Followers

Isnin, 29 Oktober 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 12



Bab 12
ILA sedang sibuk mengurus pakaian yang baru diterima oleh mereka.Minggu ini sememangnya amat sibuk baginya,memandangkan dia baru saja pulang dari kampung.Sara pula sedang mengurus stok baru yang diterima.Suasana dibutik mereka tenang,pekerja mereka Alia sedang melayan seorang pelanggan.
  Tiba-tiba Ila mengeluh.Entah kenapa dia rasa semua kerja yang dia lakukan tidak kena.Kemudian dia bangun lalu melangkah masuk ke dalam bilik yang sedang diduduki Sara sekarang.
“Kau kenapa?Tiba-tiba je mengeluh.”Soal Sara yang mendengar keluhan demi keluhan yang lahir dari bibir rakannya.Dia lansung tidak memandang wajah Ila.
“Entahla,aku pun tak tahu nak kata macam mana.Aku rasa…entahla!”Ila tidak tahu harus bagaimana dia harus luahkan perasaannya sekarang.Perasaannya bercampur baur sekarang ini.Tambahan pula selepas saja dia pulang dari kampung,dia dapat melihat perubahan sikap rakan-rakannya terutama Haryani.Hal ini membuatkan dia tertanya-tanya.Tambah binggung dia dibuatnya.Masalah Hariz belum selesai,sekarang ini Haryani pula.
“Rasa apa?Pasal Hariz ke?”Soal Sara cuba meneka apa yang sedang difikirkan Ila.
“Hmm,pasal Hariz pun satu.Sekarang ni Yani pulak.Aku tak tahula,sejak aku balik sini,aku tengok dia macam taknak cakap je dengan aku.Lepas tu muka dia muram je.Dia ada masalah ke?”
“Entah,rasanya tak kut.May be masalah kerja.”Jawab Sara yakin yang masih belum mengesyaki apa-apa.
“Harap macam tu la…”Lemah suaranya.Dia duduk di atas kerusi sambil memikirkan sesuatu.Hatinya berdegup kencang setiap kali memikirkan Hariz.Fikiran dia tidak boleh berhenti memikirkan lelaki itu.Dia rindu,dia sayang dan dia cinta.Sepatutnya dia tidak harus merasakan apa-apa perasaan tersebut terhadap suaminya walaupun dia berhak.Tapi siapala dia hendak menghalang perasaan itu,dia cuma insan biasa.Biarla dia menjadi seorang perindu dalam diam,asalkan dia bahagia.
“Wei,kenapa la kau tak bagi tahu Yani perkara sebenar?Kan takdak la kau rasa macam ni sekarang.”Bicara Sara tiba-tiba mengungkit tentang Hariz dan Ila.Dia berminat ingin tahu apa al-kisah rakannya dengan Hariz.
“Kan aku dah citer dekat kau…aku dah janji dengan Hariz pun yang aku takkan bagi tahu dia.”
“Ya la,tapi tak salahkan kalau kau bagi tahu Yani sekalipun.Kau isteri Hariz,kau ada hak ke atas dia!”Sara bersuara tegas.Dia mahu melihat rakannya bahagia di dalam perkahwinan ini.Dia pasti rakannya boleh meraih cinta Hariz walaupun dia tahu lelaki itu masih mencintai rakannya yang seorang lagi.
“Tapi kau tahukan Hariz cintakan Yani.Takkanla aku nak rosakkan kebahagian dia?Kau kena faham tu!”Ila masih bertegas dengan keutusannya tidak mahu memberi tahu perkara sebenar kepada Haryani.
“Habis tu kebahagian kau tu macam mana?”
  Ila terus terdiam,tidak tahu aa yang harus dia jawab.
  Macam mana kebahagian aku?Betul kata Sara,aku berhak ke atas Hariz,dia suami aku!Aku nak hidup bahagia dengan dia!Laungnya dalam hati,tak mampu meluahkannya.
