Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Isnin, 27 Mei 2013

Jangan Pernah Sakiti Aku 17 =)

Assalammualaikum semua =)
Firstly saya nak minta maaf sangat-sangat coz dah lama tak update blog.
Sebenanrnya penyakit malas+blank and macam-macam lagi dah melanda saya.
So,pleeeaasseee jangan marah.hehehe
Tolongla saya....memang dah blank sangat tahap gaban ni.
Tambah dengan masalah nak sambung belajar la.
So,blog ni memang satu medium untuk saya luahkan
perasaan yang bermacama-macam ni.Okay,disebabkan dah lama tak update blog
saya hadaiahkan entry novel JPSA 17.
Hope u all like =) hehehe


Bab 17
RUANG sepi diantara mereka.Yang kedengaran hanyalah esakkan Haryani yang menangis memenuhi ruang.Merah dan bengkak matanya.Dia menggigit bibit.Haryani merenung lama lelaki yang kini berada dihadapannya.Rasa sedih dan sakit hati bercampur baur.Perasaannya pada lelaki itu sudah bertukar.Dia betul-betul tidak dapat menerima keputusan dan hukuman yang diberikan oleh Hariz yang kini sudah menjadi suaminya beberapa jam yang lalu.Sanggup Hariz menghukumnya dengan hukuman seberat ini,dia tidak dapat menerima itu.Haryani sudah mendengar penjelasan Hariz.Memang dulu dia melakukan kesilapan dengan memilih Razman,tapi itu dulu!Keadaan ketika itu tidak sama dengan sekarang!Dia sudah menjadi isteri yang sah kepada lelaki itu,tapi mengapa suaminya sanggup…
            “Sampai hati awak Iz?Sanggup awak hukum saya.Kenapa awak buat saya macam ni?”Lemah suaranya diselang-seli dengan sendu yang belum berpenghujung.Dia terduduk lemah sambil bersandar pada dinding.Dia masih belum menerima kenyataan ini.Hatinya sakit sangat!Baru saja dia ingin mulai terima Hariz sebagai suaminya.Tapi,sekali lagi lelaki itu melukai hatinya.
  Dia teringat kembali ketika penangkapan khalwatnya bersama Hariz beberapa hari yang lalu.Dia sungguh terkejut,hingga dia sendiri sangkakan semua itu hanyalah mimpi ngeri.Tapi itu semua bukannlah mimpi,tapi kenyataan!Dia malu,dia sedih,dia marah dan dia benci.Tapi apakan dayanya untuk menghalang semua itu.Tambahan pula,Hariz mulai memaksanya supaya bertanggungjawab atas apa yang terjadi.Katanya untuk menjaga maruah dan namanya sebagai salah seoarang ahli koprat.Dia betul-betul tertekan.Dia terpaksa memilih antara menjaga hati rakannya atau mengikut saja desakkan Hariz.Akhirnya akur juga dengan kehendakkan lelaki itu.Walaupun hatinya menjerit tidak,tapi dia terpaksa.
  Hari ini mereka diijab kabul di apartmentnya saja.Tetamu yang menghadiri pernikahannya terdiri daripada Azie,Sara dan beberapa orang lagi.Ila tidak kelihatan ketika itu.Haryani redha dengan takdirnya.Andai dia sudah ditakdirkan untuk bermadu dengan rakan baik sendiri,dia terima,asalkan Hariz berlaku adil pada mereka berdua.Memang perit untuk menerima semua ini,tapi dia sanggup menelannya asalkan dia mendapat bahagia yang dia inginkan selama ini.Cuma yang dia risaukan bagaimana penerimaan Ila nanti?
