Followers

Ahad, 15 Disember 2013

Pelangi Cinta 5

Assalammualaikum semua...sorry sebab dah lama tak update blog.Bukan taknak update tapi sedang busy dengan study.Tapi insyaAllah saya akan cuba luangkan masa saya untuk hobi yang satu ini =)

Bab 5
AKU melangkah lemah sambil mendaki tangga menuju ke bilikku.Penatnya diri bila dikerjakan teruk oleh ibu yang memaksaku membuat kerja itu dan ini.Aku baru saja siap membersihkan dapur.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.00 malam,pasti semua orang sudah terlelap.Cuma aku seorang saja yang masih mengeluh.Ini Fazrul punya pasal la!Kalau tak,akula nak kesayangan ayah dan ibu.Dia sudah merampas kedudukanku di dalam rumah ini,sakitnya hati!Aku masih ingat lagi,dia tersenyum sinis memandangku apabila ibu memarahiku kerana menyuruhnya menyapu halaman rumah.Cuma itu saja!Tapi sampai hati ibu memarahiku kerana Fazrul yang belum tentu lagi menjadi menantunya.
  Ketika aku melintasi bilik tetamu yang sekarang diduduki oleh Fazrul,tiba-tiba aku mendengar gelak tawanya.Aku dengan jahatnya merapatkan telinga dipintu ingin mencuri dengar apa lelaki itu sedang bualkan.Ingin juga aku mengetahui apa yang dilakukan tunangku dalam waktu-waktu begini.Agak lewat bagi seseorang untuk berbicara dengan orang lain.
  Isy,dia tengah sembang dengan sapa tu?Takkanla kawan dia kut?Tak tidur-tidur lagi ke mamat ni?Ataupun dia tengah mengigau?
  Tiba-tiba,aku mendengar derap kaki seseorang.Pasti Fazrul!Mungkin dia ingin keluar,ataupun dia tahu ada orang tengah mengintip ni?Alamak!Cepat-cepat aku mengundur dan pura-pura ingin masuk ke kamar tidurku.Harap-harap janganla dia tahu,aku ni tengah mengintip dia.Kalau tidak,nahas aku!
            “Awak?”Soalnya sedikit terkejut bila melihatku.Aku berpura-pura tidak dengar,seolah-olah tidak menyedarinya.Tapi dalam hati,hanya Allah saja yang tahu.Dadaku berdegup kencang.Peluh sudah membasahi tubuhku.Takut juga ni.
            “Awak tak tidur lagi ke?”Soalnya sopan.
  Aku masih lagi buat-buat pekak.Malas hendak melayannya yang kadang-kadang berubah angin.Sekejap baik,sekejap jahat macam ganster jalanan.Memang aku rasa tercabar bila dia berbuat seperti itu.Rasa nak hempuk-hempuk saja kepalanya di dinding.Tapi,nasib baiklah imanku masih ada.Sabor je lah!
            “Hai...aku ni cakap dengan orang ke,tunggul kayu?!”Tiba-tiba dia bersuara kasar.Sekelip mata aku terus memandangnya dengan renungan tajam.Dia turut membalasnya,tidak mahu mengaku kalah.
