Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Khamis, 11 April 2013

Pelangi Cinta 4



Bab 4

AKU duduk termenung ke arah luar tingkap rumah.Mataku memandang ke arah tumbuhan yang tumbuh dikeliling rumahku.Masih berembun.Waktu masih awal,baru pukul 7.00 pagi.Hmm,damainya kampung ni.Aku menghirup udara segar.Huh,segarnya!Aku bangun melangkah ke arah luar rumah.Kabus-kabus masih meliputi sesetengah kawasan.Nampak tenang tanpa sebarang gangguan.
“Awal bangun!”
  Sergahan ayah betul-betul membuatkan aku terperanjat.Aku memalingkan tubuhku memandang ayah yang memakai baju melayu dan berkain pelekat.Ayah baru aja balik dari masjid.Di tangannya terdapat sebuah beg plastik yang terisi dengan beberapa bungkus nasi lemak.Mungkin ayah singgah sebentar di warung Pak Sood untuk minum kopi disana.
“Ayah ni...buat Ana terkejut je.Ingatkan hantu mana pagi-pagi buta ni.”Ujarku selamba lalu mencapai bungkusan nasi lemak tersebut.
  Perutku sudah lama berkeroncong mintak diisi.Ibu tidak menyediakan sarapan pagi ni seperti yang selalu dia lakukan.Katanya dia ingin melihat aku sendiri yang menyediakan.Maklumlah,orang bakal berkahwin,mestilah kena belajar.Belajar masak,belajar mengemas,belajar itu dan inilah.Kadang-kadang naik bengong otak aku ni fikirkan semua tu.Sepanjang hidup aku,manalah pernah aku masak,yang aku tahu cuma bab-bab potong memotong itu aja.
“Hmm,sedapnya!”Aku mengambil bau terlebih dahulu sebelum memakan nasi lemak tersebut.
  Belum pun sempat nasi menyentuh bibirku.Ayah pantas memintas.Isy,apa lagila ayah nak cakap ni?orang nak makanpun tak senang.
            “Apa?”
            “Baca doa dulu...nanti setanpun makan sekali dengan kamu.”Ujar ayah sekali gus memberi tazkirah percuma kepadaku.
  Aku tersengih macam kerang busuk.Macam manala boleh lupa?Hari-hari baca,tiba-tiba aja pagi ni lupa.Isy,isy,isy...teruknya anak dara ni.Tanpa melengahkan masa lagi,aku terus membaca doa makan dan memulakan suapan yang pertama.
  Aku tertanya-tanya,kemana ibu?Selalunya,pagi-pagi begini dia akan berada di dapur ataupun dihalaman rumah melihat bunga-bunga kesayangannya.Tapi pagi ini,senyap-sunyi pula rumah ini.Kalau tidak,bising dengan leteran ibu padaku yang selalu bangun lewat.Ayah pula,berada di ruang tamu sambil menonton berita pagi.Memang itulah rutin hariannya.
            “Hah,Ana!Baru bangun?Apa nak jadila anak dara ni.”Ujar ibu yang tiba-tiba muncul.Ibuku tercungap-cungap seperti baru menghabiskan dua pusingan padang.Peluh kelihatan diwajahnya.Tanggannya pula penuh dengan bahan-bahan masakkan.Pasti ibuku baru pulang dari pasar.
            “Mana ada,Ana bangun awalla.Kalau tak percaya tanya ayah.”Aku muncungkan mulut kearah ayah yang masih leka dengan tontonannya.
            “Dah,dah.Mandi tak lagi?”Tanya ibu lagi.Pasti dia ingat aku masih belum mandi,memandangkan aku ni memang spesis kerbau yang malas mandi.
            “Dah…”Jawabku sepatah.Kemudian,aku bangun ingin beredar menyertai ayah di ruang tamu.
            “Hah,nak pergi mana pulak tu?”
            “Nak tengok tv la…macamla ibu tak tahu hobi Ana ni.”Ujarku sambil tertawa-tawa.Tapi,tiada perkara apa pun yang melucukan.Saja nak gelak.Hahaha…
            “Tak payah!Ana tolong ibu hari ni dekat dapur.Masak!”
  Hah?!Masak!Manala aku reti.Goreng telurpun tak pernah,inikan pulak memasak.Isy,ibu ni dah buang tabiat ke apa,tiba-tiba aja nak suruh aku masak.Hisy…taknakla.Rungutku dalam hati.Sememangnya,inilah perkara yang paling aku tidak suka.Kerja yang betul-betul merenyahkan.
            “Taknak!”Protesku.
            “Hah,Ana jangan nak mengada-ngada.Hari ni kita ada tetamu istimewa nak datang.Jadi ibu nak Ana tolong ibu masak ,sekali tu bolehla belajar sekali.”Ujar ibuku sambil memungah sayur-sayuran dan bahan-bahan yang lain ke dalam bekas yang disediakan.Banyak betul!Macam nak buat kenduri la pulak.
            “Hai…hari tu datin dan dato,sekarang ni tan sri pulak ke ibu oii…”Aku sudah bercekak pinggang.Rasa geram pun ada.
