Bab
6
AKU
menghirup udara segar petang itu sambil melihat keindahan sawah padi di
kampungku.Aku masih menanti kehadiran temanku yang masih belum jua datang.Syazi
awal-awal lagi sudah memberitahu dia akan ke pekan hari ni dan tidak dapat
datang ke pondok usang ini.Nana pula mungkin dalam perjalanan ke sini atau
masih membuta di rumah.Eee...geram pula bila mengingatinya.Nana sentiasa
terlewat,antara mereka bertiga dia yang selalu awal dating.Ceh,puji diri
sendiri.
Lima miniti menunggu akhirnya Nana datang
juga,dia tercungap-cungap bagaikan baru lepas kena kejar anjing.
“Sorry Ria,aku terlewat.”Ujarnya
sambil cuba menyedut udara.Semput nafasnya.
“Huh,kau memang selalu macam
tu.Janji pukul 5.30 petang,nak dekat pukul 6.00 baru kau sampai.”Jawabnya geram
tanpa memandang wajah Nana.
Aku membaling batu ke arah lumpur selut di
kawasan sawah.Padinya sudah tiada memandangkan padinya sudah masak dan diambil
untuk dijual ke kilang.Ayahku juga mempunyai beberapa petak sawah dikampung
ini.Semuanya diuruskan sendiri oleh ayahku walaupun umurnya tidak melayakan dia
untuk melakukan kerja-kerja berat lagi.Hasil dari menjual padi itula ayahku
guna untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.Aku pernah menyuarakan pendapat
untuk bekerja di kilang memandangkan kelayakan aku hanya setakat SPM,tetapi
ayah tidak mengizinkan dengan alasan aku masih mentah untuk mengharungi cabaran
hidup diluar sana.Aku turutkan juga kerana kesiankan kedua orang tuaku yang
sudah tua.
“Oit!Kau dengar tak apa aku cakap?Mengelamun
je kerja kau...”Tegur Nana bila melihat reaksi Riana yang tdak bergerak dari
tadi.
“Hmm...apa dia?”
“Isy,tu la kau ni!Berbuih-buih mulut
aku cakap,kau buat dek je?”
Riana malas menjawab dia lebih suka melayan
perasaanya ketika ini.
“Kau ni ada masalah ke?Kau gaduh
dengan tunang kau?”
Hah!Tu satu hal lagi,boleh tak kalau sehari
orang tak sibuk sebut pasal dia.Benci betul la!Sudahla di rumah lelaki itu jadi
perhatian,disini juga dia menjadi perhatian
sahabatnya.Kenapa?Kenapa?Kenapa?!Kat aku ni tak dak orang nak tertarik ke?
“Tak de apa la.”Jawab Riana ringkas.Kalau
boleh dia tidak mahu menceritakan masalahnya dengan Fazrul kepada Nana,nanti
kecoh satu kampung pula.
“Hai,boleh saya join
sekali?”Tiba-tiba suara garau seseorang mencelah.Serentak mereka berdua menoleh
kepada hak empunya suara.
Fazrul tersengih sambil menggaru kepalanya
yang tidak gatal.Dia merasa janggal bila menjadi perhatian Nana,sahabat
tunangnya itu.
“Fazrul!”Teriak Riana dengan nada
terkejut.Butang matanya memandang lelaki itu.
“Hei,kau buat apa dekat sini?”Tanya
Riana pula.Jelas wajahnya menggambarkan dia tidak senang dengan kehadiran
lelaki itu disitu.
“Kau kenal mamat ni Ria?”
“Apsal pulak tak kenal,ni la tunang
kesayang ibu dan ayah aku.”Ujarnya dengan nada meluat.Dia pantas memalingkan
tubuhnya ke arah lain.
“Hai,saya Fazrul.”Fazrul
menghulurkan tanganya kepada Nana.
Nana serba salah,dia sebelum ini mana pernah
berjabat tangan dengan lelaki lain.Akhirnya dia anggukan kepala sebagai tanda
hormat.
“Nana.”
Fazrul termalu sendiri,dia menarik kembali
tanganya.Perempuan kampung,memang macam tu.Kolot!
