Halaman

Followers

Jumaat, 11 Mac 2011

Perangkap Cinta 8


Bab 8

Hari untuk bekerja sudahpun bermula.Hari ini Dania datang bersama Azie seperti biasanya.Tidak lagi bersama Iskandar yang datang mengambilnya hanya pada awal lamaran.Bangunan yang tingginya mencecah dua puluh tingkat tersergam indah di tengah-tengah kota metropolitan itu.Dania melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut dengan penuh semangat.Semangat untuk memulakan kerja.

Dia terpandang kelibat seorang lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam lif.Berlari-lari anak dia menuju ke arah lif untuk menahan pintu lif tersebut dari tertutup.Nasib dia baik apabila tangannya sempat diselitkan dicelah pintu lif tersebut.Selamat!Tapi dia terkejut apabila sebaik saja pintu lif terbuka semula,lelaki yang tadi dia nampak adalah Iskandar.

Alamak!Dialah.Dania gamam.Maklumlah selepas dua hari tak berjumpa,dia terus kaku.Akhirnya dia memalingkan tubuhnya untuk menuju ke arah lif yang bersebelahan dengan lif yang sedang diduduki oleh Iskandar.Tapi,belumpun dia membuka langkah,tiba-tiba tangannya ditarik masuk ke dalam lif.Dania terkejut.Betul-betul terkejut!

Tangannya masih berada dalam genggaman lelaki itu,manakala tubuhnya begitu hampir dengan lelaki itu.Dadanya berdegup kencang,sungguh kencang hingga telinganyapun boleh mendengarnya.Dia cuba menrungkai tangannya dari lelaki itu.Tetapi pegangannya terlalu kemas.

“Encik Iskandar...”

Tegur Dania seraya meminta tangannya dilepaskan.Dia menarik nafas lega,apabila Iskandar baru tersedar dari kesilapannya dan genggaman tangannya terungkai.

“Er....Sorry.”Ucap Iskandar sedikit gugup.

“Hmmm.”Hanya itulah yang mampu terluah dari bibirnya saat ini.

Sebenarnya Dania tawar hati untuk bertemu dengan lelaki itu.Peristiwa semalam masih segar di dalam ingatannya,masih terbayang bertapa mesranya Iskandar dengan perempuan itu.Hatinya dipagut rasa cemburu.

Isy...buat apa aku ingatkan balik pasal dia tu.Buat sakit otak je!Dia marah dirinya sendiri.

“Nia,kenapa awak...”Belumpun sempat Iskandar menghabiskan bicaranya.Pantas Dania memintas.

“Oh,pasal tu.Sorryla,saya sibuk sangat semalam.Banyak kerja nak kena buat.”

Bohong Dania,dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh Iskandar.Pasti lelaki itu ingin bertanya tentang panggilan dan mesej yang tidak dibalas olehnya.Bukanpun dia sibuk semalam,cuma dia ingin membalas sakit hatinya pada lelaki itu.Biar Iskandar terus mencari-carinya.

Iskandar bingung dengan perubahan sikap Dania yang mendadak.Hari tu lain,hari ni lain.Sikap Dania berbeza dari hari-hari yang lain.Dingin saja.Entah apala yang sudah dia lakukan hingga perempuan ini berubah.Mungkin tentang ajakkan Dania yang telah ditolaknya mentah-mentah.Mungkin!

Ting!Pintu lif terbuka.Tanpa membuang masa lagi,Dania terus meluru keluar tanpa menghiraukan Iskandar yang masih termangu-mangu di dalam lif.

Huh,padan muka!Dania tersenyum senang,akhirnya dendam hati terbalas juga.

*****

Dania menunduk lemah mengutip sehelai kertas A4 yang terlepas dari pegangannya.Tangannya pantas mengemaskan kedudukkan kertas-kertas A4 tersebut.Rakan sekerjanya,Maria yang berada tidak juah dari tempatnya masih sibuk dengan kerja yang baru diberikan oleh Encik Karim.Dia duduk lalu mengeluh.

Bosannya!Apa yang aku nak buat sekarang?Kalau nak buat kerja yang betimbun ni malasla pulak.Tapi,nak tak nak terpaksalah aku siapkan juga.Kalau tak,mengamuk pulak orang tua tu nanti.Orang tua yang dimaksudkan Dania adalah Iskandar.

“Nia,bos nak jumpa.”Ujar seseorang yang tiba-tiba muncul didepannya.

Dania mendongakkan kepalanya memandang wajah si empunya suara.Dia sedikit terkejut.Tapi tidaklah ketara.Dia memandang Hanan yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Dia nak apa?Malas betulla aku nak jumpa dia.”Ujar Dania selamba masih meneruskan kerjanya.

“Manala aku nak tahu.Tapi aku tengok mood dia happy je hari ni.Aku rasa la kan,baik kau pergi jumpa dia,entah-entah dia nak bagi something macam si Raz bagi hadiah dekat kau.Untung kau nanti!”Ujar Hanan gembira.Membayangkan seseuatu yang tidak pasti.

“Isy,kau ni merepekla.Raz dengan bos manala sama.Bos tu kedekut!”Kutuk Dania.

“Sampai hati kau kata bos macam tu,tak baik tau.Kau ni pekerja,kenalah selalu puji bos.Tahu?”Hanan membela Iskandar.

Dania geram.Akhirnya dia bangun.

“Kau ni kalau nak sokong bos kita tu depan aku,tak payahla.Sekarang ni dia nak jumpa aku kan?Okay aku pergi.Good Bye!”

Akhirnya Dania melangkah juga menuju ke bilik Iskandar.Ikutkan kepala otaknya,dia sebenarnya tidak ingin untuk bertemu dengan lelaki itu untuk kedua kalinya hari ni.

Tuk!Tuk!Tuk!Pintu diketuk.Tidak sampi beberapa saat dia menerima arahan dari Iskandar untuk masuk.Tombol pintu dipulasnya.Dia berdebar sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik berhawa dingin itu.

“Encik Iskandar panggil saya.”

Dania berdiri dihadapan bosnya sambil menundukkan kepalanya memandang lantai.Tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu,tambahan selepas kejadian di dalam lif tadi.

“Nia,berapa kali saya nak cakap,don’t call me Encik Iskandar.Just Is,okay?”Jawab Iskandar tegas,dia berjalan menghampiri Dania.Tangannya cuba memegang bahu gadis itu,tapi pantas dia mengelak.

Isy,dia ni kenapa?Nak pegang-pegang pulak.Tak tahu ke ni office.

“Encik nak suruh saya buat apa-apa ke?Kalau tak saya keluar dulu.”

Dania mula mengatur langkah ingin meninggalkan bilik yang terasa panas.Tidak betah dia berlama disitu.Buat apa dia terus menunggu disitu sekiranya lelaki itu hanya mengambil kesempatan untuk bertemu dengannya.

“Dania,wait...”Seru Iskandar,sekaligus mematikan langkah Dania.

Dia tidak memalingkan tubuhnya menghadap lelaki itu sebaliknya dia membelakangi Iskandar menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut lelaki tersebut.