            “Isy,kau ni Ana.Boleh tak sekali ni jangan melawan cakap ibu.Lagipun ini untuk kebaikkan kamu juga.Faham!”Ujar ibuku turut bercekak pinggang.Mungkin geram dengan kerenahku yang bagaikan kebudak-budakkan.Hmm,memang budak-budakpun.
  Kebaikkan apa bendanya,menyusahkan je adala.Tetamu ni pun satu,kalau nak datang tu tak boleh ke bawa makanan sendiri.Ni tidak,nak memperhabiskan duit orang adala!Menyusahkan betul.
            “Ya la,ya la.Ana tolong…!Puas hati ibu sekarang?”Aku terpaksa mengalah.Aku tahu,selama manapun aku berdebad dengan ibu,pasti dia juga yang akan menang.Nanti aku pulak yang sakit hati.
  Tiba-tiba ibuku tersenyum.Entah apa yang dimaksudkan dengan senyuman itu.Nampak macam senyuman yang penuh makna,mungkin ada sesuatu yang ingin dia katakan lagi.
            “Hah…macam tu la anak ibu.Sekarang ni Ana pergi kemas bilik tetamu dulu,baru datang tolong ibu.”
            “Nak buat apa?”Soalku hairan.Selama ini,bilik itu hanya dibiarkan tanpa diusikpun.Hari ni,minta dikemas pulak?Ada-ada je la ibuku ni.
            “Buat je la apa yang ibu suruh.”Ibu masih mahu berahsia denganku.
  Tetamuku ni,betul-betul manusia yang suka menyusahkan!Dia ingat,dia tu raja ke?Nak kena masakla,nak kemas bilikla.Apa dia ingat aku ni kuli dia ke?Kalau dia bayar gaji,takpala juga.Isy…sabor je la!
  Aku dengan terpaksanya melangkah menuju ke bilik tetamu ditingkat atas bersebelahan dengan bilikku.Agak-agaknya,tetamuku ini orangnya bagaimana?Baik ke,hensem ke,cantik ke,perempuan atau lelaki?Ahh...lantakla dekat dia tu,asal jangan kacau hidup aku sudah!Kalau tak,tahula aku nak ajar macam mana.Hehehe...gelak jahat.

Aku duduk di atas basikal sambil menunggu kedatangan rakanku yang belum tiba.Rambutku diikat tinggi.Waktu sekarang baru pukul 5.30 petang.Waktu beginilah aku suka lepak bersama rakan-rakanku di pondok terbiar ditengah-tengah sawah kampungku.Ada saja aktiviti yang akan kami lakukan.Tapi entah kenapa hari ni,jantungku berdebar-debar,seperti ada sesuatu perkara yang akan berlaku.Tiba-tiba aku teringatkan tetamu yang ibu katakan?Aku tertanya-tanya,siapa dia?Kenapa ibu dan ayahku begitu gembira untuk menyambut kedatangan tetamu itu.Istimewa sangat ke dia,sampai aku pun dianak tirikan?Eee...geramnya,jelesnya!
            “Ria!Ria!...”Laung seseorang menegejutkan aku dari lamunan.Mataku terpandang kelibat Nana yang berlari-lari kearahku.Dia termengah-mengah sambil cuba mengatakan sesuatu.
            “Ada...ru...rumah....”Dia termengah-mengah,tapi masih cuba mengatakan sesuatu.Aku kesian melihatnya,nasib baiklah dia ni tiada penyakit lelah.Kalau tak,alamatnya dekat hospital la sekarang.
            “Cubalah rileks dulu.Tak payah kalut.”Ujarku sambil mengurut belakang badannya.
  Nana menarik nafas beberapa kali lalu dihembusnya perlahan.Macam orang nak mulakan senamanla pulak!
            “Ada orang datang rumah kau.Naik kereta mahal,besar pulak tu!”Akhirnya terluah juga apa yang ingin dikatakan Nana sebentar tadi.Wajahnya kemerah-merahan.
  Aku sedikit terkejut mendengarnya,riak wajahku turut berubah.Isy,orang kaya mana pulak datang rumah aku ni?Hmm...mesti tetamu yang ibu katakan.Hai...hari tu datin dan dato,hari ni tan sri pulak ke?
            “Siapa?Kau kenal ke?”Soal Nana lagi padaku.
  Aku tidak menghiraukan soalan itu.Tanpa melengahkan masa lagi,aku terus mengayuh basikalku sekuat hati menuju ke rumahku.Teringin benar aku mahu berjumpa dengannya.Jeritan Nana yang memanggil namaku pun sudah aku tidak dengari.Perasaan ingin tahu tentang tetamu rahsia itu sungguh berkobar-kobar.Dadaku berdebar kencang,bagaikan nak tercabut jantung ni.
  Setiba saja aku dihalaman rumah.Mataku terpaku pada sebuah kereta mewah.Mesti tetamu ini seorang yang kaya,fikirku.Berhati-hati aku melangkah ingin masuk ke dalam rumah,tidak mahu disedari sesiapa.