“Kau buat apa dekat sini?”
“Saja.”Jawab Fazrul sepatah.
“Macam mana kau tahu tempat
ni?”Tanya Riana lagi.
“Ayah yang tunjukan.”Jawab Fazrul
tenang.
Ayah!Kenapa buat Ana macam ni?Isy...ayah ni
memang saja la,saja nak rapat-rapatkan aku dengan mamat hipokrit ni.Huh,benci!
“Err...Ria,aku balik dululah.Dah
lambat ni,nanti mak aku marah.”Ujar Nana sekadar alasan.Kalau boleh dia tidak
mahu menganggu pasangan ini.
“Eh,kau kan baru sampai.Awalnya
balik.”Riana cuba menghalang perjalanan Nana,tapi lenganya pantas ditarik
Fazrul.
“Wei!Apa kau buat ni hah?Lepas lah.”Marahnya
sambil cuba merentap tanganya kembali.Tetapi cengkaman Fazrul lebih kuat hingga
meninggalkan bekas.
“Aku ada hal nak cakap dengan
kau.”Tutur Fazrul seraya melepaskan Riana.Nana sudah jauh meninggalkan mereka.
“Hal apa?”Tanya Riana lambat.Dia
melihat wajah Fazrul serius saja,mungkin hal yang ingin dikatakan penting.
“Esok ikut aku balik KL.”
“Hah?!Apa kau merepek ni?”Wajahnya
jelas terkejut dengan permintaan Fazrul.Mana mungkin dia mengikuti lelaki itu.
“Aku tak dak masa la nak main-main
dengan kau.Aku serius,esok balik dengan aku pergi KL.”
“Huh.”Riana
merengus geram.Ada-ada aja mamat ni.Dia memalingkan tubuhnya sambil berpeluk
tubuh.
“Tak nak!Nak buat apa pergi
sana?Bukanya ada apa pun,lagipun kau tak dak hak nak arah-arah aku sesuka
hati!”
“Siapa kata aku tak dak hak?Aku
tunang kau,so kau memang kena ikut cakap aku!Tak penting apa yang ada dekat
sana,mama yang suruh kau pergi.”
Riana tergelak besar,ikutkan hati mahu saja
dia berguling-guling di situ juga mentertawakan Fazrul.Entah apa yang melucukan
dia pun tak tahu.
“Eh,kau ni dah kenapa?Sewel
ke?”Sergah Fazrul bengang.Merah padam wajahnya ketika itu.
“Tolong sikit ek,kau tu tunang
je.TUNANG!Bukan suami aku lagi.Hak tunang tak sama dengan suami.Tolong mengaji
agama lagi ya,sebelum cakap.”
Merah padam wajah Fazrul ketika itu.Belum
pernah sesiapa berani mengurnya begitu.Terasa kelakianya dicabar,maruahnya
bagai berada di bawah tapak kaki gadis itu saja.Sabarnya sudah hilang.Lantas
lengan Riana direntap kasar.
“Auwww…”Dia mengaduh sakit.
“Kau ni apsal!Tak puas hati
apa?”Ucapnya kasar sambil cuba melepaskan tanganya dari genggaman Fazrul.
“Memang aku tak puas hati dengan
kau!Sekarang ni aku tak kira,esok kau kena ikut aku juga.Tak kira la aku ni
suami kau ke tak,kau kena ikut aku juga!”Tengkin Fazrul dekat dengan wajah
Riana.
Sememangnya Riana tidak dapat menerima dengan
kelakuan Fazrul,bencinya semakin meluap-luap pada lelaki itu.Meronta-ronta dia
minta dilepaskan.
“Aku takkan ikut kau,takkan!Aku
benci,aku benci kau!Aku takkan kahwin dengan kau!”Jeritnya sekuat hati.
Fazrul tersenyum sinis.Orang seperti Riana
tak harus dibiarkan hidup dengan aman,dia akan ajar Riana sehingga perempuan
itu tunduk padanya.
“Aku akan pastikan kau hidup semati
dengan aku.”Bisik Fazrul dekat dengan telinga Riana.Selepas itu barula dia
melepaskan gadis itu.
