Followers

Khamis, 4 April 2013

Pelangi Cinta 3



Bab 3

SEMINGGU sudah berlalu,kini usia pertunanganku sudah berusia tujuh hari.Aku mengeluh sendirian.Pandanganku dilemparkan ke arah sawah padi yang menghijau yang terbentag luas dihadapan aku.Angin petang bertiup sepoi-sepoi.Rambutku yang panjang paras bahu,kadang-kadang terbuai juga.Sesekali mata aku mengerling memandang jam tangan berwarna merah kesayanganku.
“Isy,mana dia ni?Janji pukul berapa.sekarang dah pukul berapa?”Rungut aku sendirian.
  Geram jugak aku dengan BFF aku yang sorang ni.Janji pukul 5.00 petang,tapi sampai sekarang batang hidungpun tak nampak.Aku merengus kasar.Aku balik kang,baru tahu!Isy...mana dia ni?
“Boo!”Sergah seseorang.
“Oh, mati mak kau...”
  Aku termelatah.Berdegup kencang dada aku.Macam nak luruh aja.Aku mengurut dada sambil beristifar beberapa kali.Telinga aku menangkap suara seseorang yang cukup aku kenal sedang ketawa besar.Hidungku kembang kempis menahan marah.Wajahku pasti sudah merah.
“Nana!”
  Jeritku seraya mengejarnya mengelilingi pondok usang yang aku dudukki.Sememangnya tempat inilah yang menjadi pusat untuk aku dan kawan-kawan aku berkumpul.Tempat ini menjadi pilihan kerana kedudukan yang strategik.Berada di tengah-tengan sawah dan angin sentiasa datang menghala ke arah pondok ini.
“Eh,jangan-jangan.Aku mintak maaf okay?”
  Nana termengah-mengah melarikan dirinya dari aku.Mungkin takut aku menangkap dan mengeleteknya hingga terguling-guling di atas tanah.Biarlah,biar dia rasa dan menyesal.Baru aku puas hati.Hahaha.
“Hah!”Sergah aku sekali gus menangkapnya dari arah hadapan.
  Aku mengeletek pinggangnya hingga dia mengeliat seperti cacing yang digoreng di atas kuali panas.Dia terbaring di atas tanah sambil cuba melawan aku.Habis kotor baju yang dipakainya.Aku masih belum puas,aku mengeleteknya hingga mengalir air mata dia ketawa.Merah wajahnya seperti udang yang dibakar.
“Hahaha...”Aku ketawa berdekah-dekah.Barulah aku melepaskannya.
  Nana merengus geram.Dia bangun sambil melibas-libas bajunya yang kotor.Dia menjeling tajam ke arahku.Tapi aku tidak endahkan.Tulah,padahnya.Dah tahu aku ni angin,duk buat jugak macam tu.Nasib baik lah tu kotor sikit aja.Kalau aku tolak dia dalam sawah macam mana,berkumbanglah dia macam kerbau.
“Kau ni...aku buat sikit,kau balas banyak.Seksa tahu.”
  Suaranya mengendur,sedikit merajuk dengan aku.Tapi aku peduli apa,kalau dah salah tu tetap salah.Kena terima padahnya!Aku tersenyum senang.Geram aku pada tunang aku sudah terbebas.Tapi kesian dekat Nana,sebab menjadi mangsa aku!
  Memang aku tengah geram.Geram dekat tunang aku.Kenapalah aku boleh bertunang dengan dia?Aku kenal diapun tidak!Macama mana dia nak jadi suami aku,kalau aku tak cinta dekat dia?Cinta?Hahaha,sebut pasal cinta memang seumur hidup aku tak pernah bercinta.Siapalah nak dekat aku ni,dah la kasar macam jantan.
“Ya Allah...”
  Hampir luruh jantung aku bila disergah oleh Zila,sahabatku.Aku mengurut dadaku sambil beristifar beberapa kali.Aku merenungnya tajam.Ni sorang lagi.Nak kena ni!
“Apa kena dengan kau ni Nana?Baru habis restling dengan Ria ke?”
  Syazi sedikit kaget apabila melihat pakaian Nana kotor dan comot sana-sini.Dia datang menghampiri Nana.Nana muncungkan bibirnya.
  Eeee...geramnya aku tengok dia ni.Mengada-ngada betulla!
“Kawan kau tu la,kalau nak belasah orang teruk-teruk.”Ujar Nana menunjuk ke arah aku.
  Aku hanya mencebik.Padan muka!Dah buat salahtu kenala terima padahnya.