            “Kalau aku jadi kau la,aku bagi tahu je Yani tu.Biar dia jauh-jauh dari Hariz,biar dia tahu yang kau tu isteri kekasih dia!”Ujar Sara seolah-olah geram.Dia bukannya geramkan Haryani,tapi Hariz.Dah jadi suami orang pun,masih mahukan perempuan lain!Sebenarnya dia kesal dengan sikap lelaki itu yang pentingkan diri.Tapi masih terlalu awal untuk Hariz melupakan Haryani,jadi dia haruslah diberi masa untuk melupakan Haryani dan belajar menerima Ila sebagai isterinya.
            “Isy,kau ni…kejam tahu tak.Dahla,aku malas nak bahas hal ni.Lagipun ini masalah aku dengan dia.Jadi,kau tak payahla nak masuk campur.”Ila bingkas bangun dan terus berlalu.Lagi lama di disitu,lagi rungsing dia difikirkan.
  Sara sedikit tersinggung dengan ujaran itu.Dia tahu,siapala dia untuk masuk campur dalam masalah ini,tapi sebagai rakan dia merasa bertanggungjawab untuk membantu rakannya.Tak salahkan kalau dia memberi pendapat.Walaupun kadang-kadang pendapat itu terlalu melampau.Niatnya cuma untuk menolong rakannya.
  Ila duduk tersandar di atas kerusi empuk miliknya.Kepalanya terdongak ke atas memandang siling bilik yang kosong.Dia menghela nafas berat.Fikirannya memikirkan kata-kata Sara sebentar tadi.Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Sara.Dia berhak ke atas Hariz,jadi tak salahkan kalau dia memberitahu Haryani perkara yang sebenar.Tapi sanggup ke dia melukakan sekeping hati insan lain yang begitu mencintai suamiya?Hatinya tertanya-tanya,haruskah dia bertindak ataupun hanya membutakan mata,mentulikan telinga dengan apa yang berlaku?
  Aku dah janji dengan Hariz.Tapi aku sayangkan dia,aku tak nak kehilangan dia…Ya Allah,apa yang harus aku lakukan sekarang.

TIGA bulan berlalu…keadaan betul memenatkannya.Dia letih melihat lakonan Hariz dan Ila di hadapannnya.Mereka berpura-pura seolah tiada apa yang berlaku diantara mereka.Haryani cuba menjauh dari lelaki bernama Hariz,tapi semakin dia menjauh semakin galak lelaki itu mengejarnya.Dia letih dengan kerenah lelaki itu.Sudah dia beri amaran jangan dekati dia,tetapi lelaki itu tetap degil.Sudah dia beri penjelasan yang dia tidak mahu merampas suami orang,apatah lagi merampas kasih sayang yag sebenarnya lebih layak untuk perempuan lain.Kini,satu-satunya lelaki yang dapat menyelamatkannya adalah Razman,lelaki yang sekarang berada dihadapannya.
            “Hujung minggu depan awak free tak?”Soal Razman ketika mereka sedang menikmati makan tengah hari bersama-sama.Matanya merenung wajah Haryani penuh harapan agar gadis itu bersetuju.
            “Kenapa?”
            “Saya ingat nak ajak awak keluar jalan-jalan.”Jawab Razman lancar dalam gugup.Sememangnya itulah tujuannya.Ingin mengajak gadis itu berjalan-jalan berdua dengannya.Seolah-olah mereka adalah pasangan kekasih.
  Haryani tergelak kecil.Entah apala yang melucukannya.Dia sudah seperti mengagak apa yang hendak dikatakan oleh Razman.Sama ketika temu janjinya yang pertama bersama Hariz.Lelaki itu gugup ketika hendak mengajaknya keluar.
  Ah…Hariz lagi.
            “Hmm…saya tak tahu lagi la Raz.Kalau boleh saya kol awak.”Jawab Haryani menghadiahkan senyuman manis pada lelaki itu.Dia tahu pasti Razman kecewa dengan jawapannya.Senyuman itu sekadar hendak menyenangkan hati lelaki itu.
