
“Nia,awak tak balik lagi ke?Dah lewat ni...nak tolong saya hantarkan?”Razman berdiri disisi keretanya.
MARANG: Seorang buruh dipercayai penagih dadah mati lemas selepas bertindak terjun ke dalam sungai di Kampung Tasik, Jambu Bongkok di sini hari ini selepas terkejut dengan kehadiran polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Superintendan Roslan Abd Wahid berkata dalam kejadian kira-kira 6 pagi, mangsa Mohd Zulkifli Mohd Zahari, 20-an, dan dua lagi rakannya berada di tempat kejadian dan disebabkan terkejut dengan kehadiran polis, dua daripada mereka bertindak terjun ke dalam sungai.
Beliau berkata seorang daripada mereka berjaya menyeberangi sungai manakala mangsa pula gagal menyeberang lalu lemas.
Panik dengan kejadian yang menimpa rakan mereka, seorang lagi rakan yang berada di darat bertindak menahan van pasukan narkotik dan memaklumkan mengenai kejadian itu, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
JASIN: “Saya terkejut kerana ketika cuba masuk ke lorong kecemasan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dan melihat sebuah bas terbabas ke kanan jalan,” kata pemandu treler, Aziz Romzi Sarkam, 42.
Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, dua penumpang termasuk wanita sarat mengandung lima bulan cedera, manakala 14 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan treler di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang.
Menurut Aziz, ketika kejadian dia cuba memasuki lorong kecemasan bagi memberhentikan treler muatan besi buruk yang dipandu berikutan masalah brek kanan dialami.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bas berkenaan membawa 16 penumpang dengan empat daripadanya ke Singapura dan selebihnya ke Johor Bahru, manakala treler itu dari Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.
“Dua penumpang cedera dalam kemalangan itu, seorang daripadanya yang identitinya masih belum dikenal pasti mengalami patah kaki kanan dan dihantar ke Hospital Tangkak, Ledang untuk rawatan.
“Manakala, wanita mengandung lima bulan dikenali sebagai Loh Hua Moi, 40, dari Kampung Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat, Johor pula hanya cedera ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka sebagai pesakit luar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Che Suza berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas dikenali sebagai Raja Chandran berusia 40-an dari syarikat Jebat Ekspres itu dipercayai cuba memotong di sebelah kanan jalan, sebelum terlanggar belakang treler terbabit yang ketika itu sedang bergerak perlahan ke lorong kecemasan.
“Ketika kejadian, treler ini mengalami kerosakan pada bahagian brek kanannya dan bergerak perlahan dari laluan kiri untuk memasuki ke lorong kecemasan dan sebelum sempat keseluruhan bahagian badan treler masuk ke lorong itu ia dilanggar bas ekspres terbabit.
“Akibat rempuhan kuat itu, seluruh dinding bahagian kanan badan treler ini rosak teruk dan termasuk ke dalam bas, manakala bas ekspres berkenaan pula rosak di bahagian kiri depannya,” katanya.
Menurutnya, pemandu bas dan treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan,” katanya.
JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.
Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.
Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.
Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.
BUTTERWORTH: Biarpun puas mencuba, beberapa orang awam tetap gagal menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung dalam keretanya yang terbakar di tempat letak kereta Taman Tun Dr Awang, Bagan Ajam di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu, orang ramai yang beriadah di tepi pantai berhampiran lokasi kejadian gempar apabila melihat sebuah kereta Proton Wira terbakar dan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.
Berikutan itu, mereka hanya mampu melihat mangsa rentung bersama kereta berkenaan kerana api dipercayai bermula dari dalam kereta, marak dengan pantas memusnahkan kenderaan itu dalam masa hanya beberapa minit.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, mangsa dikenali sebagai Chang Wooi Teong, 44, berdasarkan pemeriksaan rekod pemilikan kereta berkenaan.
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.
Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.
“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.
“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.
Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.
“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.
Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.
“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.
“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.
Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.
GERIK: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah ungkapan paling tepat bagi seorang lelaki yang masih hidup biarpun parah di kepala akibat ditetak dan patah kedua-dua kaki selepas dicampak dari atas sebuah jambatan setinggi kira-kira 40 meter di sini, sejak empat hari lalu.
Menambahkan lagi penderitaannya, sepanjang tempoh berkenaan, lelaki warga Pakistan terbabit terpaksa tidur bertemankan mayat dua rakan senegaranya yang sudah berulat dan reput selepas kedua-duanya terbunuh sejak hari kejadian.
