isteri tu tak boleh diusung
kemana-mana?’ Hatinya merintih.
Hariz
yang menyedari perubahan riak wajah Ila lantas mencapai tangan isterinya.
“Dah la
awak, saya dah berjanji dengan mama nak jaga awak. Takkan saya nak mungkir
pulak?”
Ila cuba
tersenyum, tapi bibirnya terasa berat untuk mengukir senyuman untuk suaminya.
“Ila, pasal
kita awak jangan risau. Awak akan tetap jadi isteri saya, pasal Yani biar saya
yang uruskan.” Tiba-tiba Hariz memberi harapan. Entah mengapa ringan saja
bibirnya berkata seperti itu sedangkan dia sendiri belum yakin dengan hala tuju
perkahwinan mereka.
Dia
tersentak dengan perlakukan Hariz yang mengenggam tangannya sambil mengelus
lembut. Bagaikan kena renjatan elektrik dia cuba merentap tangannya. Dadanya
berdebar kencang, wajahnya pula pasti sedang kemerah-merahan. Ini kali kedua
Hariz menyentuh tangannya.
‘Apsal
dengan aku ni, nervous semacam je. Rileks, rileks…’
“Err… awak
saya pergi dululah.” Ujarnya sambil cuba menghilangkan rasa gementar.
Hariz
melepaskan tangan isterinya. Dia rasa bersalah pada Haryani, sepatutnya dia
tidak seperti itu dengan Ila. Terasa seperti sedang mengkhianati kekasihnya
pula.
‘Aduh, kenapa
aku macam tu tadi? Mesti dia ingat aku serius. Ahh…lantaklah!’
“Awak!” Panggilnya
lembut. Ila menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hariz. Jika Hariz
menganggapnya sebagai isteri apa salahnya kalau dia menghormati lelaki itu. Tak
luak mana pun, dia juga yang dapat pahalanya.
Hariz
menyambut huluran isterinya. Ila sebak, Hariz serba salah. Buat seketika dia
ragu dengan hubungannya bersama Ila. Adakah mereka sepatutnya bersama sebagai
suami isteri selamanya?
PANTASNYA masa berlalu, seminggu dia merehatkan
diri akhirnya dia kembali sihat seperti sedia kala. Sewaktu dia memaklumkan
keadaan kesihatannya kepada Encik Karim, majikannya, dia terus diberi cuti
tambahan. Lega kerana mendapat bos yang memahami seperti Encik Karim. Haryani
rindu dengan kerjanya dan Lia. Beberapa hari duduk di rumah saja sudah membuat
dia bosan, tiada siapa yang ingin menemaninya, semuanya sibuk dengan urusan
kerja. Azie juga sudah kembali memulakan tugasnya. Syukur hari ini dia akan
kembali hadir ke pejabat. Dalam tempoh itu sering kali Razman datang
menjenguknya. Nasib baik ada Sara dan Azie yang sudi menemaninya.
Soal Hariz dan Ila diletak
ke tepi. Tapi dia hairan mengapa Ila kembali ke rumah sewa mereka sedangkan dia
sepatutnya tinggal bersama Hariz. Dua hari lepas dia dikejutkan dengan
kepulangan temannya itu, tapi dia tetap melayannya seperti biasa. Soal Hariz
langsung tidak terluah dari bibirnya. Biarlah dia berpura-pura tidak tahu, sampai
masa nanti pasti mereka akan berterus terang dengannya. Dia lihat Ila masih
berpura-pura biarpun buktinya sudah jelas di depan mata. Inai di jari juga
masih belum hilang, tapi dia langsung tidak mempersoalkannya. Hatinya sudah
nekad, apapun yang terjadi dia tetap akan memutuskan hubungannya bersama Hariz.
Encik
Karim melangkah masuk ke dalam bangunan setinggi sepuluh tingkat yang tersergam
indah di tengah-tengah ibu kota. Bibirnya mengukir senyuman kepada sesiapa saja
yang lalu di situ, termasuklah pencuci bangunan di situ. Haryani yang sedari
sudah terlewat berlari-lari anak ke arah lif apabila melihat pintu lif tersebut
hampir tertutup dia pantas menahan pintu lif itu dengan tangannya.
“Sorry.”
Ucapnya perlahan lalu meloloskan diri dalam lif.
Di dalam lif tidak ramai orang.Yang ada cuma dua orang
pekerja lelaki dan seorang pekerja perempuan. Dia berdiri di sebelah pekerja
perempuan tersebut. Matanya lansung tidak memandang wajah itu.
“Sihat dah?” Tanya Encik Karim.
Haryani tersentak.Dia mengangkat muka memandang si
empunya suara.Dia tersenyum manis kepada bosnya. Setelah seminggu tidak melihat
wajah bosnya, rasa rindu pula! Encik Karim seorang yang baik dan pemurah. Sebab
itulah ramai pekerja senang dengan Encik Karim termasuklah dirinya.
“Macam yang bos tengok sekarang. Alhamdullillah...”Ujar
Haryani. Tidak mahu Encik Karim tertunggu-tunggu akan jawapannya.
“Hmm, nampak
macam tak okay je? Awak dah
betul-betul sihat ke?” Soal Encik Karim sedikit gusar dengan Haryani. Jelas di
depan matanya wajah itu kelihatan pucat dan tidak bermaya. Tubuh Haryani juga
semakin kurus.
Haryani tersenyum kelat. Tidak tahu apa yang harus dia
katakan lagi. Memang benar apa yang dikatakan oleh bosnya, dia masih belum
sihat, hatinya masih sakit dan berdarah. Tapi luka di hati ini tiada siapa yang
dapat melihat atau merasakannya.