“Arghh.”Dania terjerit kecil apabila terasa pingangnya dipeluk erat dari belakang.Tapi cepat-cepat dia menekup mulutnya semula.Takut orang lain terdengar.

“Apa ni Encik Iskandar?Lepaslah...”

Dania cuba merungkaikan pelukkan itu.Tetapi terlalu payah apabila Iskandar semakin mengeratkan pelukkan.Dania hampir hilang nafas,semput dia bila dirinya dalam dakapan lelaki itu.Berdegup kencag dadanya.Ya Allah...

“Please...”Rayunya pada Iskandar.

Iskandar tidak menjawab.Dia leka sebentar dalam khayalannya.Bau harum rambut Dania membuainya.Dia memejamkan mata,lalu mencium belakang gadis itu.Semakin geloralah dia.Dia mengeratkan lagi pelukkan.

Dania meronta-ronta minta dilepaskan.Hampir menangis dia.Hatinya sudah tidak keharuan.Telinganya menangkap kata-kata cinta lelaki itu.Dia keliru.Keliru dengan keputusannya.Baru sebentar tadi dia nekad untuk memutuskan hubungannya dengan lelaki itu,selepas melihat kejadian semalam.

Iskandar tersedar.Barulah dia tahu dia sedang melakukan kesilapan pada gadis itu.Tapi dia tahu mengawal situasi.

“Nia,saya cintakan awak.Kenapa tiba-tiba awak berubah ni?”Soal Iskandar berterus-terang.

“Apa Encik...”

Chup!Satu ciuman singgah dipipinya.Jelas dia terkejut.Bulat matanya memandang wajah Iskandar.Biar betul dia ni?Perlakuan berani mati!

“Sekali lagi awak cakap saya Encik Iskandar.Saya cium dekat bibir awak pulak,nak?”

Dania pantas mengeleng.Merah padam mukanya menangung malu.Malu pada dirinya kerana tidak sempat mengelak.

Bodoh betulla aku ni!

“Nia,kenapa panggilan saya awak tak angkat,mesej saya tak balas?Awak marah dengan saya ke,sebab tak dapat keluar dengan awak kemarin?”

Dania gugup.Nak jawab ke tak?Ataupun aku yang soal dia balik?

“Awak dengan perempuan mana semalam?”Tanya Dania tanpa berselindung lagi.Dia sudah tidak sanggup menangung beban persoalan.

Iskandar diam.Dia nampak ke?Patutlah dia kol aku nak jumpa dekat tempat yang sama.Dia cemburula tu.Patutla muka masam je hari ni.Iskandar senyum.Kemudian dia mencapai tangan gadis itu.

“Awak cemburu ke?”Soal Iskandar sambil tersengih.

Isy,dia ni.Boleh tanya lagi,mestilah aku jeles.Siapa yang tak jeles bila tengok kekasih hati yang kacak dengan perempuan yang sopan,cantik pulak tu?

“Tu lah awak.Kalau nak jeles tak bertempat.Perempuan yang awak tengok tu,sepupu sayala.”Bohong Iskandar.Tapi dalam pembohongannya lansung tiada cacat cela dalam percakapannya.

Eleh,kalau sepupupun.Perempuan tu boleh jadi kekasih awak.Dia tu boleh kahwin dengan awak.Jawab Dania dalam hati.Mukanya masih masam,lansung tiada senyuman yang terukir dibibir itu.

“Ya la tu...”Balas Dania kurang percaya.

Pada mulanya dia kurang selesa untuk berbual dengan Iskandar tentang perhubungan mereka.Tetapi setelah lelaki itu yang mulakan dulu,dia tidak akan lepas peluang ini untuk meminta penjelasan.

“Kenapa?Sayang tak percaya?Kalau tak percaya awak ambil pisau belah je dada saya ni...Tengok hati saya yang jujur ni.”

Iskandar mencapai tangan Dania lalu dilekatkan didadanya.

Huh,jujurla sangat.Mulut cakap lain,hati cakap lain.Dasar lidah bercabang.Kalau dah lelaki dasar playboy,tetap sama aja.Dania memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu.Mencari satu kejujuran.Tapi kenapa dia lansung tidak nampak cahaya dalam mata itu.

“Hei,kenapa diam je ni?”

Tangan kasar lelaki itu mengelus lembut wajah Dania.Dania terkejut,cepat-cepat dia menepis tangan lelaki itu.Dia berdebar.

Gila ke?Tak tahu malu.Suka hati je pegang-pegang muka aku ni.Tahulah kulit aku ni lembut.Perasan!

“Sudah la wak...saya nak balik sambung kerja.”

Dania mula mengorak langkah,tapi sekali lagi tubuhnya ditarik lelaki itu.Hampir saja dia jatuh tersembam didada bidang lelaki itu.Nasib baiklah tangannya sempat menahan.Kalau tidak,percumala Iskandar mendapat ciuman dari Dania.

“Apa ni?”Marah Dania.Geram,dia menolak tubuh lelaki itu.Tapi Iskandar tidak mahu melepaskannya.Lelaki itu ketawa.

“Kalau sayang tak percaya dan tak nak maafkan saya,saya takkan lepaskan awak.”Jawab lelaki itu dengan sisa tawanya yang masih ada.

Dania terkejut.Meronta-ronta dia minta dilepaskan.Tapi apalah kudratnya untuk melawan kekuatan lelaki itu.Tak guna!

“Ya la,ya la.Saya percaya cakap awak,saya maafkan awak.”Ujar Dania geram.

“Hmm,macam tu la sayang.Okay,waktu lunch nanti jumpa saya dekat lobi.Kita pergi lunch sama-sama.”

“Hah?Er....”Dania tidak sempat habiskan ayatnya.

“No excuse okay.”

Dania mengeluh.Nak tak nak,terpaksala dia mengikut kehendak lelaki itu.Selepas itu dia terus keluar dari bilik itu.Setibanya di meja tempatnya bekerja.Hanan dan beberapa orang rakan sekerjanya,kalut menegerumuninya.

“Wei,kenapa lama sangat kau dekat dalam tu?Ada apa-apa ke?”

“Isy,kau ni mana ada.”Selindung Dania.Takkanlah dia nak bagi tahu perkara sebenar kepada rakan-rakannya.

“Kalau tak,kenapa lama sangat.Aku tunggu kau dekat setengah jam nak keluar.Kau buat apa lama-lama?”Soal Hanan belum berpuas hati.

“Aku kata takdak,takdakla.Bos cuma bagi kerja sikit je.”

“Kalau...”

“Dah-dah.Kau ni banyak pulak tanya,kalau nak tahu lebih lanjut pergila tanya bos,tanya aku buat apa.Sekarang ni aku nak buat kerja,korang semua pergilah sambung kerja korang tu.”

Dania rimas bila rakannya sibuk menyoalnya bagaikan ejen FBI.Macamlah Dania ni pesalah.Dia terpaksa bercakap berlapik dengan rakannya,takut rahsia yang selama ni disimpan terbongkar.Kalau nak terbongkarpun biarlah kena pada waktu yang tepat.

