Followers

Rabu, 2 Januari 2013

Jangan Pernah Sakiti Aku 14



Bab 14

HARI demi hari,dirinya semakin rapat dengan lelaki bernama Razman.Hatinya terasa senang dan gembira bila bersama lelaki itu.Seolah-olah ketika kali pertama dia bersama Hariz dulu.Dulu,wajahnya sentiasa muram dan sedih selepas berpisah dengan Hariz,tapi sekarang ada insan lain yang sudi mengembirakannya.Dia bersyukur sangat,walaupun dirinya hanyalah seorang gadis yang serba kekurangan tetapi masih ada lagi lelaki lain yang sudi memberikan kebahagiaan untuknya.Itulah yang dia inginkan selama ini.Membina kehidupan bersama insan yang dicintai dan hidup bahagia.Mungkin sekarang ini hatinya masih belum terbuka untuk lelaki itu,tetapi lama kelamaan pasti akan cair juga dengan cara layanan lelaki itu yang lembut membelai hati perempuannya.
  Restoran Muhibbah menjadi destinasi mereka pada tengah hari itu.Razman yang sudah berjanji untuk mengajaknya makan tengah hari menunaikan janjinya.Haryani tiak membantah pelawaan itu,tapi sebaliknya dia berbesar hati menerima ajakan Razman untuk datang ke sini.Lagi pun perutnya memang sudah lama berkeroncong.Tak salahkan kalau dia menerima ajakan lelaki itu?
  Haryani masih memilih menu makanan.Dia tidak tahu apa yang hendak dipilih,baginya semua makanan disini sedap dan menyelerakan.Ikutkan perutnya yang lapar,nak saja dia memesan ikan siakap.Pergh!Sedap gila.Tapi,nasib baikla Razman yang belanja,dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu.Akhirnya dia memilih masakkan kampung iaitu Nasi Goreng Kampung dan segelas air sirap.
            “Awak order apa?”Soal Haryani bila melihat lelaki itu asyik merenungnya.Naik rimas dia dibuatnya.Kalau boleh nak saja dia sorokkan wajahnya dari pandangan lelaki itu.
            “Tak.Saya makan je apa yang awak makan.”Tutur Razman sambil matanya tidak lekang memandang wajah lembut gadis dihadapannya.
            “Awak makan je apa yang saya makan?!Hmm…kalau saya makan pasir,awak pun makan pasir la.”Dia sengaja menduga lelaki itu.Sesekali teringin juga dia nak berlucu dengan lelaki ini.
            “Awak sanggup ke makan pasir?”Balas Razman sambil bibirnya mengukir senyuman yang bisa mencairkan hati perempuan yang melihatnya.
            “Isy,tak sanggup saya.Nanti mati pula…”Belum sempat dia menghabiskan bicaranya,tiba-tiba jari Razman singgah dibibirnya.Terkejut dan tergamam seketika.
            “Jangan sebut pasal mati?Saya taknak kehilangan awak.”Ucap Razman romantik.Jarinya masih melekat pada bibir mungil itu.Matanya merenung anak mata Haryani lama.Keadaan bisu seketika,membuatkan Haryani dalam debaran.Kini hanya mata yang menjadi bahasa.
            “Ehem…”Suara seseorang mengejutkan mereka dari terus tenggelam.Ila berdiri betul-betul dibelakang Razman.Disisinya ada seseorang yang boleh membuatkan Haryani hampir pitam.Hariz sedang merangkul pinggang isterinya,sengaja mahu menunjukkan dia sedang berbahagia bersama gadis itu.
            “Er…Ila?Kau…kau buat apa dekat sini?”Tiba-tiba dia jadi seorang yang gagap.Matanya terus merenung pasangan itu.Tak terkelip matanya.Dirinya semakin gelabah apabila Hariz menghantar isyarat mata kepadanya.Tak tertelan air liurnya melihat itu.Dia tahu pasti lelaki itu sedang membara.Mana taknya,Hariz sudah mengetahui perihal Razman dan dia sudah diberi amaran agar tidak lebih dekat dengannya walaupun ketika itu dia sudah nekad untuk putus dengan Hariz.Cuma Hariz yang masih degil tidak mahu melepaskannya.
            “Hai…takkanla aku tak boleh datang sini kut.Amboii…sekarang ni dah keluar dengan abang Raz pun tak bagi kitorang ek?”Ila maksudkan dirinya,Sara dan Azie.Dia memaut erat tangan suaminya.Sejak peristiwa itu,Hariz terus ingin berbaik dengannya.Dia sendiripun tidak tahu apa yang menyebabkan suaminya berubah.Apapun dia bersyukur kerana suaminya sudah dapat menerimanya dan melupakan Haryani.