Ting! Tanda tingkat yang hendak dituju sudah sampai. Haryani
menarik nafas lega, terlepas juga dia dari bosnya yang banyak soal ini. Dia
melangkah keluar dari lif bersama Encik Karim.
“Yani, sekejap lagi datang bilik saya. Saya ada hal nak
cakap dengan awak.” Ujar Encik Karim sebelum berlalu.
Haryani hanya mengangguk. Dia pasti ada tugasan yang
ingin diberi. Orang baru balik dari cuti mesti ada banyak kerja yang
tertangguh. Dia tidak membantah, memang itu yang dia mahukan, Haryani kini
dalam misi menyibukkan dirinya. Dia ingin belajar melupakan Hariz tanpa ada
masa memikirkan lelaki itu lagi. Dia terus ke melangkah ke arah mejanya. Rakan-rakan
yang berselisih dengannya langsung tidak ditegur, dia tiada hati ingin berbual
dengan sesiapapun ketika ini. Haryani pasti mereka akan menyoal tentang cuti
panjangnya.
“Kenapa
dengan Yani tu?” Tanya salah seorang pekerja kepada Lia yang kebetulan baru
saja keluar dari bilik simpanan fail.
Lia hanya menjungkitkan bahu, dia sendiri tidak tahu apa
yang berlaku pada temannya. Seingatnya, ,kali terakhir dia melihat Haryani
adalah pada hari Sabtu lepas. Kemudian dia dimaklumkan pula oleh salah seorang
rakan sekerjanya yang Haryani menambah cuti kerana kurang sihat. Lia cuba
menghubungi Haryani, tapi tidak berjawab. Selepas itu dia langsung tidak
mendengar apa-apa berita tentang Haryani lagi.
“Haih, kaukan
rapat dengan dia, takanlah kau tak tahu.” Sinis dia bertanya.
Saliha sedikit kecewa. Baru saja dia ingin mencungkil
cerita, sudah mendapat penamatnya. Saliha memang terkenal dengan sikapnya suka
bergosip. Kadang-kadang sakit hati juga bila mendengarnya.
“Ya la, memanglah
aku rapat dengan dia. Tapi takkanlah semua hal dia nak bagi tahu aku, faham! Kalau
kau nak tahu, kau pergilah tanya dia sendiri. Kau kan wartawan tak berbayar!” Jawab
Lia kasar. Bengang juga dengan minah seorang ini. Suka menyibuk tepi kain orang
lain, kain sendiri tak mahu nak jaga.
Selepas itu dia terus pergi meninggalkan Saliha
terkulat-kulat.Padan muka!Menyibuk sangat.
“Yani!”Ujar
Lia teruja pagi itu. Dia gembira dapat berjumpa dengan rakan sekerjanya selepas
beberapa hari tidak berjumpa. Rasa rindu untuk berbual dan bergurau senda
dengannya. Tanpa pamitan dia terus mengambil tempat di hadapan Haryani.
Haryani yang baru menghela nafas lega tersentak dengan
kehadiran Lia. Tapi dia tetap membalas senyuman ikhlas rakannya.
“Hai
Lia, hai baby!” Balas Haryani turut
teruja. Walaupun banyak masalah yang menimpanya, dia masih ingatkan Lia yang
kini sedang berbadan dua. Dia teruja bila menyebut tentang bayi, dia
betul-betul inginkannya. Dia suka kanak-kanak. Dia harap suatu hari nanti dia
juga akan mendapat peluang itu walaupun bukan bersama dengan insan yang dia
cintai.
“Hah! Baby ni tanya, auntie Yani apa khabar? Lama tak jumpa.” Bicara Lia mewakili anak
yang sedang dihamilinya. Itu cuma sekadar ingin bergurau dan menceriakan pagi
mereka.
“Auntie sihat je baby. Baby macam mana, mama kasi baby makan tak?” Balas Haryani turut
membalas gurauan tersebut. Bibirnya tersenyum bahagia. Alangkah bagusnya jika
dia yang berada di tempat Lia.
“Hei… aku
mak dia, of course la aku bagi. Hah, kau
tu yang patut aku tanya, cukup makan ke tak? Badan tu kurus je.” Tegur Lia yang perasankan perubahan
Haryani.
Dia langsung tidak tersinggung dengan ujaran Lia. Bibirnya
masih lagi tidak lekang dengan senyuman yang lebar. Boleh naik lenguh rahangnya
jika berlama begitu. Entah kenapa dia seronok sangat bertemu Lia hari ini.
“Mana
adalah! Aku tengok okay je badan aku,
mana ada kurus. Cukup makan, cukup rehat, cukup gaji… hahaha.” Haryani ketawa. Berpura-pura
gembira. Tapi Lia masih serius.
“Ya la
tu, aku tengok muka kau muram je dari
tadi, pucat macam mayat hidup. Sampai aku nak tegur pun tak berani. Kau ada
masalah ke?” Soal Lia bimbang. Mana tahu sebalik senyuman rakannya ada masalah
yang menimpa.
“Mana
ada… aku okay. Happy go lucky!” Tuturnya
berpura-pura, dia berusaha menutup kesedihan di hatinya. Dia kalau boleh tidak
mahu Lia mengetahui masalahnya dengan Hariz. Kalau ikutkan hatinya yang sedih
boleh saja dia luahkan apa yang dia rasakan sekarang, biar semua orang tahu
masalahnya.
“Betul?”
“Betul la sayang oii… dah la, aku nak jumpa bos kita. Kang
dia tertunggu-tunggu pulak!”