Dia teringatkan Razman.Sudah dua hari lelaki itu tidak nampak didepan matanya.Ke mana lelaki tu?Merajuk ke dia sebab penolakkan Dania tempoh hari?Suka hati kaula Razman.Dania ni dah ada balak,buat apa dia nak fikirkan kau.Baik dia fikirkan Iskandar tu...

Isnin, 7 Mac 2011

Perangkap Cinta 7


Bab 7

Hujung minggu itu,Dania,Azie,Sara dan Iela telah berjanji untuk keluar bersama.Biasalah hujung bulan,mestilah nak shopping!Mereka bercadang untuk pergi ke Great Eastern Mall di Jalan Ampang.Hari ini Sara bermurah hati menawarkan untuk menggunakan kenderaannya.Selalunya mereka akan menggunakan kereta Azie.Entah apa lah yang merasuk mereka berempat,hari itu mereka memakai pakaian yang sama warnanya.Macam rombonganla pulak.

“Wei,jom pergi popular kejap.Aku nak beli buku.”Ujar Dania selepas mereka keluar dari salah satu kedai kasut yang berada disitu.

“Jomlah...”

Dania menarik tangan Azie supaya bergerak mengikutnya.Tanpa bercakap banyak,Azie hanya menurut saja.Sara dan Iela sudah melencong ke tempat lain.Sememangnya mereka lansung tidak berminat dengan buku.

“Aku nak beli ni ke,ni?”

Dania bertanya pada dirinya sendiri.Dua buah novel terdapat ditangannya.Dia sedang memikirkan untuk hendak membeli yang mana satu antara dua novel tersebut.Ikutkan hati,mahu saja dia membeli kedua-duanya.Tapi rak dirumah sudah penuh dengan novel-novelnya.Tambahan Azie sering memberinya ceramah.

“Kau ni asyik membazir je,dah takdak benda lain ke nak beli?”

Bebelan itu sering dia ingat ketika hendak membuat pilihan.

“Pilih tak lagi?”

Azie datang dengan dua DVD anime.Dia melihat Dania masih belum membuat kata putus.Dia tersenyum .

“Bak sini dua-dua tu.Aku belanja kau hari ni.”Ujar Azie terus berlalu ke kaunter.

“Betul ke ni?”Soal Dania sedikit terkejut.Sebelum ni rakannya jarang bermurah hati untuk membelanjanya.Tambah-tambah lagi soal novel.

“Haa la.Lagipun,nanti kau dah nak kahwin dengan Encik Iskandar kau tu.Kau dah tak tinggal dengan kami.Kesian aku kan?”

“Ala,lagipun kitakan boleh jumpa lagi.”Dania menjawab memujuk Azie.

“Tak best,tak sama macam dulu lagi.”Jawab Azie tersengih macam kerang busuk.

“Sebab apa pulak?”Dania tidak berpuas hati.Melihat senyuman itu,dia pasti rakannya sedang memikirkan hal-hal nakal.

“Sebab,perut kau masa tu dah buncit.Kami ni slim-slim lagi,mana best keluar dengan orang macam kau.”

Azie ketawa besar hingga orang-orang yang berada di sekeliling mereka memandang ke arahnya.Merah wajah Dania.Malu!Bertambah-tambah besarla gelak Azie melihatnya.

Kurang asam punya kawan!Ada ke patut dia kutuk aku?Ni tak boleh jadi ni,siapla kau Azie,tahulah aku nak ajar kau nanti.Marah Dania dalam hati.Tangannya pantas menampar lengan Azie.

“Dah-dah,kau pergi bayar tu.Nanti lambat pulak.”

Dania menolak tubuh Azie supaya beratur.Geram dihati belum reda.Hatinya bertambah geram apabila melihat lelaki yang sedang membuat pembayaran sedang tersengih-sengih memandangnya.

“Apa tengok-tengok?Ada hutang ke?”

Marah Dania pada lelaki tersebut.Dia bercekak pinggang sambil menunggu Azie.Hai,dah macam orang tua yang sedang menunggu anak-anak yang masih belum pulang ke rumah.

Sabar Nia,sabar!

Di tingkat bawah sekali pusat membeli-belah tersebut adalah food court.Mereka memilih gerai yang menjual makanan islam.Azie memilih makanan kegemarannya,Mihun Sup.Manakala Sara,Iela dan Dania memilih untuk makan nasi ayam.Dania melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Sara.

“Mana aceh,kenapa kau sorang je lain?Kami semua sama.”Ujar Iela kurang berpuas hati.

Mereka tunduk melihat makanan masing-masing.Barulah mereka tahu Azie seorang saja yang lain makanannya.

“Betul tu.Datang sama-sama,shoppingpun sama-sama.Makananpun mestilah sama.”

Usul Sara,menyokong kata-kata Iela.Dania pulak hanya mendiamkan diri.Perutnya sudah lama lapar,dia sudak melantak terlebih dahulu memakan makanannya.Biarlah kawan-kawannya nak kata apa,dia peduli apa!

“Oh,kau marah aku sorang je.Dania kau taknak marah?Tu,dia dah melantak awal-awal lagi.Bukan nak makanpun kena sama-sama ke?”

“Woi!”

Iela menampar belakang Dania.Dania tersedak-sedak.Hampir saja dia tercekik tulang ayam.

“Apa ni?Kalau aku mati tercekik tadi macam mana?”Marah Dania.Dia meneguk rakus air yang dihiulurkan oleh Azie.

“Kaula...”Belum sempat Iela bersuara.Azie pantas memintas.

“Wait-wait...”

“Kau ni apa hal pulak.”Tanya Dania kasar.

“Tu,tu.Tengok tu.”Azie kelam-kelabut.Tangannya menunjuk ke arah seseuatu.

“Apa?”

“Tu,tengok tu...”Azie geram.Dia bangun lalu mengarahkan kepala Dania ke suatu tempat.

“Apa,siapa?”

Isy,dia ni duk tunjuk tu,tu,tu.Aku tanya ‘tu’ apa?Duk suruh tengok benda tu jugak.Rungut Dania dalam hati.

“Iskandar.”Lancar saja mulut Azie menyebut nama pujaan hati,pengarang jantung kawannya itu.

“Mana?”Ujar Dania,Iela dan Sara serentak.

Walaupun mereka tidak ada kena mengena dengan lelaki itu,tetapi merekapun teringin melihat wajah lelaki itu.Kecualilah Azie sudah acap kali melihatnya.Dania terkejut,bila Azie menyebut nama Iskandar.Hampir saja dia melompat girang.Sudah dua hari sejak lamaran itu dia tidak melihat wajah lelaki itu di pejabat.Dia rindu akan lelaki itu!

Tapi,tiba-tiba saja senyuman yang tadi terukir cantik diwajah Dania terus hilang.Dania terduduk lemah apabila matanya menangkap seorang perempuan sedang duduk berduan dengan Iskandar.Nampak mesra.Hatinya diserang rasa cemburu.Siapa perempuan tu?

“Nia...”Azie lembut menyentuh bahu rakannya.Dia tahu perasaan rakannya kini.

“Kau cuba kol dia.”Ujar Iela yang sudah mengecam siapa Iskandar.

