
“WHAT?! Kau dekat genting?Kau buat apa dekat sana?”Azie
terkejut.Bagaimana rakannnya boleh tersesat di sana,sedang baru beberapa jam
lalu dia berada disini.
“Entahla.”Jawab Haryani di
sana selamba.
“Entahla?Hello….kau yang
pergi takkan tak tahu kut.”Ujar Azie sedikit geram.Dia disini kerisauan
memikirkan Haryani,boleh pulak rakannya bergembira di sana.
Dia ni bukannya nak ajak aku
sekali!Tak guna punya kawan.
“Aku bukannya nak datang
sini pun,tapi dia yang paksa aku.”
“Siapa?Raz?”Azie
pelik.Siapa pula yang ingin memaksa rakannya?Takkanlah Razman pula kut.
“Bukan,tapi Hariz.Dia yang paksa aku.Aku dah kata
taknak,tapi dia tetap paksa aku
juga.Bukannya kau tak kenal dia…”Jelas Haryani ringkas.Dia taknak Azie
memikirkannya masih ‘terhegeh-hegehkan’ lelaki itu.
“La…kenapa kau tak hentam
je mangkuk tak faham bahasa tu!Biar dengan padan muka dia.Isy,geram aku!”Azie
kegeraman.Panas hatinya bila mendengar nama Hariz disebut.Pantang dia lelaki
berlaku kasar dengan perempuan,nak saja dia tumbuk-tumbuk wajah Hariz sekarang.
Haryani ketawa kecil.Lucu dengan
sikap rakannya yang masih belum berubah.Sejak dari awal perkenalan mereka lagi
Azie sudah dikenali dengan sikap keras kepala dan hati batu.Sekarang masih juga
belum berubah.
“Macam mana aku nak
hentam?Dia tu lelaki,aku ni perempuan.Kalau aku hentam dia,dia hentam aku
balik!Habisla aku.”
“Hah!Yang tu kau tak payah
risau,kalau dia hentam kau tahula aku nak ajar dia nanti!Baru dia tahu langit
tinggi rendah.”
Haryani ketawa terbahak-bahak
hingga sakit perutnya.Air matanya terkeluar sedikit.Azie,Azie…kan bagus
kalau kau jadi bodyguard kawan kau
ni.Dari jauh Haryani dapat melihat Hariz sedang menuju kearahnya bersama dua
botol air mineral ditangan.Mati terus senyumannya.Cepat-cepat dia putuskan talian menyebabkan Azie dihujung sana
tertanya-tanya.
“Siapa tadi?”Soal Hariz serius yang menyedari gadis itu baru
sahaja selesai bercakap dengan seseorang.
Haryani terdiam seketika.Tak
tertelan air liurnya melihat renungan
lelaki itu yang bagaikan singa kelaparan.
“Azie.”Jawabnya sedikit
gugup.
“Bohong!!”Tempik Hariz
lantas merampas telefon bimbit Haryani.Jarinya memainkan peranan menekan punat
yang tertera disitu.
Haryani tergamam.Kali pertama dia
diperlakukan sedemikian oleh lelaki yang cukup dia cintai.Berdebar-debar
dadanya.Terasa ingin menangis pula.Tapi hatinya meradang,kenapa tiba-tiba
lelaki itu berubah?
“Awak ni kenapa?Syak tak
habis-habis!”Marah Haryani sambil bercekak pinggang.
“Maaf”Ucap Hariz
perlahan.Baru menyedari kesilapannya.Dia memulangkan semula telefon bimbit
kepada Haryani.
“Puas hati sekarang!”Ujarnya
separuh geram.Lelaki itu tak berhak cemburukannya.
“Saya minta maaf okay?Awak
tak payahla nak marahkan saya lagi.Saya janji,saya takkan buat lagi.”Hariz
ingin mencapai tangan Haryani,tapi pantas ditepis.Hariz sedikit kecewa.
Haryani merengus geram sambil
berpeluk tubuh cuba menahan kedinginan malam.