Haryani bangun sambil mencapai buku catatan hariannya. Dia
tidak mahu terus berada di hadapan Lia, risau jika dia tidak mampu menahan
perasaannya jika Lia terus-terusan menyoal keadaannya. Bimbang masalahnya akan
terkeluar dari bibirnya. Kemudian dia terus meninggalkan Lia yang masih berada
di situ. Dia tidak mahu memikirkan lelaki itu lagi, dia tidak mahu mendera
hatinya lagi. Apa yang harus dia lakukan sekarang adalah memulakan hidup baru
tanpa lelaki bernama Hariz. Dia harus kuat, dia harus tabah dan dia juga harus
menerima hakikat yang Hariz bukan jodohnya, tapi lelaki itu buat sahabatnya. Biarlah
apa yang terjadi, tidak akan sesekali dia kembali pada lelaki itu. Dia tidak
mahu menjadi perampas kerana dia tahu bagaimana sakitnya bila orang dicintai
bersama dengan perempuan lain. Dia redha jika itu takdirnya. Akan dia doakan
kebahagian lelaki itu barsama Ila. Kata orang, kumbang bukannya seekor. Mungkin
jodohnya bersama insan lain, kemungkinan besar lelaki itu adalah Razman? Sememangnya
kehadiran Razman tepat pada waktunya.
‘Jika dia jodohku, aku terimanya seadanya.’
AZIE duduk bertapa di hadapan bosnya. Kepalanya menunduk
memandang jari-jari runcingnya sambil bermain jari. Bos di hadapannya masih
sibuk dengan kertas-kertas kerja, langsung tidak memandangnya. Cuma sesekali
dia mengerling memandang pekerjanya bila mendengar keluhan demi keluhan yang
lahir dari bibir gadis itu. Dia tersenyum sinis.
‘Isy, dia ni
panggil aku, tapi tak nak cakap pulak! Dah dekat 15 minit aku depan dia, tapi
sepatah perkataanpun dia tak cakap. Dah naik lenguh tengkok aku ni. Buang masa
aku je!’ Dia merungut dalam hati. Ikutkan
hatinya, ingin saja dia ‘chaw’ dari sini. Tapi memandangkan rasa hormatnya pada
lelaki itu merangkap bos besarnya, disabarkan hatinya yang tengah panas.
Azie bernasib baik, selepas saja cutinya tamat dia
kembali ke pejabat tetapi majikannya pula yang tiada kerana terpaksa ke Pulau
Langkawi atas urusan kerja. Azie terselamat, sekurang-kurangnya dia tidak
diganggu lelaki miang itu. Asal bertemu saja pasti telinganya gatal mendengar
ayat-ayat jiwang dari majikannya. Tapi Azie tidak lekas melatah, dia tetap
membalas setiap ujaran lelaki itu hingga menyebabkan lelaki itu panas hati.
Sekarang dia terpaksa menghadap lelaki itu semula. Apalah yang Arian mahu
darinya.
“Er... bos.” Panggilnya sedikit gugup. Dalam keadaan
mereka berdua yang hanya membisu sejak tadi membuatkan Azie sedikit mengelabah.
Tiba-tiba saja nak buka mulut!
Arian masih buat endah tidak endah. Matanya masih
memandang kertas di hadapannya langsung tidak memandang wajah Azie yang merona
merah menahan marah. Memang itu yang Arian mahukan, dia sengaja tidak pedulikan
Azie. Sebenarnya kertas kosong saja yang dipandang, tak ada apa selain ingin
melihat reaksi Azie. Tujuan dia berbuat begitu kerana ingin membalas sakit
hatinya tempoh hari kepada Azie. Sakit hati, sakit telinga bila dimarahi pekerjanya
sendiri.
‘Sabar Azie, sabar! Hai, dia ni... duk jual mahal pulak! Aku
dah bermurah hati nak cakap dengan dia, dia buat dek je. Apa dia ingat aku ni tunggul kayu ke? Kang aku blah dari sini baru tahu.’
Lima minit kemudian, tanpa banyak bicara, Azie terus
mengangkat punggung ingin meninggalkan bilik itu. Sebelum berlalu sempat juga
dia merengus geram, sengaja menunjuk perasaan.
“Awak
nak pergi mana? Saya tak suruh awak keluar lagikan, duduk balik!” Arah Arian
garang. Matanya yang sepet memandang Azie tajam.
“Bos, kalau
saya duduk situ macam tunggul kayu pun boskan bukan nak cakap apa-apa pun. Baik
saya keluar dulu, saya banyak lagi kerja yang kena buat.” Jawabnya selamba, bukan
tidak biasa dengan bos miangnya ini.
“Eh, eh...
pandai awak menjawab saya ya? Tak takut kena buang kerja ke?” Soal Arian geram.
Mulut Azie suka sangat menjawab katanya, tak terfikir langsung orang yang di
hadapannya sekarang adalah majikannya.
“Tak.” Jawab
Azie penuh yakin. Dia tersenyum. Mesti Arian terkejut dengan jawapannya. Sebenarnya
dia pun sudah tidak tahan dengan perangai miang bosnya, jadi lebih baik dia
angkat kaki dari sini, lepas tu cari kerja lain.
Arian
terus bangun dan menghampiri Azie, geram pula dia melihat senyuman sinis itu.
“Kenapa?
Bos ingat saya kemaruk sangat nak kerja dekat sini? Dah la bos, saya boleh je nak cari kerja lain. Sebelum bos
pecat saya, baik saya berhenti.”
‘Macam
senang je aku cakap.’
Niatnya
ingin keluar terus dari ruangan kerja Arian, tetapi lelaki itu pantas merentap
lengannya. Azie jelas terkejut. Dia merentap tangannya kembali, tidak ingin
disentuh lelaki playboy macam bosnya
itu. Matanya tajam merenung Arian. Eh, berani betul la Azie ni. Ada ke patut
dia pandang bos dia macam tu? Sekarang ni siapa yang tuan, siapa yang kuli.