“Nak buat apa?”Soal Dania terkejut.

“Kau tanyala,dia tengah buat apa,lepas tu kau ajaklah jumpa.Tapi kalau dia kata ada hal,sibuklah apa-apala kan.Maknanya dia bohong kau.Tapi kalau dia kata di sekarang sedang jumpa someone,maknanya dia jujur.”

Iela kini kelihatan seperti seorang yang pakar dalam soal cinta.Sedangkan dia baru membuat misi mencari cinta.Pengalaman cintapun tiada,ada hati nak ajar orang.

“Taknak lah aku.Ganggu dia je,entah-entah perempuan tu bisnes partner dia.Malu aku nanti!”

“Ala,kau cubala.Belum cuba belum tahu.”

Aziepun sudah tidak sabar mendengar suara gelabah.Nanti bolehla aku tolong gelak.

Dania teragak-agak untuk membuat perkara apa yang disuruh oleh rakannya.Akhirnya dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu didail nombor Iskandar.Hatinya turut mendesak ingin mengetahui siapa perempuan itu?Siapa yang tak jeles bila melihat kekasih sendiri dengan perempuan lain.Berdua-duan pulak tu.

Farish Iskandar puas menatap wajah kekasihnya hari ini.Tangannya masih mngengam erat tangan Rina.Hari ini dia tidak membantah seperti hari-hari lain.Pantang saja jari nakal Farish hendak menyentuhnya,segera dia menampar tangan itu.Suasana di restoran ini sedikit lenggang,yang kedengaran hanya alunan lagu Celine Dion yang menasyikkan.Menambahkan lagi suasana romantik disitu.

Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan deringan telefon yang menjerit minta diangkat.Farish Iskandar terkejut apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya adalah nama pekerjanya Dania.

Perempuan ni nak apa pulak ni?Kacau line je lah.Nak angkat ke tak ni?

“Rish,kenapa tak angkat fon tu?Entah-entah klien ke?”

Tegur Rina yang mendengar telefon bimbit terus mengalunkan lagu.Bingit telingannya mendengar lagu yang entah apa-apa yang diletakkan oleh Farish sebagai nada deringan.

“Er...Okaylah.Sebab sayang yang suruh,Rish angkat juga.”

Dia sebenarnya berat hati untuk menjawab panggilan itu.Ikutkan hati mahu saja dia menutup telefonnya.Menyesal juga dia tidak melakukannya awal-awal lagi sebelum pertemuan ini.Tahukah kau Rina,ini adalah panggilan dari bakal isteri Farish?

“Hello.”Ujar Farish ringkas memulakan perbualan mereka.

“Awak tengah buat apa tu?”Soal suara disana.

“Nothing,awak?”Tanya Farish selmba tanpa menghiraukan pandang Rina yang lain dari biasa.Mesti dia terkejut apabila mendengar suara Farish yang kedengaran mesra.

“Saya nak jumpa hari ni boleh?”

“Hah?Hari ni?Dekat mana?”

Farish gelabah apabila Dania minta untuk berjumpa dengannya.Peluh jantan sudah mula kelihatan didahinya.Macam mana nak jumpa,kalau dia sendiri tengah sibuk dengan perempuan lain.

“Hmm,dekat Sturbucks Great Eastern.”

Aik,macam tahu-tahu je aku dekat sini.Tapi kenapa aku dengar suara dia lain je.Tadi lain,sekarang nipun lain.Ada berapa orang Dania ni?

“Er...Tak bolehla,lagi lima minit saya kena jumpa klien.”Bohong Farish.Bohong sunat.

“Hujung minggu macam ni?”

“Biasala,orang bisnes.”

Selepas itu talian terus diputuskan.Farish jelas terkejut.Tapi dia peduli apa,kau nak merajuk,merajuklah.Takdak siapa nak pujuk.Farish terus mengajak Rina keluar meninggalkan bangunan itu.Sebenarnya hatinya takut sekiranya terserampak dengan Dania.Tambah-tambah lagi selepas mendapat panggilan dari dia.

Kini Farish Iskandar dapat menarik nafas lega.Selega hatinya kini.Nanti selepas menguruskan Rina,barulah dia akan pekerjanya.Ya!Dihatinya cuma bertatah nama Rina tiada yang lain.Baginya Dania hanya lah pekerjanya yang hanya digunakan untuk memenuhi syarat-syarat papanya.Tidak lebih itu.Kesian Dania!

“Hahahahaha.”Suara tawa tiga sekawan bergema memenuhi ruang rumah itu.Azie sudah terduduk kerana sakit perut ketawa.Manakala Sara sudah reda dengan tawanya yang sudah pecah didalam kereta.Cuma Dania saja yang masam mukanya.Selepas dia membuat panggilan itu mereka terus pulang ke rumah.Moodnya hilang,tambahan lagi melihat kemesraan Iskandar dengan perempuan lain.

Azie,Iela dan Sara yang melihat rakannya mengambil keputusan untuk tidak menegur.Biarlah dia melayan perasaan yang tengah bercelaru.Hati siapa yang tak sedih,bila lelaki yang bakal membina hidp dengan kita sedang berseronok dengan perempuan lain.

Betul ke apa yang aku tengok tadi?Siapa perempuan tu?Kenapa aku rasa keputusan aku salah sekarang?Dulu aku gembira sangat nak kahwin dengan dia.Sekarang?Entahla.Patut ke aku batalkan niat aku saja untuk kahwin dengan dia.

Ya Allah,Kau bantulah aku dalam membuat keputusan.Kau tabahkan lah hatiku ini.Amin...

Perangkap Cinta 6


Bab 6

Farish menyandarkan tubuh tegapnya di sofa empuk yang sentiasa berada diruang bacaan rumahnya.Matanya merenung bingkai gambar yang terkandung gambarnya dengan seorang perempuan.Dia mengeluh seketika.Kemudian dia senyum kembali.Geli hatinya bila meningatkan peristiwa siang tadi.Naik meremang bulunya.

Macam manala aku boleh jadi mat jiwang karat tadi!Geli aku.Tapi syok juga tengok muka dia,merah semacam.

Farish mencapai bingkai gambar tersebut sambil tersenyum.Kalaulah Rina yang jadi perempuan itu,pasti dialah insan yang paling bahagia kini.Tapi nak buat macam mana lagi,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata merana seumur hidup.

Dia berjanji pada dirinya.Biarlah apa yang terjadi dia akan terus menjaga rahsia ini dari terbongkar.Dia tidak mahu hati kekasihnya akan hancur bila mengetahui hal ini,walaupun ada hati yang akan merana.

*****

Awal pagi itu,sewaktu pejabat baru dibuka,Dania sudah terpacak di pejabatnya.Hatinya berbunga riang,tidak sabar untuk menemui Iskandar.Jejaka yang telah menganggu tidur malamnya.Kebetulan Hanan setiausaha Iskandar turut datang awal.Dia melintasi meja yang sedang diduduki Dania.

"Hah Nia.Mimpi apa datang awal hari ni?"

Hanan terus melabuhkan punggung di hadapan Dania tanpa kebenaran.Sebenarnya dia malas hendak memulakan kerjanya lagi.Fikirnya lebih baik dia duduk berbual dahulu dengan Dania.