Isy,banyakla awak punya
janji!Rungutnya dalam hati.
“Hah!Yang awak bawa saya
datang sini buat apa?Nak bagi saya sakit hati lagi?!”
“Apa yang awak cakap
ni?Saya ada kejutan untuk awak.Saya yakin,lepas ni pasti hati awak tak sakit
lagi,sebab saya akan sentiasa ada bersama awak.”Ujar Hariz sambil tangannya
membelai rambut gadis itu.Haryani ingin mengelak tetapi terhalang oleh kereta
Hariz yang dekat dengannya.
Haryani terpaksa membiarkannya.Tapi
hatinya senang dengan perlakuan lelaki itu.Hatinya terasa senang dan lapang.Dia
lupa diri seketika,tapi cepat-cepat dia tersedar.Dia tahu perbuatannya itu
salah.Pantas dia menepis tangan sasa Hariz dari terus melekat pada
wajahnya.Sakit hatinya bila melihat senyuman lelaki itu.
“Apa awak merepek
ni?!Dah,hantar saya balik sekarang.”Bicaranya masih lagi dalam keadaan marah.
Hariz tersenyum sinis.Dalam keadaan
begini jangan harapla dia dapat memenuhi permintaan gadis itu.Lagipun tujuannya
datang ke sini selain memberi kejutan kepada kekasihnya,dia juga ingin bercuti
sambil menenangkan fikirannya bersama Haryani,walaupun hanya satu malam.Dia
betul-betul rindukan gadis itu.Jadi dia ingin meluangkan masa sepanjang hari
bersama Haryani.
“Kalau awak nak
balik,balik la.Saya nak tidur sini.”Jawab Hariz lalu mula melangkah
meninggalkan Haryani.
Dia merengus geram.Tak guna!Ada ke
patut dia tinggal aku sorang-sorang dekat sini?Haryani menghentak-hentak
kakinya menurut langkah lelaki itu.Ikutkan rasa hati,nak saja dia
tendang-tendang lelaki itu.Baru puas hatinya!
“Nampaknya kita tidur
sinila.”Ujar Hariz bila mereka langkah dihadapan sebuah hotel.
“Awak gila ke?!”Tiba-tiba
Haryani menjerit terkejut.
“Kenapa?”Soal Hariz turut
terkejut dengan jeritan Haryani.
“Awak gila ke nak suruh
saya tidur sebilik dengan awak.”
Hariz ketawa terbahak-bahak,lucu
dengan Haryani.Boleh pula gadis itu terfikir sampai ke situ.
“Ya Allah,sayang…awak
sebilik,saya sebilik la.Tapi…kalau awak nak boleh juga."
Eee…mengada!Haryani menunjukkan
wajah menyampahnya sebelum beredar meninggalkan lelaki itu.Hariz ketawa
terbahak-bahak.Itulah salah satu perangai yang dia suka pada
Haryani.Baginya,wajah itu kelihatan comel dan manja bila bibir mungil itu mengukir senyuman.Ingin sekali dia jadikan
itu miliknya.Tidak kira apa sekalipun,akan dia jadikannya milik dia.
ANGIN malam bertiup menyapa tubuhnya.Tingkap dibiarkan terbuka
luas.Matanya memandang suasana malam yang gelap tanpa cahaya.Jam sudah
menunjukkan hampir pukul 12.30 tengah malam.Hanya dia seorang saja yang masih
berjaga dirumah itu.Hatinya gundah,hatinya gelisah.Tapi dia hanya mampu
memendamkan saja perasaan itu.Ingin diluahkan,dia malu.Akhirnya dia mengambil
keputusan untuk disimpan saja perasaan itu jauh didasar hatinya.