Penderitaan lelaki berusia 30-an itu hanya berakhir apabila dia ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk kampung yang mencari pucuk paku di lokasi kejadian di bawah Jambatan Kenderong di Kilometer 8.9 Jalan Gerik - Kupang, kira-kira jam 2 petang semalam.
Difahamkan, untuk menyambung nyawa, mangsa yang cedera akibat ditetak di kepala dengan parang terpaksa minum air sungai dan lopak kerana tidak mampu merangkak naik ke tebing jambatan yang ketinggiannya bersamaan bangunan lima tingkat.
SEREMBAN: “Apabila tiba di lampu isyarat itu, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara ‘terbang’ menghempap bumbung kereta lain,” kata Rizal Adnan, 20, saksi kemalangan membabitkan lapan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Emas, di sini, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang dan terkejut menyaksikan kejadian ngeri itu.
Rizal berkata, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat pemandu kereta Mercedes Benz yang merempuh deretan kenderaan itu tersepit di tempat duduk pemandu.
“Saya bersama orang awam lain cuba mengeluarkannya, namun kehadiran bomba di tempat kejadian tepat pada masanya,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu Proton Iswara itu bagaimanapun terselamat daripada maut walaupun keretanya rosak teruk.
Kemalangan itu turut membabitkan enam kereta, sebuah van sekolah dan sebuah lori.
Kenderaan berkenaan berada di laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis Mercedes Benz terbabit dipercayai dipandu laju dari Jalan Seremban-Tampin, di sini.
Difahamkan, akibat kesan hentaman kuat itu, lima mangsa di dalam kereta berasingan cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan.
Berikutan kemalangan terbabit, laluan Senawang ke Seremban berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini sesak sepanjang tiga kilometer.
Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku dari arah Senawang menghala ke Seremban membabitkan 19 mangsa berusia 20-an hingga 40-an.
Difahamkan, 14 mangsa lain yang turut berada di dalam kenderaan tidak cedera.
“Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 62 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kenderaan lain,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan enam kenderaan lain tidak sempat menekan brek berikutan jarak antara kenderaan terlalu dekat dan terkejut melihat sebuah kereta melambung tinggi sebelum ‘terbang’ ke atas dua kereta lain di laluan bertentangan.
Katanya, pemandu kereta Mercedes Benz itu tersepit di tempat duduk pemandu dan orang ramai terus menghubungi balai bomba berdekatan.
Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.
“Tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban bersama 18 anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa tersepit berikutan kenderaan bertindih dengan sebuah kereta Proton Iswara,” katanya.
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
William Shakespeare, Journey’s end in lovers meeting. Cinta menamatkan penantian ‘pungguk dan bulan’ yang berlaku dalam kehidupan watak-watak Kameel, Wulan, Rafique, Zara Orkhid dan Asmira. Perkahwinan yang bahagia antara Kameel dan Wulan, cukupkah untuk memberhentikan ‘cinta lara’ yang ditanggung selama hayat? Masih adakah peluang kedua bagi menebus kesilapan silam yang ‘hitam’ antara Kameel dan Asmira? Akan bertemukah Wulan lagi dengan si pungguk ‘Rafique’ yang lama dia nantikan? Bersikap skeptis terhadap lelaki, kedatangan ‘hero cinta’ cukupkah membuka hati Zara semula terhadap cinta? |
KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.
Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.
Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.
Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.
Bab 16
APA?Ya Allah Iz...dah tiga bulan baru sekarang nak bagi tau aku?Tak guna punya kawan!”Bentak Haikal marah.
Bulat matanya merenung Hariz yang kelihatan sudah tidak terurus.Rambut-rambut halus yang tubuh disekeliling dagunya mula kelihatan.Haikal mengeleng-gelengkan kepalanya.Kesal dengan sikap Hariz.Apa gunanya kawan,kalau asyik berahsia.Dia mencapai segelas air yang tinggal separuh lalu disedutnya minuman tersebut hingga habis.Dia menghela nafas lega.Hilang rasa dahaganya.
“So,apa kau nak buat sekarang?”
Hariz menghela nafas berat.Bila disoal dengan soalan begitu,dia pun masih belum ada jawanpanya.Dia tertunduk lemah memandang lantai.Hariz meraup kasar wajahnya.Apa yang harus dia lakukan sekarang?Dia taknak kehilangan Haryani,tapi macam mana pulak dengan Iela?Gadis itu sudah sah menjadi isterinya dan dia punya tanggungjawab ke atas Iela.Tinggalkan Haryani?Tidak!Sesekali tidak akan dia lakukan.