“Apa ni?” Marahnya.
Arian hanya tersenyum sinis. Dia mengangkat kedua belah
tangannya, tanda mengalah. Matanya ralit memandang Azie yang sedang
menggosok-gosok bahagian yang disentuh sebentar tadi. Macamlah kotor.
“Awak ingat senang nak cari kerja sekarang? Kalau senang
cubalah... awak ingat senang-senang macam tu je saya nak lepaskan awak. Saya akan pastikan awak tak keluar dari
pejabat ni dan saya akan pastikan tak ada satu syarikatpun ambil awak kerja.”
Terjegil matanya ke arah Arian. Rasa diri sedang diugut pula.
‘Amboi! Dia ingat dia besar sangat. Aku pun tak heran nak
kerja dekat mana-mana syarikat.’
“Bos, kalau takdak sapa yang sudi ambil saya kerja, senang
saja. Saya buka gerai pisang goreng dekat kampung saya, ataupun jadi je petani ke pekebun ke. Senang! Tak
payah nak fikir pasal orang lain.” Azie kembali melawan.
‘Isy, degil
pula perempuan ni! Aku cakap sepatah, dia jawab sepuluh patah. Tapi tak boleh
biarkan dia pergi macam tu je. Habis
aku macam mana nanti?’
Arian terdiam seketika. Dia mula berfikir apa yang harus
dilakukan untuk menghentikan niat Azie dari berhenti kerja. Arian tidak mahu
Azie jauh darinya, sebenarnya sudah lama dia jatuh cinta pada gadis di
hadapannya ini. Tapi sikap Azie yang ganas dan garang sukar untuk dia dekati. Pelbagai
cara dia sudah lakukan, tapi satu apa pun tak jadi.
“Okay! Kalau macam tu saya akan ikut awak pulang ke
kampung awak juga. Boleh la saya beli semua pisang dekat situ dan secara tak
langsung awak akan beli pada saya. Jadi maknanya, still awak kena berurusan dengan saya.” Ujar Arian penuh yakin, dia
tersenyum gembira. Setakat pisang, apalah sangat baginya. Kalau terpaksa dia
beli semua kebun dan tanah di situ pun dia sanggup.
“Bos dah gila ke? Tak naklah saya.”
Azie muncung, dia menyilang tangan tanda protesnya. Kata-kata
Arian ini kadang-kadang harus diterima juga. Otaknya yang tak betul itu boleh
membuatkan Azie sakit kepala memikirkannya. Kalau dibuatnya betul apa yang
dikatakan Arian, mahu haru–biru hidupnya. Tak pasal-pasal maknya pula tahu, lagi
teruk hidupnya nanti.
“Kalau macam tu, awak kena pilih sama ada nak terus
bekerja di sini atau awak teruskan rancangan awak tu. Saya tak ada masalah, mana-mana
pun boleh.” Arian terus tersengih seperti kerang busuk, akhirnya dia berjaya
juga membuat Azie terdiam.
Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal, memikirkan
keputusan yang hendak dibuat. Kalau dia bekerja di sini Arian masih tetap
menganggunya, tapi kalau dia balik ke kampung sekali pun Arian masih tetap mahu
menganggunya dan yang pasti masalahnya akan bertambah pula.
“Hmm... okaylah, kalau macam tu saya terus kerja dekat
sini je.” Jawabnya tanpa memandang
wajah Arian. Dia menyampah melihat senyuman nakal itu.
Melebar bibirnya bila Azie akhirnya bersetuju untuk terus
bekerja di situ, dia lega kerana selepas ini dia tidak perlu risaukan lagi
jaraknya dengan Azie. Jadi langkah seterusnya dia harus merapatkan hubungannya
dengan Azie pula.
“Okay, good! Lepas
ni awak boleh kerja macam biasa, awak boleh beredar sekarang.” Arah Arian
senang hati. Tetapi Azie masih belum berganjak. Dia ingin tahu tujuan asal
Arian bertemu dengannya. Kalau setakat nak cakap benda ni, baik tak payah! Dan
tak perlu bersusah payah dia bergaduh dengan bosnya tadi.
“Kenapa?” Soal Arian hairan.
“Sebenarnya bos nak cakap apa tadi masa bos panggil saya?”
Azie ingin tahu.
“Ouh... maaflah
kalau dah buat awak tertunggu tadi. Sebenarnya saya nak tahu kenapa awak ambil
cuti hari tu?”
“Hah?” Azie
tidak mendengar pertanyaan bosnya sebentar tadi. Dia terleka sebentar apabila
asyik memandang telefon bimbit Arian yang bergetar di atas meja.
“Saya
tanya, kenapa tak datang office hari
tu? Awak sakit?”
‘Hah, yang
tu je? Ya Allah, buat penat aku
tunggu je tadi, rupa-rupanya nak
tanya pasal ni. Buat habis air liur aku bertekak dengan dia ni je’
Arian berjalan menghampiri Azie. Didekatkan tubuhnya
dengan Azie. Hah, Arian sudah mula menunjukkan sikap miangnya hendak menggoda
si Azie ni. Tapi jangan haraplah Azie akan terpikat pada Arian. Dah la kasanova
nombor satu Malaysia, siapa nak?
“Err... saya... saya demam!” Bohongnya. Tergagap dia
sambil berundur menjarakkan dirinya dari Arian.
“Kenapa marah sangat hari tu? Saya call pun awak marah.”Soal Arian lagi.
‘Macam-macam pula mamat ni. Bila masa pulak dia call aku? Setahu aku takdak sapa-sapa
pun. Lagipun aku mana la ada nombor handphone
dia. Tapi yang peliknya macam mana dia dapat nombor aku.’