"Aku mimpi jumpa dengan nak raja."Jawab dia selamba.

"Hai,anak raja manala pulak ni?"Sampuk seseorang tiba-tiba.

Jelas mereka berdua terkejut.Tetapi mereka tetap menghadiahkan senyuman kepada si empunya diri.Tiba-tiba sebuah kotak yang berbalut kemas diletakkan di atas mejanya.

"Apa benda ni?"Tanya Dania sedikit terkejut dan pelik.Dia memandang wajah lelaki yang berada dihadapannya.

"Bukala,saya bagi untuk awak."Jawab lelaki itu lembut.Matanya merenung wajah Dania.Mungkin Dania lupa ini hari apa.

"Bukala cepat,akupun nak tengok juga."

Hanan sudah tidak sabar-sabar.Matanya masih tertancap pada hadiah tersebut.

"Hadiah untuk apa?"Soal Dania masih belum berpuas hati.

"Isy,kau ni.Banyak songehla.Bak sini,biar aku yang buka."

Tangan Hanan ligat mengoyak kertas pembalut hadiah tersebut.Tiba-tiba dia menjerit kegirangan.Terkejut melihat isi kandungan hadiah tersebut.Seutas rantai perak berkilauan didepan matanya.

"Nia,cantikkan!"

Hanan meletakkan rantai tersebut di lehernya.Meperagakan rantai tersebut.Bibirnya sejak tadi masih belum lekang dengan senyuman.

"Hei,aku tak bagi dekat kau.Aku bagi dekat Nia."Ujar Razman sedikit kasar.Lidahnya sudah sebati menyebut nama singkatan Dania.

"Ek ekleh...Kau ni kalau ada hati dekat Dania,cakap je lah.Akupun teringin nak tengok saat-saat romantik korang berdua ni."Jawab Hanan tanpa menghirau wajah merah rakannya.Entahla,sama ada marah ataupun malu.

"Er...Apa ni Raz?Hadiah ni untuk apa?"Soal Dania gugup.Dadanya berdebar setelah disakat oleh Hanan.Merah wajahnya menahan malu.Tapi hatinya turut marah bila mata Razman nakal mengintai wajahnya.

Razman tidak segera menjawab.Dia menunggu bila masa Hanan beredar meninggalkan mereka berdua sendirian.Sememangnya dia akui kebenaran kata-kata Hanan tadi.Sejak Dania mula bertugas di syarikat ini,dia sering mengintai untuk melihat gadis pemalu ini.Semakin hari dia mula jatuh cinta pada gadis ini.Perlahan-lahan dia mula mendekati gadis yang ramah-tamah ini.

Hanan yang menyedari akan kebisuan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu.

"Okaylah Nia,aku chau dulu.Taknak ganggu konsentrsi Raz nak luahkan isi hati dia."Hanan berlalu dengan tawanya.

Luahkan isi hati apa?Menyampah aku tengok muka dia ni.Dok tercongok dekat meja aku ni apsal?Dah takdak tempat nak duduk ke.Marah Dania dalam hati.

"Raz..."

"Nia..."

Mereka berdua berkata serentak.Dania ketawa.Lucu!

"Takpa lah,awak cakap dulu."Dania beralah.

"No,ladies fisrt."

Lama Dania terdiam.Dia merenung hadiah pemberian Razman.Memang cantik!Seutas rantai perak yang berloketkan bentuk hati dan ditengah-tengahnya terdapat batu berwarna pink.Tapi dia tidak boleh menerima pemberian ini.Baginya hadiah ini cukup mahal.Dalam hatinya tertanya-tanya,apakah yang menyebabkan Razman hari ini bermurah hati untuk memberinya hadiah.Adakah hari ini adalah hari yang istimewa?

"Awak ambil lah hadiah ni balik,saya tak boleh nak terimanya."Jawab Dania jujur.

"Kenapa?Lagipun saya bagi hadiah ni sempena birthday awak."

"Hah?"

Hari jadi aku?Hari ni berapa hari bulan?Oh,betulla.Hari ni 19 Februari.Macam manala aku boleh terlupa.Ni mesti kes ayik teringatkan putera raja.

Tanpa dia sedar,dia tersenyum sendirian.Razman yang melihat senyuman itu terkaku seketika.Gamam melihat senyuman mesra itu.Kali ini giliran dia pulak untuk tersenyum.

Nampaknya,mendapat respon yang baik!

"Malam ni awak free tak?"

"kenapa?"

"Saya nak ajak awak dinner."Razman tidak berselindung lagi.Dia terus menyatakan isi hatinya.Dia berharap sangat Dania akan menerima ajakkanya,kerana malam ini adalah malam yang amat penting dalam hidupnya.

"Er...Tak bolehla."

Jawapannya menghampakan Razman.Lelaki itu mengeluh.Akhirnya dia bersuara.

"Takpa lah Nia,kalau awak tak boleh,biar saya seorang saja yang pergi."Razman mula berjauh hati dengan gadis ini.

"Awak ajaklah Hanan ke,Syifa.Sure diorang akan pergi."Dania memujuk.

Dania,kenapalah awak susah sangat nak faham perasaan saya ni?Keluh Razman dalam hati.

Tanpa sebarang kata dia terus meninggalkan Dania dalam keadaan terkebil-kebil.Hatinya sedikit kecewa,biarlah dulu dia menenangkan hatinya yang sedang bergelora dengan asmara.Dania tidak menghalang.Dia sendiri tidak betah untuk memujuk lelaki itu.Razman bukanlah sesiapa dalam hidupnya,lainlah Iskandar yang bakal menjadi sebahagian dari hidupnya.

Dia tersenyum bahagia.Dia sudah tidak sabar untuk menjalani kehidupannya yang baru bersama dengan insan dia sayang dan cinta.

*****

"Kahwin dengan I Rina."Ajak Farish petang itu sambil mengusap-usap tangan kekasihnya.

"I tak sedia lagilah Rish,berapa kali I nak cakap.Tunggu lah I habis study dulu."Jawab Rina seraya menarik tangannya dari terus digenggam oleh Farish.

Petang itu dia hanya memakai memakai baju kurung pahang berwarna hijau pucuk pisang dan tudung berwarna pink yang menutup rambutnya.Nampak lembut dan ayu setiap mata yang memandang.Tidak sangka rupa-rupanya kekasih hati Farish seorang yang sopan dan masih menuntut disalah satu universiti tempatan.Boleh tahan juga test dia ni.

"Habis tu bila you nak bersedia?I ni bukan makin lama makin muda,tapi makin tua."Itu hanya alasan yang diberikan oleh Farish untuk mendesak Rina mengahwininya.

Tua apa?Baru berumur 29 tahun,aku 22 tahun.Kira okayla.Lagipun aku nak habis belajar tahun depan.Sabar ajalah.

"Tolonglah Rish.Please understand me!I nak belajar lagi."

"Habis tu siapa nak faham I?Kalau you nak belajarpun,belajarlah I bukan nak larangpun.I cuma minta kita kahwin je."

