Followers

Selasa, 2 Ogos 2011

Perangkap Cinta 16


Bab 16
“WEI Rish,aku nak bawa keluar Nia jalan-jalan boleh tak?”Soal Farhan petang itu ketika bertandang ke rumah Farish Iskandar.Mula-mula,dia ragu juga untuk bertanya hal ini kepada rakanya.Tetapi disebabkan keinginanya yang mendalam,dibuang saja rasa ragu-ragunya.
“Kau nak buat apa?”Farish lansung tidak memandang wajah Farhan.Sebaliknya dia senang membuat kerja-kerjanya,seolah-olah hal itu tidak penting.
“Saja...lagipun dia asyik terperap je dekat rumah,sesekali tu bolehla bawa keluar.Takla kebosanan sangat!”
“Hmm,ikut kau la.Aku tak kisah...tapi dia takdak dekat sini,dia ada dekat apartment.”
Farish Iskandar menyandarkan tubuhnya lalu mengeliat beberapa kali bagi merengangkan sendi-sendinya.
“Dia ada rumah baru ke?”Soal Farhan pelik.Setahunya,Dania tidak punya tempat tinggal lain selain rumah Farish dan rumah rakan-rakanya.
“Tak!Aku yang belikan.Aku bukanya senang sangat dia tinggal dekat sini,sebab tu la aku beli apartment untuk dia.”Jawab Farish selamba.Dia sebenarnya tidak kisah dimana hendak Dania tinggal.
“Oh...”
Farhan terdiam sebentar.
Huish...jahat juga kawan aku ni.Sampai bini sendiripun dihalaunya!Hmm,tapi takpa juga.Lagila senang aku nak jumpa dia,bila-bila masapun boleh.Tanpa dia sedar,dia tersenyuman penuh makna.
“Takpala Rish,nanti kau mesej aku alamat dia dekat aku...aku nak chau dulula.Nanti mama aku bising pulak balik lambat.”Ujar Farhan terus bangun.Sebeblum itu sempat juga dia meneguk jus orenya hingga habis.
“Ok,ok.Nanti aku send.”
Farish Iskandar menghantar kawanya hingga ke ambang pintu rumahnya.Dia lansung tidak menyedari niat Farhan.Yang dia tahu,hanya la Rina,Rina dan Rina aja...dah takda benda lain yang nak difikirkan.
Farhan pulak,hanya fikirkan rancangan Farish selepas ceraikan Dania.Dan niatnya hanyala untuk memiliki gadis itu.Pertama kali pertemuan mereka,dalam hatinya mula tumbuh satu perasaan aneh terhadap gadis itu.Dan dia pasti itu perasaan cinta pandang pertama.
Dania,Dania...kesian kau.Dilayan macam perempuan pelacur.Bila diperlukan dia datang pada kau.Bila dah taknak,buang kau macam sampah.Sungguh Iskandar lansung tiada perasaan belas pada kau!
*****
BAU harum lauk asam pedas menusuk hidung.Dania tersenyum senang.Akhirnya siap juga sajian utama hidangan makan tengah harinya.Sebenarnya sudah lama dia ingin mencuba masakan ini,cuma dia saja yang sentiasa sibuk hingga tiada masa untuk mencubanya.Hari ini dia berkesempatan untuk memasaknya memandangkan hari ini dia cuti.Entah bagaimanala rasanya.
Dania keluar dari bilik selepas menukar pakaian.Tiada lagi bau hanyir ikan dan masam yang melekat padanya.Yang berbau sekarang hanyala bau harum berperisa rose yang disembur diseluruh ruang rumahnya.
Eee,tak sabarnya nak makan.Nampak sedap aja,tapi tak tahu la sedap ke tidak...
Baru saja dia hendak membuka mulut untuk merasa asam pedasnya,tiba-tiba ada gangguan dari luar yang membantutkan tindakanya.Tidak jadi dia hendak mencuba masakan barunya itu.
