Followers

Jumaat, 4 Januari 2013

Jangan Pernah Sakiti Aku 16

p/s:Ini merupakan entry terakhir saya sebelum pergi ke plkn



Bab 16
ILA menyediakan sarapan seperti pagi-pagi yang dia lakukan sebelum ke butik.Kalau dulu dia sarapan bersama rakan-rakannya,tapi kali ini dia akan bersarapan dengan suaminya,Hariz.Sungguh,dia berdebar-debar apabila berada dekat dengan lelaki itu.Dia akui,dia sudah jatuh cinta dengan suaminya tanpa pengetahuan lelaki itu.Dia takut,jika dia meluahkan perasaannya Hariz cintanya akan ditolak.Itu yang dia takutti!
  Pagi itu,dia mengenakan sehelai baju kurung moden berwarna merah hati dan digayakan lagi dengan shawl yang dililitkan dilehernya.Nampak bergaya dan anggun.Rambutnya yang panjang dibiarkan terbuai menambahkan serinya pagi itu.Ketika itu Hariz turun,tak lari matanya merenung Hariz.Suaminya penuh bergaya pagi itu,dengan kemeja berwarna biru dan bertali leher merah.Bukannya dia tidak pernah melihat suaminya seperti itu,tetapi pagi itu suaminya nampak lain dari hari yang lain.
            “Morning!”Ucap Hariz lalu mengambil tempat di meja makan.Dia duduk sambil menanti Ila menuangkan air seperti isterinya lakukan setia pagi.
            “Emm...bang!”Serunya lembut.Dia sebenarnya ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada Hariz.Tapi dia risau jika permintaannya ditolak.
            “Ya?”Hariz ternanti apa yang ingin diberitahu oleh isterinya.
            “Er...boleh tak,kalau esok kita balik kampung?Ibu dah sibuk tanya bila kita nak balik.Lagipun esokkan cuti,boleh tak?”
  Hariz terdiam lama sambil memikirkan kata-kata isterinya.Bukannya dia taknak memenuhi permintaan Ila,tapi dia ada rancangan lain yang harus dia lakukan.Hmm...mungkin dia boleh membenarkan isterinya pergi tanpa kehadirannya.Lagilah senang untuk dia melaksanakan rancangannya tanpa gangguan sesiapapun.
            “Err...tak bolehla.Tapi kalau awak nak balik kampung sorang,saya tak kisah.Abang kena outstation esok.”
  Ila sedikit kecewa.Dia teringat perbualannya dengan Puan Khadijah dicorong telefon tempoh hari.Orang tuanya betul-betul mengharap dia pulang esok.Katanya rindu,sudah lama mereka tidak berpeluk cium.Jika dulu,dalam sebulan pasti sekali dia akan pulang ke kampung menjenguk Puan Khadijah dan Encik Masri.Dia teringin sekali untuk pulang bersama suaminya,tapi mungkin kali ini tiada peluang.Mungkin lain kali saja.
            “Kalau macam tu,takpa la.Saya balik sendiri.”Ujarnya sedikit kecewa tapi masih tetap mengukir senyuman buat Hariz.Dia memulakan suapan pertamanya.Terasa tawar makanannya setawar hatinya sekarang.
            “Nanti,bila abang dah balik,kita balik kampung sama-sama ya?”Hariz sekadar mahu memujuk isterinya.Dia tahu Ila kecewa dengan keputusannya,tapi dia ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan.
  Ila teruja.Dia mengangguk laju sambil mengukir senyuman yang paling manis buat suaminya.Hatinya terasa bahagia dan lapang dengan ujaran lelaki itu.Tidaklah rasa terlalu kecewa,sekurang-kurangnya lelaki itu cuba memenuhi permintaanya.Dirinya terasa dipujuk.
  Selepas bersarapan,mereka berdua pergi ke kerja secara berasingan.Ila ke Ampang,di mana terletaknya butiknya.Hari ini,mereka ada stok baru yang akan diterima.Mungkin hari ini dia akan sibuk sedikit,tapi dengan bantuan Sara semua kerjanya boleh dibereskan.Dia harus menyiapkan segala tugasannya sebelum pulang ke kampung.Barula fikirannya akan terasa lapang.