“Bila
bos call saya? Tak tahu pun.” Tanya
Azie.
Azie menjarakkan lagi tubuhnya dari Arian. Sakit
hidungnya bila haruman lelaki itu menusuk hidung.
“Encik, sebenarnya
encik ni siapa? Saya kenal ke? Kalau saya taknak pergi kerjapun, bukannya
urusan encik. Faham?” Arian mengulangngi bait-bait kata Azie tempoh hari. Dia
masih ingat. Arian tersenyum seronok bila melihat wajah terkejut Azie.
Azie terlopong. Mulutnya sedikit ternganga. Dia tidak
pernah lupa panggilan hantu tanpa nama yang diterimanya tempoh hari, tidak
sangka pula bosnya yang menelefon.Itulah, orang tanya nama tak nak jawab, kan
dah kena maki free.
‘Hah? Maknanya, lelaki gila hari tu... Bos?! Alamak! habis
aku.... habis.’ Wajahnya berkerut-kerut. Dah macam orang tua.
“Sorry... saya ingatkan siapa hari tu, sebab
tulah saya marah.” Ucap Azie perlahan. Kalau boleh, dia tidak mahu Arian
mendengar ucapan maafnya. Malu!
“Apa? Apa
awak kata tadi, tak dengarlah.” Arian pura-pura tidak dengar. Dia ingin
mendengar lebih jelas permohonan maafnya.
‘Isy... dia ni
pekak bin badak ke?’
“Saya
minta maaf.” Ucapnya lagi dalam bahasa melayu.
“Kalau
saya taknak, macam mana?”
Arian ketawa.Seronok bila dapat mengenakan Azie.
‘Dia ni banyak akal betul la. Kalau dia taknak maafkan
aku macam mana? Mesti aku kena pecat. Arghh, nak makan apa aku nanti. Matilah
aku! Huhuhu, kesiankan la saya ni bos.’ Dia merayu, tapi hanya dalam hati saja.
Jika tadi dia tidak kisah dipecat, tapi sekarang dia betul-betul ambil kisah. Tapi
takkanlah dia perlu merayu bagai pada Arian. Tak sanggup rasanya, malu mukanya
nanti.
“Saya minta maaf, saya minta maaf, saya minta maaf...” Ulangnya
banyak kali. Timbul pula rasa simpati pada gadis ini, tapi tetap terselit rasa
lucunya melihat gelagat Azie. Tak sangka seorang yang ego seperti Azie sanggup
meminta maaf padanya.
“Okay-okay.
Kalau awak nak saya maafkan awak. Kejap lagi waktu lunch, awak kena temankan saya pergi makan. No excuse lagi. Faham!” Ujar Arian tegas membari arahan pada Azie.
Azie terdiam. Dia memikirkan semula kata-kata lelaki itu.
Baik dia pergi saja, dari dia kena pecat. Akhirnya Azie bersetuju. Kemudian
barulah Arian melepaskan Azie pergi meninggalkan ruang pejabatnya.
Dalam hatinya sudah berbunga riang. Fikirannya memikirkan
sesuatu rancangan yang ingin dilaksanakan. Entahla rancangan jahat ke baik. Tapi
harap-harap baiklah.
HARYANI jelas tidak bersedia ketika itu. Dari jauh dia melihat
Hariz sedang berdiri sambil menyandarkan tubuhnya pada kereta mewah BMW model
M6 miliknya. Nampak tenang dan bergaya sekali. Jika orang yang lalu lalang di
situ pasti akan tertoleh-toleh memandangnya. Di tangan Hariz terdapat sejambak
bunga ros merah. Hariz tahu itu bunga kegemaran Haryani dari seorang kekasih
untuknya. Haryani tidak tahu apa yang hendak dilakukan.Hariz berada betul-betul
di hadapan bangunan tempatnya bekerja. Dia merengus geram.
“Apa aku
nak buat ni?” Tanyanya sendiri sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Sekejap
lagi Lia datang, dia sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama. Hendak tak
hendak mereka tetap harus melewati tempat di mana Hariz berada sekarang. Sudah
semestinya Hariz akan ternampaknya dan dia pasti ingin bertemu dengannya.
‘Hisy, apa dia buat dekat sini? Ni mesti nak cari aku. Ya
la,mana taknya mesej dia aku tak balas, panggilan dia aku tak jawab. Mesti
haru-biru dia bila aku buat macam tu. Ni yang susah ni. Dah la aku tengah
lapar, time aku nak keluar, masa tu
jugaklah dia nak datang. Menyusahkan betul la!’ Bentak hatinya geram.
Perlahan-lahan dia berpatah balik semula ke arah lif. Tidak
mahu lelaki itu perasankan kelibatnya di situ. Haryani masih belum bersedia
berdepan dengan Hariz. Dia takut hatinya yang masih belum kuat akan mudah cair
pada lelaki itu dan akan menyebabkan segala tekadnya hanya sia-sia. Haryani
berusaha menyorokkan dirinya disebalik pasu besar yang berhampiran di situ. Tapi
malangnya suara Lia terlebih dahulu memanggilnya, kuat pula tu!
“Yani!” Laung
Lia apabila pintu lif terbuka. Dia ingin meluru masuk ke dalam, tetapi dihalang
oleh tangan Lia. Dia pasti Hariz mendengarnya.
“Kenapa
dengan kau ni, kalut semacam je? Yang
kau nak naik atas balik kenapa, kitakan dah janji nak makan sama-sama. Dah, jom!”
Lia pantas menarik lengan Haryani dan mengheretnya turut serta bersama
rakan-rakannya yang lain.
Haryani
menampar dahinya, ketika itu dia tidak tahu di mana hendak disorokkan wajahnya.