  Hatinya sudah mengukir senyuman bahagia.Dia dapat rasakan ada kebahagian yang sedang menantinya.Dikutip kembali sisa-sisa kenangan indah dan impian yang dulu dibuangnya untuk dibina kembali.Haryani betul-betul yakin,walaupun pelbagai rintangan yang melanda,jodohnya tetap bersama Hariz.Dia pasti Hariz pun bahagia sepertinya.Lelaki itu pasti ikhlas dengannya walaupun dia tahu,cara penyatuan mereka tidak seperti yang mereka inginkan.Tapi ternyata hari ini semuanya tidak!Lelaki itu telahpun membuangnya jauh dari hati yang dulu pernah menjadi tempatnya.
            “Suka hati sayala,saya nak buat apa pun!”Tengking Hariz yang sedikit bengang kerana tidak tahan mendengar esakkan isterinya.Dia berdiri dihadapan Haryani.Wajahnya bengis.
  Haryani tersentak,bagaikan baru tersedar dari mimpi.Dia terkulat-kulat sambil merenung memohon simpati dari suaminya.
            “Tolongla,Iz…jangan saya buat macam ni.Saya ni isteri awak,saya dah takdak sapa-sapa dekat dunia ni selain awak.”Suaranya merayu meminta kasih lelaki itu.Baru saja dia ingin menikmati bahagia bersama lelaki itu sebagai sebuah keluarga.Tapi,tegar Hariz menghukumnya gantung tak bertali!Pada siapa nanti dia harus bergantung?Pada siapa dia harus menumpang kasih?
            “Ada aku kisah!Dulu,masa aku merayu dekat kau supaya terima aku balik,ada kau peduli?Takdak kan!Kau sakitkan hati aku lagi ada la!Kau pilih jantan lain.Sekarang ni kau terimala akibatnya!”Suaranya separuh menengking.Hatinya lega sekarang.Dendamnya sudah terbalas.Dihukumnya Haryani gantung tak bertali.Dibiarkan isterinya ketandusan kasih sayang.Baru padan muka!Dahulu,puas dia merayu,puas dia memujuk pada Haryani supaya menerimanya.Tapi apa yang dia dapat hanyala sakit hati.Dirinya merana tanpa gadis itu.Sekarang dia biarkan gadis itu pula yang rasa apa yang dia rasakan dulu.
            “Tapi itu dulu!Dulu dan sekarang tak sama Iz.Saya dah jadi hak awak pun,apa yang awak tak puas lagi?!”Sebak hatinya,bila orang yang dia sayang dan dia cinta sanggup buatnya begitu.Walaupun dia memilih Razman dulu,tapi hatinya tetap pada Hariz.Tegar Hariz membiarkan dia bersendirian tanpa kasih sayang.Dulu,lelaki itu pernah berjanji padanya untuk membahagiakannya andai kata mereka bersama.Mana janji itu sekarang?
            “Ahhh…!Lantak kau la.Aku dah tak kisah.Padan muka kau!Sekarang ni,kau nak hidup ke?Nak mampus ke?Suka hati kau la!Aku dah tak peduli.”Hariz ingin melangkah pergi meninggalkan Haryani.Tapi pantas kakinya ditangkap oleh isterinya.
  Haryani memeluk erat kaki suaminya,kalau boleh dia taknak lepaskan.Dia ingin lelaki itu dengar apa yang ingin dikatakannya.Tangisannya semakin menjadi.Wajahnya sudah comok dengan hingus yang terkeluar.
            “Tolonglah Iz!Jangan buat saya macam ni.Saya minta ma…maaf okay?Saya janji saya tak buat lagi.Awak tolonglah jangan pergi!”Dia merayu.Wajahnya hampir mencium kaki lelaki itu.Dia tak peduli,biarla apa pun yang ingin dikatakan suaminya,dia tidak kisah.Asalkan Hariz sanggup menerimanya dan menarik kembali hukum gantung tak bertali itu padanya.
            “Isy!Tepilah!”Hariz cuba menarik kembali kakinya.Diheret tubuh Haryani hingga ke muka pintu.Tiada lansung belas kasihan pada isterinya.Bila dendam menguasai diri,kasih dan cinta ditolak ke tepi.
