Followers

Selasa, 17 Mei 2011

Perangkap Cinta 12


Bab 12
LEWAT pagi itu,barula Dania tersedar dari tidurnya.Sinaran cahaya matahari menembusi dicelah-celah langsir.Perlahan-lahan dia ingin bangun,tapi kepalanya terasa berat dan memaksanya merebahkan semula badanya.Dia mengeluh berat.Ini pasti kesan dari kejadian semalam.
  Bunyi ngauman enjin kereta di kawasan perkarangan rumah membuatkan Dania tertarik untuk ke jendela untuk melihat siapa gerangan tersebut.Huh,Iskandar tak guna tu.Dia tengah mengeluarkan kereta dari garaj.Melihat kelibat suaminya,membuatkan Dania kembali menangis.
  Hai,dah-dah la tu Dania.Buat apa kau nak nangis untuk jantan tak guna macam dia tu?!Satu sen pun tak dapat!
  Tangisanya makin menjadi-jadi.Dah macam orang gila orang tengok.Dia kembali teringat peristiwa semalam.Dia tak faham,kenapa lelaki itu sanggup mempergunakanya?Apa salahnya?Dia marah.Memangla,perempuan mana yang tak marah kalau maruah dia dipermainkan.
            “Aku benci,aku benci kau!”Jerit Dania lantang secara tiba-tiba.
  Mulut kata benci,tapi hati kata sayang.Yang mana satu betul ni?
  Dia menyesal.Kenapala,aku tak dengan cakap Azie,kalau tak tentu takkan jadi semua ni.Nasi dah jadi bubur!Terima ajala kenyataan.
  Hatinya terluka,pedih rasanya,bagaikan disiat-siat.Dulu,sewaktu Iskandar ingin memikatnya,pelbagai janji dan kata-kata manis yang ditaburkan.Tapi kini,semuanya hancur lebur.Remuk hatinya,sudah lah maruahnya dipermainkan.
  Dania memandang wajahnya dibalik pantulan cermin.Merah dan bengkak matanya.Air mata yang masih bersisa dipipinya dikesat kasar.Dia nekad,apa nak jadi,jadila.Cukup sekali ni dirinya dipermainkan.Dia taknak ia berulang lagi.Sakit jiwa!
 *****
FARAH perempuan yang paling cun dalam Ikram Holding sedang mengemas fail-fail yang bertaburan di atas meja kerjanya.Siapa yang tak kenal dengan Nur Farah Irdiana,perempuan yang paling gedik dalam syarikat ini.Sebut aja nama Farah,comfirm semua orang tarik muka.Meluat!Dia yang hanya berskirt pendek dan berbaju kemeja berwarna putih ketat tunduk mengangkat sebuah fail yang jatuh secata tidak sengaja.
  Mak oi!!!Nampak habis dalam-dalam.Tak malu ke?Kulit dah tebal agaknya.
            “Ehem...”
  Deheman seseorang membuatkan Farah menoleh memandang orang yang berada dibelakangnya.Melihat orang itu,dia tersenyum menggoda.
            “Morning bos.”Ucap Farah dengan lenguk manjanya.
  Eee,gelinya dengar.Menyampah betulla.
            “Farah,berapa kali I nak cakap.Kalau datang ofis jangan pakai pakaian macam ni.Tak sopan lanusng!”
 Haa...bak kau.Padan muka!
            “Sorry la Encik Ikram.Baju kurung saya semuanya dekat dobi.”
  Pemalas betulla minah ni.Baju sendiri pun tak reti nak basuh ke?
  Ikram merengus geram.Ada-ada aja la perempuan ni.Semalam aku tanya,kata baju kurung takdakla,kecik la.Apa kau ni takdak duit ke nak beli baju kurung sehelai?Isy,isy,isy...
            “Sudahla Farah,esok kalau I tengok you tak pakai pakaian yang seperti I suruh tadi,you can get out from my office.Faham!”Ujar Ikram tegas sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya.
  Farah hanya mencebik.Tak kisah lansung dengan amaran Ikram.Ala,macam la dia tak biasa dengan bosnya itu.Cakap aja macam tu,tapi hampeh!Tak pernah buat lansung.Patutla si Farah ni makin lemak.
  Tiba-tiba dia tersenyum.Aku takkan lepaskan kau Ikram,aku akan dapatkan kau jugak!Tak kira dengan apa cara sekali pun.Hahahaha...dia ketawa dalam hati.Hai,nampak macam setan pulak.
  Tapi,siapa Ikram ni?Siapa Farah?
            “Assalamualaikum,saya Azie dari Mercu Holding.Saya ada buat appointment dengan Encik Ikram.”
  Farah terperanjat bila dirinya ditegur secara tiba-tiba,hampir saja fail yang dipegangnya terjatuh.Dia merenung Azie lama.Marah nampak!
            “Kau sapa hah?Bagi salam tak,tiba-tiba je nak jumpa Ikram.”Bicara Farah dengan nada yang tinggi.Jeles ada,marah pun ada.
  Azie jelas terperanjat.Aik,dia datang bagi salam siap perkenalkan diri dia lagi,suka-suki aja nak marah orang.Dia tu yang asyik mengelamun.
            “Maaf cik...”
            “Farah!”Jawab Farah pantas.Dia menyampah.Nak tengok muka Azie pun taknak,sombong betulla!Ingat bagus la tu.
            “Hmm,Cik Farah.Saya dari Mercu Holding,saya ada buat appointment dengan Encik Ikram.”Jawab Azie lancer.Matanya memandang tepat wajah Farah.Dalam hatinya menyumpah seranah perempuan itu.
  Eee,geramnya aku.Macam mana la diorang boleh ambil perempuan ni kerja?!Tak tahu nak layan tetamu lansung!
