Followers

Rabu, 19 Disember 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 13



Bab 13

“WHAT?! Kau dekat genting?Kau buat apa dekat sana?”Azie terkejut.Bagaimana rakannnya boleh tersesat di sana,sedang baru beberapa jam lalu dia  berada disini.

            “Entahla.”Jawab Haryani di sana selamba.

            “Entahla?Hello….kau yang pergi takkan tak tahu kut.”Ujar Azie sedikit geram.Dia disini kerisauan memikirkan Haryani,boleh pulak rakannya bergembira di sana.

  Dia ni bukannya nak ajak aku sekali!Tak guna punya kawan.

            “Aku bukannya nak datang sini pun,tapi dia yang paksa aku.”

            “Siapa?Raz?”Azie pelik.Siapa pula yang ingin memaksa rakannya?Takkanlah Razman pula kut.

            “Bukan,tapi  Hariz.Dia yang paksa aku.Aku dah kata taknak,tapi dia tetap  paksa aku juga.Bukannya kau tak kenal dia…”Jelas Haryani ringkas.Dia taknak Azie memikirkannya masih ‘terhegeh-hegehkan’ lelaki itu.

            “La…kenapa kau tak hentam je mangkuk tak faham bahasa tu!Biar dengan padan muka dia.Isy,geram aku!”Azie kegeraman.Panas hatinya bila mendengar nama Hariz disebut.Pantang dia lelaki berlaku kasar dengan perempuan,nak saja dia tumbuk-tumbuk wajah Hariz sekarang.

  Haryani ketawa kecil.Lucu dengan sikap rakannya yang masih belum berubah.Sejak dari awal perkenalan mereka lagi Azie sudah dikenali dengan sikap keras kepala dan hati batu.Sekarang masih juga belum berubah.

            “Macam mana aku nak hentam?Dia tu lelaki,aku ni perempuan.Kalau aku hentam dia,dia hentam aku balik!Habisla aku.”

            “Hah!Yang tu kau tak payah risau,kalau dia hentam kau tahula aku nak ajar dia nanti!Baru dia tahu langit tinggi rendah.”

  Haryani ketawa terbahak-bahak hingga sakit perutnya.Air matanya terkeluar sedikit.Azie,Azie…kan bagus kalau  kau jadi bodyguard kawan kau ni.Dari jauh Haryani dapat melihat Hariz sedang menuju kearahnya bersama dua botol air mineral ditangan.Mati terus senyumannya.Cepat-cepat dia putuskan  talian menyebabkan Azie dihujung sana tertanya-tanya.

            “Siapa tadi?”Soal  Hariz serius yang menyedari gadis itu baru sahaja selesai bercakap dengan seseorang.

  Haryani terdiam seketika.Tak tertelan air liurnya  melihat renungan lelaki itu yang bagaikan singa kelaparan.

            “Azie.”Jawabnya sedikit gugup.

            “Bohong!!”Tempik Hariz lantas merampas telefon bimbit Haryani.Jarinya memainkan peranan menekan punat yang tertera disitu.

   Haryani tergamam.Kali pertama dia diperlakukan sedemikian oleh lelaki yang cukup dia cintai.Berdebar-debar dadanya.Terasa ingin menangis pula.Tapi hatinya meradang,kenapa tiba-tiba lelaki itu berubah?

            “Awak ni kenapa?Syak tak habis-habis!”Marah Haryani sambil bercekak pinggang.

            “Maaf”Ucap Hariz perlahan.Baru menyedari kesilapannya.Dia memulangkan semula telefon bimbit kepada Haryani.

            “Puas hati sekarang!”Ujarnya separuh geram.Lelaki itu tak berhak cemburukannya.

            “Saya minta maaf okay?Awak tak payahla nak marahkan saya lagi.Saya janji,saya takkan buat lagi.”Hariz ingin mencapai tangan Haryani,tapi pantas ditepis.Hariz sedikit kecewa.

  Haryani merengus geram sambil berpeluk tubuh cuba menahan kedinginan malam.

  Isy,banyakla awak punya janji!Rungutnya dalam hati.

            “Hah!Yang awak bawa saya datang sini buat apa?Nak bagi saya sakit hati lagi?!”

            “Apa yang awak cakap ni?Saya ada kejutan untuk awak.Saya yakin,lepas ni pasti hati awak tak sakit lagi,sebab saya akan sentiasa ada bersama awak.”Ujar Hariz sambil tangannya membelai rambut gadis itu.Haryani ingin mengelak tetapi terhalang oleh kereta Hariz yang dekat dengannya.

  Haryani terpaksa membiarkannya.Tapi hatinya senang dengan perlakuan lelaki itu.Hatinya terasa senang dan lapang.Dia lupa diri seketika,tapi cepat-cepat dia tersedar.Dia tahu perbuatannya itu salah.Pantas dia menepis tangan sasa Hariz dari terus melekat pada wajahnya.Sakit hatinya bila melihat senyuman lelaki itu.