Telefon bimbit nokia masih berada
didalam genggamannya.Dia teragak-agak untuk menghubungi si dia,takut
menganggu.Tapi,atas desakkan perasaan akhirnya dia mengambil keputusan untuk
menghubungi juga.Ila menunggu seketika sebelum taliannya dijawab.Percubaan kali
pertama tidak berjawab,percubaan kali kedua juga turut sama.Ini adalah cubaan
kali ketiga dan terakhir untuknya,tapi kali ini telefon bimbit suaminya terus
dimatikan.Mungkin terganggu dengan deringan itu.Ila mengeluh kecewa.Rindu untuk
suaminya bergunung.Alangkah baiknya jika dia dapat mengangtikan kedudukan
Haryani di hati suaminya.
Sudah tiga bulan berlalu.Tidak
sedar usia perkahwinannya sudah masuk bulan ketiga.Tapi sampai sekarang masih
belum ada perubahan.Dia juga ingin hidup bahagia seperti orang lain.Salah ke
dia jika sudah ditakdirkan suaminya adalah kekasih rakan baiknya?Dia juga ingin
merasai kasih sayang suami seperti orang lain.Hatinya sakit bila melihat
suaminya bersama orang perempuan lain.Dia ingin menangis,tapi tidak terluah
semua itu.Kadang-kadang terfikir juga dia untuk memberitahu perkara sebenar
pada Haryani.Tapi dia tak sanggup.Tak sanggup untuk melukakan sekeping hati
yang lain.Akhirnya,dirinya yang menderita.
Hariz ibarat putera yang menjadi
idaman gadis.Tapi hanya seorang saja yang akan dipilih untuk berdamping dengan
lelaki itu.Adakah gadis yang tidak dicintai tetapi sudah mempunyai ikatan suami
isteri dengannya?Atau gadis yang cukup dicintai tapi tiada apa-apa ikatan
dengannya?Tapi,boleh ke dia memilih kedua-duanya?
SUASANA di restoran itu kelihatan tenang dengan hanya beberapa
pengunjung saja.Suasana pagi di Genting Highland sungguh mengasyikkan dan lebih
dingin berbanding berbanding di Kuala Lumpur.Haryani duduk termenung sambil
menongkat dagu memandang kearah luar.Dia menunggu kedatangan Hariz yang belum
tiba.Lelaki itu sudah berjanji dengannya ingin bertemu disini jam 8.00
pagi.Tapi sekarang jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi,maknanya sudah
setengah jam dia disini.Haryani merengus geram.
Hisy…mana dia ni?Kata pukul
8.00,sekarang ni pukul berapa dah!
Haryani bangun untuk beredar dari
situ.Tapi niatnya terpaksa dibatalkan bila Hariz tiba-tiba muncul.Haryani
mencukakan wajahnya.Geram dengan Hariz.Nak saja dia berambus dari situ tanpa
menghiraukan lelaki itu.
“Sorry,terlewat sikit.Saya
beli something tadi.”Ujar Hariz lembut cuba memujuk Haryani.Dia pasti gadis itu
sedang marah atas keterlewatannya.
“Hmm…”
“Awak order tak apa-apa
lagi untuk sarapan?”Soal Hariz bila melihat meja itu masih kosong.Pasti Haryani
menunggunya untuk bersarapan bersama.
“Tak,saya tak
laparpun.Lagipun saya dah makan roti kedai depan tu.”Haryani maskudkan roti
yang dibelinya di kedai runcit dihadapan restoran ini.
“Nak saya orderkan?”
“Tak!”Jawabnya sepatah.
“Okay,kalau macam tu saya
pesan…”Belum sempat Hariz menghabiskan bicaranya Haryani pantas memotong dengan
suaranya separuh menengking.
“Awak tak faham bahasa
ke?!Saya kata tak nak,tak nak la!”
Hariz terkejut,begitu juga dengan
Haryani.Dia tidak menyangka akan bersuara seperti itu kepada Hariz.Mungkin
puncak kemarahannya sudah tidak dapat dikawal.Marahnya pada lelaki itu sudah
keterlaluan.Mungkin selama ini sudah dia pendam perasaan marah pada lelaki
itu.Tambahan pula,dia sudah tidak tahan untuk menonton segala lakonan lelaki
itu padanya.Dia ingin menamatkan segala kepura-puraan ini.Dia tahu,sebalik
semua ini pasti ada hati yang terluka.Sebab itu dia ingin menamatkan segalanya.