  Aku tunggul kayu?Hei,sedapnya bahasa,dia ingat dia siapa?Mamat sewel tak sedar diri,menumpang dekat rumah orang.Tak malu!Eeee...geramnya!Jantan tak guna!
            “Hah!Memang aku tunggul kayu!Kau tak puas hati apa?”Balasku geram.Wajahku sudah membahang tandaku tengah marah.
  Fazrul ketawa terbahak-bahak.Kemudian dia tersengih bagaikan kerang busuk.Tak sangka tunangnya mengaku sebagai tunggul kayu.Lepas tu,tunggul kayu tu pula,boleh bercakap.Hahaha...bodohnya dia ni!
            “Hah!Memang aku tak puas hatipun.Aku tanya kenapa kau tak jawab?Kau ingat aku tak tahu ke apa yang kau buat.”Kasar bahasanya sehingga membuatkan aku membeliakkan mata kepadanya.
  Gulp,alamak!Dia tahu ke yang aku curi-curi dengar perbualan dia tadi?Isy,tak boleh jadi ni.
            “Apa yang aku buat?”Aku cuba berlagak selamba.Tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu.Bunyi detakkan jantungku kedengaran di cuping telinga.Rasa nak pecah dada ni.
  Tiba-tiba Fazrul datang dekat denganku dan membisikkan sesuatu.
            “Aku tau kau nak masuk dalam bilik aku tadikan?”Tebak Fazrul.
            “Eee…kau jangan nak perasanla.Kau ingat aku hingin sangat nak hadap muka kau tu.Blah la!.”Sangkal ku pantas.Tak sangka mamat ni boleh terfikir sejauh tu.Selepas itu aku terus ingin melangkah pergi masuk ke dalam bilikku.Tak ingin berlama di situ.Makin lama,makin tak terkawal mulutku nanti.Kang tak pasal-pasal didengari ayahku pulak!Tapi tiba-tiba Fazrul menangkap lenganku menyebabkan aku terjerit.Pantas Fazrul menekup mulutku.
            “Shh…nanti ayah kau dengar la.”Bisiknya perlahan.
  Pantas tanganku menolak tubuhnya.Tidak sanggup dan tidak sudi disentuh lelaki tak guna itu.Berani pulak mamat ni sentuh anak orang,dalam rumah aku pulak tu!
            “Kau jangan sesekali sentuh aku lagi!Kau ingat,kau sapa?!Jantan tak guna!”Ujarku separuh menengking.Geram betul dengan sikapnya itu.Tambahan pulak,dengan wajahnya yang langsung tak dak rasa bersalah.
  Huh!Benci!Benci!Benci!Apalah nasib aku ni,terpaksa bertunang dengan lelaki yang tak serupa orang ni.
  Aku terus melangkah pergi,tapi sebelum tu sempat juga Fazrul mengatakan sesuatu.
            “Muka yang kau tak ingin ni lah nanti yang akan jadi suami kau.”
  Aku tidak mempedulikannya.Aku takkan sesekali menjadikan perkara itu kenyataan.Takkan sesekali!