            “Farah,kejap lagi kalau orang datang cari saya,awak suruh je dia masuk.”
  Tiba-tiba aja,kedengaran suara Ikram di intercom.Farah terperanjat,cepat-cepat dia membalas kata-kata bosnya.
            “Ok,baik bos!”
  Farah merengus geram.Sambil bercekak pinggang dihadapan Azie,dia mengherotkan mulutnya sebagai isyarat menyuruhnya masuk ke dalam bilik bosnya.Azie tersenyum sinis.
            “Terima kasih!”Ucap Azie lalu berlalu pergi menuju ke bilik Ikram.
  Farah terasa ingin menjerit geram.Geram dengan tingkah Azie yang hanya bersahaja.Kalau ikutkan hatinya,nak saja dia halau Azie.Tapi memandangkan syarikat ini bukan bapa dia yang punya,ditahan saja niatnya.
  Dia duduk sambil menompang dagu.Menunggu gadis itu keluar dari bilik bosnya.Tapi sampai sekarang tak keluar.Mak oi!Lamanya.Diorang ni buat kerja ke,kerja yang buat diorang?
 *****
“WEI,kau ni kenapa?resah semacam je.Baru kahwin pun ada masalah ke?”Seloroh Haikal.
  Angin petang bertiup sepoi-sepoi.Suasana di Kelab Golf Impian kelihatan sedikit lengang.Farish Iskandar melemparkan pandangannya kearah padang yang menghijau dihadapanya.Tidak diendahkan Haikal yang ketawa seorang diri.
  Hai,orang tak ketawa,dia ketawa.Pelik-pelik!
            “Hei,Han.Kenapa dengan Rish tu?Muka sebek je.Dia ada masalah ke?”Soal Haikal pulak pada Farhan bila melihat Farish buat dek aja denganya.
            “Kesian...!”Ujar Farhan sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.Dia malas hendak melayan Haikal yang tak tahu apa-apa ni.Lagi pun rahsia ni hanya antara dia dan Farish.Jadi,mana boleh bagi tahu orang lain.Termasukla kawan baik mereka sendiri.
  Hai,dah macam dalam filem madu tiga aja.
            “Rish,bila kau nak panggil peguam datang jumpa kau?”Soal Farhan secara tiba-tiba.
  Farish Iskandar kembali menumpukan perhatian pada rakanya.Jika tadi dia resah memikirkan perihal Rina,tapi kini dia bersemangat untuk bercakap soal kekayaan.Eee,teruknya perangai.
            “May be minggu depan kut.Kenapa,dah tak sabar nak tunggu ke?”
  Farish tersenyum nakal memandang Farhan.Tahu sangat perangai Farhan yang taksabar-sabar nakkan Dania tu.Cantik sangat ke Dania?Bagi aku biasa aja,baik Rina cantik lagi.Dahla baik,sopan,bertudung lagi!
            “Hai...aku bukan macam kau okay!”Jawab Farhan sambil ketawa terbahak-bahak.
  Bukan dia tak sabar.Cuma dia terfikir,sanggup ke Farish melepaskan Dania?Dia cuma takut,kawanya itu akan menarik balik kata-katanya yang lepas.Mana tahu,kut-kut la si Farish ni boleh terjatuh hati dekat si Dania.Kan melepas si Farhan ni!Kesian-kesian.
            “Dahla,aku nak chau dulu.Ada date dengan Rina.”Bicara Farish lalu beredar pergi.
  Malas dia hendak melayan Farhan,makin lama dia berbual dengan Farhan,boleh menyimpang jauh tu.
            “Wei,korang cakap pasal apa tadi?Peguam?Rina?Siapa diorang tu?”
  Pelbagai soalan menerjah Farhan bila disoal oleh Haikal.Dia hanya tersenyum.Kalau aku cakap dengan dia ni,sampai ke esok pun tak habis.
            “Dahla,kau tu bukanya tahu apa pun.Baik kau diam je.”
 *****
“RISH,next week I pergi Korea.”Ujar Rina melalui corong telefon.
  Farish serta merta memberhentikan keretanya.Terkejut bukan kepalang bila diberi tahu tentang berita itu.
            “Kenapa?”Tanya Farish lembut.
            “I ikut family I pergi bercuti.Lagi  pun next week kan dah mula cuti semester.”
            “Oh...melepas la I nak date dengan you.Hari ni pun you cancelkan.So,bila I boleh jumpa you untuk kali terakhir?”
  Farish mengeluh kecewa.Dia rindukan Rina,tapi kenapa gadis itu sentiasa sibuk aja.
            “I think,weekend ni boleh kut.”
            “Okayla!Kalau macam tu,kita jumpa weekend ni dekat tempat biasa.”
            “Love you.”Ucap Rina kasih.
            “Love you too.”
  Selepas itu,Farish Iskandar memasukkan gear dan keret bergerak laju di atas jalan raya.Destinasinya kini ialah untuk pulang ke rumah.Malas rasanya,kerana terpaksa menghadap muka Dania.Hisy...dulu bolehla dia tahan dengan Dania tu,siap kena berlakon lagi.Tapi sekarang,menyampah pun ada nak tengok muka isteri dia tu.

3 ulasan:

  1. jht tul!!xsbr nk tggu pmbalsan utk iskandar

    BalasPadam
  2. hadooiii bila boleh tahu agak nya kesudahan ceritee niee ya. makin lama makin syok pulakk. nak jugakk bukunya bila siap nantii

    BalasPadam
  3. jahat si iskandar tu...tgklah nnti klu dania pergi...kak,geram btol sye dgn iskandar klu bole nk cekik aje...kasi pengajaran skit dkt iskandar...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...