Followers

Khamis, 5 Mei 2011

Perangkap Cinta 11


Bab 11
“AKU terima nikahnya Nur Dania Binti Ismail dengan...”
  Suara Farish Iskandar bergema memenuhi segenap ruang tamu rumah banglo itu.Dengan hanya sekali lafaz,kini sahla Dania menjadi isteri kepada Farish Iskandar.
            “Sah?”
            “Sah-sah”Jawab para saksi serentak.
  Dania menarik nafas lega.Lega kerana segala-galanya sudah selesai.Rasa terharu dan gembira bercampur baur menjadi satu.Sukar untuk dia gambarkan bagaimana perasaanya kini.
  Farish Iskandar menyarungkan sebentuk cincin emas putih yang dihiasi dengan batu permata ditengah-tengahnya.Dania tunduk menyalami tangan suaminya.Air mata yang bertakung di tubir mata ingin turun,tapi cepat-cepat dia seka.Bila bibir Iskandar menyentuh ubun-ubunnya,terasa air mata hangat turun membasahi pipinya.
            “Kenapa nangis ni?”Soal Iskandar dekat dengan telingannya.
  Dania geleng.Tanda tiada apa-apa yang berlaku.
  Walaupun majlis pernikahanya hanya dilakukan secara kecil-kecilan di rumah Iskandar,tanpa malis kenduri.Tapi sudah cukup untuknya merasa kemanisan apabila bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya.
            “Hei Nia...sudah-sudahla buat drama dekat sini.Malu orang tengok.Yang kau ni apsal nak nangis?Sepatutnya kau happy.”Azie yang berada disebelahnya separuh berbisik.
  Dia sebenarnya rimas melihat kawannya itu.
            “Aku menangis bukan sebab apa,aku menangis sebab happy sangat!Kau tau apa?”Walaupun berada ditengah-tengah para tetamu yang tidak seberapa banyak,sempat jugak dia menjawab.
            “Hah,menjawab!”Sergah Azie garang.
  Dania hanya senyum.Iela dan Sara sudah pergi melayan tetamu.Walaupun mereka tidak kenal dengan para tetamu tersebut,tetapi digagahkan diri jugak untuk melayan.Hmm,bajet nak tunjuk bagusla tu!
            “Sayang,jom abang perkenalkan sayang dengan kawan abang.”Ujar Iskandar sambil menarik tangan isterinya dari pegangan Azie.Dia mengenggam erat tangan itu seperti tidak mahu melepaskannya.
  Isy,mamat ni.Kau ingat aku kebulur sangat ke nak pegang tangan bini kau.Please okay!Dari aku pegang tangan dia,baik aku pegang tangan pakwe aku.Bentak Azie dalam hati.Marah dengan tindakkan Iskandar sebentar tadi.Takdak adab lansung!Wait,dia ada pakwe ke?
            “Han,perkenalkan Dania.Sayang,ni Farhan.”
  Sayang!Biar betul Farish ni?Hai,kalau Rina dengar ni,dah lama dia ni kena.Farish,Farish...
            “Hai.”Ujar Farhan sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Dania.Tapi melihat Dania hanya senyum tanpa membalas hulurannya,fahamla dia sekarang.
  Sopan jugak perempuan ni.Bisik hati kecil Farhan.
            “Kalau sayang nak tau,dia ni kawan baik abang.”Bicara Iskandar tanpa dipinta.
  Dania hanya menghadiahkan senyuman manis kepada Farhan.Oh,ni rupanya Farhan!Kawan baik Iskandar.Dia sentiasa berada disamping suaminya,lansung tidak berengang.Bila dia diperkenalkan kepada rakan-rakan suaminya,dia tidak banyak cakap.Tapi hanya tersenyum.Naik lenguh tulang rahangnya!Tapi cuma satu saja dia tidak suka.Bila dia duduk berhadapan dengan Farhan,dia rimas!Rimas kerana mata nakal Farhan sentiasa meratah segenap ruang wajahnya.
            “Abang,saya nak pergi jumpa kawan saya kejap.Diorang dah nak balik.”Ujar Dania seraya bangun.Tidak betah dia berlama-lama dikalangan rakan-rakan suaminya.
            “Oh ya,jangan lupa kirim salam abang dekat diorang,terima kasih banyak-banyak sebab sudi tolong.”Bicara Iskandar diiringi dengan senyuman yang cukup menggoda.
  Mata nakal Farhan mengikuti setiap langkah Dania.Tanpa dia sedar bibirnya mengukir senyuman.Hai,dah terpikat ke?!
            “Hoi,yang senyum-senyum ni apsal?”Sergah Iskandar menyedarkan Farhan dari angan-angannya.
            “Hah?Oh...takdak apa-apala.”Jawab Farhan selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku.Tapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu,betapa berdebar-debarnya dadanya.
            “Hmm,apa macam?Okay tak?”
            “Okay apa pulak?”Jawab Haikal.Salah seorang rakan baik Iskandar.Dia yang sedari dari tadi tidak faham dengan apa yang berlaku.