  Razman tersenyum hambar.Dia tahu itu pasti helah Haryani untuk mengelak darinya.Tapi sekurang-kurangnya dia senang dengan perubahan gadis itu sekarang.Jika dulu mereka jarang meluangkan masa bersama-sama,tapi sekarang mereka berdua lebih kerap bersama.Dia sendiripun tidak tahu perkara apa yang telah merubah gadis itu.Tapi dia betul-betul suka dengan perubahan baru ini.Sekurang-kurangnya dia tahu masih ada peluang untuknya memenangi hati gadis kesayangannya.
            “Okay,saya tunggu call awak.Kalau tak,awak kena denda.”Razman ingin bergurau.Dia ingin melihat gadis itu ketawa.Sungguh manja dan comel bila dilihat baginya.
  Haryani ketawa kecil.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Ada-ada aja lelaki ni…
            “Oh ya!Awak nak denda apa?”Jawab Haryani turut membalas gurauan itu.
  Razman sedang memikirkan denda apa yang paling tepat untuk gadis kesayangannya.Kemudian dia mendapat satu denda yang betul-betul dia tidak sabar untuk mendengar jawapan gadis itu bila dia usulkan denda yang paling istimewa ini.
            “Awak kena kahwin dengan saya!”
            “Oh,kalau macam tu saya setuju sangat la.”Haryani tidak sedar dengan apa yang dia cakapkan.
  ‘Eh,apa yang aku cakap ni?Bukan-bukan…’
            “Apa awak cakap?Awak sudi kahwin dengan saya?”Razman terkejut bercampur teruja dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu.
            “Hah!Er…saya gurau je la tadi.”Dia menampar kepalanya beberapa kali.Marah dengan dirinya sendiri kerana menjawab soalan yang patut dia tidak jawab.
  Bodoh,bodoh,bodoh betulla aku ni…
            “Hmm,saya tahu.Awak dah ada…”Belum sempat Razman menghabiskan ayatnya Haryani pantas memotong.
            “Mana ada!Saya takdak sapa-sapa pun.”Jawabnya pantas,seolah-olah sudah tahu apa yang bakal dikatakan lelaki dihadapannya.Dia tidak mahu Razman mengalah dalam terus memenangi hatinya.Walaupun dia dan Hariz baginya tiada lagi apa-apa hubungan,itu tidak bermakna dia akan menutup pintu hatinya untuk lelaki lain.
  Razman tersenyum.Dia betul-betul mengharap apa yang dikatakan Haryani sebentar tadi akan menjadi kenyataan,gadis itu sudi menjadi isterinya.Dia selalu mimpikan untuk membina satu keluarga bahagia bersama Haryani.Gadis itu menjadi pujaannya sekian lama sejak mereka di university lagi.Tapi dia hanya dapat memandang gadis itu dari jauh saja kerana ada ‘minah gengster’ yang bersamanya.Lucu bila diingatkan kerenah Haryani bersama rakan-rakannya,terutamanya Azie yang digelar ‘minah gangster’.
  Hari yang indah sungguh membahagiakan bagi lelaki bernama Razman.Makan berdua bersama gadis pujaan sungguh menggembirakan hati lelakinya.Mata bertentang mata mendebarkan hati yang sedang dilamun cinta.Hari yang mendatang diharapkan dapat memberi sinar bahagia yang akan sentiasa bersinar.

“ARGHH…”Dia menjerit apabila lengannya ditarik seseorang.Mulutnya pantas ditekup tidak mahu suaranya dapat didengari oleh orang lain.Tangan sasa mula melingkari pinggangnya.Dengusan nafas yang sedang keresahan betul-betul dekat dengan telinganya.Dadanya berdebar-debar kencang,tidak tahu harus apa yang patut dia lakukan.Tubuhnya kaku lansung tidak dapat bergerak.
  Haryani memejamkan matanya.Tidak sanggup melihat apa bakal berlaku.Dia sudah mula-mula teresak-esak.Dirinya betul-betul ketakutan sekarang apabila lelaki tersebut mula mencium belakang tengkuknya dan rambutnya.Dia ingin menjerit tetapi tidak terkeluar suaranya,seolah-olah sedang dikawal.Tubuhnya semakin erat dalam pelukkan lelaki itu.Siapa dia?