Rina terdiam.Dia sudah tidak ada kuasa untuk melawan cakap lelaki ini.Akhirnya dia menadahkan telinganya mendengar amarah Farish.Bukan niatnya tidak mahu berkahwin dengan lelaki ini,tetapi dia mahu menghabiskan pelajarannya dulu sebelum melangkah ke alam yang baru dalam hidupnya.Ingin sekali hatinya untuk hidup bersama Farish,tetapi dia mahu lelaki itu sabar menunggunya.

Farish mendengus kasar.Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil.Matanya terpejam,kepalanya tiba-tiba diserang pening.Balik saja dari bertemu dengan Rina,moodnya terus hilang untuk pergi ke pejabat.Jam baru menunjukkan pukul 2.30 petang.Apabila teringatkan dia masih belum menunaikan solat,segera dia meluru ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Dalam doanya dia memohon kepada Ilahi suapa diampunkan segala dosanya.Dia juga tidak lupa mendoakan kesejateraan kedua orang tuanya yang telah lama meninggalkan dunia.Dalam hati dia berharap sangat segala hal yang dia kerjakan akan mendapat keredhaan Allah.Amin...

Perangkap Cinta 5


Bab 5

Di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu sepi tanpa suara.Disitu kelihatan dua orang manusia sedang duduk sambil bertentangan.Si jejaka sedang galak merenung si gadis manis,manakala gadis tersebut hanya menunduk kegelisahan.Dia tahu mata lelaki itu sedang tajam merenungnya.Lidahnya kelu.Terasa seperti ada satu kuasa yang sedang mengawal mulutnya dari bercakap.Akhirnya satu keluhan terlahir dari bibirnya.

Dania mengangkat muka.Memberanikan diri bertentang mata dengan lelaki itu.Dia menggigit bibir,menahan rasa hati yang sedang bergelora.Fikirannya sedang memikirkan kata-kata lelaki itu sebentar tadi.

Dia ni biar betul,nak kahwin dengan aku?Jawapan yang dia mintakpun aku belum bagi.Sekarang ni,dia mintak nak kahwin dengan aku pulak!Macam mana ni?Terbeban kepala otak aku nak fikirkan.Sudahla masa yang dia minta sekarang.Singkat sangat.

"Err..."

"Awak setuju?!"Soal Iskandar pantas.Kelihatannya lelaki itu sudah tidak sabar.

Isy,dia ni la.Aku fikirpun tak sempat lagi.

"Awak nak jawapan jujur ke,berlapik?"Soal Dania seperti mengharap.Mungkin soalan itu bagi sesetengah orang adalah soalan bodoh.Tapi tidak baginya.

"Saya nak awak cakap dengan jujur dan seikhlas hati awak.Saya cuma nak tahu apa perasaan awak pada saya.I love you so much!"Ujar Iskandar tenang dan romantis.

Bergetar hati Dania mendengarnya.Kedengaran seperti ikhlas dan lahir dari hati lelaki itu.Dia merenung jauh ke dalam mata Iskandar.Mencari jawapan dalam kepastian.Tapi entah mengapa dia tidak dapat melihat cahaya dalam mata itu.Mungkin Iskandar sengaja tidak mahu mempamerkannya.Tapi mengapa?Soalan itu tidak dapat dia jawabkan.Lelaki itu mahu dia jujur,tapi dirinya malu untuk meluahkan isi hatinya yang sememangnya dari dulu lagi sudah berbunga cinta untuk lelaki bernama Iskandar.Haruskah dia meluahkannya?Ya! Dia harus.Dia tidak mahu Iskandar pergi,pergi dan terus pergi mencari yang lain.Dia ingin mendakap hati lelaki itu,kerana dia sendiri yang menghulurkan.

Dania menarik nafas dalam-dalam.Mencari kekuatan bagi bagi menyuarakan isi hatinya.

"Sememangnya..."Katanya mati disitu.Dadanya berdebar tak tentu arah.

Iskandar ternanti-nanti jawapan yang bakal terkeluar dari bibir Dania.Entah menagapa dadanya turut berdebar-debar.Macam orang sedang menunggu tok kadi yang tidak kunjung tiba.

"Saya cintakan awak!"Ujar Dania lancar.Sepantas kilat dia menekup mulutnya.Malu!Merah wajahnya.

Iskandar kaku.Tak sangka dia akan mendengar pengakuan berani mati gadis dihadapannya sekarang.Dalam hati dia turut mengucap syukur kerana gadis ini menjawab dengan jujur.Dia cintakan aku...

"Terima kasih Dania...Sebab awak sanggup terima diri saya yang serba kekurangan ni.Tapi saya janji,saya akan jaga awak dan bahagiakan awak semampu saya yang boleh.Saya cintakan awak sangat-sangat.Terima kasih sayang!"

Iskandar mengucup lembut tangan Dania.Dia meremas-ramas tangan lembut itu.Lega hatinya sekarang.Akhirnya wanita itu jatuh ke pangkuannya.Hatinya tersenyum gembira.

"Err...Tapi,tak terlalu awal ke untuk kita kahwin?"Soal Dania masih ragu-ragu.

Sebenarnya dia kurang selesa bila diajukan soalan tentang perkahwinan.Dia hanya mengungkap kata cinta,belum menyetujui untuk berkahwin dengan lelaki ini.

"Awak cintakan saya,sayapun cintakan awak.Apa yang nak tunggu lagi,kita kahwin je la.Lagipun saya tak nak tunggu lama-lama.Takut ada yang curi."

Dania tergelak.Sayang jugak dia dekat aku.

"Tak dak siapapun nak mencuri."Ujar Dania cuba menyedapkan hati Iskandar.

"Awak mana tahu,dekat ofis tu ramai yang minat dekat awak.Saya cuma takut,saya je termakan hati bila tengok mata lelaki lain yang asyik tenung awak."

Dania menyambung tawanya.Geli hati dengan sikap Iskandar yang kebudak-budakkan itu.Dia turut akui kata-kata Iskandar ada benarnya.Ramai lelaki yang bekerja sebumbung dengannya menaruh hati padanya.Tapi tidak diendahkannya.Kerana hatinya tika itu sudah terpaut pada Iskandar.

"Please...kita kahwin ya?"Rayu Iskandar.Dia melutut dihadapan Dania.Tangannya mengenggam erat tangan Dania.Dia betul-betul mengharap persetujuan wanita ini.

"Awak sanggup?Awak sanggup pikul tanggungjawab awak sebagai suami untuk saya?"Soal Dania serius.

"Saya cintakan awak,dan bersedia untuk pikul tanggungjawab saya."

Dania terdiam agak lama.Memikirkan buruk baiknya jika dia bersetuju untuk berkahwin dengan Iskandar.Tapi apakan dia,bila hati dah suka dan cinta.Akhirnya dia tunduk jua pada rayuan Iskandar.

"I love you so much.Thanks sayang sebab terima lamaran saya.Saya janji pada awak,yang saya akan cuba sedaya upaya saya untuk bahagiakan awak.Saya janji!"

