Followers

Sabtu, 28 Mei 2011

Perangkap Cinta 13


Bab 13
DANIA duduk santai dihadapan ruang tamu rumah banglo itu sambil menonton televisyen.Hari ini dia tidak pergi ke kerja lagi kerana diberi cuti tambahan oleh Iskandar.Sungguh membosankan,kerana asyik terperap di dalam rumah,kalau tidak di halaman rumah,dia akan berkurung di dalam bilik.Kalau dia hendak keluar pun harus meminta kebenaran lelaki itu.Benci!
  Rancangan yang disiarkan ditelevisyen lansung tidak menarik minatnya.Akhirnya dia berlalu meninggalkan ruang itu ke halaman luar rumah banglo itu tanpa menutup televisyen.Bunga-bunga yang berada dipersekitaranya memang terjaga baik,pasti Mak Jah yang memeliharanya.Suasana diluar rumah lebih nyaman dan udaranya juga lebih segar.Pagi-pagi macam ni baik untuk kita melakukan senaman ringan.Tambahan, sinaran mentari masih muda.Cahayanya baik untuk kulit kita.
  Dania jalan mengelilingin taman mini itu sambil sesekali tanganya menyentuh bunga kegemaranya.Dia tersenyum bila terpandang sekuntum bunga yang cantik memekar.Sungguh cantik dan menawan hati sesiapa yang melihatnya.Dia ingin memetiknya,tapi tiba-tiba tanganya ditampar seseorang.Dia terkejut.
            “Jangan ambil,bunga tu kesayangan arwah mama aku!”
  Tiba-tiba Iskandar muncul entah dari mana.Dia memakai sehelai t-shirt berwarna kelabu dan berseluar track sut warna hitam.Di tengkuknya tersangkut sehelai tuala muka.Wajahnya pulak basah dengan peluh,termasukla baju yang dipakainya.Mungkin dia baru saja pulang dari berjogging.
  Dania yang menyedari Iskandar berada disitu,terus beredar dari situ.Tak betah dia untuk melihat wajah yang mula dibencinya.Jika dulu wajah itu menjadi pujaanya,tapi kini tidak lagi.Lagipun,rasa marahnya pada suami ‘sementaranya’masih belum redha.
            “Haa,kau nak masuk tu,tolong buatkan aku air milo.Lepas tu hantar dekat bilik aku.”Arah Iskandar.Kemudian dia terus berlalu meninggalkan Dania yang termangu-mangu.
  Amboi!Dia ingat,aku ni orang gaji dia ke?Suka hati aja na mengarah orang.Kalau cakap baik-baik tak pa la juga,ni tidak!Bahasa sikit punya la kasar.Dania merungut geram dalam hati,tak terluah apa yang dirasanya sekarang.
  Dania berjalan menuju ke dapur.Kemudian dia membancuh dua gelas air milo.Dalam fikiranya terancang satu idea jahat.Untuk membalas rasa sakit hatinya,dia sengaja meletakkan gula lebih daripada sepatutnya ke dalam gelas suaminya.
  Hahahaha,biar kencing manis.Padan muka!
  Dia mengetuk pintu bilik Iskandar tiga kali sebelum mendengar arahan dari lelaki itu supaya masuk.Dania meletakkan gelas tersebut di atas meja yang terletak disatu sudut bilik besar itu.Dia kembali turun ke bawah dan menikmati air milonya bagi mengalas perutnya yang kosong sejak tadi.
  Mak Jah yang sepatutnya berada di rumah ini sudah diberi cuti sempena hari pernikahan mereka.Bermakna Dania la orang yang bertanggungjawab dalam mengurus rumah itu sekarang.Dia la yang masak dan dia jugak la yang akan mengemas.
            “Dania!”
  Dania hampir tersedak bila terdengar orang menjerit memanggil namanya.Dia bangun dan tergesa menuju ke tingkat atas.Dalam hati sudah mengagak pasti Iskandar sudah meminum air bancuhanya itu.Sebab itu la lelaki itu kelihatan sedikit marah sekarang.Tapi,dia gembira sebab dapat mengenakan lelaki itu.
            “Kau ni nak aku mampus cepat ke,hah?!Berapa banyak gula kau letak dalam air ni?”Sergah Iskandar sebaik saja ternampak wajah Dania diambang pintu.
            “Saya letak macam biasa la.”Balas Dania masih berani.
            “Macam biasa apa!Kau cuba rasa air ni,manis ke tawar?”Bentak Iskandar garang.Marah sangat nampaknya sekarang.
  Ala...hal kecil pun nak heboh ke?Lain la dalam air tu ada racun,kau nak heboh satu dunia pun tak pa.
            “Mana la saya tau.Saya rasa biasa je.”Dania masih tidak mahu mengaku kesalahanya.Geram pula rasanya pada Iskandar.Kalau nak air tu cukup rasa,bancuh la sendiri!