“Aku tak nak!Sampai mati pun aku
akan benci kau!Aku bagi tahu ayah.”Ujarnya sambil berlalu pergi.
“Tak payah susah-susah,aku dah bagi
tahu pun.Ayah dah setuju kau ikut aku pergi KL.”Ujarnya sambil ketawa.Seronok
dapat mengenakan gadis mentah seperti Riana.
Huh,belum ada apa-apa dah panggil ayah.Jangan
berangan la!
Riana jalan menonong menuju ke rumahnya.Benci
dia mendengar ketawa berdekah-dekah Fazrul yang dah macam orang gila.Tapi
hatinya tidak tenang,terngiang-ngiang ungkapan Fazrul sebentar tadi.Tak
terlintas langsung dia akan hidup semati dengan Fazrul.Adakah dia cuma bergurau
atau dia akan kota kan kata-katanya sebentar tadi?Berat kepala otaknya
memikirkan hal ini.Lebih baik dia biarkan saja dan menganggap kata-kata itu
ibarat mimpi ngeri yang hanya mahu permainkan dia.
SEPERTI
yang dijangkakan Encik Abdullah dan Puan Kamariah pasti akan memihak kepada
Fazrul.Puas dipujuk,dirayu dan ditadah telinganya menerima leteran agar ibu dan
ayahnya tidak bersetuju supaya dia mengikut tunangnya pulang ke Kuala
Lumpur.Tapi nampaknya semua usahanya sia-sia saja.Disebabkan itu jugala dia
melancarkan perang dingin antara Fazrul,ibu dan ayah.Makan malam pun dah tak
sudi semeja,semuanya dilakukan dalam bilik.Tak kisahla ayahnya mahu marahkanya
ataupun tidak yang pasti dia tak nak bertemu muka dengan Fazrul!
“Maafkan Ana ya,nak?Dia tu memang
macam tu,tak pernah nak matang-matang.”
Fazrul tersengih.
“Tak apa la pak cik,mungkin dia tak
dapat nak terima lagi.Lama-lama nanti okay la tu.”
“Hmmm,pak cik harap macam tu la.”
Tiba-tiba Puan Kamariah muncul bersama dua
cawan air ditangan.Satu diserahkan kepada Fazrul manakala satu lagi diserahkan
kepada suaminya.
“Ana duk buat apa dalam bilik
tu?”Tanya Encik Abdullah sambil memandang wajah isterinya.
“Dia dah tidur pun.Risau saya
kalau-kalau dia kena gastric,bang.Malam ni makan roti je,nasi langsung tak nak
makan.”
“Hmm…protes la tu.Biarkan je,nanti
kalau lapar tahula dia nak cari mana makanan.”
“Ye la bang oii…nanti kalau jadi
apa-apa pun bukan abang yang susahpun,saya juga.”Puan Kamariah menjawab tanpa
memandang wajah suaminya.Kadang-kadang geram juga dengan sikap suaminya yang
tidak ambil berat tentang Riana.
“Eh,awak ni?Tak habis-habis nak
berleter,lebih baik saya naik atas dari dengar syarahan awak.”Ujar Encik
Abdullah sambil mengangkat minuman yang belum terusik masuk ke dalam kamar
tidurnya.
Puan Kamariah mendengus geram,itulah perangai
suaminya yang paling dia tidak gemari.Nak buat macam mana,dah jodohnya terima
aja la.Lagipun sudah lama mereka bersama dia terima baik buruk suaminya
seadanya.Dia redha dengan jodohnya,lagipun dirinya pun bukanlah seorang yang
sempurna.
“Tak pe la Fazrul,mak cik naik
dulu.Lagipun dah lewat malam.”Ucap Puan Kamariah sebelum melangkah.
“…haa satu lagi,nanti Fazrul sebelum
tidur tolong tutupkan lampu,ya?”
“Okay
mak cik,selamat malam.”
Fazrul kembali menonto televisyen.Tepat pukul
12.00 malam barulah dia melangkah masuk ke dalam bilik.Selepas mengemas
barang-barangnya baru lah dia dapat melelapkan mata.
cian kt riana..
BalasPadam