AZIE jalan beriringan dengan Arian.Jarak tubuhnya direnganggankan sedikit dari lelaki itu.Suasana di pusat membeli-belah itu ramai dengan tubuh-tubuh manusia yang berkeliaran di situ.Matanya memandang setiap deretan kedai di situ yang menjual pelbagai barangan dari pelbagai jenama.Hatinya betul-betul tergoda untuk membelinya,tapi memandangkan sekarang baru pertengahan bulan dan gajipun belum diterima membuatkan niatnya itu terbantut.
            “Awak,jom kita singgah kedai ni kejap.”Tanpa dipinta,dia terus menarik tangan Azie masuk ke dalam sebuah kedai sukan.Mereka meluru kearah sebuah rak kasut yang berjenama Nike.
            “Eee...apa ni?!”Azie pantas merentap tangannya.Geram juga, bila dirinya menjadi mangsa.Seharian ini,tangannya pasti akan disentuh lelaki itu.Geram!Geram.Suka hati aja nak sentuh anak dara orang.
            “Hmm...awak rasa kasut ni sesuai tak?”Tanya Arian sambil menunjukkan kasut yang dimaksudkannya.
  Azie menjuihkan bibirnya,tanda dia tidak tahu.Bukan dia yang nak pakai,tapi lelaki itu.Buat apa tanya dia?Lagipun dia sudah kepenatan,menemani Arian membeli-belah dan meronda diseluruh ruang kompleks itu.Gaya lelaki itu membeli-belah mengalahkan perempuan!Banyak songeh!Geram juga,bila mengingati adegan paksa-memaksa.Dia dipaksa mengikuti lelaki itu supaya menemaninya.
  Tiba-tiba Arian pantas mencuit hidung Azie.
            “Kalau awak buat muka macam ni,lagi la saya geram!Rasa nak cubit-cubit je.”Arian tersenyum menggoda.Pantas tangannya  memegang tangan Azie dan mereka berjalan beriringan meninggalkan kedai tersebut.Dia tidak jadi membelanjakan wangnya di situ.
  Dia cuba meloloskan tangannya dari genggaman lelaki itu,tapi tidak berjaya.Sekali lagi dia kalah dengan Arian.Lelaki ini,betul-betul membuatkan darahnya naik.Tapi nasib baiklah dia masih dapat bersabar.Kalau tak,habis lelaki itu dikerjakannya.
            “Saya tahu,pasti awak laparkan.Jom,saya belanja!”
  Hah!Tahupun,ingatkan nak shopping lagi.Dia ni pun satu,tangan dah penuh...belanjala aku satu.Kedekut betulla!Bebelnya geram dalam hati.
  Mereka mengambil tempat disatu sudut ruang restoran itu.Azie dan Arian menghela nafas kelegaan.Rasa terlepas segala kepenatannya hari ini.Mereka berdua sedang menanti kehadiran pelayan untuk mengambil pesanan.Ketika itu,Arian merenung wajah Azie sambil bibirnya tersenyum lucu.
            “Awak ni sebenarnya cantik,cuma awak saja tak pandai gunakan kecantikkan tu.”Ucapnya jujur sambil matanya menilik wajah itu.
            “Hah?Apa awak cakap tadi,saya tak dengarla.”
            “Nothing.”Arian malas hendak mengulangi kata-katanya sebentar tadi.Takut gadis dihadapannya ini terasa malu pula.
            “Er...lain kali kita keluar lagi.”Sambungnya lagi.Dia mengharap Azie akan memberi respone yang positif.
            “Isy,taknak la.”Azie pantas menjawab.Dia serik untuk keluar dengan lelaki ini lagi.Boleh patah tulang kakinya jika selalu keluar dengan Arian.
  Arian mengeluh kecewa.Dia tahu,dia tidak boleh memaksa gadis ini.Cukuplah hari ini dia matai-matian memaksa dan memujuk Azie supaya menemaninya keluar bersama.Dia sebenarnya tiada keperluan apa pun untuk dibeli,tapi dia saja yang gatal menghabiskan duitnya.Itupun semata-mata untuk bersama Azie dan ingin lebih rapat bersama gadis itu.Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi.