“Kau ni Ria...dah bertunangpun masih tak berubah-ubah lagi.”Ujar Syazi sambil merenungku penuh makna.
   Hah,mula dahla tu.Nak ungkit aja.Sejak berita tentang pertunangan aku dengan ‘budak’ tu tersebar luas,ramai kawan-kawan aku yang duk menyibuk aja.Kadang-kadang naik rimas kepala otak aku.Tambah-tambah minah kepoh yang bernama Syazi ni.Diala yang banyak menyakat aku,diala yang banyak nasihatkan aku dan diala yang banyak ingatkan aku tentang pertunangan ni.
“Isy,aku tahula.Kau tak payahla nak ingatkan aku lagiFaham!”Jawab aku kasar.
  Aku bengang dengan Syazi.Aku tahulah dia jeles,sebab aku dapat tunang yang hensem.Hensem?Entahla,akupun tak tahu.Tapi harap-harap hensem la.Janganla yang gemuk gedenpol!Nanti kang tak pasal-pasal,lepas kahwin nanti segantang nasi aku kena masak untuk dia.
“Aku bukan nak ingatkan kau,tapi kau tu yang kena berubah.Ada faham!”Ujarnya turut kasar.
  Mesti dia terasa hati dengn aku,sebab aku tengking dia.Tapi aku tak suka ingatkan tentang hal tu.Kalau boleh,aku taknak ingatkan lansung.Sebab ia menyakitkan hati!
“Hah?Ria bertunang?Bila?Dengan sapa?”Soal Nana terkejut.
  Bulat matanya memandangku.Tapi aku buat dek aja.Hmm,nampaknya minah ni sorang ajala yang ketinggalan zaman.Orang dah pergi London,dia sorang aja yang masih di Malaysia.Isy,isy,isy...
“Kau ni Nana,tak tahu lagi ke?”
  Nana anggukkan kepalanya laju.Dah macam burung berlatuk.Aku tersenyum lucu.Macam budak-budak betulla dia ni.Tambah lagi dengan muka dia yang comel ni!Tanganku pantas mencubit kedua belah pipinya hingga merah.Geram!
“Kau ni,kalau ya pun.Janganla buat muka macam terkejut beruk.”Ujarku sambil ketawa.
“Kau cakapla dengan aku siapa?Nak tau jugak...”
  Aku hanya menjungkitkan bahuku.Tanda akupun tidak tahu.Lagipun aku malas nak sebut nama tunang aku yang aku sendiripun tidak kenal.
“Syaz,siapa Syaz?”
  Tidak dapat jawapan dariku,dia merayu pulak pada Syazi.Bersungguh-sungguh betul!Syazi merapatkan tubuhnya dengan Nana,tangannya memaut bahu Nana.Bibir mengukir senyuman sumbing.
“Kalau kau nak tahu,kau tengok betul-betul nama yang ada dekat loket yang Ria pakai.”
  Jari telunjuknya diarahkan ke tengkokku.
“RIA dan FAZ...Faz apa tu?”Nana menutur seperti budak-budak.Macam budak baru nak belajar membaca.
  Tanganku pantas mengenggam loket tersebut.Melindungkan nama tunangku dari dibaca oleh Nana.Hai,sikit-sikit sudahla.
“Tepi sikit tangan kau tu Ria,aku nak baca.”Ujar Nana sambil cuba merungkai genggaman tanganku.Tapi aku pantas mengelak.
“Dah-dah,jangan duk melebih.Kau dapat Faz pun dah cukup.”
“Amboi!garangnya.Sayang jugak kau dekat tunang kau tu,jeles aku.”
  Nana ketawa galak.Aku mencebik.Sayang?Eeee,takdak masa aku nak sayang dekat dia tu.Daripada aku sayang dia,baik aku sayang si Nemo tu,kucing kesayanganku!
  Pertemuanku dengan rakan-rakan aku berakhir selepas satu jam.Niat dihati ingin berkonsi cerita dengan mereka,tapi kalau aku bagi tahupun mereka bukannya boleh buat apapun.Buang masa aja!Lagipun,benda yang aku tidak ingini telahpun berlaku.Masa bukannya boleh diundur.Tempoh pertunangan aku dengan dia adalah tiga bulan,dalam tempoh itu bolehla aku bersedia.Bersedia untuk menerimanya.
  Tapi kalau nak suruh aku jatuh cinta dengan dia,jangan harap.Hidup matipun aku tak hingin!

1 ulasan:

  1. pendek nya...xsmpt nk nk pkir..nk kne bca bab 1 blik..dh lupa jln cite..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...