            “Kau minum air ni!”Arah Iskandar memaksa gadis itu meminum air itu.
  Dania geleng.
            “Tak nak!Saya dah minum.”Ujar Dania ingin beredar dari bilik itu.Tidak betah dia berlama disitu.Boeh lencun bajunya dengan peluh yang mua keluar.
  Iskandar tida puas hati.Sudah la dia penat baik dari berjogging.Penat-penat dia berusaha mengurangkan atom-atom lemak dalam badan,suka-suki aja perempuan itu menambahkan semula lemak-lemak dalam badanya.Hisy,geram betul la dengan perempuan tak faham bahasa ni!
  Iskandar pantas merentap lengan isterinya.Dania terdorong ke belakang,hampir saja wajahnya tersembam atas dada bidang suaminya tapi ditahan dengan tanganya.
            “Apa ni?!”Marah Dania sambil cuba merentap tanganya dari pegangan lelaki itu.Sakit hatinya makin bertambah-tambah terhadap Iskandar.
            “Minum air ni dulu.”Suara Iskandar tidak segarang tadi.Tapi matanya yang merenung Dania,menunjukkan dia sedang marah.
            “Berapa kali saya nak cakap,saya kata taknak,taknak la!”
  Isy,dia ni tak puas hati apa lagi?
            “Kau nak aku lepaskan kau ke tak?Kalau nak lepas,cepat minum air ni?”Gesa Iskandar lagi.
  Dania terdiam seketika.Dia geram sangat dengan Iskandar ni.Nak tak nak,terpaksa la dia minum air itu.Pada mulanya,dia hanya ingin minum seteguk saja.Tapi Iskandar memaksanya minum air tersebut hingga habis.Pergh!Manis gila.
            “Hahaha,sedap?”
  Iskandar ketawa terbahak-bahak.Dia tersenyum sinis pada isterinya.Dia tahu,ini semua angkara gadis itu yang ingin membalas dendam ke atasnya.Tapi dia tahu,sebagai seorang lelaki yang mempunyai kuasa dia boleh memaksa gadis itu melakukan perkara yang dia suka.Hahaha.
            “Puas hati awak sekarang?Puas?!”Jerkah Dania lalu berlalu pergi dari satu.Air matanya yang tidak dipinta,akhirnya turun juga.
  Iskandar tidak menghiraukan Dania,kemudian dia terus pergi keluar meninggalkan rumah.Tak kuasa dia hendak meihat air mata yang tak bernilai baginya.Buat apa dia hendak memujuk gadis itu,sedangkan Dania lansung tidak bermakna untuknya.
  Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil.Dania menangis semahu-mahunya.Sakit hatinya bagaikan dicucuk-cucuk sembilu.Kalau boleh dilihat pasti berdarah.Kenapala dia boeh terpedaya dengan lelaki itu?Kalau tak disebabkan dia yang membuat keputusan terburu-buru,pasti semua ini takkan terjadi.
 *****
RAZMAN menghenyakkan punggungnya di atas sofa empuk yang berada di rumahnya.Tali leher yang terikat dilehernya sejak pagi tadi,dilonggarkan sedikit.Rimas!Kepalanya disandarkan di atas sofa.Huh,lega....Dia memandang jam yang sedia tergantung di dinding,jam sudah menunjuk pada pukul 6 .00 petang.Dia teringat yang dia masih belum menunaikan solat asar.Segera dia melangkah ke dalam bilik air dan mengambil wuduk lalu menunaikan solatnya.
  Razman termenung ditikar sejadahnya.Fikiranya teringatkan Dania yang sudah beberapa hari yang tidak kelihatan kelibatnya.Rasa rindu yang cuba disoroknya tidak dapat dibendung lagi.Ingin saja dia pergi mencari Dania,tapi rasa malunya melebihi rasa rindunya.Iya la kan,dia lansung tidak mempunyai hubungan yang istimewa dengan gadis itu,nanti apa pulak kata orang lain yang dia pergi mencari gadis itu.Pasti dia akan dicop terhegeh-hegeh terhadap seorang perempuan.
  Selesai mengaminkan doa,dia mencapai telefon bimbit yang banyak berjasa kepadanya.Dia menekan punat-punat nombor menghubungi gadis pujaanya.Tapi tidak mendapat sambutan,lalu dicubanya sekali lagi,masih tetap sama.Dia mengeluh kecewa.Ke mana Dania?Dia rindu sangat!Akhirnya,Razman mengambil keputusan hanya untuk menghantar pesanan ringkas kepada gadis pujaanya.
  Dalam hati dia berharap Dania akan membalas pesananya...