PAGI itu,awal-awal lagi aku sudah bangun.Menolong ibu di dapur menyediakan sarapan sambil menunggu kepulangan ayah dari surau.Batang hidung Fazrul masih belum kelihatan,mungkin masih melingkar di atas katil.Mungkin agak pelik,kebiasaannya aku masih tidur lagi waktu ini.Selepas solat subuh aja aku akan terus tidur hinggalah pukul 10 pagi itu pun setelah digerak oleh ibu.
  Aku menyusun pinggan di atas meja.Selepas itu aku meletak makanan-makanan yang telah disediakan di atas meja makan.Aku kembali ke dapur membantu ibu membersihkan apa-apa yang patut.
            “Baik pulak Ana pagi ni.Bagusla,nanti Ana dah jadi isteri Fazrul kenala jaga makan minum dia.”
  Huh!Sapa nak jadi bini dia?Tak nakla ibu.Ana lebih rela jadi andartu dari kahwin dengan lelaki hipokrit macam dia tu.
  Sebenarnya,aku ada hal nak dibincangkan dengan ayah tentang Fazrul.Sebab itulah,pagi-pagi lagi aku sudah bangun.Sebelum lelaki itu bangun,lebih baik aku bertindak dahulu.Mana tahu si Fazrul tu mereka cerita tentang diriku terhadap ayah,kan aniaya aja diriku nanti.
            “Ye la bu…Ana kan kenala belajar jadi isteri yang baik untuk dia.”Jawabku sekadar menyedapkan hati ibu.
            “Assalamualaikum.”
  Suara ayah memberi salam mengejutkan aku dan ibu.Pantas aku ke ruang tamu untuk mendapatkan ayah.Tapi,alangkah terkejutnya aku apabila terpandang wajah Fazrul di sebelah ayah sambil tersengih-sengih ke arahku.Aku menjeling ke arahnya.Aku pergi mendapatkan ayah dan menyalami tangannya.Kehadiran Fazrul di situ langsung tidak dihiraukan.
            “Ayah,sarapan dah siap tu.Jom kita makan.”Aku menarik tangan ayah.Tapi tiba-tiba ayah berdehem.
            “Fazrul kamu taknak ajak ke?”
  Aku mencebik ke arah tunangku.Keningnya terangkat-angkat seolah-olah mengejekku.Dengan malasnya,terpaksalah aku memanggilnya juga.
            “Kau ada tangan,kau ada kaki kau boleh jalan pergi sendiri makan.”Ujarku agak kasar sehingga ibuku mendengarnya.
            “Ana…”Ibu bersuara seolah-olah memberi amaran kepadaku.
  Fazrul ketawa kecil.
            “Tu la,lain kali layan baik-baik tunang awak ni.”Jawabnya sebelum berlalu pergi.
  Aku merengus geram.Geram dengan sikap selambanya yang menyakitkan hati.
  Sewaktu dimeja makan,aku hanya mendiamkan diri.Menyepi kerana merajukkan ayah dan ibu yang asyik melayan Fazrul aja.Aku sebagai anaknya langsung tidak diendahkan.Sedih tahu.Rasa macam dianak tirikan pulak.Ingin menunjukkan aku protes dengan tindakan mereka,aku terus meninggalkan meja makan.Makanan yang masih belum habis dibiarkan begitu saja.Aku terus pergi mengurung diri di dalam bilik.
  Huk…huk…hatiku berlagu sedih.Entah berapa lama lagi Fazrul akan tinggal di sini.Tak sabar rasanya ‘menghalau’ lelaki itu pergi dari sini.Bolehla aku mendapat kembali kedudukan sebagai anak kesayangan di dalam rumah ini.
  Sejam,dua jam…lamanya aku menunggu,tapi tak dak seorang pun yang datang memujukku.Mataku pulak sudah mulai kuyu,mengantuk pulak.Lama-kelamaan aku mulai terlelap.Lebih baik aku tidur daripada terus menghadap wajah yang aku tidak inginkan sepanjang hari.
  Sedang aku lena diulit mimpi,tiba-tiba aku terasa ada seseuatu yang merayap diwajah ku.Kukibas-kibas tanganku kiri dan kanan untuk menghalau benda itu.Tapi semakin menjadi-jadi pula.Lantasku buka mata dan ingin bangun.
            “Arr…”Aku ingin menjerit tapi tangannya pantas menekup mulutku.
  Fazrul sedang berada di atas tubuhku.Bulat mataku memandang wajahnya.Apa yang dia cuba lakukan?Fikiranku mula memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.Ya Allah…Kau jauhkan lah aku dari perkara buruk.Tanganku menolak badanya,tapi dia masih keras di situ.
            “Kau jangan bising,nanti parents kau dengar habis kita.”Suaranya separuh berbisik.Dia melepaskan tekupannya.
  Aku menarik nafas lega,barula dapat bernafas dengan lapang.
            “Kau buat apa dekat sini?!”Soalku lalu menghadiahkan sebiji penumbuk dibahunya.Geram dengan mamat ni.Suka hati aja masuk bilik aku.Apa dia ingat ni bilik mak bapak dia?
            “Auwww…sakitla mangkuk!”Dia hampir menjerit,nasib baiklah dia cepat-cepat mengawal suaranya.
            “Mak kau suruh aku panggil kau.Dah berpuluh-puluh kali ketuk pintu bilik ni,tapi kau tak jawab pun,so aku masuk je la.Tapi tak sangka pulak kau tidur,ingat nak kejutkan kau.”
            “Kalau nak kejut,tak payah nak merangkak atas badan aku segala…kau ingat aku ni bini kau ke?Kau ni memang biadap!”Marahku lagi.Nasib baik aku tersedar,kalau tidak tak tahula apa lagi yang nak dilakukan Fazrul atas diri ku.
  Fazrul tergelak kecil sambil tersengih.
            “Ala…practice malam pertama kita nanti.”Ujarnya lalu meninggalkan aku.
            “Kepala otak kau!”Jerit ku.
  Eee…tak boleh jadi ni.Kena bagi tahu ayah juga fasal ni.Boleh aku putus tunang dengannya.Ayah mesti terkejut punya.