            “Awak dah janji dengan saya,yang awak nak bahagiakan saya bila kita kahwin.Mana…mana janji awak?”Dia teresak-esak hingga apa yang dikatakannya pun kurang jelas.
  Hariz tersenyum sinis.Dia merentap kakinya hingga menyebabkan wajah Haryani tersembam di lantai.Dia ketawa dalam hati bila melihat gadis itu mengadu kesakitan.Tanpa ucapan,dia terus meninggalkan isterinya keseorangan di apartment itu.Dalam hati dia ketawa kegembiraan kerana dapat melunaskan dendamnya.Dia sudah merangka keluarga bahagia,tapi bukan dengan Haryani.Tapi Ila!Hatinya sudah mulai terima gadis itu sebagai isterinya walaupun bukan sepenuhnya.Hariz yakin,Ila boleh membahagiakannya.
  Haryani memegang hidungnya.Rasa sakit akibat perbuatan Hariz sebentar tadi terasa hingga ke lubuk hatinya.Sakitnya hanya Allah saja yang tahu.Dia masih belum menerima hakikat yang Hariz yang dulu dia kenal sebagi seorang lelaki yang penyayang tegar membuatnya begitu.Dia tidak dapat bayangkan,bagaimana nanti dia harus lalui semua ini.Dulu,lelaki itu yang dia harapkan dapat memberi cahaya kebahagian kepadanya,memandangkan dia anak yatim piatu.Tiada saudara mara,cuma rakan-rakannya saja yang dia ada.Tapi,lelaki itu juga yang menghancurkannya.
  Ya Allah…apa yang harus hamba lakukan.
  Malam itu,malam yang sepatutnya menjadi sejarah dalam hidupnya,menjadi sebuah tragedi yang mungkin tidak dapat dilupakannya.Malam yang cukup menghancurkan hati perempuanya sebagai seorang isteri.Malam yang membenihkan rasa bencinya terhadap Hariz walaupun jauh dan dalam disudut hatinya yang pasti tidak dapat dilihat orang lain.Luka yang dulu masih belum sembuh,kembali terluka.Dan kali ini semakin parah.
  Bermula malam ini,bermulalah diari kisah hidupnya sebagai seorang isteri yang terluka.Entah,lukanya itu akan sembuh atau tidak.Tapi siapa yang akan menyembuhkannya?Hariz?Agaknya bila lelaki itu akan sedar akan kesilapannya?Hingga luka itu betul-betul parah,dan tidak dimaafkan lagi?

ILA menangis sepanjang malam.Tidak boleh dia bayangkan suaminya bersama perempuan lain malam ini.Hatinya terluka.Kepulangannya ke Kuala Lumpur dari kampung hanya semata-mata untuk menandatanganni surat berpoligami suaminya.Memang tidak boleh dibayangkan betapa terkejutnya ketika itu.Tambahan pula,calon madunya ialah Haryani,rakan baiknya sendiri.Puas dipujuknya hati supaya menerima semua ini,tapi dia tidak boleh!Ila tidak dapat menerima hakikat yang dia bermadu bersama perempuan yang cukup dicintai suaminya.Bagaimana dia harus lalui semua ini?Adakah Hariz akan mengabaikannya dan bersama Haryani?Tidak!
  Fikirannya menerawang memikirkan hal yang bukan-bukan.Dia tidak boleh melepaskan lelaki itu.Hatinya dah betu-betul jatuh cinta pada suaminya.Dia tidak mahu berkongsi kasih bersama perempuan lain,termasukla rakan baiknya sendiri.Apa yang perlu dia lakukan?Memisahkan mereka?Oh,tidak!Hariz tidak mungkin sesekali melepaskan Haryani.
  Kau kejam Yani!Sanggup kau rampas suami aku.Dulu kau kata,kau dah boleh menerima yang Hariz tu hak aku!Tapi kenapa kau sanggup merampas kebahagian yang baru ingin aku rasa?Kau memang saja nak sakitkan hati aku.Kau memang kejam!
