Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Rabu, 27 April 2011

Perangkap Cinta 10

Bab 10

RAZMAN melemparkan pandangannya ke arah luar pejabat.Hujan renyai-renyai jatuh menimpa bumi.Suasana di luar agak lengang dan mendamaikan.Dia berpeluk tubuh menahan sejuk yang sudah terasa sampai hingga ke tulang hitam.Walaupun air cond tidak dipasang tapi masih terasa sejuknya,mungkin disebabkan hujan.


  Kemudian duduk sambil menyilangkan kepalanya di belakang kepala.Tangannya memicit-micit bahagaian belakang tengkok bagi menghilangkan rasa lenguh.Dia duduk termenung menghadap skrin komputer.Fikirannya melayang memikirkan tentang Dania.Dia senyum!


  Dania,Dania!Aku sayang sangat dekat kau,aku cinta dekat kau...tapi kenapa kau tak pernah nampak semua tu?Dah macam-macam aku buat,tapi semunya tak menjadi.Kau terlalu naïf.Tapi,walauapa pun,aku akan usaha dapatkan kau.Tu janji aku!


  “Encik Razman,bos panggil.”


  Dia tersentak dari lamunannya bila intercom di atas meja berbunyi.Dia meraup wajah sambil beristifar.


  “Ya,ya.Saya pergi sekarang.”Ujarnya sedikit gugup.


  Selepas itu dia terus berlalu meninggalkan ruang pejabatnya menuju ke bilik bosnya di tingkat atas.Sewaktu melintas di hadapan meja Dania,dia dapat melihat wajah gadis itu.Dania sedang sibuk.Sibuk menyiapkan tugas-tugasan yang diberi.Dania lansung tidak sedar akan kehadirannya disitu.Razman sedikit kecewa.



AZIE merengus kuat.Dia bercekak pinggang sambil memandang kereta yang lalu-lalang.Wajahnya merah membahang seperti berada dibawah sinaran matahari,sedangkan waktu baru pukul 8.00 pagi.Suasana di tepi jalan agak bising dengan bunyi enjin dan hon kereta.Dia yang berpakaian lengkap untuk ke tempat kerja,terpaksa pulak mengotorkan pakaian untuk bersusah-payah menukar tayar kereta yang tiba-tiba pancit sewaktu dalam perjalanan.


  Kakinya menyepak tayar kereta tersebut,tanda marahnya.

  Eee,geramnya aku.Dahla kejap lagi aku ada mensyuarat,time ni jugak kau buat hal?Aku bagi mandi kau,bagi angin dekat kau,ini balasan kau dekat aku?!


                “Huh,apalah malang nasib aku pagi ni!”


  Keluhnya sendirian tanpa dia sedar ada orang yang mendengar dan memerhatikannya.Azie duduk bertengung sambil menompang dagu.Matanya ralit memerhati kereta yang lalu disitu,berharap ada orang yang sudi membantunya.


                “Maaf,cik adik ni tunggu siapa?”Soal satu suara yang entah muncul dari mana.


  Azie terperanjat.Dari duduk bertinggung dia terus bangun.Matanya tertancap pada seorang lelaki yang boleh dikatakan kacak yang berdiri dihadapannya.Matanya tajam merenung lelaki itu.Tengok macam dah nak telan mamat tu!

  Ni sapa pulak?!


                “Kau sapa?”Tanya Azie kasar bercampur dengan terkejut.


  Mak Oi!!Garangnya.Muka nampak lembut,tapi bahasa boleh tahanla...Isy,dia ni.Aku tegur elok-elok,dia jawab macam minah genster.Tapi,nampak gaya dia macam tak.


                “Er...maafla.Sebenarnya,dari tadi lagi saya tengok awak dekat sini macam ada masalah je.Ada apa-apa ke yang boleh saya bantu?”Soal lelaki itu masih mesra dengan Azie.


  Kenal tak,pernah jumpa pun tak.Tiba-tiba aja nak tolong aku.Boleh caya ke?Tengok muka macam orang baik.Tapi,maklumlah...harap aja muka hensem, macam orang alim tapi belum tentu serupa dengan yang aku bayangkan.Hmm...dari dia tipu aku dulu,baik aku buli dia dulu.Hahaha,jahatnya aku!


  Tiba-tiba muncul satu idea jahat dalam kepala otaknya.


                “Betul,awak nak tolong saya?!”Soal Azie pura-pura serius.Pada hal,dalamannya macam dah nak pecah perut tahan ketawa.


                “Hmm,nak suruh saya buat apa?”


                “Okay,kalau macam tu awak tolong tukar tayar spare dalam kereta.Boleh?Berat tau tayar ni.”


