Halaman

Followers

Ahad, 20 Mac 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 7

Bab 7

“TIDAK!”

Hariz terjaga dari tidurnya.Peluh jantan membasahi tubuhnya.Matanya liar memerhati segenap ruang tersebut.Dia mengeluh.Mimpi rupanya!Mimpi sebentar tadi sungguh menakutkannya,walaupun bukan mimpi yang mengerikan.Tetapi mimpi ini benar-benar menakutkannya.Dia mimpikan Haryani pergi meninggalkannya.Jauh darinya.

“Astafirullah...”Dia beristifar beberapa kali.Dadanya turun naik.Penat.Tercungap-cungap nafasnya seketika,sebelum beransur reda.

Dia terkejut bila matanya menangkap susuk tubuh seseorang sedang yang berdiri dihadapan bilik air sambil merenungnya.Dia memandang tubuh itu dari atas ke bawah.Nasib baik dia sudah siap berpakaian,kalau tak tahulah dia nak buat apa.Mungkin dia akan seperti cacing kepanasan.

“Awak tak apa-apa?”Soal Iela.Dia yang baru melangkah keluar dari bilik air terkejut bila mendengar suara Hariz menjerit.Sangkanya berlaku sesuatu pada Hariz.

Dia berjalan menghampiri Hariz yang masih duduk dibirai katil.Tapi langkahnya mati bila Hariz terus bangun dan menuju ke bilik air.Dia mengeluh seketika.Kenapalah dengan suaminya,selepas mereka kembali ke kamar pengantin mereka,suaminya terus diam.Dah macam takdak mulut nak cakap!

“Suka hatilah.”Rengusnya geram.

Akhirnya dia keluar dari bilik tersebut menuju ke ruang bawah...

DI RUANG tamu,kelihatan Datin Sofea dan Puan Khadijah sedang rancak berbual.Sesekali mereka akan ketawa hingga merah muka mereka.Entah apa lah yang sedang dibincangkan.Datin Sofea mencapai sepotong kek pisang di atas meja.Kelihatan sungguh sedap dan menyelerakan.

“Hmm,sedapnya.Siapa yang buat ni?”Tanya Datin Sofea.Mulutnya masih mengunyah kek pisang tersebut.

Puan Khadijah senyum.Kembang hidungnya dipuji begitu.Kek itu bukanlah dia yang buat,tapi anaknya Iela membawa kek tersebut dari Kuala Lumpur.Mungkin dia yang membuatnya.

“Menantu Datinlah...”Ujar Puan Khadijah lalu memotong kek pisang tersebut.Dia turut mencuba kek tersebut.Memang dia akui kek tersebut memang sedap.

Bertuah aku dapat anak macam Iela!

“Isy,kamu ni Jah.Tak payahla berdatin dengan saya.Panggil je Sofea.”

Puan Khadijah hanya ketawa.Malu dengan panggilan datin yang digunakan oleh Puan Khadijah.Pangkat yang digunakan bukanlah boleh dibawa ke mati.

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara lunak seseorang.

“Mama...Ibu.”Iela menyalami tangan kedua orang ibunya.Kemudian dia mengambil tempat disebelah Ibunya,Puan Khadijah.

“Hariz mana?”Tanya Datin Sofea sambil matanya merenung wajah menantu tunggalnya.

“Dia mandi,sekejap lagi dia turunlah tu.”Jawab Iela tenang walaupun hatinya berdebar bila ada orang menyebut nama suaminya.

“Kenapa tak tunggu je?.”Sampuk Puan Khadijah pulak.

Iela hanya diam dan menundukkan kepala.Malas hendak menjawab pertanyaan itu.Tak kuasa dia untuk menunggu Hariz.Sebenarnya dia bosan dengan sikap suaminya yang hanya membisu didepannya.Dia dan Hariz hanya bermesra bila berdepan dengan kedua orang tua mereka.Sakit hatinya bila mengingati perbuatan itu.

Bila dia teringatkan aksi sepontan Hariz sewaktu mereka sedang berbual dengan Datin Sofea,dia termalu sendiri.Dia akui,waktu itu bertapa bergetar hati wanitanya bila dilakukan sedemikian.Tapi hatinya merasa bersalah.Bersalah pada rakannya,kerana telah merampas orang yang dia cintai.

Salah aku ke semua ini terjadi?Aku sudah menjadi isterinya,sanggupkah dia menerima aku sebagai isterinya?Bolehkah dia menjadi suami yang baik pada aku?Bolehkah dia melupakan Yani?Tidak!Cinta pertama sukar untuk dilupakan,mana mungkin dia dapat lupakan Haryani.

Tanpa dia sedar satu keluhan lahir dari bibirnya.

Kenapa semua ini terjadi pada aku?Mengapa aku sanggup mengkhianati persahabatan aku?Mengapa??

“Hai,mengeluh tiba-tiba kenapa?”Soal Datin Sofea yang mendengar keluhan tersebut.

Sejak dari mula lagi,dia sudah terkesan dengan sikap menantunya itu.Banyak termenung dan mengeluh.Tidak gembirakah dia dengan perkahwinan ini?

“Takdak apala mama.Cuma teringatkan kawan.”Jawab Iela jujur.Datin Sofea hanya menanggukkan kepalanya.Tidak banyak cakap.

“Pandai Iela buat kek....”