            “Takla,Azie tahu aku keluar dengan Raz.Kau buat dekat sini dengan Hariz?”Haryani membela dirinya.Kalau boleh nak saja dia halau Hariz pergi dari sini.Baru lega hatinya.
            “Datang nak makanla,takkan nak berjoget pula kut.”Ujarannya berselang-seli dengan gelak tawa manja.Kadang-kadang menyampah juga melihatnya.
            “Ehem…”Tiba-tiba Hariz berdehem.Mungkin rasa terpinggir.
            “Oh,lupa saya bang.Ni abang Razman,senior kitorang masa dekat U dulu.Yani pun kenal dengan dia.”
  Hariz dan Razman berjabat tangan tanda permulaan perkenalan mereka.Razman ikhlas,Hariz penuh dengan agenda.Bibirnya turut mengukir senyuman bila lelaki itu tersenyum,namum hatinya menyumpah dan memarahi lelaki yang tidak tahu malu menganggu kekasihnya.Tapi,dia harus bersabar,jika tidak rosak segala rancangannya.Perkara ini dia akan bincang lain kali dengan Haryani.Apa agaknya reaksi gadis itu nanti.
            “You all,datang date ke?”Tanya Hariz tiba-tiba.Dia sengaja mahu menguji reaksi gadis itu.Adakah dia akan mengiakan atau menidakkan.Dia ingin tahu apa hubungan Haryani dengan lelaki bernama Razman ini.
  Masing-masing membisu.Haryani kelu,manakala Razman tersengih-sengih seperti kerang busuk sambil memandangnya.Dia tahu,segala jawapan hanya ada padanya.Dia tidak tahu,harus dia luahkan atau terus memanjangkan kebisuannya.Dia risau jika jawapannya akan menimbulkan salah faham.
            “Mestilah bang,kalau tak berdua macam ni panggilnya apa lagi kalau bukan date!Betul tak Yani?”Ila tiba-tiba mencelah.Dia tahu rakannya sekarang berada dalam kebuntuan.
            “Hmm…”Hanya itu yang mampu diluahkannya saat ini.Hatinya celaru,tetapi diluahkan juga jawapan yang mungkin dapat memuskan hati semua pihak.Cuma Hariz saja yang mungkin kaget dan akan marah.
            “Dah la,baik kita jangan ganggu DATE ISTIMEWA diorang.”Ila menarik lengan suaminya hingga ke sebuah meja yang hanya selang beberapa meja dari meja mereka.Ila sedar,dia dapat melihat sendiri ada api cemburu dimata suaminya terhadap Haryani.Mungkin masih tidak dapat menerima hakikat yang gadis itu sudah ada pengganti.Tapi dia yakin,lama kelamaan pasti suaminya akan melupakan semua itu.
  Haryani tunduk merenung makanannya.Tidak berani mengangkat muka.Dia takut untuk memandang wajah Hariz yang berada dihadapannya walaupun mereka bukan semeja.Dia tahu,pasti lelaki itu sedang merenungnya.Tajam dan penuh makna tersirat.Perut yang pada mulanya terasa lapar terus kenyang bila melihat wajah lelaki itu.
  Isy,bodoh betulla mamat ni!Kenapala dia datang makan dekat sini?Dah macam takdak kedai lain!Nyampah betul!Marahnya pada Hariz hanya terluah dalam hati.
            “Kenapa tak makan?”Tiba-tiba Razman menyentuh tangan Haryani lalu digenggamnya lembut.
  Haryani kaget.Dia mengelabah seketika hingga terlupa ada mata yang memandangnya.Dia kelu bila melihat mata Razman lembut merenungnya.Penuh kasih dan cinta.Tidak tahu apa yang harus dia katakan,Haryani terus memulakan suapan pertamanya.Hatinya berdebar-debar.Terasa darahnya menyirap hingga ke kepala.Pasti wajahnya sedang kemerah-merahan menahan malu.
  Hariz yang dihujung sana hanya mampu melihat.Tidak mampu berbuat apa.Nak marah,mereka sekarang berada ditempat awam,nak senyum,hatinya sememangnya tengah baran.Rasa nak cekik-cekik aja Razman kerana berani menyentuh tangan Haryani.Biar mampus!Baru puas hatinya.Keadaan semakin rumit baginya bila Razman muncul pada waktu yang sesuai untuk memenangi hati Haryani.Tambahan pula,gadis itu betul-betul sudah berjauh hati darinya.Hariz merasa peluangnya untuk mendapatkan kekasihnya semula semakin tipis.Dia sememangnya tidak sanggup melihat gadis itu bersama lelaki lain.Baginya,Haryani hanya untuk dia seorang.Bukan lelaki lain!