 *****
FARHAN memerhati rumah banglo itu dari jauh.Niat dihati ingin pergi berjumpa dengan rakanya,tapi apabila melihat kereta yang selalu digunakan Farish Iskandar tiada,dibatalkan saja niatnya itu.Dia tertinjau-tinjau mencari kelibat seseorang di dalam rumah itu,dengan harapan dia akan keluar menunjukkan wajah.Tapi hampa.Farhan ingin melihat Dania,tapi gadis itu lansung tidak keluar rumah.Seharian dia tunggu untuk bertemu gadis itu.Akhirnya Farhan menghidupkan enjin kereta dan terus beredar dari situ.Tak kuasa dia berlama-lama disitu menunggu Farish yang sejak tadi tak muncul-muncul.
 *****
DANIA membaringkan tubuhnya di atas katil.Malam semakin tua,matanya sudah penat hanya tunggu untuk tertutup.Sambil melayan perasaan,dia teringat kejadian siang tadi.Sakit hatinya hanya Allah saja yang tahu.Sewaktu makan malam tadi,dia tertunggu kelibat suaminya,tapi hampa.Dia ingin sekali melihat reaksi lelaki itu sewaktu mencuba masakanya.Tapi melihat Iskandar yang bersikap acuh tidak acuh terhadapnya membuatkan dia tawar hati.
  Fikiranya melayang puak teringatkan kawan-kawanya.Rasa rindu pulak terhadap mereka,walaupun baru beberapa hari tidak berjumpa.Dia menghidupkan telefon bimbitnya yang sudah lama dia offkan.Dia ingin memeriksa pesanan yang mungkin ditinggalkan kawan-kawanya.Tapi tiada,yang ada beberapa panggilan yang tidak dijawab dan satu pesanan.Itu pun dari rakan sepejabatnya,Razman.
          Mana awak pergi,saya rindu awak sangat!Esok datang ofis ye...
          Saya sentiasa nantikan awak.Harap awak tak hampakan harapan saya.
          I miss you!
                                                                                  Love,Razman.
  Terbutang mata Dania membaca meseg tersebut.Berulang-ulang kali dia membaca pesanan tersebut.Biar betul mamat ni?!Dah gila keapa?Sukar untu dia percaya bahawa pesanan tersebut dating dari lelaki itu.
  Isy,dia ni dah sewel keapa?Main rindu-rindu pulak!Aku tak rindu dekat dia pun.Eeee,geli la.Sia merayu-rayu lagi.
  Krek...!Pintu bilik dibuka seseorang.Kelam kelabut Dania menyorok handphonenya.Iskandar dating menghampiri Dania.Dania buat dek aja.Tapi dalam hati berdebar-debar bagaikan nak tercabut jantungnya.
            “Awak nak apa?”Soal Dania perlahan.Malas hendak mewujudkan kekecohan.
            “Esok kau datang ofis awal sikit.Aku ada hal na bincang dengan kau.”Ujar Iskandar lalu beredar pergi.Sebelum itu,sempat juga dia member pesan kepada isterinya.
            “Oh ya,esok datang sendiri ofis.Tak macam dulu lagi.Aku bukanya kuli kau nak pergi hantar balik kau!”
  Pintu dihempas kuat!Tersentuh hati Dania mendengarnya.Semakin terluka perasaannya.Dia tak pernah meminta lelaki itu berbuat demikian dulu.Suaminya sendiri yang melakukanya.Mungkin,ini adalah salah satu taktik kotor untuk mendapatkan harga dirinya.Air mata yang cuba ditahan akhirnya turun juga.Sekali lagi dia menangis disebabkan lelaki itu.
  Malam itu dia tertidur bersama linangan air mata.Hati yang luka berdarah dibiarkan saja tanpa diubati...


p/s:sorry lambat pos,baru je habis exam.Harap dapat komen...:)





5 ulasan:

  1. adik yati,akak geram la watak si iskandar ni!!!bile adik nak kasik pengajaran kt die?

    BalasPadam
  2. dania ni dah tau iskandar begitu kenapa masih nak layan kerenah gila lelaki tue.. kalau aku, aku dah keluar dating dengan lelaki lakin.. aku dah pergi kat tempat razman.... biar cepat-cepat diceraikan.. kalau dah tawar hati kat lelaki tue.. buat apa lagi nak menjaga hati dia.. itu bukan suami namanya.. suami paling bodoh namanya tue...

    BalasPadam
  3. kak, sye rse nk tumbok aje muka si iskandar tu.Perasan ensem.kalau laki cam2 dia buat suami sah sye xkn pilih laki cm2...asl x bagitau aje terus terang ngan bapa dia...keep it up sis!

    BalasPadam
  4. adoiii .klu akak la kan akak buat kerja gilerr . bila sampai kat office dania kena belajar gedik n menganda dengan si razman tu . buat sia iskandar tu cemburu. cepat la habie nak satu copy tau

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...