“Hah?Kek?Kek apa?”Soal Iela hairan.Dia termangu-mangu bila suara mak mentuanya memujinya.

Bila masa pulak aku buat kek?

“Kek pisang ni.”

Matanya terarah pada pinggan yang terisi dengan kek pisang kegemarannya.Kini,barulah dia tahu siapa yang sebenarnya yang sedang dipuji Datin Sofea.Dia hanya senyum,kemudian dia mencapai sepotok kek pisang tersebut.

“Oh,kek ni.Sebenarnya kawan Iela yang buat,dia kirim dari KL.”

Dia masih ingat lagi,sebelum dia berangkat ke kampung bersama Sara,sempat jugak Haryani membuat kek pisang untuknya.Katanya,bekalan dalam perjalanan pulang ke kampung.Baik jugak kawan aku ni!

Merah padam muka Puan Khadijah.Malu!Mana tidaknya,katanya lain pada Datin Sofea,anaknya kata lain pulak.Hatinya sedikit kecewa.Marah!Datin Sofea hanya diam.Dia malas hendak menjawab.Fikiranya kini sedang memikirkan sesuatu.Dia senyum sendirian.Biarlah dapat menantu tak tahu masakpun takpa.Asalkan dia dapat apa yang dia inginkan.

DATUK BAHAR dan Encik Masri melangkah masuk beriringan ke dalam rumah.Bibir masing-masing mengukir senyuman.Senyuman puas.Mereka kini dapat tersenyum gembira kerana anak-anak mereka sudah berjaya disatukan.Walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari anak mereka.

Encik Masri dan Datuk Bahar adalah rakan baik yang dulu sama-sama berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Dan kini masing-masing sudah berpencen.Tapi Datuk Bahar telah menubuhkan perniagaanya sendiri.Dan kini dia adalah salah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

“Hah,bang.Apa yang dibincangkan dengan Bahar?Happy je.”Tanya Datin Sofea pada suaminya.

Datuk Bahar melabuhkan punggungnya disebelah isterinya. “Takdak apa-apa.Kita Cuma cakap pasal anak-anak kita aja.”

Tiba-tiba perbualan mereka berhenti seketika.Hariz sedang menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.Semua mata memandangnya.Dia sedikit rimas,tapi dia cuba tampak tenang.Bibirnya mengukir senyuman lalu dihadiahkan kepada semua orang.

“Rancak bual?Ada apa-apa ke yang Iz tak tahu?”Ujar Hariz lalu melabuhkan punggung disebelah bapa mentuanya.Bertentang dengan Iela.

Petang itu,dia hanya memakai t-shirt berwarna merah dan berseluar trackshut.Ringkas dan kemas.Matanya tajam merenung Iela.Anak mata mereka bertembung,Iela gelabah,Hariz selamba.Iela menundukkan kepalanya memandang kakinya yang berinai merah.

Tidak tahan dengan renungan Hariz,Iela terus bangun.

“Er...Iela pergi dapur dulu.Buat air.”Dia memberi alasan.

Dia terus melangkah pergi meninggalkan kumpulan manusia tersebut.Dia menhela nafas lega.Lapang sedikit dadanya,kalau tidak semput nafasnya berada disitu.Rimas!Tapi kenapa,setiap kali Hariz merenungnya,dia akan gelabah dan hatinya berdetak kencang?Dia sudah jatuh hatikah?Tidak!Mana mungkin dia dapat jatuh cinta pada Hariz,walaupun dirinya boleh dan wajib merasa sebegitu kerana dia sudah bergelar isteri pada lelaki itu.

Dia menatang dulang yang berisi enam buah cawan nescafe panas.Setiap cawan tersebut dihulurkan kepada semua orang yang berada distu,tidak terkecuali dirinya yang ingin turut merasa air buatan tangannya.

“Bilalah agaknya mama boleh dapat cucu ye?”Soal Datin Sofea.Terluah juga akhirnya apa yang terbuku dalam hatinya.Bibirnya mengukir senyuman pada pasangan pengantin tersebut.Sememangnya dia amat berharap dia akan cepat-cepat mendapat cucu.

Hariz tersedak-sedak mendengarnya.Tak tertelan air lurnya tika itu.Cawan yang yang berada di tangan diletakkan di atas meja.Mereka saling berpandangan.Hariz menjungkitkan bahunya.Iela membeliakkan matanya,geram dengan Hariz.Ada ke patut Hariz buat-buat tidak tahu dengan hal ini.

“Insyaallah kalau ada rezeki.”Jawab Iela malu-malu.

Meletus ketawa orang tua mereka.Mukanya merah menahan malu.Malu pada Hariz.Tapi dia melihat suaminya itu hanya buat tidak tahu saja.

Huh,macam mana nak dapat anak,kalau diapun berepangai macam ni?Aku tahu,rahimku ini tidak akan pernah mengandungkan anaknya.Kerana aku tahu,Hariz seorang yang setia pada cintanya.Dia tidak akan sesekali menyentuhku.Kata-kata Iela dalam hati,membuatkan dirinya yang terasa sedih.

“Macam mana nak dapat anak kalau belum buat apa-apa.”Jawab Datuk Bahar pulak dengan sisa tawanya yang masih ada.Akhirnya mereka ketawa bersama-sama,geli hati dengan tingkah bapa mentuanya.Iela malu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...