            “Hmm,takpa la.Tapi...macam mana dengan keputusan awak?”Arian mengingati Azie tentang keputusan yang belum diterimanya.Keputusan tentang lamaran menjadi kekasihnya,tapi Azie meminta masa agar diberi ruang untuk berfikir.Tapi sekarang dia ingin mendengar keputusan itu sendiri.
            “Keputusan apa?”Azie bingung.Keputusan apa pula yang diminta Arian?Mudahnya dia lupa tentang itu.
            “Ala...yang tentang jadi kekasih saya tu.”Arian sedikit kekok.Dia kalau sebolehnya tidak mahu menyebut tentang itu,tapi memandangkan gadis itu lupa jadi terpaksalah dia ingatkan.
  Ahh...ni yang dia malas ni.Dia masih belum memikirkan hal itu.Apa yang harus dia jawab,kalau dia menolak itu bermakna dia sedang menolak ‘rezeki’.Azie teringatkan dendamnya pada Arian.Dia tersenyum,inilah satu-satunya cara untuk dia membalasnya.Hahaha...gelak jahat.
            “Boleh!Tapi ada syaratnya.”Azie tersenyum jahat.Dalam fikirannya sudah terangka syarat-syarat yang perlu dipatuhi Arian.
            “Hah!Betul ke?Apa syaratnya?!”Arian sudah tersenyum teruja.Tidak menyangka Azie sudi menerimanya.Tapi bersyarat la pula,itu yang lecehnya.Walauapapun dia sanggup,asalkan gadis itu sudi menjadi kekasihnya.
            “First,awak kena ubah perangai awak tu.Saya tak suka lelaki yang buaya darat macam awak!Second,awak buang tabiat awak yang suka clubbing.Walaupun awak tak pernah beri tahu orang pasal ni,tapi saya tahu.Lepastu...awak kena buat hati saya sukakan awak.Sebab saya taknak bersama lelaki yang saya tak suka.”Banyak rahsia yang dia tahu.Setiap syarat yang dia beri mempunyai sebab.Bukannya dia saja-saja,tapi itula apa yang dia inginkan.Dia mahu Arian berubah dari sikapnya yang dulu.
  Arian terdiam lama memikirkan kata-kata Azie.Clubbing?Oh no...itu adalah hobinya setiap hujung minggu,takkanla dia nak tinggalkan semua tu?Nak buat benda jahat ke,nak buat baik?Kalau dia buat jahat,dia tak dapat apa,dapat dosa lagi adala.Kalau dia buat baik,dia dapat Azie,pahala pun dapat.Hmm...
  Azie tersenyum sinis,dia tahu lelaki itu pasti tidak dapat melakukannya.Tambah lagi untuk memikatnya,jangan harapla dia dapat sukakan Arian.
            “Kalau saya dapat penuhi semua syarat tu,maknanya saya boleh jadi kekasih awak la.”
            “Bukan kekasih,tapi suami saya.”Azie berani mempertaruhkan masa depannya.Jika Arian berjaya,maka lelaki itu akan menjadi suaminya.Dia sebenarnya begitu yakin yang lelaki itu tidak mampu untuk menyempurnaksan semua syarat itu,sebab itulh dia berani untuk berkata seperti itu.
  Terlopong Arian mendengarnya.Matanya tidak berkelip memandang Azie.Biar betul,jadi suami dia?Kalau inila ganjaran dia,dia sanggup untuk melakukannya.Siapa yang tak mahu perempuan yang baik-baik untuk menjadi suri hati.Takkanlah dia nak cari isteri di kelab-kelab tempat yang sering dia pergi.
            “Awak serius ke ni?”Soal Arian yang masih tidak percaya.
   Azie hanya mengangguk sambil tersenyum penuh makna.Arian sudah merangka perancangannya.Bukannya sukar sangat untuk melaksanakan syarat yang diberikan.Tambahan pula,dia ni pakar dalam memikat hati perempuan,pasti dia mampu untuk mencairkan hati Azie.Dia yakin dapat memilikki Azie.