Iskandar terus meraih tubuh Dania lalu dipeluknya erat.Walaupun terkejut dengan tindakkan drastik Iskandar,dia tetap merelakannya.Telingannya terngiang-ngiang janji dan kata-kata manis lelaki ini.Hatinya berharap suapaya mengotakan janjinya.

*****

Tepat pukul 9 malam,barulah Dania tiba di rumahnya.Dia melangkah masuk ke dalam rumah.Kelihatan Azie,Sara dan Iela sedang memakan snek sambil menonoton televisyen.Dengan longlainya dia merebahkan tubuhnya di atas sofa.Semua mata memandangnya.

"Hah!Baru sekarang tau nak balik rumah?Ingatkan dah sesat ke rumah orang lain."Sergah Azie.

"Kau ni la...Aku penat tau tak,mengantuk sangat."Ujar Dania manja.Matanya sekejap pejam sekejap celik.

"Amboi!Kau ingat penat kau sorang je,kau tak ingat penat aku duk kol kau tadi.Tapi tak berjawab lansung."Sampuk Sara pulak.

Hatinya meradang bila meningatkan kembali bila dia bersusah payah menelefon Dania untuk bertanyakan di mana dia berada sekarang.Ketika itu sudah cukup lewat bagi seorang gadis yang tidak pulang ke rumah.

"Sorry."Hanya itu yang terluah dari bibirnya tika itu.

"Hmm...Lain kali janganlah buat lagi.Naik risau kami fikirkan kau."Nasihat Iela.

"Dah-dah,pergi mandi,solat lepas tu makan.Dah busuk ruang tamu ni dengan badan kau."

"Aku dah makan,dengan Iskandar tadi."

"Apa?!"Soal mereka serentak.Terkejut dengan jawapan yang mereka dengar dari mulut Dania.

"Kau biar betul?"Tanya Azie separuh percaya.

"Betul-betulla,takkan tipu pulak."

Dania selamba meninggalkan kawan-kawannya yang terpinga-pinga.Dia tersenyum berlalu menuju ke bilik tidurnya yang dihuni oleh dia dan Azie.Biarlah,nanti kawan-kawannya akan tahu jugak.

*****

"Oh my God,Farish."

Farhan terkejut.Bulat matanya memandang Farish,tapi bibirnya menghiasi segaris senyuman yang penuh bermakna.

"Eh,macam manala dia boleh setuju?Kalau dia tahulah rancangan kau ni,hidup mati sumpah diapun tak hingin dekat kau."Bicara Farhan dengan sisa tawanya.

Farish hanya tersenyum.Dia selamba menyedut minumannya bagi menghilangkan rasa dahaga.Bangga dengan dirinya kerana berjaya menundukkan seorang gadis.Hatinya tersenyum puas dan gembira.Rancangannya hanya tinggal suku untuk semuanya lengkap.

"So,bila kau nak lansungkan perkahwinan 'olok-olok'kau tu?"Tanya Farhan searaya menaikkan dua batang jarinya di kedua belah tangannya.

"Hmm,ikut plan aku,hujung bulan ni.Tapi aku tak corfirm lagi dengan dia,nanti lah aku cakap dengan dia."

"Rina?"

"Rina?"Farish tergamam bila Farhan tiba-tiba membangkitkan tentang wanita yang dia cintai sepenuh hatinya.

"Nantilah aku cakap dengan dia."

"Kau jangan Rish...Nanti tak pasal-pasal perang dunia ketiga pulak."Pintas Farhan pantas.Dia tidak mahu rakannya itu terus berahsia.Dia takut ada hati yang terluka nanti.

"Kau jangan bimbang,aku tahulah macam mana nak handle."

Farish kelihatan sayu.Bila dia mengenangkan kekasih hatinya,dia rasa bersalah.Kerana telah berbohong dan berlaku curang tanpa pengatuan gadis itu.Tapi bukan niatnya untuk melukakan sekeping hati gadis itu,tapi keadaan yang memaksa.Tapi selepas rancangannya berjalan lancar,dia akan berterus-terang dengan gadis bernama Rina.Itu janjinya...

Perangkap Cinta 4


Bab 4

Kelab Golf Impian ini menjadi tempat kebiasaan Farish dan rakan-rakannya berlepak.Dia suka dengan suasana tenang dan kesenian landskap padang golf disitu.Hampir setiap hari dia akan ke situ untuk berjumpa dengan rakannya atau kekasih hati.

Farish menyedut minumannya sehingga tinggal separuh bagi menghilangkan rasa dahaga.Kemudian matanya dialihkan memandang jam tangan.Sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.

“Ish,mana dia ni?”Rungutnya geram.

Sambil menunggu seseorang yang tidak nampak batang hidungnya,Farish mencapai telefon bimbitnya lalu menekan punat nombor.Belum sempat dia menekapkan telefon tersebut ke telinganya,orang yang ditunggu sudah datang.

“Apsal lambat?”Soalnya kasar.

Farhan melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk yang berada disitu.Dia duduk menghadap rakannya.Kemudian dia tersengih.

“Sorry lah bro,aku ada hal tadi.”Jawabnya selamba.Kemudian dia memanggil pelayan untuk memesan minuman.

“Dah tahu lambat,kenapa tak bagi tau aku.Tak lah aku tercegat dekat sini macam orang bodoh.”

Dia merengus geram.Matanya lansung tidak memandang wajah Farhan,sebaliknya dia asyik memerhati seseorang yang tidak jauh dari mereka.

“Okay,okay.Aku tahu,aku salah.Aku mintak maaf.”

Farhan menyedut minumannya selepas pelayan tersebut menghantar minuman yang dipesan.Kemudian dia memandang Farish,segaris senyuman tersunging dibibirnya.

“Wei Rish.Macama mana sekarang?”

Farish tersentak dari lamuannya.Dia kembali ke alam nyata.Dia merenung Farhan dengan penuh tanda tanya.

“Macam mana apa?”soalnya pelik.Dia tidak memahami lansung dengan soalan Farhan yang diajukan kepadanya.

“Ala...pasal kau dengan rancangan kau la.”

Mendengar itu.Farish tersenyum,selepas itu dia ketawa terbahak-bahak.Dia menaikkan ibu jarinya dihadapan Farhan.

Farhan yang faham maksud tersebut turut ketawa.Tapi tidaklah segila Farish yang hingga mengeluarkan air mata.Entah la,apa yang lawak sangat hingga mereka ketawa.

“Tapi macam mana dengan Rina?”

Mati terus ketawa Farish.Kini dia hanya merenung wajah Farhan,salah satu rakan karibnya.Dia sendiri pun tidak tahu apa yang harus dia lakukan pada kekasih hatinya jika dia mengetahui hal ini.

“Woi,kau dengar tak apa yang aku cakap?”

Farish mengeluh kegelisahan.Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan kepda Farhan,merangkap sepupu kepada kekasihnya.

“Aku tak tahu.”Jawabnya ringkas dambil menundukkan kepala.

“Habis kau nak buat apa sekarang?kau harus ingat Rina tu berhak tau pasal rancangan ini.”Ujar Farhan tegas.Dia kembali mennyedut minumannya.

“Aku tahu,aku tahu lah!Masalahnya sekrang macam mana aku nak bagi tau.”