  Dia sudah nekad.Biarla persahabatan yang mereka bina selama bertahun-tahun ini hancur,asalkan dia mendapat kembali Hariz.Dia sanggup melakukan apa saja asalkan Hariz kembali padanya.

HARIZ membaringkan tubuhnya di atas sofa keras yang terletak ditengah-tengah ruang tamu rumah teres setingkat itu.Matanya memandang siling yang kosong tanpa corak itu.Waktu sekarang sudah lewat,sepatutnya dia melelapkan mata sekarang.Tapi entah mengapa malam ini dia tidak bisa melakukan itu seperti malam-malam yang lain.Fikirannya kosong tika ini.Tiada bayangan wajah Haryani mahupun Ila.Hariz mengalihkan badannya ke posisi lain yang lebih selesa.Malam ini dia menumpang tidur di rumah rakan baiknya,Ikmal.Bukan dia tidak mahu terus pulang ke banglonya,tapi dia lebih selesa berada disini.Tambahan pula,rakannya masih bujang,jadi senang untuknya berborak tanpa gangguan luar.
            “Nah,ambil ni bantal dan selimut!Aku tahu kau tak selesa dekat situ.”Sergah Ikmal yang tiba-tiba muncul.Bantal dan selimut diserahkan pada Hariz.
  Ikmal dengan gayanya tersendiri malam itu.Berkain pelekat dan hanya sehelai t-shirt lusuh menjadi baju tidurnya.Dia duduk disebelah Hariz apabila rakan baiknya itu bingkas bangun.Tangannya mencapai remote kawalan televisyen dan lalu ditekan punat hijau.Matanya tertancap pada skrin TV,tapi mulutnya sibuk menyoal itu dan ini pada Hariz.
            “Kenapa malam ni tiba-tiba je datang rumah aku?Kau ada masalah ke?”Soal Ikmal malam itu.
            “Hmm...takdak la kut.”Jawab Hariz acuh tidak acuh.
            “Kut?Maknanya adala!Hah,cepat citer kat aku.Manala tahu aku boleh tolong kau.”Ikmal teruja.Sebenarnya,dia adalah salah seorang doktor yang bisa menyelesaikan masalah-masalah manusia ni,tapi bukan masalah kesihatan.Dia sebenarnya suka mendengar masalah orang lain,terutamanya Hariz.
  Hariz mengeluh berat.Dia tidak tahu patutkah dia menceritakan segalanya pada Ikmal,ataupun terus membisu.Tapi,semakin lama dia pendam kepalanya terasa bagaikan nak pecah.Ikmal adalah satu-satunya sahabatnya yang boleh dipercayai.Selama ini,jika dia ada masalah Ikmallah tempat dia meluah dan bercerita.
            “Aku dah kahwin.”Ujar Hariz akhirnya.Lemah dan perlahan saja suaranya.Kepalanya tertunduk ke bawah.
            “Hah?!Bila?Ya Allah,Iz...Tahniah!Aku tumpang gembira!”Ikmal gembira.Akhirnya,selepas bertahun Hariz dan Haryani menyemai kasih mereka bersatu juga.Baginya,Haryani dan Hariz adalah pasangan yang ideal.Sewaktu kali pertama Hariz memberitahunya yang dia sudah jatuh cinta dengan Haryani,diala orang pertama yang sokong supaya lelaki itu meluahkan perasaannya pada Haryani.
            “Kenapa kau tak bagi tau aku?Aku ni kawan baik kau tau,tak jemput aku pun.”Sambungnya sedikit geram.Dalam geram dia masih lagi gembira.
            “Aku tak buat majlis dekat sinipun,aku buat dekat kampung.”
            “Kampung mana pulak ni?Setahu aku,kau mana ada kampung.Yani pun takdak jugak!Kampung mana kau pergi ni?”Ikmal Hairan.Setahunya,Haryani dan Hariz tidak punya kampung.Kuala Lumpurla kampung mereka selama ini.