HARYANI mengehmpaskan tubuhnya di atas katil yang empuk.Dia menghela nafas lega.Matanya merenung siling yang kosong tanpa corak yang berukir.Dia baru saja selesai membersihkan diri dan menikmati makan malam.Terasa nyaman dan sunyi tanpa suara-suara manusia.Bau cat yang baru saja dicat dibiliknya menusuk hidung.Tidak busuk.Dia memejamkan mata sambil memikirkan perancangannya untuk menghiaskan rumah sewa yang baru disewanya.Cuma apartmen biasa yang sederhana besar.Dua buah bilik,satu dapur dan sebuah ruang tamu yang sederhana.Cukupla untuk dirinya seorang yang menghuni.
  Dia bangun sambil mengeliat.Huh,lega!Sebenarnya tiada niat lansung untuk berpindah keluar dari rumah sewanya yang dulu,tapi disebabkan Hariz yang sering menganggunya membuatkan dia terfikir untuk menyewa di rumah baru.Sekarang,hidupnya lebih aman dan damai tanpa gangguan dari lelaki itu.Sebelum pergi,dia sudah berpesan pada Azie dan Sara agar tidak memberi tahu kepada Hariz dimana dia tinggal sekarang.Alhamdulillah,mereka menepati janji.kalau tidak,harus kemana lagi supaya tidak bertemu muka dengan lelaki itu.
  Sudah seminggu dia tinggal disini.Keadaan dirumahnya masih kosong tanpa perabot.Cuma barang-barang yang dia bawa dari rumah dulu saja yang ada.Itupun masih tidak mencukupi.Katil yang sedang dia duduk sekarang,baru saja dibelinya petang tadi.Dia harus membeli perlatan dapur dan perabot-perabot lain untuk rumah ini.Fikirnya,bulan hadapan baru dia akan membelinya memandangkan sekarang dia kekurangan bajet.Hahh...itulah yang susahnya hidup membujang.Semuanya ditanggung sendiri,tambahan pula Haryani tidak mempunyai saudara-mara untuk meminta bantuan.Jadi terpaksala semuanya dilakukan sendiri.Cuma Azie saja yang diharapkannya.
  Tuk!Tuk!Tuk!Tiba-tiba dia dikejutkan dengan ketukkan pintu.Haryani tersentak.Siapa pula malam-malam yang datang rumahnya?Tak mungkin Azie.Tapi siapa?Hantu?Oh,tidak...harap-harap janganla.Sudahla Haryani spesis yang penakut.Dia langsung tidak menyelidik sejarah apartmentnya.Mana tahu sebelum ini ada orang mati bunuh diri dan sekarang rohnya datang kembali.Eee...takutnya.
  Dadanya berdebar-debar.Teragak-agak dia hendak membukanya.Makin lama,makin kuat.Itu yang menakutkannya,mana tahu orang jahat yang datang.Akhirnya,dia membuka juga pintu rumahnya.Dia mungkin tidak bersedia dengan apa yang dilihatnya.Pucat wajahnya sekarang.Tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.Hariz sekarang sedang berada didepan pintu rumah dalam keadaan lemah.
            “Hariz!”Ucap Haryani terkejut.Tidak menyangka lelaki itu dapat mencarinya hingga ke sini.Baru sebentar tadi dia terfikirkan lelaki itu,sekarang dia sudah berada betul-betul dihadapannya.
  Macam mana dia ada dekat sini?
            “Apa awak dekat sini?”Sambungnya lagi.Dalam fikirannya sudah tersedia pelbagai soalan yang ingin dia ajukan.Mengapa?Bagaimana?...
            “Yani,please...bagi saya masuk.Saya betul-betul tak larat.”Suaranya lemah.Tangannya memegang pintu besi yang menjadi penghalang dia dan Haryani.Wajahnya pula kelihatan tak bermaya.
  Haryani masih mendiamkan diri.Teragak-agak dia hendak membenarkan lelaki itu masuk.Keadaan sekarang memang tidak sesuai dengan kehadiran Hariz,waktu sekarang sudah agak lewat malam.Buat apa dia datang ke sini?
            “Yani,saya demam.Saya betul-betul tak larat,bagila saya masuk.”Hariz merayu lagi.
            “Er...awak pergila balik.Ilakan ada.”Haryani masih enggan membuka pintu buat Hariz.Baginya tidak penting jika lelaki itu sakit sekalipun.Diakan ada isteri yang boleh menguruskan semuanya.
            “Dia takdak,balik kampung.Yani,please....!”Hariz menunjukkan dirinya lemah.Dia masih belum berputus asa merayu gadis itu.
  Hisy...dah tahu sakit,buat apa datang sini?Pergilah klinik!Ila pun satu,dah tahu laki ni sakit,tak payahla balik kampung.Rungutnya geram dalam hati.
  Nak tak nak terpaksalah dia membuka pintu untuk lelaki itu.Takkanlah dia nak membiarkan Hariz kesejukkan diluar.Walaupun mereka sudah tiada apa-apa lagi hubungan,tapi dia tetap prihatin terhadap Hariz.Dia lakukan semua ini bukan atas sebab kasih atau cinta,tapi hanya sekadar ambil berat terhadap rakan.Cuma rakan!
            “Thanks.”Ucap Hariz lemah.
  Haryani menyuruh lelaki itu berbaring buat sementara waktu di dalam biliknya,memandangkan ruang tamunya masih kosong tanpa sofa.Dia bergegas ke dapur mengambil panadol dan sehelai tuala basah untuk diletakkan di atas kepala lelaki itu.
            “Nah ambil ni!Awak makan tak lagi?”Soalnya prihatin sambil menghulurkan segelas air kosong dan dua biji panadol.Tuala yang sudah dibasahkan diletakkan di atas kepala Hariz.