Bengang juga dengan Lia, tapi dia tidak boleh menyalahkan Lia sepenuhnya kerana
kawannya tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang.
Dia dapat melihat Hariz sedang menuju ke arahnya. Mereka
semakin dekat, dekat dan dekat. Haryani berdebar-debar tak tentu arah, rasa nak
tercabut jantungnya sekarang. Dia ingin berambus dari situ, tetapi keadaan
tangannya yang masih dalam genggaman Lia membuatkan dia tidak mampu bergerak.
‘Sabar Yani, sabar! Kau mesti berani hadapi dia.’ Bisiknya
dalam hati.
“Er…Yani.” Tutur Hariz sedikit gugup bila melihat gadis
itu bersama kumpulan gadis-gadis yang lain.Dia malu.
“Hah Yani, Hariz pun dah datang. So, kau ikut dia je
la.Mesti korang nak bercenkeramakan… hahaha.” Ujar Lia sekadar mahu mengusik. Mereka
ketawa, kecuali Haryani.
Boleh tahan juga tahap kecapulan mulut Lia ni. Kawan-kawannya
yang lain sudah mengetahui hubungannya dengan Hariz. Cumanya sekarang mereka
tidak tahu status Hariz sebagai suami orang, kalau tidak mahunya dia dicerca
oleh mereka sebagai perosak rumah tangga orang.
“Korang ni patut kahwin je, nak ke mana pun takdak orang nak larang. Kalau korang nak buat
lebih-lebih pun takdak siapa nak marah.” Sambung Lia lagi, cuba menyampaikan
maksud tersirat.
Wajahnya merona merah, terus dia tundukkan kepala. Malu
dilihat orang.Hariz turut begitu, malu pada rakan-rakan Haryani. Kalau ikut
hatinya, dah lama dia sambalkan mulut Lia. Cakap lansung tak ada insurans. Haryani
malu pada teman-temannya yang lain. Dia lihat Hariz serba salah dengan Lia.
“Kau ni Lia, aku tampar kang baru tahu.” Ujar Haryani
geram, tapi Lia buat tidak tahu saja. Sebaliknya dia hanya ketawa.
“Er... kitorang gerak dulu la ya.”
Hariz sendiri tidak tahan mendengar usikkan itu. Lantas
dia menarik tangan gadis kesayangannya supaya ke tempat lain, tapi tangan yang
sebelah lagi masih erat bersama Lia. Dia mengenggam kemas tangan rakannya, dia
tidak mahu melepaskannya. Dia tidak ingin mengikut lelaki itu. Dia takut.
“Isy, kau ni Yani. Macam budak-budak la, okaylah
kitorang pergi dulu.” Lia terpaksa merungkai sendiri genggaman itu. Lepas itu, mereka
terus meninggalkan dirinya bersama Hariz. Haryani sedih, rasa nak saja dia
menjerit.
“Jom, kita
pergi lunch sama-sama. Dah lama kita
tak jumpa, Iz rindu sangat.” Dia menarik tangan Haryani supaya menurutinya. Tapi
gadis itu tidak berginjak, kepalanya masih tegak tanpa memandang wajah Hariz. Jelas
dia tidak suka diperlakukan seperti itu
oleh Hariz.
“Lupa, nah
ini untuk awak.” Bunga yang dibawanya dihulurkan kepada Haryani.
Haryani
tetap menyambutnya. Dia memandang seketika bunga itu tanpa perasaan sebelum
menyerahkan kembali bunga itu kepada Hariz. Bunga itu dah takdak makna baginya
lagi, Hariz buatlah apa sekalipun dia tidak akan sesekali menerimanya.
Hariz jelas terkesima dengan perbuatan Haryani. Tapi
huluran itu dibiarkan saja tanpa bersambut.
“Awak
ambillah balik bunga ni, saya tak perlukan. Rasanya ada orang yang lebih layak
untuk terima bunga ini dari saya.” Ujarnya setenang yang mungkin.
“Kenapa?
Saya bagi bunga ini untuk awak.” Hariz tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh
Haryani. Dia menyangka Haryani masih merajuk padanya kerana terlalu lama pergi.
“Kan, saya
dah cakap tadi. Tak faham lagi ke?!” Jawabnya bersama suara yang sudah mulai
meninggi. Ikutkan hatinya yang panas dah lama dia tengking Hariz. Tapi dia
bukan bodoh ingin menunjukkannya di sini, ramai orang yang mengenalinya.
Sekali
lagi Haryani menyerahkannya. Tapi Hariz tetap tidak mahu mengambilnya semula. Jemu
dengan layanan sebegitu, Haryani bertindak meninggalkan Hariz menuju ke arah
luar bangunan.
“Yani, tunggu!
Kenapa dengan awak ni, nak marah-marah? Saya ada buat silap ke?” Soal Hariz
ingin tahu. Dia tidak tahu mengapa Haryani perlu marah dengannya, sedangkan dia
yang sepatutnya merasa seperti itu. Kalau merajuk sekali pun tak perlulah
tinggikan suara. Haryani yang dia kenal tidak pernah bersikap sedemikian
dengannya.
Kini
mereka berada di luar bangunan, jadi agak mudah bagi Haryani untuk bersuara
pada Hariz. Haryani memandang Hariz sekilas sebelum menyoal lelaki itu.
“Apa hal
awak datang cari saya ke sini? Ada hal penting ke nak cakap?”
Haryani
tidak berani bertentang mata dengan Hariz, takut hatinya yang sudah rapuh akan
mudah terpedaya dengan pandangan itu. Dia takut hatinya akan goyah dengan
pendirian yang telah ditetapkannya. Rasanya tak sanggup lagi untuk dia bersama
lelaki yang mencuranginya. Dadanya berdebar-debar menanti ucapan seterusnya
dari Hariz.