            “Apa awak merepek ni?!Dah,hantar saya balik sekarang.”Bicaranya masih lagi dalam keadaan marah.

  Hariz tersenyum sinis.Dalam keadaan begini jangan harapla dia dapat memenuhi permintaan gadis itu.Lagipun tujuannya datang ke sini selain memberi kejutan kepada kekasihnya,dia juga ingin bercuti sambil menenangkan fikirannya bersama Haryani,walaupun hanya satu malam.Dia betul-betul rindukan gadis itu.Jadi dia ingin meluangkan masa sepanjang hari bersama Haryani.

            “Kalau awak nak balik,balik la.Saya nak tidur sini.”Jawab Hariz lalu mula melangkah meninggalkan Haryani.

  Dia merengus geram.Tak guna!Ada ke patut dia tinggal aku sorang-sorang dekat sini?Haryani menghentak-hentak kakinya menurut langkah lelaki itu.Ikutkan rasa hati,nak saja dia tendang-tendang lelaki itu.Baru puas hatinya!

            “Nampaknya kita tidur sinila.”Ujar Hariz bila mereka langkah dihadapan  sebuah hotel.

            “Awak gila ke?!”Tiba-tiba Haryani menjerit terkejut.

            “Kenapa?”Soal Hariz turut terkejut dengan jeritan Haryani.

            “Awak gila ke nak suruh saya tidur sebilik dengan awak.”

  Hariz ketawa terbahak-bahak,lucu dengan Haryani.Boleh pula gadis itu terfikir sampai ke situ.

            “Ya Allah,sayang…awak sebilik,saya sebilik la.Tapi…kalau awak nak boleh juga."

  Eee…mengada!Haryani menunjukkan wajah menyampahnya sebelum beredar meninggalkan lelaki itu.Hariz ketawa terbahak-bahak.Itulah salah satu perangai yang dia suka pada Haryani.Baginya,wajah itu kelihatan comel dan manja bila bibir mungil itu  mengukir senyuman.Ingin sekali dia jadikan itu miliknya.Tidak kira apa sekalipun,akan dia jadikannya milik dia.

ANGIN malam bertiup menyapa tubuhnya.Tingkap dibiarkan terbuka luas.Matanya memandang suasana malam yang gelap tanpa cahaya.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.30 tengah malam.Hanya dia seorang saja yang masih berjaga dirumah itu.Hatinya gundah,hatinya gelisah.Tapi dia hanya mampu memendamkan saja perasaan itu.Ingin diluahkan,dia malu.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk disimpan saja perasaan itu jauh didasar hatinya.

  Telefon bimbit nokia masih berada didalam genggamannya.Dia teragak-agak untuk menghubungi si dia,takut menganggu.Tapi,atas desakkan perasaan akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghubungi juga.Ila menunggu seketika sebelum taliannya dijawab.Percubaan kali pertama tidak berjawab,percubaan kali kedua juga turut sama.Ini adalah cubaan kali ketiga dan terakhir untuknya,tapi kali ini telefon bimbit suaminya terus dimatikan.Mungkin terganggu dengan deringan itu.Ila mengeluh kecewa.Rindu untuk suaminya bergunung.Alangkah baiknya jika dia dapat mengangtikan kedudukan Haryani di hati suaminya.

  Sudah tiga bulan berlalu.Tidak sedar usia perkahwinannya sudah masuk bulan ketiga.Tapi sampai sekarang masih belum ada perubahan.Dia juga ingin hidup bahagia seperti orang lain.Salah ke dia jika sudah ditakdirkan suaminya adalah kekasih rakan baiknya?Dia juga ingin merasai kasih sayang suami seperti orang lain.Hatinya sakit bila melihat suaminya bersama orang perempuan lain.Dia ingin menangis,tapi tidak terluah semua itu.Kadang-kadang terfikir juga dia untuk memberitahu perkara sebenar pada Haryani.Tapi dia tak sanggup.Tak sanggup untuk melukakan sekeping hati yang lain.Akhirnya,dirinya yang menderita.

  Hariz ibarat putera yang menjadi idaman gadis.Tapi hanya seorang saja yang akan dipilih untuk berdamping dengan lelaki itu.Adakah gadis yang tidak dicintai tetapi sudah mempunyai ikatan suami isteri dengannya?Atau gadis yang cukup dicintai tapi tiada apa-apa ikatan dengannya?Tapi,boleh ke dia memilih kedua-duanya?