  Hariz geleng.Dia menyambut huluran Haryani,tapi dia langsung tidak menelan ubat itu.Sebaliknya diletakkan ke tepi.Haryani bangun untuk pergi ke dapur untuk memasak sup untuk lelaki itu,tetapi langkahnya terhalang apabila tiba-tiba Hariz menarik tangannya hingga menyebabkan dia terjatuh di atas dada bidang lelaki itu.Riak wajahnya jelas terkejut.
            “Apa ni!?Lepaskan!”Dia marah sambil cuba melepaskan diri dari pelukan Hariz yang kian kuat.Meronta-meronta dia.
  Hariz tidak menghiraukannnya.Tangan kasarnya sudah menjalar pada seluruh wajah itu.Kedengaran deru nafasnya turut sudah tidak teratur.Dadanya berombak ganas melawan gelora nafsu.Tanpa bicara dan isyarat,dalam sekelip mata saja,dia sudah melangkah gagah di atas Haryani.Mereka bergelut di atas katil.Hariz dengan keinginannya,manakala Haryani meronta-ronta minta dilepaskan.Haryani sudah menangis teresak-esak,tidak tahu apa yang harus dia lakukan.Dirinya tidak berdaya untuk melawan tenaga lelaki ini,dia lemah!Bodohnya dia!Mudahnya dia mempercayai lakonan Hariz.Dia berpura-pura sakit dan tidak bermaya,tapi sebaliknya lelaki itu dua kali ganda lebih kuat darinya.
  Hariz cuba menanggalkan pakaian luar Haryani,tetapi sukar apabila gadis itu asyik meronta-ronta.Nak saja dia tampar wajah itu supaya berdiam diri.Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara garau seseorang yang memberi salam dari luar.Hariz terkejut,terencat niatnya.Dia berhenti dari menyakiti Haryani.Peluang ini diambil oleh gadis itu,dia pantas menolak tubuh Hariz dan berlari keluar dari bilik.
  Dia menarik nafas lega.Pantas dia membetulkan keadaan dirinya yang sedikit terdedah.Sendunya masih ada,dikesat kasar air mata yang bersisa di pipi.Dia berterima kasih sangat pada tetamu misteri ini.Dia sudah diselamatkan olehnya dari menjadi mangsa rakus Hariz.Tapi dia tertanya-tanya,siapa pula yang datang?Tetamunya ini betul-betul tidak sabar nampaknya.Dengan ketukkan yang kian kuat dan suara yang seakan-akan menengking.Haryani berdebar-debar.Perlahan-lahan dia membuka pintu.
            “Wa...waalaikumussalam.Encik ni siapa?”Dia gagap apabila melihat serombongan lelaki yang berkopiah dan beberapa anggota polis.Kecut perutnya.Sebelum ini dia belum pernah menghadapi golongan ini.Tapi malam ini...dia berdebar-debar.
            “Kami dari...”Kata-kata seorang wakil dari rombongan itu terhenti seketika apabila melihat Hariz yang keluar dari bilik tanpa berbaju dan hanya berseluar saja.
            “Sapa tu sayang?”Hariz memeluk bahu Haryani sambil tersenyum memandang tetamu yang tidak diundang itu.Dia saja berbuat begitu supaya mereka yang hadir salah faham dengan dia dan Haryani.
  Haryani sudah menggigit kuku.Terketar-ketar bibinya.Tidak tahu apa yang harus dia katakan.Kenapa dengan Hariz ni?Sayang?Apa dah jadi ni...?Dia bingung.
            “Apa hubungan kamu berdua ni?”Tiba-tiba salah seorang dari rombongan itu bertanya.Tajam matanya merenung mereka berdua.
            “Er...kami...kami...”Haryani terketar-ketar.Tergagap-gagapnya ingin menjawab.
            “Eh,sayang jawabla apa hubungan kita?”Hariz seronok.Dia sengaja mahu mengasak dan memasak Haryani supaya berterus-terang.Jahatnya dia!
            “Kamu berdua suami isteri?”
            “Tak!”Pantas dia menjawab,takkanlah dia nak mengaku dirinya isteri pada lelaki yang hampir-hampir meragut kesuciannya.Tapi dia tahu,dia sudah tersilap cakap.Alamak...!Apa yang harus dia katakan nanti.
            “Astafirullahhalzim...korang tau tak apa yang korang dah buat?Berdua-duaan dalam rumah ni?Apa nak jadila!”
            “Tapi encik,kami tak buat apa-apa pun!Dia...”Haryani cuba membela dirinya,tapi pantas Hariz menyampuk.Air matanya sudah mulai turun,teresak-esak dia.Apa yang harus dia lakukan?Dia tidak bersalah.Niatnya cuma ingin menolong,tapi lain pula yang jadi.
            “Tak buat apa?!Sayang,tadi apa yang kita buat memang seronok.”Hariz sengaja mahu mengeruhkan lagi keadaan.
            “Dah...jangan nak cakap banyak!Sila ikut kami ke balai.”
  Haryani sudah terjelopok ke lantai.Tidak percaya apa yang sedang dia lalui.Dia taknak!Kenapa semua ini terjadi padanya?Dia tidak bersalah!Hariz sengaja lakukan semua ini.Semua ini gara-gara Hariz!Air matanya lebat turun membasahi pipi.Bagaikan ada seketul batu yang menghempap dirinya.Dia lemah,dia buntu.Bagaimana dia hendak menagungg semua ini?Bagaimana dia menghadapi rakan-rakannya dan orang lain?Ya Allah...
  Hariz sudah tersenyum sinis.Dengan senang hati dia menyerah diri pada pihak polis.Dia senang bila dirinya ditangkap bersama Haryani.Sekurang-kurangnya gadis itu boleh dipaksa untuk bertanggungjawab atas maruahnya yang telah tercemar akibat perkara ini.Dia ketawa dalam hati,sekurang-kurangnya dendamnya sudah terbalas.
  Akibat dendam,segalanya hancur.Impiannya untuk membina kehidupan bahagia bersama Razman punah sekelip mata.Apa yang harus dia jawab nanti?Hatinya menangis...Mungkin ini akibat yang harus ditanggung atas dosa-dosanya yang lampau.