            “Yani.”Suara garau seseorang menerjahnya.
            “Shh…awak jangan nangis lagi.Saya ni,Iz.Awak tak perlu takut.”Sambungnya lagi dekat dengan telingan Haryani.
  Terbuka luas matanya apabila mendengar suara itu.Cepat-cepat dia memaling menghadap lelaki itu untuk mendapatkan kepastian.Betul,lelaki itu adalah Hariz.Pantas tangannya menolak tubuh Hariz jauh darinya.Mati-mati dia ingat lelaki yang menyerangnya adalah perogol bersiri yang kini sedang diburu pihak polis.Sudahla kawasan pakir bawah tanah ini gelap dan hanya ada beberapa buah kereta saja.Dia seorang diri disini.
            “Apa yang awak buat ni?!”Marah Haryani.Wajahnya yang basah dengan air mata dikesat kasar.Dia betul-betul geram dengan tindakkan tidak wajar Hariz.
            “Saya nak jumpa awak Yani,saya betul-betul rindukan awak.I miss you…”Ucap Hariz lemah.Wajahnya kelihatan tidak terurus dengan bulu-bulu halus yang mulai tumbuh disekitar wajahnya.Dulu wajahnya sentiasa bersih.Tapi sekarang dia benar-benar kelihatan seperti orang tengah putus cinta.Betul ke dia masih mencintai Haryani?
            “Berapa kali saya dah cakap,jangan ganggu saya.Faham!”Dia tegas dengan pendiriannya tidak akan kembali kepada lelaki itu.Bukannya dia tidak kesian dengan Hariz,tapi ada sesuatu  yang menghalangnya.
            “Tapi kenapa?!Saya dah penat la Yani dengan semua ni.Saya tak faham dengan awak…apa yang awak nak?”Hariz mencengkam kuat lengan Haryani.Matanya yang merah tajam merenung gadis  itu.
            “Auww…sakitla!Lepas,lepasakan saya!”Diaa meronta-ronta minta dilepaskan.Sakit akibat cengkaman itu  membuatkan riak wajahnya berubah.
            “Dah,awak  jangan nak cakap banyak pulak!Cepat,ikut saya!”Hariz pantas mengheret tubuh gadis itu.Tidak dihiraukan rontaan dan rayuan Haryani.Hatinya sekarang benar-benar tengah sakit.Sudahla dirinya tidak dihiraukan selama berbulan-bulan,baru sebentar tadi dia melihat kekasihnya bersama lelaki lain.Nampak mesra.Panas juga hatinnya melihat kemesraan itu.
            “Apa ni Iz?Sakit la.Lepaskan saya,lepaskan!”Jeritnya lantang sambil cuba melepaskan dirinya.
  Hariz masih tidak hiraukannya.Dia terus memaksa gadis itu supaya mengikutnya.
            “Jangan paksa saya boleh tak?”Sambungnya lagi.
            “Ada saya kisah!”Ujarnya lantas menolak Haryani ke dalam keretanya.Dia sudah tidak tahan menunggu dan hanya melihat perkara ini berlarutan.Hari ini juga dia harus menyelesaikan segala  kekusutan ini.Sebentar lagi,dia ingin melamar gadis kesayangannya dan ingin berkahwin dalam masa terdekat ini.Segala persiapan sudah dia siapkan.Dia tidak ingin kehilangan Haryani,dia betul-betul takut sekiranya hal itu terjadi.Dia dapat rasakan gadis itu ingin lari darinya,sebab itulah dia merancang semua ini.
  Hariz memandu laju membelah jalan.Haryani disebelahnya hanya membisu sambil matanya memandang kehadapan,mungkin masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi.Tak sangka dirinya ‘diculik’ oleh Hariz,kemana dia akan dibawa masih belum diketahui.Haryani berdoa dalam hati agar Hariz tidak melakukan perkara buruk terhadapnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...