Followers

Ahad, 1 April 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 3


Note: Re-edit version

BAB 3

SUASANA di perkarangan rumah riuh dengan suara-suara manusia. Ada yang mengarah, ada yang menurut, dan ada yang hanya berbual kosong. Kelihatan kaum lelaki sedang sibuk mendirikan khemah dan mengatur meja-meja makan, manakala di dalam rumah kaum hawa sedang sibuk menyiapkan bunga telur, pelamin dan hantaran. Puan Khadijah sedang mengubah hantaran untuk hari pernikahan anaknya esok. Warna hijau pucuk pisang menjadi tema pilihan Puan Khadijah. Pelamin yang tersergam indah ditengah-tengah ruang tamu banglo dua tingkat itu sungguh cantik dan nampak mewah! Sesuai dengan status keluarga mereka yang digelar ‘orang kaya’ oleh orang-orang kampung.
            Sara membantu ibunya membungkus door gift untuk tetamu jemputan. Mini Sejadah dan  tasbih diletakkan di dalam beg untuk diberikan kepada orang-orang masjid untuk majlis tahlil malam nanti, manakala kerepek dan air mineral untuk tetamu esok hari. Tugasnya terhenti seketika apabila Puan Khadijah menyuruhnya memanggil Ila. Ila sedang di luar rumah sambil mengambil angin di atas buaian. Dia segera menghampiri sahabatnya dan duduk disampingnya. Belakang rumah ini agak sunyi, jadi dia bebas untuk berbicara dengan temannya itu. Sara tersenyum teruja apabila matanya jatuh pada tangan Ila yang sudah siap berinai. Dia membelek-beleknya. Cantik!
             “Cantiknya Ila!” Ucapnya teruja.
            Ila turut memandang jari-jarinya sekilas, kemudian dia kembali memandang ke hadapan. Pandangannya kosong dan tanpa perasaan. Raut wajahnya langsung tidak mengambarkan dia sedang gembira. Bagaimana dia hendak gembira jika dia terpaksa menikahi lelaki yang langsung dia tidak cintai. Apatah lagi dia tahu bakal suaminya mencintai wanita lain, iaitu teman baiknya sendiri!
            Mengingat akan hal itu hatinya kembali terluka, kenapa dia harus bersama dengan jodoh pilihan keluarganya? Keluarganya langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk membuat pilihan sendiri. Bakal suaminya pulak kekasih sahabat baiknya sendiri. Apa yang harus dia cakap nanti? Dia risau dituduh perampas, sedangkan bukan itu yang terjadi. Dia cuma menurut kemahuan keluarganya sahaja.
            ‘Maafkan aku Yani! Maafkan aku!’ Jerit hatinya.
            “Untung kau Ila, keluarga kau buat majlis kahwin kau besar-besaran.” Sara bersuara sekali gus mematikan lamunan Ila.
            “Untung apanya? Kahwin dengan kekasih kawan baik kau sendiri kira untung? Dapat suami yang terang-terang tak suka kan aku. Untung ke tu?” Tanya Ila bertalu-talu dengan perasaan geram. Matanya merah ingin menangis.
            Sara menarik nafas berat lalu menghembusnya perlahan. Rasanya lelah menasihati temannya yang seorang ni. Balik-balik benda yang sama juga dia katakan.
            “Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau Ila. Kita sama-sama tahu situasi kau dengan Hariz, korang sama-sama tersepit. Tapi dalam hal ni korang tak boleh berdiam diri je, korang kena bagi tahu Yani hal sebenar. Aku yakin, dia akan faham nanti.”
            Ila memandang Sara, matanya berkaca-kaca. Hanya tinggal sedetik saja untuk pecah.
            “Lagi pula, korang tak boleh lihat perkahwinan ni sebagai masalah untuk korang. Ini tanggungjawab yang korang harus pikul. Kau tak boleh rasa, kau nikah dengan Hariz sebab parents kau suruh, tapi kerana Allah... Ila, berdoalah supaya Allah permudahkan urusan kau dan Hariz, dengan Haryani. Aku yakin, Allah pasti akan bantu kau dan Hariz.” Ucapnya lembut sambil mengusap belakang tangan Ila. Hatinya turut sebak. Tidak pernah terdetik dibenaknya mereka akan lalui situasi seperti ini.
            “Kau cakap senang la, kalau kena dekat batang hidung kau sendiri baru tau.” Ujarnya sambil tersedu-sedan menahan tangis.
            “Kau ingat Hariz nak terima aku macam tu je? Dia dah siap warning aku lagi jangan beritahu Yani pasal ni. Jadi maknanya dia masih harapkan dekat Yani.” Sambungnya lagi.