“Entahla...”Jawab Hariz bersama satu keluhan.
“Yani tau tak lagi?”Soal Haikal lagi.Menambah beban pada Hariz.
Inilah masalah yang paling berat untuknya.Bagi tahu Yani?!Oh tidak...hancur musnahla harapannya untuk bersama gadis itu.Tapi,kalau dia terus berahsia begini pasti akan melukakan Haryani.Sampai bila dia harus berahsia?
“Kau gila!Nak bagi tahu Yani?Habisla aku...”
“Habis tu, sampai bila kau nak berahsia?Kau tak kesian ke dekat isteri kau,dekat Yani?Aku taknak,nanti kau yang menyesal.Kau tau tak,kau dah seksa perasaan bini kau?”Ujar Haikal penuh emosi.Eh,macam dia la pulak yang kena tanggung.
“Entahla,aku pun tak tau apa yang nak buat sekarang ni...tapi,aku harap sangat kau jangan bagi tahu sapa-sapa,termasuk Yani.”
Sugul wajah Hariz,menjelaskan perasaanya tika ini.Haikal hanya menangguk faham.Haikal sahabat baik Hariz sentiasa meluangkan masa bersama Hariz.Diala yang sentiasa menjadi pendengar setia segala luahan rakannya itu.Tapi hari ni dia sedikit terkilan dengan pendedahan rahsia besar Hariz padanya.
Nasib kau la Iz...nak buat macam mana lagi.Sabar aja la!
Haikal terdiam memikirkan suatu perkara yang cukup menguntungkan dirinya.Tiba-tiba bibirnya mengulum senyuman nakal.Anak matanya bersinar-sinar memandang Hariz.
“Kau ni apsal pulak?Tiba-tiba je senyum.”
“Hey Iz,aku ada satu idea!”Ujar Haikal sambil memetik jari.Tangannya memeluk bahu Hariz.
“Apa?”Soal Hariz yang masih belum dapat membaca akal kawannya itu.
“Sekarang ni,kau tak payah pening-pening fikirkan pasal hal ni.Kau teruskan je perkahwinan kau dengan Iela,kalau Yani kau bagi je dekat aku.Habis cerita!”
Selepas itu,Haikal terus ketawa terbahak-bahak.Terasa lawak dengan cadangan gilanya itu.Dia memandang wajah Hariz yang sudah merah seperti udang bakar.Pasti dia sedang marah.Siapa yang tak marah,kalau kawan baik sendiri nak rampas kekasih orang.Isy,tak boleh jadi ni.
“Kau jangan Kal...tak pasal-pasal lebam sebelah bijik mata kau tu.”Hariz sudah mengepal tangannya untuk menumbuk Haikal.
“Wei,rilex ar...aku melawak je tadi.Tapi,bagus jugakkan cadangan aku tadi tu.”Haikal tersengih macam kerang busuk.
Hariz mencebik.Bagus la sangat.Untung kau,rugi aku!Bagus la tu.
“Dah,aku nak balik.Dari aku duduk sini lama-lama,buang masa je.”Ujar Hariz selamba.
“Buang masa kau,buang masa dengan aku jugak!”Haikal menjerit lantang ke arah Hariz yang sudah berlalu pergi ke tempat pakir kereta yang berada tidak jauh dari kedai mamak tempat mereka berlepak.
Haikal mengelengkan kepalanya beberapa kali.Apala nak jadi dengan kau ni Hariz...aku bagi cadangan kau taknak dengar.Sekarang ni pandai-pandai kau la fikirkan.Hmm,kesian dekat Yani.Macam manala dia nak terima hakikat nanti?!
PUAN Khadijah merenung kosong ke arah makanan siap terhidang dihadapannya di atas meja makan.Suaminya,Encik Masri sudah memulakan suapan menjamah makanan tengah hari.Sebenarnya dia perasan akan perubahan sikap isterinya dua tiga hari ni,tapi sengaja dia buat-buat tidak tahu.
Puan Khadijah mengeluh berat.Hai,apala yang sedang difikirkan oleh orang tua ni?
“Mengeluh depan makanan ni tak baik.Kenapa tak makan lagi?Saya ni dah nak habis dah.”Ujar Encik Masri sekali gus menyedarkan isterinya dari lamunan.
Sekali lagi Puan Khadijah mengeluh.Hari ni saja,entah keberapa kali dia mengeluh.
“Saya rindula dekat Iela tu.Dah lama dia tak call kita.Okay ke dia dekat sana?Cukup makan ke tidak?Saya risaula.”