            “Ana!”Sergah seseorang membuatkan aku hampir terloncat.Ibu betul-betul berada dibelakangku.Aik?Bila pula ibu ada dekat sini.Mataku tidak memandang wajah ibu,sebaliknya pada wajah pemuda yang berada disisi ibu.Orangnya berkulit cerah dan berkumis tebal.Orangnya turut tinggi dan berbadan sasa,jika aku berdiri sebelahnya tinggiku hanya paras bahunya saja.Hmm...dia ni boleh dikategori orang yang hensemla juga.Siapa dia?Tak pernah kenal pun?
            “Ana,sini ibu kenal dengan Fazrul.”Ibu menarik tanganku supaya dekat dengannya.Lelaki itu tersenyum hingga menampakkan lesung pipinya.Isy,poyola pulak aku tengok.Tak kenal,tiba-tiba aja tersenyum.
            “Buat apa?”Terluah juga soalan bodoh yang tidak sepatutnya terkeluar.Memang mulut aku ni suka cakap lepas.Ikut suka hati aja nak cakap.
  Ibu memandangku denga renungan yang tajam.Pasti marah denganku.Pantas dia menarik tanganku lalu dihulurkan pada lelaki bernama Fazrul untuk bersalaman.Tak tertelan air liurku melihatnya.Ibu,kalau sudah marah pasti seharian telinga aku yang menjadi mangsa leterannya.Tapi hari ini mungkin tidak,sebab ada tetamu disini.
            “Ni Fazrul,tunang kamu.Fazrul,ni la Riana.Anak mak cik.”
            “Hah?!Dia?Oh,please...!”Pantas aku menarik tanganku dari terus berada di dalam genggamannya.Terbutang mataku memandangnya.Jadi ini la tetamu istimewa ibu dan ayah,tunangku rupanya.Kalau aku tahu diala yang nak datang,jangan harap la aku nak balik.
  Fazrul sedikit terkejut dengan tindakkan gadis itu.Sungguh dia tidak menyangka itulah reaksi pertama yang harus diterimanya bila bertemu dengan tunangnya.Sangkanya,tunangnya seorang yang lembut,baik hati dan peramah kerana berasal dari kampung,tapi sangkaannya meleset.Gadis yang berada dihadapnnya seorang yang kasar.Memang dia akui gadis ini,mempunyai wajah yang comel dan menarik.Tapi tidak lansung menyentuh hatinya.Rasa menyampah lagi adala.
            “Please,please apa kebendanya?Fazrul ni tunang kamu.Dah,jangan nak mengada.Ibu nak ke dapur dulu,korang berborakla dulu.”Ujar ibuku terus pergi meninggalkan kami di ruang tamu ini.Rasa sunyi pulak.
  Aku diam,dia turut meneypikan diri.Apa yang harus cakap sekarang?Rasa kekok pulak bila berdua dengan dia ni.Dia pun satu,dah tahu diri tu lelaki.Mulakan la dulu.Aku ni perempuan,pemalu sikit.Pemalu?Alasan aja tu!
            “Awak orang sini ke?”Fazrul memulakan perbualan mereka sekaligus memecahkan kesunyian diantara mereka.Dia sebenarnya tiada idea apa yang harus dia bualkan.Tentang diri gadis itupun belum dia ketahui.Papa dan mamanya betul-betul ingin dia yang mencari sendiri tentang diri tunangnya.Sebab itulah dirinya sekarang berada di kampung ini,itupun atas desakkan mama.Kalau tidak,mungkin sekarang dia sedang bersama kekasih gelapnya.
            “Ye la,takkan orang batu pulak kut.”
  Opps,eee...kenapa la mulut ni jahat sangat.Tak boleh cakap baik-baik ke?Nak cari gaduh aja.Mungkin mulut ni marah sangat kut dekat tunang aku,sebab sakit hati kerana terpaksa bertunang dengan dia.Tunang aku ni pun satu,tak pernah kenal apsal pergi terima?Kan dia boleh tolak.Takdakla menyusahkan aku.
  Isy,kasar betul minah ni?Memang patut pun dia orang batu,hati pun keras macam batu!Tak sedar ke dia tengah cakap dengan siapa?Aku ni tunang dia tau.
  Fazrul tidak berani mengeluarkan suara lagi.Mereka berdua terus diam hinggala makan malam menjelma.Dalam hatinya,tidak henti-henti mengata pada Riana.Sakit hatinya kerana terpaksa bertunang dengan gadis itu masih belum reda.Ditambah pulak dengan sikap tunangnya yang kasar dan menyakitkan hati.Nasib baiklah dia sekarang bukan berada di rumahnya,kalau tak habis gadis itu dikerjakan.Geram!
  Aik,kenapa diam aja?Ni mesti mamat poyo ni tengah mengata dekat aku.Takpa-takpa,ni baru hari pertama dia.Esok,tahula aku nak ajar dia macam mana?Tapi sampai bila dia nak duduk sini?Ahh...lantakla.Sekarang ni masa untuk membuli,bukannya memikirkan masalah lain.Hahaha,siap kau Fazrul!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...