RAZMAN merenung lama foto yang berada di dalam walletnya.Dadanya berdebar-debar,wajahnya pula merah seolah-olah sedang merasakan sesuatu.Jari-jemarinya mula mengusap gambar tersebut.Dari pagi tadi hinggalah sekarang,bibir lelaki itu masih tidak lekang dengan senyuman.Fikirannya melayang memikirkan gadis yang kini sentiasa menghiasi mimpinya.Tidak kira siang mahupun malam.
  Hidupnya semakin bermakna,apabila gadis itu sudi menjadi kekasihnya.Wah!Terasa bahagia itu menjadi milik kita.Dia tidak menyangka Haryani akan bersetuju menerimanya.Sebelum ini,cintanya pernah ditolak dan membuatkan dia kecewa dan hampir putus-asa.Dia bersyukur,kerana diberi pelung untuk dicintai dan mencintai insan yang dia dambakan sekian lama.
  Rindu hati menggamit perasaan terhadap dia.Siang dan malam hanya wajahnya yang bermain dimata.Sehari bagaikan sebulan,sebulan bagaikan setahun.Rindunya dia pada Haryani bagaikan pungguk rindukan bulan.Hatinya menyanyi bahagia setiap kali mengingatinya.
            “Yani.”Serunya lembut sewaktu mereka makan malam bersama disebuah restoran sederhana mewah di ibu kota.Razman sengaja mengadakan temu janji ini.Dia sebenarnya ada tujuan yang lain untuk diberitahu pada Haryani.Hatinya berdebar-debar tidak sabar untuk meluahkan perasaannya.
  Haryani berhenti mengunyah.Matanya membalas renungan lembut Razman terhadapnya.Tiba-tiba,lelaki itu mencapai tanggannya lalu dielus lembut.Rasa debar membuatkan tubuhnya mengeluarkan peluh.Hatinya tertanya-tanya,apa yang Razman cuba katakan padanya?Lama mereka membisu.
            “Awak tahukan,yang saya dah lama suka dekat awak?”Ujar Razman memecahkan kesunyian diantara mereka.
  Tak tertelan air liurnya tika ini.Dia sudah boleh mengagak apa yang ingin lelaki itu katakan.Tidak tahu apa yang harus dijawab,membuatkan dia tertunduk.Tetapi fikirannya ligat memikirkan apa yang harus dia katakan nanti.
            “Sudi awak terima saya sebagai kekasih awak?”Sambungnya lagi.Razman berdebar menanti jawapan dari gadis ini.Dia sanggup menerima apa saja keputusan.Dia ikhlas biarpun gadis itu akan menolaknya untuk kesekian kali.
  Haryani terdiam lama,memikirkan baik dan buruk kata-kata lelaki itu.Sungguh dia tak sangka yang Razman masih mengharap padanya.Ada rasa gembira dihatinya.Dia pasti lelaki yang berada di hadapannya mampu untuk membahagiakannya.Tapi,bagaimana dengan Hariz?Lelaki itu masih menagih kasihnya.Arghh…lantakla dekat dia.Dia dah ada Ila,buat nak kacau hidup Haryani lagi?!Ila mampu untuk memberikan semua yang diperlukan Hariz,kan dia isteri lelaki itu.
            “Awak boleh bahagiakan saya dengan cinta awak tu?”Tutur Haryani satu-satu.
            “Saya pasti Yani!Saya boleh bahagiakan awak.Awak pasti bahagia dengan saya.”Jawab Razman teruja.Dia mengeratkan lagi genggamannya pada tangan Haryani.Dia dapat rasakan yang gadis itu sudah mula menerima cintanya.
            “Kalau awak yakin,awak boleh.Saya harap awak pegang janji awak tu.”Haryani sudah memberikan jawapan yang pasti menggembirakan hati Razman.Hatinya turut senang bila melihat lelaki itu gembira.Dia yakin dengan keputusannya menerima Razman.Lelaki itu sudah berusaha mendapatkannya.Tak salah jika dia menerima lelaki itu,sedangkan dirinya pun sedang sendirian.
            “Terima kasih Yani!Terima kasih.Saya janji,saya akan bahagiakan awak!”
  Gembiranya hati sudah tak terkata.Ingin dicium dan dipeluk saja gadis yang berada dihadapannya.Tapi disabarkan hati,takut akan membuatkan gadis itu marah padanya.