Hariz terdiam lama.Memikirkan
perihal gadis dihadanpannya ini.Sepanjang tiga bulan ini,dia dapat rasakan ada
suatu yang berubah pada kekasihnya.Mereka sudah tidak seperti dulu yang
sentiasa bersama kasih dan cinta yang dia dapat rasakan.Tapi sekarang,gadis itu
seolah-olah ingin lari darinya.Dia juga tidak dapat rasakan hangatnya cinta
bila bersama kekasihnya,sebaliknya gadis itu akan kaku dan hanya membisukan
diri.Dia pasti ada sesuatu yang telah terjadi dan disembunyikan darinya.
“Kita bincang di
luar.”Tuturnya lantas beredar dari ruang yang dingin tetapi terasa panas
baginya.
“Hmm,apa yang nak
dibincangkan?”Tanya Haryani acuh-tak acuh.
Haryani merenung lama wajah itu
sebelum memulakan perbincangan perihal hubungan mereka.
“Kenapa awak berubah
Yani?”Suara Hariz lembut menerjah telinga Haryani.Dia tahu,dalam hal ini dia
harus berlembut.Jika tidak pasti hubungan selama bertahun ini akan retak
ataupun hancur.
“Berubah?Saya rasa
tak.”Haryani tersenyum sinis,dia tahu apa yang sedang dimaksudkan Hariz
sekarang.
“Tolongla Yani,saya tahu
pasti ada sesuatu yang sedang awak sembunyikan dari saya.”
“Iz,Iz…semua jawapan tu
ada pada awak.Jadi tak payahla nak tanya saya lagi,pandai-pandailah fikir.”
Haryani terdiam lama.Tak tertelan
air liurnya sekarang.Terasa sesak nafasnya walaupun sekarang dia sedang berada
dikawasan yang lapang.Dia yakin pasti tak lama lagi perkara ini akan
tamat.Hariz akan bersama Ila dan dia akan bersendirian.Ya Allah…mampu ke dia
harungi semua ini?
“Apa awak cakap ni?Saya
tak faham,cuba awak jelaskan pada saya.”Hariz berdebar-debar.Dia betul-betul
bingung sekarang.Segala jawapan ada padanya?
“Cukup!Saya dah tak tahan
dengan semua ni!Awak ingat,awak boleh tipu saya,boleh bohong saya dengan
lakonan awak ni?!Hei,sudahla…”Tiba-tiba Haryani bersuara lantang.Matanya merah
menahan tangis.Tajam matanya merenung Hariz.Debar di dadanya terasa
sakit,seolah-olah ditikam beribu-ribu kali.
“Apa maksud awak?”Suara
Hariz tersekat-sekat.Dadanya berombak ganas.Dia dapat rasakan ada sesuatu yang
buruk akan berlaku.Dia takut untuk hadapi semua itu dan dia juga takut untuk
kehilangan gadis kesayangannya!
“Saya tahu apa yang
terjadi,saya tahu apa yang berlaku antara awak dan Ila.Tak payahla awak nak
sorok lagi dari saya.Hati saya sakit sangat tau!”Air matanya sudah tidak dapat
dibendung,teresak-esak dia disisi Hariz.Ingin saja dia peluk lelaki itu dan
dilepaskan apa yang dia rasakan.
Lelaki itu tergamam.Tidak terluah
apa yang ingin dia katakan.Matanya turut terasa panas.Bagaikan ada seketul batu
yang menghempapnya.Betul dia tidak jangka hal ini yang akan terjadi.Rahsia yang
cuba dia sorokkan selama ini sudah diketahui.Dia malu pada gadis itu,tapi
dikuatkan juga hatinya untuk menatap wajah yang sudah basah dengan air
mata.Hariz mencapai kedua belah tangan Haryani lalu digenggamnya erat.