Akhirnya terluah juga segala kekuatiran Puan Khadijah yang selama ini hanya terpendam dalam hati.Encik Masri hanya tersenyum sumbing.
“Awak tak payah risaula...dia okay dekat sana.Lagi pun,dia bukannya tak biasa dengan KL.Dah tiga tahun dia duduk sana.”
“Yang tu saya tahula.Tapi sekarang dia ni dah jadi bini orang.”
“Hai,macamla tak kenal Hariz tu.Diakan menantu kita,tahula dia nak jaga anak kesayangan awak tu!”Encik Masri cuba meyakinkan isterinya tentang keadaan anaknya Iela baik-baik saja berada disamping Hariz.
“Entahla,dua tiga hari ni saya rasa macam tak sedap hati.Macam ada sesuatu yang tak kena dengan anak kita tu.”
“Hmm...macam-macam la awak ni.Sudah,kalau tak percaya pergi la call Iela.”
Tanpa banyak bicara,Puan Khadijah terus melangkah meninggalkan meja makan menuju ke arah tempat telefon rumah diletakkan.Dia duduk sambil memegang gangang telefon.Tangan kanannya ligat mendail nombor Iela yang sememangnya sudah dihafal.Selepas beberapa saat menunggu,ada satu suara lembut menjawabnya.
“Assalamualaikum,ibu?”
“Hmm,walaikumussalam.Iela tengah buat apa tu?”Tanya Puan Khadijah lembut.
“Dekat butik sekarang ni...ibu makan tak lagi?”Soal Iela,memandangkan sekarang waktu lunch.
“Sudah.”Bohong Puan Khadijah.Tidak mahu anaknya risaukan akan dirinya.
“Hmm,ibu nak tanya sikit.Kamu dekat sana okay tak?Macam mana sekarang?”
Kedengaran suara manja Iela dihujung sana sedang ketawa.Dia pasti ibunya risau dengan keadaanya dirinya.Maklumlah,anak tunggal baru kahwin,mestilah nak tahu perkembangan cerita.
“Okay-okay je la.Ibu tak payahla risau.Abang layan Iela dengan baik.Iela sekarang ni dah bahagia.Untung ibu cari suami yang baik untuk anak ibu ni.”
Abang?Maksudnya Harizla...?!
Puan Khadijah menarik nafas lega.Dia bersyukur,akhirnya anaknya bahagia juga dengan jodoh pilihan keluarga.Walaupun pada awalnya Iela menolak dengan sekeras-kerasnya,tapi akhirnya dia terima juga.Terima kasih ya Allah...
“Hah,kalau macam tu,berisi ke belum?”Tanya Puang Khadijah penuh makna.
“Hah?Berisi apa?”Iela masih belum faham dengan maksud ibunya.
“Isy,bertuah punya budak ni.Maksud ibu,mengandung ke belum?”
“Oh...takdak rezeki lagi la ibu.Kami dalam proses.”Jawab Iela seakan berbisik.Mungkin malu.
“Takpala.Ibu selalu doakan korang berdua cepat-cepat dapat anak.Ibu dengan ayah pun dah tak sabar nak timang cucu!Takpala,ibu letak dulu.Assalamualaikum.”
Selepas itu talian terus diputuskan.Puan Khadijah menghela nafas lega.Kemudian dia terus beredar ke ruang makan sambil tersenyum senang.
*****
IELA terdiam lama disatu sudut ruang itu.Dia teringat akan perbualan bersama ibunya sebentar tadi.Begitu besar harapan Puan Khadijah dan Encik Masri yang ingin melihatnya dia melahirkan seorang cahaya mata.Tapi bagaimana?Itu yang merunsingkan fikiranya sekarang.Bagaimana dia hendak mengandung kalau suaminya lansung tidak pernah menyentuhnya.
Dia tahu,dalam rahimnya tidak akan pernah tertanam benih suaminya kerana Hariz hanya mencintai Haryani!Hatinya menangis pilu.Sampai bila harus begini?Dia sudah letih dengan lakonan demi lakonan yang dilakokanya dan Hariz.Dia pun insane biasa ingin menjalani kehidupan seperti pasangan-pasangan lain.
Hatinya mengaku,dirinya sudah mulai mencintai Hariz.Dia sendiri pun tidak pernah sedar akan hal ini.Cuma dia saja yang tidak mahu mengakuinya.Dia takut,takut hatinya yang akan hancur.Sebab itula,dia ambil keputusan untuk mendiamkan diri.Iela hanya mampu berserah dan bertawakal kepada Allah supaya suaminya sedar akan tanggungjawabnya.