  Haryani hanya mampu melihat kegembiraan yang jelas terpancar diwajah Razman.Dia sendiripun masih gusar dengan perasaannya.Mampukah dia mencintai Razman seperti lelaki itu mencintainya?Mampukah dia membahagiakan lelaki itu?Sedangkan hatinya masih milik Hariz.
  Arghh…lupakan dia Yani!Usah diingat mahupun dikenang.Hariz cuma sejarah kau Yani,dia dah jadi hak orang lain!Razman adalah masa depan kau,dia lelaki yang baik.Jangan kecewakan dia.Lebih baik kita bersama insan yang mencintai kita,dari bersama lelaki yang kita cintai tetapi menyakitkan hati!
  Haryani bingung sendiri.Dia cuma mampu berserah pada Allah.Biar takdir penentu segalanya…

HARIZ menghempaskan fail-fail di atas meja.Wajahnya yang bengis tertunduk ke bawah.Langsung tiada senyuman mahupun riak yang menunjukkan sedang dia gembira.Tali leher yang terikat dilehernya dilonggarkan sedikit untuk membiarkan udara melepasinya.Dia sedang menanti seseorang,tak sabar dia ingin mendengar maklumat yang dia inginkan.
  Tuk!Tuk!Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar.Muncul wajah setiausahanya di ambang pintu.
            “Encik Hariz,ada orang nak jumpa.”Bicara Fatin,setiausahanya.Wajah gadis itu kelihatan pucat.Pasti takut,mana taknya angin bos tengah tak baik.Sekejap marah sini,sekejap marah sana.Tersilap cakap,silap hari bulan dia sendiri pun kena marah.
            “Suruh dia masuk!”Arah Hariz tegas.Dia duduk dikerusi empuknya sambil memperkemaskan dirinya yang tidak beberapa kemas ini.Dia tahu,pasti penyiasat upahannya datang untuk memberi maklumat.
            “Kau dah dapat maklumat terkini?”Soal Hariz sewaktu lelaki itu duduk dihadapannya.Dia sudah tidak sabar untuk mendengar berita tentang Haryani.Walaupun dia tidak bersama gadis itu,tetapi ada mata yang memerhati pergerakkan gadis itu.Segala laporan akan diberitahunya.
            “Nah!Ni gambar-gambar yang baru aku ambil.Dia bersama lelaki yang selalu bersama dia.”Lelaki itu menyerahkan sebuah sampul yang bersaiz sederhana kepada Hariz.Di dalam sampul itu terdapat gambar-gambar Haryani bersama Razman.
  Matanya tidak lekang memerhati setiap foto yang tertayang di hadapan matanya.Sakitnya hati,hanya Allah saja yang tahu.Melihat kemesraan itu membuatkan dia ingin menjerit marah.Puas dia bagi amaran pada Haryani,tetapi gadis itu tetap degil.Dia sudah tiada pilihan.Akan dia jadikan gadis itu haknya walau dengan apa cara sekalipun.Tidak kirala cara baik ataupun cara kasar.Selama tiada Haryani disisinya,hatinya selalu dirundum sedih.Dirinya betul-betul terseksa.Melihat gadis kesayangannya bermesra bersama lelaki lain membuatkan dia marah dan berdendam.Akan dia balas nanti!
            “Upah kau,aku dah bank in dalam akaun.Lepas ni,aku dah tak perlukan perkhidmatan kau.So,sekarang kau boleh pergi.”Kata-kata itu mengakhiri perjumpaanya dengan lelaki itu.Sakitnya hati.Hariz nekad,tidak kira apa pun yang terjadi,akan dia jadikan Haryani itu haknya juga.Walaupun gadis itu tidak mahu.Itu janjinya!
  Hariz tidak pernah merasa seperti ini.Merana,sedih,sakit hati…ini semua membuatkan hidupnya terseksa.Hidupnya tidak bererti bila gadis itu tiada disisinya.Biarlah,orang nak kata dia gila sekalipun,yang pasti baru hatinya akan tenang bila dia berjaya mendapatkan kembali kekasih hatinya.
  Bagaimana dengan Ila?Ah…Ila akan tetap menjadi isterinya.Gadis itu terlalu baik untuk disingkirkan.Pasti isterinya dapat menerima hakikat yang dirinya tidak boleh hidup tanpa Haryani.Lagipun mereka berdua adalah rakan baik,pasti dia dapat menerima semua ini.