“Ya
sayang,penting sangat! Ini tentang masa depan saya dan awak. Saya nak bincang
pasal perkahwinan kita.” Ujar Hariz teruja. Dia sudah tidak sabar untuk
memberitahu perkara yang pasti membuatkan gadis kesayangannya tersenyum lebar
dan gembira.
Haryani
mengeluh. Hariz tak habis-habis memberinya harapan.
“Cukuplah
dengan drama-drama awak Iz! Saya takkan tertipu lagi!”
Haryani
tersenyum sinis, jauh benar dengan andaiannya. Tapi dia tidak boleh percayakan
Hariz lagi. Kata-kata Hariz hanya manis dimulut tapi terasa perit bila
menelannya. Dia sudah nekad, hubungan mereka harus berakhir hari ini juga. Tak
sanggup lagi dia ditipu olehnya. Dia tidak mahu melihat sahabatnya, terus
ditinggalkan Hariz begitu saja. Apatah lagi Ila lebih berhak ke atas Hariz
sekarang. Dia tidak mahu menjadi penghalang hubungan diantara mereka.
“Macam
nilah Iz, saya rasa tak ada apa yang perlu kita cakapkan lagi. Semuanya dah
berakhir, saya rasa... kita patut putus je.”
Haryani mula berlembut. Dia tidak mahu situasi ini berubah tegang. Biarlah
hubungan mereka berakhir dalam keadaan damai.
Lebih
baik dia memutuskan hubungan ini dari dia diputuskan oleh Hariz.
“Apa?! Takkan!”
Hariz
jelas terkejut, dia tidak menyangka perkataan itu akan keluar dari mulut
Haryani. Dia baru saja hendak membincangkan hubungan mereka ke arah yang lebih
baik, yang pasti dia mahu mengahwini Haryani.
Haryani
mengeluh, bukan tindakan itu ke yang harus dibuat oleh Hariz iaitu memutuskan
hubungan mereka. Jadi sebelum hal itu terjadi baik dia dulu yang memutuskan
hubungan mereka. Lebih senang!
“Iz...” Haryani
ingin bersuara tapi Hariz terlebih dahulu memintas.
“Kenapa
awak nak putus? Apa salah saya?! Patutlah selama ni awak lansung tak nak reply mesej saya, call saya. Memang awak dah lama nak putuskan hubungan kita!” Hariz
tidak puas hati, dia mula mempersoalkan tindakan Haryani. Rasanya dia tidak
pernah berbuat salah pada Haryani. Tapi kenapa tiba-tiba dia mahu memutuskan
hubungan mereka?
“Awak
cakap apa salah awak? Hei, Hariz! Awak dah lupa ingatan ke atau awak pura-pura
lupa ingatan? Awak jangan ingat saya ni bodoh untuk awak tipu!” Haryani turut
meninggikan suaranya. Geram bila Hariz seolah-olah mempersalahkannya, sedangkan
lelaki itu yang berbuat salah dahulu. Tapi apa yang lebih menyakitkan hatinya
bila Hariz langsung tidak mahu mengaku apa yang sudah dilakukan olehnya.
“Apa
yang saya dah tipu?! Apa yang saya dah buat?!”
Haryani
tersenyum sinis sambil mengeleng-gelengkan kepala.
‘Awak
ingat saya ni bodoh untuk awak tipu Iz? Saya dah tahu awak dah kahwin, tapi
saya takkan cakap, saya nak awak sendiri yang mengaku!’
“Salah
sendiri pun orang lain perlu nak cakap ke?” Soalnya sinis. Dia memandang tepat
wajah Hariz, dia ingin melihat reaksi lelaki itu.
Hariz
diam memikirkan maksud yang cuba disampaikan Haryani. Adakah Haryani sudah
mengetahui hal antara dia dan Ila? Kalau ya, siapa yang beritahu,Ila? Rasanya
masih terlalu awal rahsianya untuk terbocor. Gusar mula bertandang dihatinya, tapi
dia tidak harus cepat mengaku apa yang telah dilakukannya di hadapan Haryani. Mungkin
sebab lain yang menyebabkan Haryani berubah. Dia harus tahu itu.
“Dah la
Iz,s aya rasa dah takdak apa lagi yang saya nak cakap. Awak pun dah tahu, saya
tetap dengan keputusan saya untuk putus dengan awak. Lepas ni awak jangan
hubungi saya lagi, saya dengan hidup saya, awak dengan hidup awak... Nah! Bunga
ni saya letak dekat sini.” Ujar Haryani lalu meletakkan kembali bunga pemberian
Hariz di atas kereta. Kemudian dia terus meninggalkan Hariz sendirian.
‘Selamat
pengantin baru Iz.’ Ucapnya dalam hati. Dadanya tiba-tiba terasa sebak, air
matanya mula bertakung ditubir mata. Haryani tahu,ini pasti pertemuan mereka
yang terakhir. Rasanya semua sudah jelas dan tiada apa lagi yang harus
dilakukan. Hariz bukan miliknya lagi. Keputusan yang dia buat ini tidak perlu
dia kesal.
Dia cuba
memanggil Haryani beberapa kali, tapi kekasihnya buat tidak tahu saja. Akhirnya,
Hariz membiarkan saja Haryani pergi. Hatinya tidak dapat menerima keputusan
itu, takkan sesekali dia putuskan hubungan ini. Dia tidak dapat melepaskan
Haryani begitu saja, lagipun mereka sudahpun berjanji untuk bersama tak kira
walaupun apa yang terjadi.