  Hariz mengeluh.Rupa-rupanya Ikmal menyangkakannya berkahwin dengan Haryani.Memang itulah yang sebenarnya,baru saja beberapa jam yang lalu dia dan Haryani disatukan.Tapi,tak mungkin dia menkhabarkan berita ini kepada Ikmal.Sebaliknya,dia akan hebohkan tentang perkahwinannya bersama Ila,dan memberitahu bahawa yang dia dan Haryani sudahpun berpisah.
            “Bukan dengan Yani,tapi kawan baik dia,Ila.!”Tegas Hariz menyatakan satu-satunya isteri dan perempuan yang berada dalam hidupnya.Tiada lagi nama Haryani.
            “Hah?Kau biar betul?Kawan baik Yani?!”Ikmal jelas terkejut.Tidak percaya apa yang dia dengar.Hariz berkahwin dengan rakan baik Haryani sendiri?Macam mana boleh jadi begini?Macam mana dengan Haryani?Pelbagai soalan menerjah kotak fikirannya.Kerutan didahinya jelas dia dalam keadaan bingung dan tertanya-tanya.
  Ya Allah...kesiannya Yani!
            “Dah namanya jodoh.Aku dengan Haryani dah takdak jodoh,tapi dengan kawan baik dia,Ila.”Jawab Hariz tenang.Bagus juga ideanya.Selagi status hubungannya dengan Haryani dirahsiakan,ia lebih baik.Ia akan menambahkan lagi penderitaan pada isterinya kedua itu.
  Hariz tidak habis-habis lagi dengan dendamnya pada Haryani.Tidak cukup dengan hukuman gantung tak bertali,ditambahnya lagi hukuman.Sakitnya hati mengenangkannya!Bagaimana nanti Haryani akan tempohi semua ini?Hariz memang kejam.
            “Habis tu macam mana dengan Yani?”Soal Ikmal ingin tahu hubungan rakannya dengan gadis itu.Tak tergambar olehnya bagaimana perasaan Haryani.Mesti hati gadis itu hancur sangat.Terpaksa melepaskan kekasih hati bersama rakan baik sendiri?Huh...sedih bangat!
            “Hmm...kami dah putus.”
            “Oh...”Hanya itu saja yang mampu dia luahkan.Ada rasa kecewa,tapi dia tetap gembira walaupun sahabatnya tetap berkahwin dengan perempuan lain.Dia tidak mahu bertanya lebih lanjut,pasti sukar untuk Hariz jelaskan.Cukuplah rakannya itu terbeban dengan masalah ini,dia tidak mahu membebankan lagi dengan persoalan demi persoalan yang ingin dia tanya.
  Hariz tersenyum puas dalam hati.Puas hatinya sekarang.Hanya satu keselahan kecil Haryani lakukan,tegar Hariz membuat hidup  gadis itu bagaikan dalam neraka.Hariz sudah hilang pedoman,cintanya yang ada pada Haryani tidak mampu mengawal perasaan dendamnya.Dia ego dan hanya pentingkan diri...

DUA hari berlalu.Dua hari itu juga Haryani tidak keluar rumah,hanya mengurung diri di dalam bilik.Makan minumnya turut tidak teratur.Wajahnya pucat dan kelihatan tidak bermaya.Matanya pula tidak henti-henti mengalirkan air mata.Bengkak dan merah mata itu.Pagi hari ketiga,dia terpaksa memulakan rutin hariannya seperti biasa.Pergi kerja,balik dan tidur.Ikutkan hatinya yang tengah terluka,ingin saja dia mengurung diri lagi dan menangis sepuas-puasnya,jika itu saja yang mampu membuatkan dirinya lega.
  Haryani melangkah lemah masuk ke dalam bangunan itu.Sebaik saja tubuhnya berada di dalam,banyak mata yang melihatnya.Ada yang merenungnya dengan penuh rasa benci dan juga yang merenungnya dengan rasa menyampah.Dia menundukkan kepala.Mungkin berita penangkapan khalwatnya bersama Hariz sudah tersebar luas.Malu dia dibuatnya!Siapalah yang sebarkan berita ini?