Jangan Pernah Sakiti Aku 15



Bab 15

ILA menguap sepuas-puasnya.Kemudian dia mengeliat hingga bunyi semua tulang-tulangnya.Azan subuh baru saja berkumandang.Dia bangun lalu berjalan menghampiri bilik suaminya yang bertentangan dengan biliknya.Masih gelap,pasti belum bangun.Memang sepanjang dia tinggal sebumbung dengan Hariz,mereka belum pernah seranjang.Lelaki itu dengan gaya hidupnya,manakala Ila turut begitu.Walaubagaimanapun,dia sebagai isteri tetap menjalankan tanggung jawabnya dengan menyediakan makan,minum dan pakaian lelaki itu.Dia tetap bahagia,walaupun Hariz bukan suami yang sempurna.Dia suka dengan layanan suaminya terhadap dia,penuh prihatin dan tanggungjawab.Walaupun kadang-kadang menyingung perasaannya tanpa disedari.

  Dia meluru masuk ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya.Ila tidak mahu dirinya terlewat menyempurnakan kewajipannya pada suruhan Allah.Selepas itu,dia pula harus mengejutkan Hariz.Mana tahu suaminya masih belum terjaga.Niat hati ingin mengerjakan solat secara bersendirian seperti yang dia lakukan hari-hari yang lalu.Tapi,pagi ini dia terkejut bila Hariz tiba-tiba masuk ke dalam biliknya dengan siap berkain pelekat dan berbaju melayu.

            “Er…saya ingat awak tak bangun lagi.”Ucap Hariz sedikit gugup.Sangkanya Ila masih belum bangun bila melihat tiada cahaya yang menerangi bilik itu.Hariz ingin beredar dari situ,tapi pantas dihalang oleh isterinya.

            “Kita solat berjemaah.”Dia teringin sekali untuk solat berjemaah bersama Hariz.Sebelum ini,belum pernah mereka melakukan bersama.Dalam hati dia berharap sangat lelaki itu bersetuju.

  Pagi itu,buat pertama kalinya Hariz menjadi imam buat isterinya.Sungguh dia turut teruja.Tapi dia melakukan semua ini atas tanggungjawabnya terhadap Allah dan seorang suami.Selepas member salam,dia membacakan doa seperti yang dia lakukan setiap hari.Hatinya betul-betul terasa tenang sekarang.Betullah,satu-satunya cara untuk menenagkan diri dengan mendekatkan diri pada Allah.

  Ila syahdu,bila dia tunduk menyalami tangan Hariz dan tanpa dipinta lelaki itu mencium ubun-ubunnya.Ketika itu,apa yang dia rasakan adalah bahagia yang sebelum ini telah hilang sejak dia berkahwin dengan suaminya.Air mata menitis tanda kegembiraannya.Tapi dia lebih gembira bila lelaki itu pantas mengesat air matanya.Dia dapat rasakan,ada cinta terhadapnya di hati Hariz.

            “Terima kasih bang,sebab sudi jadi imam dan suami saya.Saya rasa bahagia sangat,walaupun…”Ila tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia sebak,bila mengenangkan hari perkahwinan mereka.

            “Abang nak minta maaf,sebab selama ini abang tak dapat jadi suami yang baik untuk Ila.Abang minta maaf…”Tanpa diduga dia memeluk erat tubuh isterinya.Rasa bersalah betul-betul menebal dihatinya.Memang dia akui,dia belum menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan sempurna.Masih ada cacat celanya lagi.

            “Tak,abang tak salahpun.Mungkin ini dah takdir kita.”Ila tidak menyalahkan suaminya atas apa yang sudah berlaku.Mungkin disebalik semua ini,ada hikmahnya.

  Pagi yang syahdu itu,betul-betul bermakna buatnya.Hatinya terasa tenang dan bahagia kala ini.Dia bersyukur,bila Hariz sudah dapat menerimanya dan berjanji akan menjadi suami yang baik untuknya.Alangkah baiknya,jika semua ini terjadi lebih awal dulu.Tidaklah,ada hati yang merana.Walauapapun,dia doakan kebahagian Haryani bersama Razman yang kelihatan mulai terjalin.



PON!PON!Bunyi hon kereta dihadapan rumah mengejutkan Azie dan Haryani pagi itu.Mereka berdua sedang bersarapan bersama sebelum ke pejabat.Azie hampir tersedak dibuatnya.

            “Wei,Yani.Kau pergi tengok kejap.Sapala yang buat bising depan rumah tu?”

  Dengan malasnya,Haryani bangun pergi melihat siapa tetamu mereka yang tidak diundang itu.Dalam hati,dia turut merungut dengan tetamu tersebut.Isy,pagi-pagi dah mengacau orang.Kalau datang bagi salam takpa juga,ni bagi hon!Nanti apa pulak kata jiran-jiran.Malu!

  Haryani keluar membuka pintu pagar yang sedia terkunci.Dia kurang kenal dengan kereta yang terpakir dihadapan rumahnya.Kereta BMW.Wow!Orang kaya manala datang pagi-pagi buta ni.Kalau Hariz,tak mungkin.Siapa ya?

            “Assalamualaikum,tumpang tanya ni rumah Azie ke?”Soal pemandu kereta tersebut sebaik saja keluar dari kereta itu.

            “Encik ni siapa?”Tanya Haryani meminta kepastian.Manala tahu,orang gila mana yang datang cari kawanya.Kang anaiya saja si Azie tu.

            “Saya Arian,bos dia.Azie ada tak?”

  Arian?Arian mana ya?Hatinya bertanya sendiri.Nama itu seperti pernah didengarinya.

“Yani,siapa tu?”Tiba-tiba muncul Azie dari dalam rumah.

  Tiba-tiba langkahny mati.Matanya terbungkam pada susuk tubuh lelaki itu.Bos!Dia buat apa dekat sini?Macam mana dia tau aku tinggal dekat sini?Pelbagai soalan menerjah kotak fikiran Azie tika itu.

            “Zie,kau kenal ke dengan dia ni?”Soal Haryani yang masih bingung melihat situasi mereka berdua.

  Si lelaki tersenyum,si perempuan bungkam.

  Azie pantas menarik tangan Haryani supaya dekat denganya.