            Sara mengeluh. Susahnya bila kekasih kawan baik sendiri akan berkahwin dngan kawan baiknya juga. Semuanya saling berkait. Dia paling rapat dengan Ila, dari kecil lagi mereka sudah berkawan baik hinggalah mereka ke Kuala Lumpur. Dia sudah faham benar dengan perangai sahabatnya ini, kerana ingin menjaga perasaan orang lain perasaannya sendiri terkorban.
            Perihal Hariz dan Haryani turut merunsingkannya. Esok adalah hari pernikahan mereka, tetapi Haryani masih belum dimaklumkan. Sepatutnya Hariz awal-awal lagi harus menjelaskannya kepada Haryani, tetapi lelaki itu degil mahu merahsiakannya. Sara tahu Hariz sangat mencintai Haryani begitu juga Haryani, tapi takkanlah dia sanggup melihat Ila menderita. Dia juga berhak mendapat kebahagiannya .Apa yang merunsingkan lagi bagaimana penerimaan Haryani nanti. Marahkah dia? Ataupun merelakan saja.
            ‘Hariz ni pun satu. Dah nak kahwin buat la cara nak kahwin. Tak payahlah lagi menggatal nak dekat orang lain. Kesian Ila.’ Luahnya kesal dengan sikap Hariz.
            “Sara, apa yang aku patut buat? Aku takut kalau Yani marahkan aku. Aku risaukan masa depan aku, aku taknak kahwin dengan orang yang tak cintakan aku. Nanti... Nanti kalau kitorang bercerai macam mana?” Ila meluahkan kebimbangannya selama ini.
            Dia mula tersedu-sedan. Dia menangis tanpa menghiraukan orang lain. Tidak tahu bagaimana harus disorok perasaannya ketika ini. Marah, sedih dan takut bercampur baur. Sekarang ini cuma Sara yang mengetahui hal sebenar dan cuma Sara tempat dia meluahkan perasaan.
            Sara segera menarik rapat tubuh Ila dekat dengannya. Dia sedaya upaya cuba memujuk temannya. Dia tidak berada di tempat Ila untuk merasai, tetapi cukup dia memahaminya sebagai teman. Ila berada dalam dilemma antara teman baik ataupun keluarga. Setelah tangisannya reda, Sara mengajak Ila masuk ke dalam rumah, risau orang-orang disekeliling mereka perasan akan perubahan Ila. Dia membiarkan Ila sendirian dalam bilik seketika.Selepas itu segera dia beredar untuk menolong orang lain.
            Dia terkejut bila bahunya disentuh lembut oleh seseorang.
            “Eh, mak!” Sara terkejut.
            “Ish, kamu ni. Sejak bila pulak panggil umi, mak?”
            Sara tersengih. Kerana terkejut dia tersasul memanggil uminya dengan panggilan ‘mak’.
             “Tersasul umi, sorry.” Jawabnya ringkas.
            “Kenapa dengan Ila tu? Umi tengok dari tadi asyik murung je.” Soal Puan Hasnah yang perasankan keadaan Ila. Hatinya tertanya-tanya.
            Sara mula mengelabah, tapi dia bijak menutupnya.
            “Eh, mana ada. Sara tengok biasa je.”
            “Biasa kau kata, tu hah! Mata bengkak tu mesti sebab menangis.”
            Sara garu kepalanya tidak gatal. Selagi dia tidak memberikan jawapan yang memuaskan hati, selagi itu la uminya akan terus bertanya.
            “Biasa la tu umi. Orang nak kahwin mestilah sedih. Nak kena tinggalkan keluarga, ikut suami.” Dia tersenyum ringkas cuba menyembunyikan rasa gelisahnya.
            ‘Hai, banyak pulak umi ni tanya. Kang tak pasal-pasal kantoi pula!’
            “Entah-entah dia sedih, sebab kena kahwin paksa?” Puan Hasnah berandaian.
            “Eh, ke situ pulak umi ni. Untuk pengetahuan umi, Ila dah kenal lama tunang dia.”Jawab Sara yakin. Sebolehnya dia tidak mahu uminya terus menyerangnya dengan soalan-soalan yang belum tentu dia boleh jawab.
            “Diorang bercinta?” Tanya Puan Hasnah sangsi. Setahunya perjodohan ini dirancang oleh orang tua mereka sendiri.
            Sara menganggukan kepalanya mengiakan apa yang sedang difikirkan uminya. Sedangkan hakikat sebenar bukanlah apa yang difikirkan. Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain.
            “Dah la umi, jom kita turun bawah. Mesti mak cik Dijah cari umi. Banyak kerja yang tak buat lagi ni.”
            Puan Hasnah malas bersoal jawab dengan anaknya memandangkan tiada apa yang nak dibincangkan, hal anak muda zaman sekarang manalah dia tahu sangat. Tidak lama selepas itu dia terus beredar untuk menyambung pekerjaannya. Sara menarik nafas lega.
            ‘Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.’
            Disebalik pintu Ila mencuri dengar apa yang dibual oleh Sara dan uminya. Dia terharu bila Sara berusaha menutup rahsianya. Dia tidak jadi keluar, di dalam bilik dia menangis lagi.
 *****