Isy,geram betulla!Ada aja penganggu yang tak senang tengok aku happy sikit.Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni?Takkan Iskandar pulak kut.
“Assalammualaikum...menganggu ke?”
Itula soalan pertama yang menerjahnya sebaik saja pintu rumah terbuka.Dania sedikit tergamam dengan tetamu yang tidak dijangka akan datang pagi itu.Sangkanya Iskandar,kerana hanya dia seorang saja yang tahu dimana dia tinggal sekarang.
“Waalaikumussalam,Farhan kan?”Jawab Dania kurang pasti.Wajah lelaki itu samar-samar dalam ingatanya.
“Haa,ingatpun!Ingatkan dah lupa dekat saya.”Farhan senang dengan respon dari Dania.Dia cuba berlucu dengan gadis itu,tapi dia lansung tidak mengukir senyuman tapi sebaliknya riak wajahnya menggambarkan dia sedang kegelisahan sekarang.
“Er...awak buat apa dekat sini?Is takda.”
Eh,macam mana dia tau aku tinggal dekat sini?Iskandar ke yang bagi tahu?Tapi untuk apa bukanya dia tinggal dekat sini pun.
“Tahu,saja je datang melawat awak.Boleh saya masuk?”Farhan malas bersoal jawab dengan Dania,dia terus menyatakan tujuan sebenarnya dia datang ke situ.
Hah?Melawat aku?Isy,mamat ni takda kerja ke?Isy,nak bagi dia masuk ke?Nanti apa pulak kata jiran-jiran lain.
“Er...bukan saya taknak bagi awak masuk,tapi awak faham-faham je la kan.”
Farhan terangguk-angguk mendengarnya.Dia sekarang tahu,rupa-rupanya Dania seorang gadis yang agak pemalu dan mempunyai adab sopan.
“Habis tu awak nak saya duduk dekat mana?”Soalan bodoh itu terpancul keluar dari mulutnya.
Isy,kalau orang dah kata tak boleh masuk,mestila duduk dekat luar.
Dania terdiam sebentar.Betul juga kata Farhan,takkanla dia nak suruh lelaki itu duduk dikaki lima.
“Hmm,macam ni la Farhan.Awak tunggu saya dekat cafe bawah tu.Kejap lagi saya turun.Boleh?”
“Okay,tapi cepat sikit ya.”
Selepas itu,dia terus beredar menuju ke tingkat bawah.Geram juga bila kena halau.Tapi geram-geram sayangla katakan.
Dania mengeluh berat.Kacau betulla mamat ni.Dahla dating tak bagi tahu,sekarang ni aku pulak yang susah.Isy…apa ya aku nak buat kejap lagi?Hmm,hah!Aku ada idea.
Dia terlonjak gembira.Akhirnya ada juga orang yang akan mencuba masakanya.Yes,yes!Apala yang dia rasa nanti.Tawar ke,masin ke?Eee,harap-harap sedap la.Nanti takla memalukan muka aja.
DIA mengenakan sehelai t-shirt lengan pendek dan berseluar jeans lusuh.Dania dating dengan membawa mankuk tingkat yang berisi nasi dan lauk asam pedas yang dimasaknya tadi.Kelihatan dari jauh Farhan sedang tertunggu-tunggu akan kehadiranya.Sudah lima belas minit dia menunggu gadis itu baru sekarang nampak batang hidung.
“Maafla Farhan,lambat sikit tadi.”Ujar Dania memulakan perbualan mereka.Dia duduk bertentangan dengan lelaki itu.
“Takpa…awak tak payah la panggil nama panjang saya,just Han.”
“Hmm.”Hanya itu yang terluah dari bibirnya.
“Apa yang awak bawa tu?”Tanya Farhan bila ternampa bekalan yang dibawa Dania.
Dania tersenyum.Kemudian dia membuka bekalanya dihadapan Farhan.
“Wah!Pandai awak masak ya?Asam pedas ni kegemaran saya tau!Hmm,macam tau-tau je saya nak datang hari ini.”
Farhan tersenyum lebar.Bau masakan Dania menusuk hidung.Terliur juga dia!Tak sabar pula nak makan,nampak sedap aja.