Farish bengang.Sudah berapa kali dia harus diingatkan.Bukan itu saja,hampir setiap malam dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan pasal Rina.Fikirannya runsing memikirkan hal ini.Rancangannya hanya tinggal 5% untuk berjaya.

“Kenapa kau tak ajak je Rina yang kahwin dengan kau?Tapi kau ajak orang lain pulak.”Soal Farhan selepas lama dia menyepi.Dia memandang Farish yang ketika itu terlalu emosional.

“Hmm...Kalau kau nak tahu,dah berbuih mulut aku ajak dia kahwin.Tapi jawapan yang sama jugak yang aku dapat.Dia tak sedia lagi.”

Farhan tersenyum kemudian dia memegang bahu Farish dan menepuknya beberapa kali.

“Okay lah.Pasal Rina kau biarkan ke tepi dulu.Aku faham kau sekarang tengah tersepit.Tapi,apa-apa pun aku nak tengok rancangan kau berjaya.”

Farish menghela nafas lega.Rasa bebannya sedikit kurang.Malam itu,sisa perjumpaan mereka hanya diisi dengan gurau senda di antara mereka.

******

Azie menikmati makan malamnya dengan penuh selera.Sara yang berada disebelahnya tidak dipedulikan.Iela dan Dania asyik berbual dari tadi.Hanya satu-satu sahaja rakan mereka yang menyepikan diri.

“Woi!”

Jerkah Sara kepada rakan-rakannya.Azie berhenti mengunyah terkejut dengan segahan tersebut.Manakala Dania dan Iela jugak turut berhenti bercakap.Mata mereka kini hanya tertumpu pada Sara.

“Kau ni kenapa?jerkah orang tak tentu pasal?”

Azie marah.Dia mengelap mulutnya dengan tisu yang sudah tersedia ada diatas meja makan.

“Tu la,terkejut aku.Tahu tak?”Marah Iela pulak.

“Kau nak cakap apa?cakap je lah.”

“Eh,aku pulak?Kau yang buat perjumpaan ni,kau la cakap.”

Kali ini mata mereka terarah pada Dania.Dania tersengih sehingga menampakkan lesung pipinya.Comel!Dia menggaru-garu kepalannya yang tidak gatal.

“Sebenarnya aku nak tanya pendapat korang?”

“Apa?”Soal mereka serentak.

Dania tergelak melihat sikap rakan-rakannya yang tidak sabar itu.

“Isy,kau ni nak cakap,cakap je lah.Tak payah la nak gelak.”

“Okay!Kalau aku cakap ni,aku harap korang bawa banyak bersabar.”

Jawapan yang diberikanlah oleh Dania semakin mendebar-debarkan rakan-rakannya.Masing-masing tidak sabar dengan apa yang bakal mereka dengari.

“Woi,cakap la cepat.”Iela yang berada disebelahnya sudah tidak sabar-sabar.Masing-masing mendekat diri kepada Dania.Dania tersenyum.

“Sebenarnya bos aku ajak aku kahwin!!”Jerit Dania melepaskan rasa gembiranya.Kemudian dia ketawa.

Rakan-rakannya yang lain saling berpandangan.Selepas itu mereka ketawa terbahak-bahak hingga nak pecah perut.Air yang berada di atas meja turut tertumpah kerana kaki Azie tertendang cawan tersebut.

“Hei,kau jangan nak bohong kitorang ek?Takkanlah bos hensem macam dia tu,nak kahwin dengan kau.”

Dania terdiam mendangarnya.Hati kecilnya sedikit terusik dengan kata-kata sinis Iela.Perlahan-lahan dia mengangkat punggung menuju ke arah ruang tamu.Tidak tahan mendengar rakan-rakannya mempersendakan dirinya.

Aku tahu la,aku ni tak cantik macam kau tu!Tapi tak payah la nak kutuk aku.Tapi ada betul jugak cakap kau Iela.Takkanlah Encik Iskandar yang hensem tu nak kahwin dengan aku,pasti dia cari yang cun-cun punya.

Sebaik saja bayang Dania hilang dari pandangan mereka.Barulah mereka tersedar dari perbuatan mereka yang telah menyakitkan hati rakan mereka yang seorang lagi.

“Wei,apa yang kita dah buat ni?mesti dia merajuk.”

Azie menggigit bibirnya,baru tersedar dari kesilapan.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata padah!

“Jomlah kita mintak maaf dekat dia.”Ajak Sara lalu terus bangun menuju ke arah ruang tamu.Azie dan Iela hanya menurut dari belakang.

“Kami mintak maaf.Kami tahu,kami tersalah cakap.”Bicara Sara selepas mereka melabuhkan punggung di atas sofa empuk yang menjadi hiasan dalaman rumah teres dua tingkat tersebut.

“Aku tahulah,aku ni tak cantik.Tak sesuai dengan Encik Iskandar,bos aku tu.”

“Wei,kau janganlah merajuk.Aku mintak maaf.Okay?”

Iela mengambil tempat disebelah Dania.Dia memegang kedua-dua belah tangannya,memohon simpati.

“Okay,okay!Aku maafkan.”Ujar Dania sambil tersenyum.

“Tapi betul la dia ajak kau kahwin?”

Dania menganggukan kepalannya memberi jawapan yang sahih.

“Hari tu dia kata,dia cintakan kau.Sekarang dia ajak kahwin pulak?”Terangkat dahi Azie.Dia sendiri pening dengan sikap majikan rakannya itu.

“Habis tu kau kata apa dekat dia?”Soal Azie kemudian.

“Aku mintak tempoh.Tapi dia kata esok dia nak dengar jawapan aku.”

Azie,Iela dan Sara masing-masing terlopong mendengar itu. “Mak oi...cepatnya.”

“Tu lah,aku pun tak tahu nak jawab apa dekat dia.Sebab tu la aku mintak pendapat korang.”

“Kau sayang dia tak?”

Angguk.

“Kau cintakan dia tak?”

Angguk.

“Sejak bila kau cintakan dia?”

“Hmm...masa pertama kali aku jumpa dia.”Jawabnya.Jawapan yang lahir dari hatinya.Jawapan yang cukup untuk menjawab persoalan yang kini bermain dalam kotak fikirannya.

“Jadi kau dah faham la apa yang harus kau jawabkan sekarang?”

“Yup!Aku akan terima dia dan kahwin dengan dia.Sebab aku cintakan dia dan dia pun cintakan aku.”

Dania tersenyum puas.Kini dia sudah tahu jawapan yang harus diberikan kepada Encik Iskandar.Hatinya kini terasa lapang sekali.Kini dia bahagia,bahagia bersama angan-angan yang kini sudah dimimpikannya.

Diantara mereka berempat,Cuma Azie yang kurang senang dengan jawapan tersebut.Hatinya terselit sedikit kerisauan.Dania dan Encik Iskandar belum saling mengetahui.Kerana diri masing-masing mempunyai rahsia.Dia risaukan rakannya,takut segala yang tidak diingini akan berlaku.Dia Cuma mampu berdoa semoga rakannya akan mengecapi kebahagian bersama insan yang sendiri dipilih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...