“HAI, kawan aku ni cantik-cantik nak pergi mana? Ada dinner date ke?” Soal Azie malam itu. Dia sekadar mengusik Haryani.
            Bau minyak wangi berjenama Dior menusuk hidungnya. Dia melihat Haryani mengenakan gaun labuh berwarna merah hati dan wajahnya hanya disolek ala kadar, tetapi sudah cukup menarik baginya kerana Haryani memilikki kulit putih dan itu menyerlahkan kecantikkan aslinya. Rambutnya yang panjang dibiarkan tanpa diikat dan disepitkan dengan penyepit rambut bercorak rama-rama. Kelihatan sungguh ayu dan menawan.
            Haryani tidak terus menjawab soalan itu. Dia harus mempersiapkan dirinya seringkas dan secantik mungkin. Hariz akan tiba bila-bila masa saja. Lama dia membelek dirinya di hadapan cermin. Entah mengapa dia rasa ada sesuatu yang teringgal. Apabila dilihat dan ditelek balik, semuanya sudah lengkap. Apa yang kurangnya?
            “Zie, okay tak? Ada apa-apa yang kurang?” Tanya Haryani masih belum berpuas hati dengan penampilannya malam ini.
            On! Aku rasa kalau Hariz tengok ni mesti tak berkelip biji mata dia.”
            Haryani ketawa.
            “Ada-ada je kau ni.”
            Siang tadi setelah mereka beredar dari makan tengah hari dan mengelilingi ibu kota, Hariz mengajaknya untuk makan malam bersama memandangkan dia akan ke Ipoh selama beberapa hari. Hariz juga mengatakan makan malam ini adalah makan malam yang paling special. Haryani sangat teruja dan kerana itulah dia cuba berhias secantik mungkin. Mana tahu Hariz akan melamarnya kan?
            “Haih, sudah-sudah la tu. Tersenyum sorang-sorang, macamlah dia sorang je yang ada boyfriend.” Ujar Azie dengan mimik muka menyampahnya.
            “Eh, biarlah. Yang awak tu jangan jealous okay. Cepat-cepatlah cari boyfriend, jangan jual mahal sangat. Nanti jadi anak dara tua.” Usik Haryani. Dia bukan tak tahu, Azie sedang dinitip-intip oleh Arian iaitu bosnya Azie. Tapi tulah sahabatnya saja yang taknak layan. Playboy katanya.
            Setelah sekian waktu, akhirnya untuk sentuhan terakhir Haryani memakai sebuah kalung yang pernah diberikan oleh Hariz pada hari ulang tahun pertama hubungan mereka. Rantai ini sangat bermakna baginya kerana memiliki memori cinta mereka yang takkan terpadam sampai bila-bila.
            “HH?” Azie memerhati rantai berloket yang dipakai rakannya itu.
             Haryani senyum mendengarnya.
            “Maknanya, Haryani dan Hariz.”
            “Amboi... Romantik juga ya Hariz tu.”
            “Dah semestinya!”Haryani mengiakan saja. Mereka berdua ketawa.
            “Untunglah.” Tambah Azie lagi.