“Rezeki awak hari ni!”
“Rish datang tak?”Soal Farhan.
Dania sedikit tersentak,kemudian dia menghela nafas tenang yang dibuat-buat,Ikutkan hatinya,nak saja dia menjerit pada Farhan jangan menyebut nama lelaki itu.Sakit hati aja mendengarnya.Sudah seminggu dia disini,lansung tidak pernah lelaki itu datang menjenguknya.Kalau berjumpa pun di pejabat.Huh!
“Dia tak dapat datang.Sibuk!”Jawab Dania bohong.Entah dia sendiri pun tidak tahu suaminya sedang melakukan apa.Mungkin tengah date dengan Rina.Eee,geram betulla!
Farhan terdiam sejenak.Dia sebenarnya sengaja bertanya akan hal itu pada Dania.Dia sudah tahu apa yang sedang dilakukan Farish,baru sebentar tadi dia menelefon rakanya.Aktiviti yang dilakukan rakanya apa lagi,tengah bermadu asmara dengan Rina la!Dia cuma ingin tahu sejauh mana Dania mengambil berat akan Farish.Tapi ternyata sekarang hati Dania semakin jauh dari lelaki bernama Farish Iskandar.
“Eh,bila saya boleh makan ni?”Soal Farhan mematikan lamunan Dania.
“Oh ya,lupa pulak!Tu la asyik mengelamun sangat,sampai lupa awak ada dekat sini.”
Terkocoh-kocoh dia mengeluarkan bekas-bekas makananya,kemudian dihidangkan dihadapan Farhan.Sebenarnya dia hanya menyediakan untuk seorang makan saja.
“Mana awak punya?”Farhan sedikit hairan apabila makanan tersebut hanya dihidang untuknya.
Hai,takkanla aku curi makanan dia kut?Masak sikit aja ke?
“Takpala,saya tak lapar lagi.Lagi pun,saya nak tengok reaksi orang yang pertama cuba asam pedas saya!Boleh?”Riang suaranya menyuarakan niatnya yang sebenar.
Farhan tergamam seketika.Ini kali pertama dia melihat senyuman gadis pujaanya secara dekat.Jantungnya berdegup kencang.Rasa nak sentuh aja pipi Dania...
“Hei,awak dengar tak ni?”
Dania melayang-layangkan tanganya dihadapan Farhan.Isy,boleh mengelamun pulak mamat ni?
“Harap-harap sedap la ya...bismillahirahmanirahim.”Ucap Farhan lalu memulakan suapan pertamanya.
Tiba-tiba,reaksi wajahnya berubah kelat.Seperti ada sesuatu yang tidak kena.Terbatuk-batuk dia sebelum meluahkan makananya semula.Rakus Farhan meneguk air yang terdapat di atas mejanya.
Dania resah.Alamak!...comfirm tak sedap.Malu aku...Isy,isy,isy.
“Awak masak asam pedas ke,awak masak asam sambal?!Pedas nak mampus.”
Terjelir lidahnya menahan pedas yang teramat sangat.Hampir mengalir air matanya.Nasib baiklah ada air yang dapat mengurangkan kepanasan dalam mulutnya.
“Sorry Han...saya tak tahu.Sorry sangat-sangat okay?”
Dania merasa bersalah.Sepatutnya dia yang mencuba dahulu sebelum menyuruh lelaki itu mencuba.Sekarang dia yang susah!Mukanya merah padam menahan malu.Anak dara saja,tapi tak pandai masak.
“Dah la,saya dah panas ni.Sekarang ni,jom kita pergi cari makan dekat luar.Sedap dan selamat!”Ujar Farhan lalu terus bangun.
Dania sedikit terasa pada hujung ayat lelaki itu.Bukanya dia tidak pandai memasak makanan-makanan yang lain,tapi cuma ini kali pertama dia mencuba masakan itu.
“Tak pa la Han...awak pergi la,saya takdak mood nak keluar.”Suaranya seakan sedang merajuk.Sambil mengemas semula bekas-bekas makananya,sempat juga dia mengerling memandang Farhan yang masih tercegat disitu.