  Lelaki yang tidak diketahui namanya hanya tersenyum sinis.Ala...hal kecik je,petik jari terus siap!Tanpa banya bicara lelaki it uterus memulakan kerja-kerjanya.Hai,dah jadi kulila pulak.Kesian-kesian.Takpa,kerja lelakikan...


  Sambil menunggu itu,Azie menelefon rakan sepejabatnya untuk memberitahu tentang kelewatannya untuk ke pejabat.Sesekali matanya mengerling memandang ke arah lelaki itu.


  Hmm,hensem juga mamat ni.Tapi dah comot sikit muka dia.Hahaha...cutela.Azie tersenyum sendirian.


                “Kenapa?”Soal lelaki itu sekali gus menyedarkan Azie dari lamunanya.


                “Hah?Eh...eh,mana ada apa,mana ada.”

  Azie kalut,lelaki itu tersenyum.


                “Okay,dah siap pun!”


  Azie menarik nafas lega.Akhirnya siap juga.Takdala dia kena berlama-lama disini menghadap wajah tampan lelaki it,boleh tercabut jantungnya sekiranya dadanya asyik berdetak-detak.Hmm,haru-haru.


                “Er...hmm terima kasih.Saya ni bukannya orang kaya yang mampu bayar awak baratus-ratus.Tapi,ni je la yang saya dapat bagi.”


  Azie menghulurkan sebotol air mineral sejuk yang dibelinya dikedai bertentangan dengan jalan raya di hadapan.Lelaki itu menyambut hulura itu dengan senang hati.


                “Kalau takdak apa-apa lagi,saya minta diri dulula...”

  Azie terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin,selepas itu dia terus berlalu tanpa sempat lelaki itu memperkenalkan dirinya.


  Hmm,melepasla aku.Perempuan comel dan baik macam dia tu bukannya senang nak cari.Tapi takpa,kalau ada jodoh pasti kita akan berjumpa lagi.



“MINGGU DEPAN?KAU BIAR BETUL?”


  Iela terkejut.Matanya tak berkeli-kelip memandang Dania.


                “Tu la,aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.Dia nak juga kahwin minggu depan.”Jawab Dania dalam keadaan berdebar dan tak tentu arah.Dahinya sejak tadi hanya berkerut macam orang tua.


                “Habis tu,majlis besar-besaran takdakla.”Ujar Sara kurang puas hati.Huh,macamla dia nak kahwin.


                “Dia cakap,dia cuma nak buat majlis akad nikah je.Tu pun dekat rumah dia.Dia Cuma jemput kawan-kawan terdekat je.”


                “Aduh,gawat!”Azie menepuk dahinya.

  Pelik bin Ajaib.Sepatutnya,kalau orang yang baru nak kahwin ni,kenala buat majlis besar-besaran dan meriah.Ni tak,nak sorok-sorok juga.


                “Habis tu kau jawab apa?”Soal Azie lagi.


                “Aku cakap okay je la.”Jawab Dania selamba.


                “Ya Allah....”Jerit mereka bertiga serentak.Terangkat kening Dania mendengarnya.Ni apsal pulak?


                “Kenapala bengong sangat kawan aku ni?Yang kau pergi setuju tu apsal?Kau tahu tak,ni first wedding kau,sepatutnya kau kenala buat QC tu sikit.Majlis tu kenala meriah.Faham!”Azie separuh menjerit.Geram dengan Dania yang lurus bendul ni.


                “QC tu apa?”Soalan bodoh itu terpacul dari bibir munggil Dania.


  Azie sekali lagi menepuk dahinya.Memang sah,kawan aku ni kuno!


                “Queen control la...”


  Azie bertambah-tambah geram.


  Kali ini giliran Dania pulak bercekak pinggang.


                “Amboi!Belum apa-apa lagi dah nak tunjuk perangai macam tu.Kau ingat aku ni perempuan jenis macam mana hah?”Dania berang.


  Sedap-sedap diorang je nak control Iskandar tu!


                “Tu kan untuk kebaikkan masa depan kau juga.”Jawab Sara mencelah.


                “Ya la tu...dah-dah,korang tak payahla nak cakap apa lagi.Lagipun keputusan pun sudah dibuat.Aku setuju!So,korang cuma kena tunggu dan lihat je la.”Jawab Dania angkuh.


                “Eee,sombongnya kau ni...geram betulla aku.Takpa-takpa kita tengok je nanti.”


  Selepas itu mereka semua terus beredar ke bilik tidur masing-masing.Bilik Azie berkongsi dengan Dania,manakala bilik Sara berkonsi dengan Iela.Malam itu,mereka semua tertidur dibuai mimpi indah.Dania pulak,mimpikan dirinya dengan Iskandar.Amboi!Bahagianya!!

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...