Hariz
bingung dengan perubahan Haryani, dia tidak tahu punca mengapa Haryani mahu
memutuskan hubungan mereka. Jika Haryani sudah tahu perkahwinanya bersama Ila
mengapa dia tidak berterus terang saja. Lagipun dia pasti Ila tidak akan
membocorkan rahsia mereka, dia sudahpun berjanji dengannya. Pasti ada sebab
lain.
“ARRGH....”
Azie menjerit lantang.
Tangannya menumbuk stereng kereta. Wajahnya merah seperti
udang bakar. Dadanya turun naik menahan marah yang memuncak. Nafasnya pulak
tidak teratur,sekejap perlahan, sekejap kuat. Hai, marah sangat nampaknya! Apa
kes pulak dia ni?
“Bodoh, bodoh,
bodoh! Eeee,g eramnya aku! Nak je aku
tumbuk muka kau tu. Ingat hensem sangat ke? Dah hidung tak mancung, pipi
tersorong-sorong. Huh!” Cemuhnya.
Azie merengus geram. Dia mengurut dadanya sambil menarik
nafas beberapa kali untuk menghilangkan rasa marahnya. Tangannya mengenggam
erat stereng kereta. Sabar Azie,sabar! Dah nampak macam gengster la pula.
Imbas
kembali...
“Hmm, terima
kasih bos, sebab belanja saya makan.” Ucap Azie jujur.
Azie tersenyum senang. Lega hatinya apabila Encik Arian
sudi membelanjanya hari ini. Jimat duit belanjanya. Di hadapannya terhidang
sepinggan nasi daging merah dan segelas jus tembikai. Nampak menyelerakan. Perutnya
sudah berbunyi minta diisi. Tidak sabar dia ingin merasa makanan yang baru
ditempahnya. Tapi, belumpun sempat makanan menyentuh bibirnya, Arian pantas
memintas dengan memegang tangan Azie.
Hampir saja sudu tersebut terlepas dari tangannya. Berdebar
tak tentu arah jantungnya, dah macam nak tercabut!
“Awak
suapkan saya.” Ujar Encik Aryan sambil tersenyum menggoda.
“Apa?”
Azie terjerit kecil. Terkejut dengan permintaan bosnya. Dia
cepat-cepat menekup mulutnya dengan tangan. Dah gila ke apa Arian ni? Nak suruh
minah gangster ni suapkan dia. Eeee, gelinya. Miang betul la laki ni. Hmm, kalau
dah buaya tu, tetap buaya juga.
“Err... tapi bos.”
“Awak tengok makanan depan mata awak ni ada sepinggan jekan? Untuk saya takdak kan? So, kita kenalah kongsi makanan ni. Awak
suapkan ya?”
Azie menggaru kepala. Dah tahu ada satu kenapa tak order lain. Aduh, susahnya kalau nak deal dengan bos yang suka ambil
kesempatan ni.
Matanya meliar melihat keadaan sekeliling, mana tahu ada
orang yang mengenali mereka. Terutama orang-orang yang bekerja sebumbung
dengannya, risau jika mereka terlihat kelibatnya bersama Arian, mahu dia jadi
bahan gosip mereka di pejabat.
“Awak jangan risau, tempat ni jauh dari office. Jadi memang takkan ada orang
yang kenal kita.”
Arian tersenyum, dia seperti memahami apa yang sedang
difikirkan Azie. Persediaan awal sudah dilakukkannya terlebih dahulu sebelum
mengajak Azie makan tengah hari bersama. Dia memang sengaja membawa Azie ke
restoran yang lebih jauh dari kawasan pejabat mereka, supaya tidak terserampak
dengan mana-mana pekerjanya.
“Tapi... saya malu la bos. Ramai orang dekat sini.” Azie
mencipta alasan, tapi memang betul pun apa yang dirasainya sekarang.
“Saya tak peduli, saya nak awak suapkan saya juga. Ini
sebagai denda sebab awak marahkan saya hari tu... Dah, cepat!” Arian bersedia
untuk menerima suapan pertama dari Azie. Dia bukakan mulutnya.
Nak tak nak terpaksalah Azie turutkan juga permintaan
gila bosnya. Ikutkan hati, sekarang juga dia ingin membelasah bosnya itu. Tapi
disabarkan hati yang panas mendidih. Ketika itu, dia tidak tahu dimana hendak
letakkan mukanya.Azie perasan ada beberapa orang pelanggan yang asyik
mengerling ke arah mereka. Bajet pasangan romantiklah!
‘Ya Allah, malunya... eee, bos ni macam budak-budaklah! Nak
bagi denda bagai.’
Dia benci! Benci dengan senyuman lelaki itu, menyakitkan
hati betul. Dia ingat dengan melakukan semua itu, Azie akan jatuh dalam
pelukkannya? Memang silap besarlah, ni Azie la, hati keras macam batu.
“Oh... kau
nak main dengan aku ya? Baik. Takpa, kita tengok siapa yang menang, siapa yang
kalah. Takpa, hari ni hari kau, esok hari aku pulak! Tahu la aku macam nak ajar
kau nanti. Hmm...”
Azie tersenyum penuh makna sambil mengetuk-ngetuk
stereng. Di dalam fikirannya sedang merencana beberapa perancangan untuk lelaki
yang telah memalukan dirinya.
‘Kau tunggu Arian, tau la aku nak ajar kau nanti.’
Dia memasukkan gear dan keretanya mula bergerak di atas
jalan raya. Seperti biasa kesesakan lalu lintas di tengah-tengah kota raya
membuatnya sentiasa lewat untuk sampai ke rumah. Maklumlah, semua orang baru
balik kerja. Dia sudah tidak sabar hendak pulang ke rumah dan merancang
rancangan jahat bersama kawan baiknya. Siapa lagi, kalau bukan Haryani!