            “Apa untung-untung, kau tu pun sama untungnya dengan aku.”
            “Eh, mana ada sama. Kau lainlah, Hariz tu hensem, kaya, baik hati, pokoknya semua yang baik-baik ada dekat dia.”
            “Habis kau tu? Arian bos kau tu tak kaya? Tak hensem? Tak romantik? Tak baik?”
            Azie merengus geram. Dia tidak suka mendengar nama bosnya disebut oleh Haryani. Dia benci dengan lelaki miang dan playboy seperti Arian. Dah tu ada hati nak mengorat dia.
            “Sakit telinga aku dengar nama dia. Dah la, baik kau pergi sekarang sebelum aku cekik kau.”
            “Eh, orang lain yang sebut dia yang lebih. Ada apa-apa ke cik Azie oii.”
            “Yani!” Azie mula meradang.
            Haryani ketawa. Boleh tahan juga Azie bila marah, muka tu merah macam cili api.
            “Okay, okay aku pergi dulu. Hariz dah sampai tu.”
            “Yani, nanti tolong tapau makanan untuk aku. Aku malas la nak keluar.”
            “Okay.”
            “Jagan lupa kirim salam sayang aku dekat dia.” Sambung Azie lagi.
            “Mengada!”
            Azie tergelak. Dia sengaja mahu menaikkan api cemburu Haryani. Biar semakin mendalam-dalam perasaan cintanya itu pada Hariz. Dia sokong seratus peratus hubungan sahabatnya itu. Pada pandangannya Hariz adalah seorang yang baik dan bertanggungjawab sesuai untuk bersama Haryani.
            Sorry awak, lambat sikit.” Ucap Haryani sebaik saja melangkah masuk ke dalam kereta.
            Tali pinggang ditarik dan dipasang. Hariz memandu sederhana laju, dia tidak perlu tergesa-gesa untuk sampai. Boleh dia meluangkan masa lebih lama bersama Haryani.
            “Kenapa tengok saya macam tu?” Haryani menyoal apabila acap kali Hariz menolah ke arahnya sewaktu memandu.
            “Awak cantik malam ni.” Puji Hariz ikhlas.
            “Kenapa, hari-hari lain saya tak cantik ke?” Usik Haryani.
            “Eh, bukan macam tu. Cuma malam ni awak nampak lebih cantik dari biasa.”
            Haryani ketawa sambil menggeleleng-gelengkan kepalanya.
            “Ya la tu, saya rasa sama je. Mana ada muka saya tiba-tiba berubah jadi macam Kareena Kapoor ke, Katrina Kaif ke.”
            “Awak tak perlu jadi diorang pun awak dah cantik.”
            Hariz mencapai tangan Haryani dan mengucupnya lembut. Berderau darah Haryani bila diperlakukan seperti itu, segera dia menarik tangannya kembali perlahan-lahan. Tidak mahu Hariz terasa dengan tindakkannya.

1 ulasan:

  1. writer,apa kata you smbung dulu PRC.Then nanti you sambunglah la novel ni pulak.Rindu gila ni dengan PRC.Pleaseeeeee...:(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...