Followers

Isnin, 7 Mac 2011

Perangkap Cinta 3



Bab 3
Dania menyandarkan tubuhnya di atas kerusi empuk selepas menyimpan fail di rak yang disediakan di ruang pejabatnya.Kemudian dia mengeliatkan tubuhnya sehingga bunyi semua tulangnnya.

“Huh,lega...”Ujarnya sendiriaan.

Dia memejamkan matanya bagi menghilangkan rasa beban yang ditanggungnya.Tiba-tiba fonselnya berbunyi mintak diangkat.

“Siapa la pulak ni?Kacau je la.”Dia merengus geram.

“Helo,siapa ni?”Kedengaran garang suarannya.

“Amboi garangnnya.Takkanlah nak callpun tak boleh.”

Berkerut dahinya mendengar suara yang kurang dikenalinya itu.Suara garau yang menerjah gegendang telingannya itu seperti sudah lama dia kenali.Cuma dia tidak ingat.Puas dia memikirkan siapa empunya suara itu,tapi tidak dapat.

“Hai...Kenapa je tiba-tiba diam?Tak ingat dekat saya ke?”

Isy,siapa la pulak mamat ni?Cakap macamla aku kenal dia sangat.

“Siapa ni?”Kali ini suarannya dikendurkan sedikit.Tidak sekeras tadi.

Kedengaran suara ketawa dicorong telefon.Bingit telinganya mendengar.

Dah gila ke mamat ni?Gelak tiba-tiba.Atau aku yang tersalah cakap.Tapi apa yang lawak sangat sehingga dia ketawa.

“Sayang...takkanlah tak ingat dekat abang ni?Baru je kita jumpa tadi.”

Terangkat kening Dania mendengarnya.Rasa marah tiba-tiba muncul.Amboi...dia ingat aku ni bini dia ke ?siap panggil sayang lagi.

“Apa sayang-sayang?Awak jangan nak biadab dengan saya ya?Awak ingat saya ni isteri awak ke hah?Lagipun saya mana ada abang.Baik awak cakap siapa awak sebenarnya.?”

Dania marah.Dari duduk,dia terus berdiri.Tidak senang dengan si pemanggil.Tak guna punya jantan.Nak main dengan aku pulak.Dia tak tahu aku ni siapa sebenarnya.Akulah jaguh wrestling keluarga Ismail.Hahaha.

“Dania,kalau awak nak tahu siapa saya.Awak jumpa saya dekat bawah pukul 12.30 nanti.Jangan lewat...Saya tunggu awak tau.Oklah,saya taknak ganggu awak kerja.Bye.”

Aik,dia tahu nama aku pulak.Siap buat temu janji lagi.Siapa la mamat ni?Nak tanya,dia dah matikan talian.Hmm...terpaksalah jumpa dia nanti.
*****
Di dalam lif dia terpaksa bersesak dengan orang ramai.Maklumlah,sekarangkan waktu makan tengah hari,pasti banyak perut yang sudah berkeroncong.Tidak terkecuali Dania.Sebenarnya dia tidak sempat hendak bersarapan di rumah,memandangkan terbangun lewat pagi tadi.

Dania memandang kasut yang pakainya.Cantik.Bibirnya tersenyum sendirian apabila mengigatkan peristiwa di kedai kasut pagi tadi.

“Eh...Encik mahal sangat la.”Ujar Dania apabila Encik Iskandar memilihkannya sepasang kasut yang mahal hargannya.

Tak tertelan air liurnya melihat harga kasut tersebut yang mencecah ratusan ringgit.Buat apa kasut maha-mahal,kalau kita hanya pakai untuk berjalan sana-sini.

“Tak pa,saya belanja.”Ujar Encik Iskandar sambil bibirnya yang tidak pernah lekang dengan senyuman apabila berhadapan dengan Dania.

Kadang-kadang terasa meluat melihat senyuman itu.Ia lakan,tak boleh ke buat muka biasa aja,baru la nampak macho.Itu bagi pandangan Dania.

“Tapi...”

“Tak dak tapi,tapi.Bukannya saya suruh awak bayarpun,saya just suruh awak pakai aja.Bukannya susah sangatkan pun.”Kali ini wajah Encik Iskandar kembali serius.

Alahai,jangalah dia nak paksa aku.Suka hati aku la nak kasut murah ke mahal.Kalau aku guna yang mahalpun bukannya orang lain nak ambil peduli.

Nak tak nak terpaksalah dia menerima hadiah pemberiaan Encik Iskandar.Tapi,yang peliknya bagaimana kasut Dania boleh hilang?

“Sayang...?”

Dania tersentak dari lamunannya,kembali ke alam nyata.Matanya tertancap ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri dihadapannya.Hampir saja dia jatuh terduduk melihat wajah iu.

Eh,macam mana pulak dia boleh ada dekat sini?

“Encik Iskandar.Kenapa ya?”Ujarnya seperti orang yang kebingungan.Itulah...mengelamun lagi.

Dia tersenyum. “Maafla,saya lambat sikit.Tadi ada client yang nak jumpa dengan saya.”

Dania semakin bingung dengan situasi yang dialaminya kini.Lama dia merenung Encik Iskandar meminta penjelasan.

“Tadikan saya call awak,nak jumpa dengan awak pukul 12.30.Tapi saya terlewat,maaf ya?”

Bila masa pulak dia ni call aku.Yang aku tahu,ada sorang mamat sesat yang call aku,kata nak jumpa.Tapi Encik Iskandar kata...Entah-entah,dia la mamat sesat tu.Aduh!macam mana aku boleh tak cam suara dia ni.

“Jadi,Encik Iskandarla yang kol saya tadi?”Soal Dania takut-takut.
Encik Iskandar tersenyum sambil menanggukkan kepalannya.

“Hah?Aduh!maaf Encik Iskandar.Saya betul-betul tak cam suara Encik.Lagipun saya takdak nombor Encik.Sekali lagi saya mintak maaf Encik Iskandar.”

Berkali-kali Dania memohon maaf terhadap Encik Iskandar.Tetapi melihat Encik Iskandar yang hanya mendiamkan diri,seperti tidak mahu memaafkan kesalahannya membuatkan dia tidak tentu arah.

Bodoh betulla aku ni.Macam manala... aku boleh tak cam suara dia yang cukup merdu tu?Mangkuk betulla.Nampak gaya,macam nak kena pecat aja.Hmm...terpaksalah aku cari kerja baru nanti.

“Saya mintak maaf Encik Iskandar.Kalau Encik nak hukum saya pun takpa.Asalkan Encik Iskandar jangan pecat saya.”
Encik Iskandar mendengar itu.Dia berjalan menghampiri Dania yang hanya menundukkan kepala.

“Betul?Awak mahu saya hukum awak?”

Laju saja Dania menganggukkan kepalannya.

“Saya sanggup.”

“Bagus!Kalau macam tu,jom ikut saya.”

Encik Iskandar pantas menarik tangan Dania suapaya menuruti langkahnya.Dalam fikirannya sudah merencana sesuatu hukuman yang menguntungkan dirinya untuk Dania.Bersedialah kau Dania.
Dania hanya menurut langkah Encik Iskandar.Dalam hati dia tertanya-tanya,apakah hukuman yang akan diberikan oleh Encik Iskandar kepadanya.

“Kita nak ke mana Encik?”Soal Dania apabila kereta BMW sport meluncur laju di atas jalan.

“Awak tunggu dan lihat je.”

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. akhirnya sye jmpe jga dgn or yg skepala ni link blog sye http://fyezah-unly.blogspot.com/

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...