“Saya minta maaf Yani,saya
tahu saya salah.Sekali lagi saya minta maaf.Tapi,semua ini bukan kehendak saya!Saya
terpaksa,sama juga dengan Ila.”Hariz sedaya upaya untuk menjelaskan perkara
sebenar pada Haryani.Dia rasa peluangnya untuk bersama gadis ini sudah tipis.
“Tak guna awak cakap
lagi.Kita dah tak macam dulu,awak dah jadi hak orang lain.Hak Ila!Awak kena
ingat tu.”Haryani menegaskan kedudukan mereka sekarang.Dia sudah tidak berhak
pada Hariz.Lelaki itu sudah ada yang punya dan dia mempunyai tanggungjawab yang
besar pada insan lain.
“Tolonglah Yani,saya
cintakan awak…saya tak cintakan dia!Saya tak boleh hidup tanpa awak.”
“Dahla Iz,awak sekarang
dah jadi suami orang.Awak ada tanggungjawab besar yang perlu awak lakukan.Jangan
seksa hati Ila lagi!”
Dia tahu bagaimana perasaan seorang
perempuan jika melihat lelaki lain bersama perempuan lain.Hancur,sakit dan
kecewa.Itulah yang pasti dirasai rakannya.Melihat suami yang menagih kasih
perempuan lain membuatkan diri kita tidak diperlukan.Haryani taknak semua itu
terjadi,dia taknak menjadi perampas suami orang sekali gus meruntuhkan rumah
tangga rakannya.Sebab itulah dia mahu Hariz sedar akan tanggungjawabnya.
“Awak pindahkan cinta awak
tu pada Ila,dia yang lebih berhak untuk dapatkannya,bukan saya!Lupakan saya
Iz!”
Tergeleng-geleng kepalanya
mendengar luahan Haryani.Dia taknak,dia sukar untuk melakukan semua itu.Tak
mungkin dia dapat berikan cintanya pada Ila,walaupun perempuan itu
isterinya.Melihat air mata Haryani,hatinya turut menangis.Tak mungkin dia dapat
melupakan gadis itu,tak mungkin dia dapat berpisah dengan Haryani.Segalanya tak
mungkin!Cintanya hanya untuk Haryani,bukan perempuan lain!
“Cukuplah setakat ni
hubungan kita.Kita dah takdak apa-apa lagi lepas ni!Awak dengar tak,saya taknak
ganggu rumah tangga awak dengan Ila.Awak jagala dia baik-baik.Saya doakan awak
bahagia disisi Ila.”Sambungnya lagi.Lemah suaranya selemah ketabahannya
sekarang.Memang bibirnya berkata seperti itu,tapi hatinya menjerit tidak!Dia
rela dalam terpaksa.
Haryani mula mengorak langkah
meninggalkan Hariz.Dia sudah tak sanggup untuk menatap wajah itu.Makin lama dia
di situ,makin terdera hati dan perasaannya.Dia tak mahu kalah dengan naluri
hati yang ingin bersama Hariz,tapi sebaliknya dia ingin melihat kebahagian
sahabatnya bersama Hariz.Mungkin hatinya yang akan menderita,tapi dengan
kehadiran Razman disisinya pasti segalanya akan lenyap.
Matanya hanya mampu melihat gadis
itu melangkah jauh dan kian jauh darinya.Hariz ingin mengejar,tapi kakinya
terasa bagaikan dipaku di situ.Dia ingin menjerit tidak!Pada Haryani,tetapi
mulutnya terkunci dek melihat air mata gadis itu yang makin lebat.Dia tidak
ingin berpisah dengan Haryani,tak mungkin semua ini terjadi!Hatinya tekad,tidak
kira apa sekalipun tak mungkin dia akan lepas kan Haryani begitu saja bersama
lelaki lain.Tak mungkin!Akan dia raih kembali hati gadis itu walau dengan apa
cara sekalipun.
best...
BalasPadam