“ASTHAGFIRULLAH…apa kamu cakap ni Ana?Ana sedar tak apa yang Ana cakap ni?Ana dah fitnah Fazrul.”
  Ayah mengucap panjang bila aku menceritakan perilaku sebenar Fazrul padaku.Jelas ayah langsung tidak mempercayai aku.Riak wajahku sudah berubah.Sangka ku ayah akan membelaku dan memarahi Fazrul,tapi terbalik pula.Ayah yang membela Fazrul kali ini.
            “Fitnah,ayah kata?!Ayah tahu tak this is a reality.Fazrul tu bukan orang baik ayah,dia tu nak ambik kesempatan je atas keluarga kita.”Terangku lagi.Chewah…cakap orang putih pula.Tak tahu betul ke tidak.Maklumla,aku ni bukan orang terpelajar,belajarpun setakat SPM.Lepas tu terus menganggur sampaila umur ku 26 tahun.Inipun nasib baiklah ada juga sijil.
  Sekali lagi ayahku beristigfar.Aku memandang Fazrul yang sejak tadi hanya mendiamkan diri dan hanya menundukkan wajah.Eleh…nak tunjuk kesian la tu.
            “Fazrul betul Ana cakap ni?”Soal ayahku pada Fazrul.
  Ayah aku ni pun satu.Sah,sah la Fazrul takkan mengaku.Kenapalah susah sangat ayah ingin mempercayai aku?Sejak muncul Fazrul dalam keluarga ni,semua kesalahan aku aja yang kena.Memang tak adil!
            “Tak pak cik,Ana tipu.Sebenarnya pak cik,kitorang gaduh semalam,Ana minta putus,tapi saya tak nak.Saya sayangkan dia.”Fazrul dengan lagaknya seolah-olah seorang yang bertanggungjawab.
  Aku terlopong.Sayang??Mamat ni memang sah,sah penipu besar.Pandai betul dia kelentong ayah ku.
            “Ana,kitakan dah bincang.”Ujar ayah ku lembut sambil memandang ke arah ku.Aku sudah buat muka monyot.Rasa nak nangis pun ada.
            “Ayah,dia penipu!Kenapa ayah percayakan dia?Dia tu jahat ayah.Jahat!!”Jeritku sekuat hati sambil melepaskan perasaan marah ku pada Fazrul.
            “Ana!”Jerkah ayah tiba-tiba.
  Aku tertunduk air mataku sudah menalir keluar.Belum pernah aku ditengking sebegini oleh ayah.Sampai hati ayah buat Ana macam ni.
  Fazrul terkejut,mungkin tidak menyangka bakal bapa mentuanya akan semarah ini.Tapi,hatinya bersorak kemenangan kerana dapat mengenakan Riana.
  ‘Yeah,yeah padan muka kau.Yeah,yeah padan muka kau.’
            “Dah,ayah tak nak dengar apa lagi dari mulut Ana.Dari mulai saat ini ayah tetap dengan keputusan ayah,ayah nak Ana dengan Fazrul kahwin.Faham!Ana pergi masuk bilik sembahyang taubat.”

  Eh,apa kena mengena dengan solat taubat?Selepas itu aku terus melangkah naik ke tingkat atas.Mengurung diri dan menangis seharian.Aku sakit hati.Sakit hati pada Fazrul dan juga ayah.

p/s:Dah baca,jangan lupa komen...kalau ada silap dimana-mana jangan malu,jangan segan sila tegur saya yang masih mentah ini.Thank you =)


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...