            “Hei,pompuan!”Sergah seseorang mengejutkan Haryani bersama beberapa orang lain.Perlahan-lahan Haryani menoleh kebelakang.Butang matanya bila melihat tubuh Ila sedang terpacak betul-betul dibelakangnya.Tiba-tiba saja bibirnya mengeletar ingin memperkatakan sesuatu.Tapi Ila lebih pantas.
            “Kenapa,terkejut tengok aku dekat sini?”Ujar Ila dengan nada sinis.Matanya mencerlun memandang rakannya.Rasa marah dan geram bercampur baur.Rasa nak tampar saja perempuan yang telah merampas suaminya.
            “Ila,kau buat apa dekat sini?”Satu demi satu perkataan diucapnya.Tidak tertelan air liaurnya bila melihat wajah bengis Ila.Dadanya sudah berdegup kencang mengepam darah dengan laju.Mesti kawannya itu mencarinya kerana peristiwa tempoh hari.Haryani kelu,apa yang harus dia cakap nanti?
            “Takkanlah aku tak boleh datang tengok MADU aku sendiri.”Dia sengaja menekan perkataan madu pada Haryani.Mungkin sakit hati kerana terpaksa menerima perkataan itu dalam hidupnya.
  Haryani diam.Tak tahu apa yang harus dia cakap.Malupun ada bila banyak pasang mata melihat kearah mereka bila perkataan madu itu disebut.Cerita khalwatnya belum tamat,ditambahkan lagi dengan kisah perkahwinannya dengan suami orang.Tidak semena-mena matanya merah dan ditubir matanya bertakung air mata yang hanya tunggu masa untuk pecah.
            “Aku...aku boleh jelaskan.”Jawab Haryani tergagap-gagap.Dia ingin menjelaskan perkara sebenar pada Ila,tapi dia tidak tahu bagaimana dia hendak katakan.Boleh ke Ila menerimanya nanti?
  Ahh...serabutnya kepala otak fikirkan.Selalunya orang memikirkan isteri kedua adalah perampas.Tapi situasinya lain.Bolehkah orang lain menerimanya.Kalaulah mereka tahu apa yang Hariz telah buat padanya,bagaimana reaksi mereka?
            “Aku rasa,aku tak perlu dengar penjelasan kau Yani!Aku tahu,kau tak pernah ikhlas Hariz bersama aku.Sebab tu kau plan semua ni.Kau perangkap Hariz supaya kahwin dengan kau,kan?!”Suaranya seakan ingin menengking.Tapi ditahannya dari terus lantang.
  Haryani sudah tidak dapat menahan rasa sedihnya.Dilepaskan segala air matanya.Belum lagi dia dapat menerima hukuman Hariz,dia dihukum pula oleh rakannya sendiri.Dituduh memerangkap suami orang,tapi sebenarnya dia yang diperangkap!
            “Tak!Tak...sebenarnya...”Haryani ingin menjelaskan perkara sebenar.Tapi Ila tidak mahu mendengarnya lagi.Sakit hatinya bila tiada orang yang mahu memberinya peluang untuk memperjelaskan semua ini.
            “Ahh...aku malas nak dengar lagi.Kau memang perampas!Apa,dah tak cukup jantan dalam dunia ni nak buat laki?Sampai kau sanggup rampas Hariz dari aku?”
  Dia terenjut-enjut menahan tangis.Dia tidak dapat menerima penghinaan ini.Tanpa menlengahkan masa lagi,dia terus berlari masuk ke dalam yang kebetulan masih kosong.Tidak dihiraukan mata-mata yang melihatnya.Air mata terus merembes keluar.
  Kenapa begini nasib aku?Apa salah aku sampai mereka menyakiti aku?Apa yang kurang?Apa yang menyakitkan sepanjang perhubungan ini?Jahat sangatkah aku?Keji sangatkah aku sampai suami aku sendiri sanggup buat aku macam ni?Hatinya terus merintih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...