  Sebenarnya Haikal ni,baru aja pulang dari England.Jadi,dia ni tidak tahu tentang kisah percintaan Iskandar dengan Rina dan perangkap cintanya hingga membawa ke pernikahannya dengan Dania.Hai,kalaula si Haikal ni tahu...habislah Iskandar ni kena ceramah.
            “Kau taktau apa,kau diam je la.”
  Haikal merengus geram.Orang tanya baik-baik,ikut sedap mulut je cakap macam tu!Hmm,taknak cakap sudah!Lantak dekat kau la.
            “Woi Rish,bini kau lawa jugak ya?Boleh tahan taste kau!”
  Farhan tersenyum lebar bila menyebut tentang Dania.
            “Hai,tengok orangla!Tapi nak dibandingkan dia dengan Rina,Rina lawa lagi.”
            “Isy,rugi aku!Aku cuma terlewat sikit je,kalau tak...memang aku yang dapat dia.”Ujar Farhan sambil mengepal tangannya.Tanda tidak puas hati dengan kelewatannya yang hanya sedikit dari Farish Iskandar.
  Hai,memang sah aku dah angau dengan bini Farish ni!
            “Ala...nanti bila semua ni dah habis,kau nak dia, ambil je la.”Jawab Farish Iskandar tanpa perasaan.
  Amboi,senangnya cakap!Ingat Dania tu patung ke?suka-suka nak bagi dekat sesiapa pun.Ingat siki,dia tu isteri kau!Isy,geram betulla.
            “Amboi kau ni...!Senangnya cakap.Takpa,nanti kita tengok.Kau nak lepaskan dia ke taknak.”Ujar Farhan seperti mencabar rakan baiknya.Dalam hatinya,memang berharap Farish akan melepaskan Dania.Nanti,senangla dia nak menghampiri dengan gadis itu.
*****
“NIA,kau jaga diri elok-elok tau?Kitorang dah tak duduk sekali dengan kau,nanti kalau jadi apa-apa susah pulak!”
  Dania tersenyum senang.Bahagia mendapat rakan-rakan yang prihatin seperti mereka ni.Dia anggukkan kepalanya.
            “Kau tak payah risaula,tahula aku nak jaga diri sendiri.Lagipun,akukan dah ada suami...tahu-tahula dia nak jaga aku.”
  Bahagianya hati bila ada orang yang kini akan sentiasa mendampingi kita.Harap-harapa jodohnya dengan Farish Iskandar akan berkekalan selamanya.
            “Ya la tu...nanti bukan dia yang jaga kau,kau yang jaga dia.”Jawab Azie menyampah dengan Farish Iskandar.
            “Kau ni Zie...dah-dah la tu.Lagipun,kawan kita ni dah selamat pun kahwin dengan Iskandar.Kau sepatutnya doakan dia.”
            “Kau ni Zie,dari awal sampai sekarang,tak habis-habis berleter.Hah,dia kirmim salam dekat korang,dia ucap terima kasih sekali sebab sudi tolong dia.”
            “Hmm,okay la.Kitorang balik dulu,lagi pun dah lewat sekarang ni.”
  Sara sebagai pemandu kereta mula menghidupan enjin kereta.Iela dan Sara sudah berada di dalam kereta.Cuma Azie yang masih tercegat dihadapan Dania.Mungkin ada sesuatu yang ingin dia bicarakan.
            “Nia,take care okay!Kalau Iskandar buat apa-apa dekat kau,kau bagi tahu je aku.Biar aku ajar dia.”
  Nada suaranya seperti orang yang berada di dalam kebimbangan.Hatinya sejak tadi kurang enak.Entah kenapala,dia rasa hari ni adalah hari yang malang untuk rakan baiknya.Tapi ditenangkan hatinya supaya tidak bersangka buruk terhadap orang lain.
            “Ya...aku tahu.Kau janganla risau.Dah-dah,pergi la.Iela dengan Sara tengah tunggu kau tu.”.
  Dania seperti mengerti akan gelodak perasaan rakannya.Sebab itulah dia cuba untuk menenangkan rakannya supaya berfikiran positif.
  Dia memandang sepi ke arah kereta Sara yang sudah mula bergerak.Hatinya terasa seperti kehilangan.Kehilagan rakan baik yang selama ini banyak membantunya.Walaupun kini mereka berada di rumah yang berlainan,tapi mereka tetap masih boleh berhubung.Hari ni,dia akan memulakan hari yang baru berasama insan bergelar suami.Entah bagaimana rasanya nanti!
 ****
JARUM panjang sudah berginjak ke angka enam,manakala jarum pendek menujukkan ke arah angka dua belas.Kamar pengantin yang sepatutnya dihias dengan mewah,hanya dihias ala-kadar.Bau harum pewangi rose memenuhi segenap ruang itu.Menambahkan lagi suasana romantik.
  Dania duduk sambil menongkat dagu.Matanya sudah lama minta untuk direhatkan,tapi digagahnya jugak untuk terus berjaga.Hai,minah ni.Kalau dah ngantuk tu,tidur aja la.Buat apa tidur lewat-lewat?Tunggu siapa entah.