“Dah la Nia,awak pasti laparkan?Jom saya belanja awak.”Suara Farhan memuju gadis itu.Tetapi Dania hanya menggeleng.
“Tak pa,suami awak takkan marahpun.Lagipun saya ni kawan baik dia.”Sambung Farhan lagi.Tidak mahu mengalah dalam cuba mengajak gadis itu.
Ala...yakin sangat yang Is takkan marahkan aku!
“Tak pa la Han,saya malas la.Awak pergi je la sorang,awak yang lapar bukan saya.”
Farhan merengus geram.Dah malas dia hendak memujuk gadis itu supaya mengikutnya.Baginya,semakin Dania menolak semakin bersemangat dia hendak mendampingi gadis itu.Biarla hendak di marah ke,dimaki ke dia sudah tak heran.Asalkan Dania mahu mengikuti kehendaknya.
Tangan kasar Farhan mencengkam tangan Dania.Membuatkan gadis itu terkejut dan hampir saja barang ditanganya terpelanting.
“Awak nak ke,taknak ke,awak kena ikut saya juga!Ini adalah denda sebab masakan awak hancur!”Ujar Farhan tegas lalu mengheret gadis itu hingga ke kereta.
“Kenapa dengan awak ni?!Suka hati sayala,sedap ke,hancur ke...bukanya kacau hidup awakpun!”Marah Dania sewaktu mereka di dalam kereta.
Malu dia sewaktu di cafe tadi.Banyak mata yang memandang kearah mereka berdua.Pasti mereka menyangka Dania dan Farhan adalah pasangan kekasih yang sedang bergaduh.Aduh...malu!
*****
RINA menyandarkan kepalanya dihujung katil.Dia menghela nafas berat,seolah-olah baru terlepas dari masalah besar.Matanya terpejam seketika,mengingati wajah lelaki kesayanganya.Matanya kembali terbuka luas.memandang siling yang bercorak dan berwarna.
“Susah sangat ke you nak terima I sebahagian dalam hidup you?Atau you ada lelaki lain?”
Masih terngiang-ngiang di telinganya bagaimana Farish Iskandar menuduhnya.Hatinya terluka bila dituduh begitu.Sumpah!Tiada lelaki lain yang ada dalam hidupnya selain Farish.Bukanya dia tidak mahu berkahwin dengan Farish,tapi baginya masih terlalu awal untuknya.Lagipun masih banyak benda yang dia ingin lakukan sebelum melangkah kealam perkahwinan.Cuma lelaki itu saja yang tidak faham-faham.
Mama dan papanya tidak menghalan hubunganya dengan Farish Iskandar,tapi sebaliknya mereka menggalakan lagi.Bukanya dia tidak tahu,papa dan mamanya hanya pentingkan harta sebab itu mereka menyenangi Farish Iskandar.
Dia sendiri sudah buntu,bagaimana lagi hendak memperjelaskan pada kekasihnya.Bukanya dia tidak tahu perangai kekasihnya,seorang yang baran dan kuat cemburu.Pantang saja dia berbual dengan lelaki lain,pasti ada tuduhan yang tidak masuk akal.

4 ulasan:

  1. mintak2 la rina tggalkan is dgn perangai baran die tuh!!

    BalasPadam
  2. cian dania..ada suami wt tk endah jee..
    aplah frhan istri kwn nk pikat jugk..hish2
    mintk la cept Is sedar...

    BalasPadam
  3. citer ni best gak...tp nape updatenya lambat sgt..seksa tunggu new n3...

    BalasPadam
  4. ye la . citer best tapi lambat update. seksa tau nak tunggu. hari2 buka blog nak tengok sambungan novel niee. cepat la siapkan ya . nak tahu kesedahanya . lepas tu nak beli satu copy. tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...