SUASANA di restoran itu kelihatan tenang dengan hanya beberapa pengunjung saja.Suasana pagi di Genting Highland sungguh mengasyikkan dan lebih dingin berbanding berbanding di Kuala Lumpur.Haryani duduk termenung sambil menongkat dagu memandang kearah luar.Dia menunggu kedatangan Hariz yang belum tiba.Lelaki itu sudah berjanji dengannya ingin bertemu disini jam 8.00 pagi.Tapi sekarang jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi,maknanya sudah setengah jam dia disini.Haryani merengus geram.

  Hisy…mana dia ni?Kata pukul 8.00,sekarang ni pukul berapa dah!

  Haryani bangun untuk beredar dari situ.Tapi niatnya terpaksa dibatalkan bila Hariz tiba-tiba muncul.Haryani mencukakan wajahnya.Geram dengan Hariz.Nak saja dia berambus dari situ tanpa menghiraukan lelaki itu.

            “Sorry,terlewat sikit.Saya beli something tadi.”Ujar Hariz lembut cuba memujuk Haryani.Dia pasti gadis itu sedang marah atas keterlewatannya.

            “Hmm…”

            “Awak order tak apa-apa lagi untuk sarapan?”Soal Hariz bila melihat meja itu masih kosong.Pasti Haryani menunggunya untuk bersarapan bersama.

            “Tak,saya tak laparpun.Lagipun saya dah makan roti kedai depan tu.”Haryani maskudkan roti yang dibelinya di kedai runcit dihadapan restoran ini.

            “Nak saya orderkan?”

            “Tak!”Jawabnya sepatah.

            “Okay,kalau macam tu saya pesan…”Belum sempat Hariz menghabiskan bicaranya Haryani pantas memotong dengan suaranya separuh menengking.

            “Awak tak faham bahasa ke?!Saya kata tak nak,tak nak la!”

  Hariz terkejut,begitu juga dengan Haryani.Dia tidak menyangka akan bersuara seperti itu kepada Hariz.Mungkin puncak kemarahannya sudah tidak dapat dikawal.Marahnya pada lelaki itu sudah keterlaluan.Mungkin selama ini sudah dia pendam perasaan marah pada lelaki itu.Tambahan pula,dia sudah tidak tahan untuk menonton segala lakonan lelaki itu padanya.Dia ingin menamatkan segala kepura-puraan ini.Dia tahu,sebalik semua ini pasti ada hati yang terluka.Sebab itu dia ingin menamatkan segalanya.

  Hariz terdiam lama.Memikirkan perihal gadis dihadanpannya ini.Sepanjang tiga bulan ini,dia dapat rasakan ada suatu yang berubah pada kekasihnya.Mereka sudah tidak seperti dulu yang sentiasa bersama kasih dan cinta yang dia dapat rasakan.Tapi sekarang,gadis itu seolah-olah ingin lari darinya.Dia juga tidak dapat rasakan hangatnya cinta bila bersama kekasihnya,sebaliknya gadis itu akan kaku dan hanya membisukan diri.Dia pasti ada sesuatu yang telah terjadi dan disembunyikan darinya.

            “Kita bincang di luar.”Tuturnya lantas beredar dari ruang yang dingin tetapi terasa panas baginya.

            “Hmm,apa yang nak dibincangkan?”Tanya Haryani acuh-tak acuh.

  Haryani merenung lama wajah itu sebelum memulakan perbincangan perihal hubungan mereka.

            “Kenapa awak berubah Yani?”Suara Hariz lembut menerjah telinga Haryani.Dia tahu,dalam hal ini dia harus berlembut.Jika tidak pasti hubungan selama bertahun ini akan retak ataupun hancur.

            “Berubah?Saya rasa tak.”Haryani tersenyum sinis,dia tahu apa yang sedang dimaksudkan Hariz sekarang.

            “Tolongla Yani,saya tahu pasti ada sesuatu yang sedang awak sembunyikan dari saya.”

            “Iz,Iz…semua jawapan tu ada pada awak.Jadi tak payahla nak tanya saya lagi,pandai-pandailah fikir.”

  Haryani terdiam lama.Tak tertelan air liurnya sekarang.Terasa sesak nafasnya walaupun sekarang dia sedang berada dikawasan yang lapang.Dia yakin pasti tak lama lagi perkara ini akan tamat.Hariz akan bersama Ila dan dia akan bersendirian.Ya Allah…mampu ke dia harungi semua ini?

            “Apa awak cakap ni?Saya tak faham,cuba awak jelaskan pada saya.”Hariz berdebar-debar.Dia betul-betul bingung sekarang.Segala jawapan ada padanya?

            “Cukup!Saya dah tak tahan dengan semua ni!Awak ingat,awak boleh tipu saya,boleh bohong saya dengan lakonan awak ni?!Hei,sudahla…”Tiba-tiba Haryani bersuara lantang.Matanya merah menahan tangis.Tajam matanya merenung Hariz.Debar di dadanya terasa sakit,seolah-olah ditikam beribu-ribu kali.