  Tersenguk-senguk kepalanya menahan kantuk.Isy,mana laki aku ni?Tak tahu ke jam dah pukul berapa sekarang?Taknak masuk tidur ke?Dania merungut dalam hati.
            “Kalau awak mengantuk tidurla atas katil tu.”
  Dania terkejut bila disergah begitu.Dari mengantuk terus terasa segar.Dia memalingkan tubuhnya menghadap pemilik suara itu.
            “Eh,abang.Baru masuk ke?”Soal Dania lembut.
            “Hmm,awak taknak tidur lagi ke?Dah lewat ni.”Ujar Iskandar seperti tidak tahu apa-apa.
  Hai,ni first night kau dengan Dania okay!Takkan tak tahu kut.
            “Tak.Tunggu abang.”
            “Kalau awak taknak tidur lagi,suka hati awakla.Saya pergi tidur dulu.Good night!”Ujar Iskandar selamba sambil mula mengorak langkah menuju ke bilik sebelah yang sememangnya bilik tidurnya.Sebenarnya,dia saja-saja ingin ‘melawat’ bilik tidur Dania yang dikhaskan untuk gadis itu.Tak sangka pulak gadis itu sedang menunggu ketibaanya.
            “Eh...eh bang.Abang nak pergi mana pulak?Ni kan bilik kita.”
  Spontan Dania memeluk tubuh Iskandar dari belakang.Terasa hangat tubuh suaminya menyerap masuk ke dalam tubuhnya.Hangat dan selesa!
            “Isy,apa ni!”
  Iskandar melenting.Dia merungkaikan pelukkan itu seraya menolak tubuh Dania darinya.Rimas betulla!
  Dania jelas terkejut dengan tindakkan Iskandar.Apa yang tak kena dengan mamat ni?Salah ke Dania peluk dia?Bukan haram pun!
            “Abang...”Perlahan suara Dania menyeru Iskandar.
            “Apa abang-abang?Aku bukan abang kau tau tak!Ingat sikit,jangan suka-suka hati nak sentuh aku.”Iskandar memberi amaran.
  Dari saya dan awak,berubah menjadi kau dan aku.Apa makna semua ni?!
            “Apa abang cakap ni?”Dania masih belum mengerti.
            “Hei,perempuan!Jangan panggil aku abang.Faham!Kau ingat kau sapa?Hah?”Sinis suara Iskandar mengegarkan gegendang telinga Dania.
  Air mata mula bertakung ditubir mata.Malam yang sepatutnya dia dilayan bagaikan puteri,tapi lain pulak jadinya.Hatinya terhiris dengan kata-kata kesat suaminya.Apa makna semua ni,dia masih belum faham.
            “Apa semua ni?!”Suara Dania masih perlahan.
            “Oh...kau masih tak faham!Okay,biar aku bagi tahu kau dari A hingga Z.Untuk pengetahuan kau,perkahwinan kita ni cuma sementara je.”Jawab Iskandar dengan angkuhnya.Bibirnya hanya tersenyum sinis memandang Dania yang sudah tidak keharuan.
            “Apa?!”Dania menjerit terkejut.
  Tika itu,dunia terasa seperti bergegar dan tubuhnya terasa ringan.Dia jatuh terduduk.Air mata sudah lama mengalir.Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis.
  Ya Allah...betul ke semua ni?
            “Aku cuma pergunakan kau untuk dapatkan harta ayah aku.Tak lebih dari tu.”Sambung Iskandar lagi.
            “Kenapa?Tapi kenapa saya?!”Jerit Dania lantang melepaskan geramnya.
            “Sebab kau calon yang sesuai.”
  Sakitnya hati!
            “Tapi,kau jangan risau.Bila kita dah cerai nanti ada orang nak ambil kau.Lagi pun tempoh perkahwinan kita ni cuma setahun,tak lama pun.”
            “Sampai hati awak Is,sampai hati awak.Apa salah saya,sampai awak sanggup tipu saya sebegini rupa?”
  Tangisannya masih belum berhenti.Air mata dibiarkan turun.Hatinya terasa bagaikan ditikam-tikam beribu kali,pedihnya hanya Allah yang tahu.Mengapa dia dilukai,sedangkan dia tidak pernah melukai sesiapa pun?
            “Argh,lantakla dekat kau.Malas aku nak layan.”
  Selepas itu,Farish Iskandar terus beredar meninggalkan bilik tidur yang terasa panas itu.Malam itu,Dania tertidur seorang diri tanpa peneman yang sepatutnya mendampinginya.Hanya air mata yang sentiasa mengalir.Dia tertidur lewat pukul 3.00 pagi.

6 ulasan:

  1. xsbr nk tggu pmbalasan utk farish!!!!!hope ade lelaki lain yg baik dgn dania dan akan sllu lindungi dania biar faish jelesss!!!!

    BalasPadam
  2. penceritaan hampir sama dgn crita2 yg saya baca sblm ni

    BalasPadam
  3. bencilah tengok farish tu...x guna satu sen pun...

    BalasPadam
  4. cepat la sambung. dah siap nak satu copy buat simpanan. cerita nya menarik niee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...