Followers

Isnin, 7 Mac 2011

Perangkap Cinta 1



BAB 1
Membulat matanya mendengar luahan Encik Iskandar.Diri ini seakan berada di awang-awangan,tidak percaya dengan apa yang baru didengari.Hati ini berdebar kencang,entah kenapa hari ni hatinya berdebar terlebih kencang,sampai nak tercabut.Bukanya dia tidak pernah melihat seorang lelaki meluahkan perasaan kepadanya,cuma kali ini lain rasanya.Dengan sikap romantik Encik Iskandar yang berlebihan,membuatkan bulu romanya 
mengeremang.

“Dania,saya cintakan awak,percayalah.”

Geli aku dengar ayat skema Encik Iskandar ni,nak termuntah aku.Bukanya aku tak sukakan dia,cuma ayat yang dia bagi tu buat aku geli.Ni satu hal lagi yang buat aku pening,kenapalah Encik Iskandar ni tiba-tiba boleh meluahkan perasaanya dekat aku?selalunya aku bukanya dia layan sangatpun,perempuan macam aku ni petik jari sepuluh datang.Sekarang ni baru dia tahu siapa aku,aku bukan jenis perempuan macam tu la....
Dalam diam,Dania memuji dirinya sendiri.

“Encik Iskandar sakit ke?kalau sakit biar saya bawa Encik Iskandar pergi klinik.”

Aku sengaja bertanyakan soalan sebegitu kepadanya,manalah tahu entah-entah dia ni sakit,boleh jugak aku tolong bawa dia ke klinik,dapat pahala.

“Dania...saya tak sakit,saya cuma sakit cintakan awak.”Luahnya lagi sambil tangan Dania dicapainya.

Isy,lepaslah tangan aku,main pegang-pegang pulak.Aik,tadi kata tak sakit sekarang ni sakit pulak,ada-ada je lah dia ni.Aku rasa dia ni baru putus cinta,sebab tu dia jadi macam orang sakit jiwa.

“Encik Iskandar,saya tahu awak baru putus cinta,saya harap awak banyak bersabar dan bertenang dengan dugaan ini.”Bicara Dania sambil cuba melepaskan tangannya dari genggaman Encik Iskandar.

“Dania,cuba awak faham sikit perasaan saya ni.SAYA CINTAKAN AWAK,faham?”Kedengaran suaranya begitu tegas,sehingga orang disekeliling mereka dapat mendengarnya.
Aku tergamam tak terkata,terkejut dengan ketegasanya.Aku hanya mampu mendiamkan diri.Bila sudah lama menyepi,aku pulak membangkit pertanyaan kepadanya.

“Tapi kenapa saya?bukan orang lain.”

“Sebab...sebab...”Encik Iskndar kehilangan kata,tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada wanita dihadapanya ini.

“Ya...,sebab pertama kali saya terpandang awak, hati ini sudah jatuh cinta dengan awak.”

Boleh percaya ke?tengok muka macam penipu je,tapi hati dia kita tak tahu.Apa-apapun aku harus fikir terlebih dahulu,sebelum terima dia ni.

“Macam nilah,apa kata Encik Is....”

Belum sempat aku menghabiskan perbicaraanku,jari telunjuknya sudah ada dibibirku.Berderau darah aku dibuatnya.

“Shhh...jangan berencik dengan saya,panggil je saya Is.”

“Baiklah...Is.”

Was-was aku ingin memanggilnya dengan panggilan nama.Maklumlah,selalunya aku harus berencik dengannya,memandangkan dia CEO kepada Syariakat Berjaya Holding tempat aku bekerja.

“Baiklah,awak bagi saya masa satu minggu untuk fikirkanya,boleh?”
Aku meminta dia memberi waktu kepadaku untuk memikirkanya.Ini tentang hidup aku,tentang masa depan aku,jadi aku berhak membuat keputusan yang tepat.

“Ok,saya beri awak tempoh satu minggu untuk fikirkanya,lepas tu awak harus berikan jawapan.”

Aku hanya mampu memberi senyuman termanisku kepadanya,lalu tanganku dikucupnya dengan penuh harapan.

2 ulasan:

  1. lain macam jer ayat si iskandar tu....

    BalasPadam
  2. Karya yang sangat hebat dan menghiburkan. Teruskan berusaha dan kami support anda!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...