DI DALAM restoran yang berhawa dingin ini,Azie duduk keresahan sambil menunggu seseorang yang masih belum nampak batang hidungnya.Dendangan lagu-lagu yang mengasyikan lansung tidak dapat mententeramkan dirinya yang bagaikan cacing kepanasan.Dalam menunggu itu,entah berapa kali dia mengeluh.Pelayan restoran sudah datang beberapa kali untuk meminta pesanan,tapi dia meminta pelayan tersebut untuk datang kemudian.Ini semua gara-gara Arian la!
  Isy…mana mamat ni?Janji pukul 8.00,sekarang ni dah pukul 8.30.Apa punya jenis orang la.Kalau aku tahula macam ni,baik aku tak datang tadi.Dah pandai buat temu janji,pandai-pandaila tepati masa.Ni tak,aku jugak yang nak kena tunggu dia.Azie merungut dalam hati.Baran dengan sikap Arian yang tidak bertanggungjawab.
            “Sorry,I late.”Tegur satu suara dari arah belakangnya.
  Azie memandang Arian dengan perasaan lega.Sampai juga mamat ni,ingatkan dah tersesat jalan.Dia terpaksa memaniskan senyumanya dihadapan Arian,tapi nak ikutkan yang sebenarnya tawarnya wajahnya ketika itu.
            “It’s okay.”Jawab Azie tenang.
  Waiter yang sebentar tadi terpaksa dihalau,datang untuk meminta pesanan.Azie memesan segelas jus epal dan sepinggan nasi ayam merah.Manakala Arian pulak memesan segelas jus kiwi dan sepinggan Chiken Chop.Huh,orang kaya la katakan.
            “Mana kawan awak?”Tanya Arian sebagai permulaan majlis mereka malam ni.
            “Kawan saya dia tak boleh datang.Sakit perut!”Bohong Azie.
  Arian hanya tersenyum.Tahu sangat helah Azie yang ingin mengelak darinya.Tapi nasib baikla rakanya tidak hadir,kalau tak…tak menjadila majlis malam ni.Matanya memandang penampilan Azie malam ini ,nampak bergaya dan cantik dari hari-hari yang sebelum ini.Dia tersenyum nakal.
  Hai,kalaula dia jadi isteri aku.Memang aku ni lelaki yang paling beruntung dalam dunia.
            “Awak Nampak cantik malam ni.”Puji Arian apabila melihat Azie hanya membisukan diri.Dia tidak mahu suasana mereka menjadi dingin.
  Azie tersipu-sipu malu.Ini lah,kali pertama dia dipuji oleh lelaki.Merah wajahnya menandakan dia sedang teramat malu.Azie menundukan kepalanya,melarikan anak mata dari bertembung dengan anak mata Arian yang sejak tadi asyik merenungnya.
            “Takdak la bos,biasa je.”Azie merendah diri.
  Arian senyum lagi.Suka melihat wajah yang baru Azie.Pemalu rupanya dia ni!Isy,rugi aku.Kalau aku tahu awal-awal,dah lama aku tackle dia ni.
            “Er…bos,apa hal yang bos nak jumpa saya malam ni?”
  Arian bagaikan baru tersedar dari khayalan ciptaanya.Dia memandang Azie dengan tanda tanya.Dia tidak mendengar apa yang ditanya oleh gadis itu sebentar tadi.
            “Apa awak cakap tadi?”
  Dia ni pekak ke?
            “Saya tanya,kenapa bos nak jumpa saya malam ni?”Kali ni,sengaja dikuatkan suaranya.Manala tahu,Arian ni betul-betul pekak.
            “Azie,boleh tak jangan panggil saya bos?Just call me Arian…or Rian.”Arian memberi cadangan.Dia lebih gemar jika Azie memanggilanya dengan panggilan Rian.Lebih formal dan romantik.Hah?!Romantik?Pergh!!Biar betul Arian ni.
  Rian?Nama baru dia ke?
            “Whatever je la bos…eh,Rian.”Azie termalu sendiri.Macam manala dia boleh tersasul.Isy,nak kena mulut ni.
            “Awak nak jumpa saya kenapa?”
  Soalan yang masih belum dijawab disoalkan sekali lagi.
  Dengan lagak tenang dan selambanya.Arian mencapai tangan Azie dan dia mendekatkan wajahnya dengan gadis itu.
            “Saya nak awak jadi teman wanita saya.Boleh?”Bicara Arian menggoda boleh meruntum hati sesiapa saja yang mendengarnya.
            “Apa?!” 

p/s:Assalamualaikum,maaf lambat post.Ini merupakan post pertama saya untuk tahun 2013.Selamat Tahun Baru semua!!Untuk makluman,saya akan pergi PLKN pada 4/1/2013 ni...mungkin n3 yang akan datang lewat sedikit.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...