            “Kalau kau nak tahu,dia la orang yang aku selalu story dekat kau.Arian!Bos aku!”Azie membisik ditelinga Haryani.

  Ketika itu,wajahnya panas membahang.Bukan marah,tapi malu.Dengan kejadian semalam,membuatkan dia tidak tidur lena malam tadi.Jantan ni tak malu ke?

            “What?!”Haryani hampir terjerit.Tapi mulutnya sempat ditutup dengan tangan Azie.

  Oh my God!Dia ke?Biar betul,gila hensem mamat ni.Beruntung Azie dapat dia.Tapi minah ni hati keras,semua jantan dia tolak.Nasib baikla Si Arian ni mat-mat bunga.Bolehla buat hati Azie ni cair.

            “Bos buat apa dekat sini?”Tanya Azie sedikit gugup.Bibirnya mengukir senyuman tidak ikhlas.

            “Jom,kita pergi ofis sama-sama.”Ajak Arian kembali kepada tujuan asal dia datang ke sini awal-awal pagi.

  Hah?Pergi ofis sama-sama.Wei,kau ni tak malu ke?Nanti apa pulak kata orang dekat ofis tu.Nanti diorang kata aku ni ada skandal pulak dengan bos.Isy,taknak aku.Aku lebih rela naik bas,bersesak dengan orang ramai untuk ke pejabat.Selamat pun selamat!

            “Takpala bos,saya pergi dengan kawan saya.”Azie sopan menuturkan kata-katanya.Tidak seperti yang difikirkan sebentar tadi.

            “Eh…takpa Azie,kau pergi je la dengan bos kau tu.”

  Haryani pantas menyampuk.Dia tidak mahu rakanya itu terlepas peluang untuk bersama dengan seorang lelaki.Lagi pun,sampai bila lagi Azie nak membujang.Dari pandanganya,Arian memang seorang lelaki yang sesuai dengan rakannya.Dari penceritaan Azie kepadanya,Arian ni memang boleh tahan dengan sikap Azie.Walaupun Arian seorang playboy,rasanya dengan kehadiran seorang perempuan pasti boleh mengubahnya.Tambahan lagi,dia sendiri yang datang mencari gadis itu.

  Azie menjegilkan matanya k arah Haryani.Marah dengan tindakan spontan gadis itu.

            “See Azie,awak punya kawan pun dah berikan kebenaran.So, tunggu apa lagi?”

  Arian gembira.Kali ini Azie pasti tiada pilihan melainkan gadis itu terpaksa naik kereta bersamanya.Dalam hati dia berterima kasih dengan rakan Azie.Kalau tak disebabkan dia,tentu Azie akan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak darinya.

  Nak tak nak terpaksala Azie menurut kemahuan lelaki itu.Ikutkan hatinya yang marah,nak saja dia lumatkan wajah lelaki itu.Suka hati aja nak mengusung anak dara orang ke hulu ke hilir.Kang aku lepangkan muka dia ni,setahun bisu.

            “Ya la.”Ujar Azie akhirnya.Dia masuk semula ke dalam rumah dan keluar dengan membawa beg kerjanya.

  Dengan senang hati,Arian membuka pintu kereta dan mempersilakan Azie masuk ke dalam keretanya.Haryani hanya mampu melihat kereta mewah tersebut berlalu pergi.Dia mengeluh kecil.

  Untug kau Azie…



“ISY,awak ni ke situ pulak.Mana ada,takdak orang kacau saya pun.Sapala yang nak dekat saya ni?”Haryani tertawa manja.Fonselnya masih terlekap di telinga.Suara garau seseorang menerjah masuk telingannya.Razman sedang berada ditalian.

            “Ya la tu…takkanla takdak sorang lelakipun yang kacau awak.Mentang-mentangla saya takdak dekat sini.”

  Sudah dia ketahui,yang lelaki itu sekarang berada di Vietnam kerana terpaksa menguruskan satu projek pembinaan jalan di sana.Lelaki itu akan berada di sana selama 3 bulan,pasti dia akan merindui lelaki itu.

            “Dahla…dah lama sangat ni.Nanti habis pulak kredit awak.”Haryani sudah kepenatan.Dia ingin mengundur diri.Lagipun dia tidak ingin menganggu lelaki itu,pasti dia sedang sibuk.

  Razman mengeluh kecewa.Baru saja dia ingin bergurau senda dengan gadis itu,tetapi sudah ‘dihalau’.Dia rindu untuk mendengar suara gadis itu,walaupun baru semalam dia menghubungi Haryani.Duduk diperantauan,membuatkan rindunya semakin membuak-buak untuk gadis itu.Ingin saja dia melihat wajah Haryani ketika ini.Tapi jarak yang beribu batu ini telah memisahkan mereka.

            “Takpa la,orang dah tak sudi.Tak boleh dipaksa.”Razman pura-pura merajuk.Apa salahnya kalau sekali-sekala dia ingin bermanja dengan kekasihnya.Dia juga ingin rasa dilayan sebagai kekasih yang sepatutnya.