            “Apa maksud awak?”Suara Hariz tersekat-sekat.Dadanya berombak ganas.Dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.Dia takut untuk hadapi semua itu dan dia juga takut untuk kehilangan gadis kesayangannya!

            “Saya tahu apa yang terjadi,saya tahu apa yang berlaku antara awak dan Ila.Tak payahla awak nak sorok lagi dari saya.Hati saya sakit sangat tau!”Air matanya sudah tidak dapat dibendung,teresak-esak dia disisi Hariz.Ingin saja dia peluk lelaki itu dan dilepaskan apa yang dia rasakan.

  Lelaki itu tergamam.Tidak terluah apa yang ingin dia katakan.Matanya turut terasa panas.Bagaikan ada seketul batu yang menghempapnya.Betul dia tidak jangka hal ini yang akan terjadi.Rahsia yang cuba dia sorokkan selama ini sudah diketahui.Dia malu pada gadis itu,tapi dikuatkan juga hatinya untuk menatap wajah yang sudah basah dengan air mata.Hariz mencapai kedua belah tangan Haryani lalu digenggamnya erat.

            “Saya minta maaf Yani,saya tahu saya salah.Sekali lagi saya minta maaf.Tapi,semua ini bukan kehendak saya!Saya terpaksa,sama juga dengan Ila.”Hariz sedaya upaya untuk menjelaskan perkara sebenar pada Haryani.Dia rasa peluangnya untuk bersama gadis ini sudah tipis.

            “Tak guna awak cakap lagi.Kita dah tak macam dulu,awak dah jadi hak orang lain.Hak Ila!Awak kena ingat tu.”Haryani menegaskan kedudukan mereka sekarang.Dia sudah tidak berhak pada Hariz.Lelaki itu sudah ada yang punya dan dia mempunyai tanggungjawab yang besar pada insan lain.

            “Tolonglah Yani,saya cintakan awak…saya tak cintakan dia!Saya tak boleh hidup tanpa awak.”

            “Dahla Iz,awak sekarang dah jadi suami orang.Awak ada tanggungjawab besar yang perlu awak lakukan.Jangan seksa hati Ila lagi!”

  Dia tahu bagaimana perasaan seorang perempuan jika melihat lelaki lain bersama perempuan lain.Hancur,sakit dan kecewa.Itulah yang pasti dirasai rakannya.Melihat suami yang menagih kasih perempuan lain membuatkan diri kita tidak diperlukan.Haryani taknak semua itu terjadi,dia taknak menjadi perampas suami orang sekali gus meruntuhkan rumah tangga rakannya.Sebab itulah dia mahu Hariz sedar akan tanggungjawabnya.

            “Awak pindahkan cinta awak tu pada Ila,dia yang lebih berhak untuk dapatkannya,bukan saya!Lupakan saya Iz!”

  Tergeleng-geleng kepalanya mendengar luahan Haryani.Dia taknak,dia sukar untuk melakukan semua itu.Tak mungkin dia dapat berikan cintanya pada Ila,walaupun perempuan itu isterinya.Melihat air mata Haryani,hatinya turut menangis.Tak mungkin dia dapat melupakan gadis itu,tak mungkin dia dapat berpisah dengan Haryani.Segalanya tak mungkin!Cintanya hanya untuk Haryani,bukan perempuan lain!

            “Cukuplah setakat ni hubungan kita.Kita dah takdak apa-apa lagi lepas ni!Awak dengar tak,saya taknak ganggu rumah tangga awak dengan Ila.Awak jagala dia baik-baik.Saya doakan awak bahagia disisi Ila.”Sambungnya lagi.Lemah suaranya selemah ketabahannya sekarang.Memang bibirnya berkata seperti itu,tapi hatinya menjerit tidak!Dia rela dalam terpaksa.

  Haryani mula mengorak langkah meninggalkan Hariz.Dia sudah tak sanggup untuk menatap wajah itu.Makin lama dia di situ,makin terdera hati dan perasaannya.Dia tak mahu kalah dengan naluri hati yang ingin bersama Hariz,tapi sebaliknya dia ingin melihat kebahagian sahabatnya bersama Hariz.Mungkin hatinya yang akan menderita,tapi dengan kehadiran Razman disisinya pasti segalanya akan lenyap.

  Matanya hanya mampu melihat gadis itu melangkah jauh dan kian jauh darinya.Hariz ingin mengejar,tapi kakinya terasa bagaikan dipaku di situ.Dia ingin menjerit tidak!Pada Haryani,tetapi mulutnya terkunci dek melihat air mata gadis itu yang makin lebat.Dia tidak ingin berpisah dengan Haryani,tak mungkin semua ini terjadi!Hatinya tekad,tidak kira apa sekalipun tak mungkin dia akan lepas kan Haryani begitu saja bersama lelaki lain.Tak mungkin!Akan dia raih kembali hati gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...