            “Mana ada…takpala,lain kali awak call la saya.Lagipun mahalkan panggilan luar negara.”Haryani memujuk.Dia tidak mahu lelaki itu merasa yang dia hanyalah mempermainkan perasaan lelaki itu.

  Perbualan mereka hari itu berakhir disitu.Sudah seminggu lelaki itu pergi,tapi hatinya tiada rasa rindu terhadap lelaki itu?Berlainan dengan Razman,hamper setiap hari lelaki itu akan menghubunginya.Bila ditanya mengapa,dia akan jawab rindu pada Haryani.Haryani merasa bersalah pada Razman.Tiada lansung niatnya untuk mempermainkan lelaki itu,cuma mungkin hatinya saja yang belum dapat menerima kehadiran insan lain dalam hidupnya.

            “Yani!Hariz datang?”Tiba-tiba muncul wajah Sara diambang pintu biliknya.

  Dia mengeluh berat.Tiap-tiap hari dia terpaksa menghadap wajah lelaki itu.Mana taknya,setiap pagi,setiap petang dan setiap malam pasti wajah Hariz yang akan muncul.Pening kepalanya memikirkan hal ini.Apa lagi yang lelaki itu ingin padanya?Sudah dia tegaskan pada Hariz,tidak akan sesekali dia akan kembali pada lelaki itu.Lagipun dia tidak ingin menyakiti hati Ila.Pertemuan mereka tempoh hari,jelas menunjukkan sahabatnya sedang berbahagia.Haryani tidak ingin merampas kebahagian itu,kerana dia pernah merasa bertapa sakitnya hati ini bila bahagia yang ingin digapai dirampas tiba-tiba.

            “Dia nak apa?”

            “Macam biasa la Yani…nak jumpa kau.”Jawab Sara selamba.Dia sudah lali dengan lelaki bernama Hariz.Bukannya dia tidak kenal dengan lelaki itu.Degil,keras kepala,tak faham bahasa dan lain-lain lagila gelaran.Dia pernah melihat sendiri Haryani memarahi Hariz kerana sering menganggunya,tapi lelaki itu buak dek aja.Kadang-kadang sakit hati juga bila melihatnya.

            “Hisy…tak faham bahasa ke dia ni!”Haryani merengus geram sambil pergi bertemu Hariz di luar rumahnya.

            “Hah!Apa lagi yang awak nak?Tak faham-faham bahasa ke apa yang saya cakap sebelum ni?”Marah dia sewaktu bertemu muka dengan lelaki itu.Sakit hatinya bila melihat wajah lelaki itu.

            “Yani,kia berbincang dulu.”Rayu Hariz lemah.

  Hah!Itulah ayat yang selalu dia dengar.Dah macam takdak perkara lain yang ingin disebut.Berbincang,berbaik,berbincang,berbaik.Apa dia ingat,luka dihati ni dapat diubati dengan air liur aja ke?Dia perlu mengambil masa yang lama.

            “Iz,dah berapa kali saya cakap.Saya tetap dengan keputusan saya.”Haryani tidak sampai hati ingin berkasar dengan lelaki itu.Jelas dimatanya,wajah lelaki itu sungguh teruk.Bagaikan terseksa dengan perpisahan ini.

            “Tolonglah Yani...bagila saya peluang kedua.”Hariz tidak putus-asa.Biar dia terpaksa berlutut didepan Haryani pun takpa,dia sudah tidak kisah asalkan gadis itu kembali padanya.

            “Dahla,awak balik la rumah.Mesti Ila tengah tunggu awak,kesian dia.Lagipun dah lewat petang ni.”

  Hariz memejam rapat matanya.Megapa keras benar hati Haryani sekarang?

            “Baik!Kalau itu yang awak mahu.Tapi awak jangan menyesal Yani,kalau ada perkara buruk yang berlaku pada awak.”Keras suara Hariz memberi amaran.Wajahnya yang tadi sayu berubah bengis.

  Perkara buruk?Apa yang akan terjadi?Apa yang dia cuba katakan sebenarnya?Dia tertanya-tanya sendiri.Hampir setiap kali Hariz akan memberi amarannya sebegini.Dia tidak faham dengan sikap lelaki itu sekarang.Sekejap menjadi seorang yang lembut dan penyayang,kadang-kadang berubah menjadi bengis.Takut dilihatnya.Apakah Hariz sudah gila?Oh,tidak...

  Hariz sudah tidak menghiraukan pandangan gadis itu padanya.Lantas enjin kereta dihidupkan lalu dia memecut meninggalkan kawasan perumahan itu.Hatinya sudah penuh dengan sakit hati dan dendam.Tega Haryani menolaknya hanya kerana lelaki lain.Ah...dendam hati harus dibalas,biar gadis itu rasa bagaimana merananya dia sekarang.

  Sampai hati awak Yani!

  Haryani termangu-mangu.Dia hanya mampu melihat kereta itu pergi dari situ.Tidak pula dia menghalang.Perasaannya betul-betul keliru.Haruskan dia menerima Hariz kembali dan melukai dua hati?Ataupun hanya membiarkan satu jiwa yang merana.Arghh...kelirunya hidup ni.Kenapa semua ini terjadi dalam hidupnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...